Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, February 23, 2010

MAULID DIRAI , SUNNAH DIKETEPI

Dijemput kariah,penduduk sekitar Bukit Sentosa/Bukit Beruntung dan sesiapa membaca info ini hadir ke Masjid AsSalam Bukit Sentosa pada 8 malam ,25 Februari 2020 .
Forum 'Maulid dirai, sunnah diketepi' oleh Panel terbaik DR Hassan Ali (EXCO AGAMA SELANGOR) , Ustaz Solehin Mukhyi (Penceramah Bebas) dan Ustaz Mohd Fauzi Al-Yamani (Pensyarah KUIS).

Thursday, February 18, 2010

JOM RAKYAT HULU SELANGOR KE STADIUM MELAWATI 7 MALAM 20/2/2010

Solat Hajat Untuk Anwar
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan memimpin solat hajat anjuran Pakatan Rakyat Shah Alam di Stadium Melawati pada 20 Februari ini bermula jam 7 malam.

Menurut Pengarah Program, Harris Bakar, solat hajat ini memohon kepada Allah melindungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada fitnah dan konspirasi jahat terhadapnya.

Turut diadakan ceramah perdana untuk menerangkan isu semasa termasuk kepincangan, penyelewengan, konspirasi dan niat jahat Umno-Barisan Nasional dalam memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Antara panelis yang akan memberi cermahanya ialah Datuk Seri Anwar, Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor, Syed Shahril Syed Mohamud.

Orang ramai diminta membawa sejadah untuk solat hajat.
-tvselangor-

Sunday, February 14, 2010

KRONI BN PENGADAI MARUAH NEGARA

Vincent Tan akan menjual majoriti 33 peratus saham beliau di dalam U Mobile kepada Syarikat Telekomunikasi Singapura (STT) dengan nilai RM625juta. Jika ini terjadi, bermakna salah satu syarikat strategik Malaysia akan dikuasai Singapura. STT juga merupakan penyumbang utama kepada Lee Luan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (gambar).

Singapura pernah gagal menguasai 30 peratus Time Dot Com sedikit masa dulu kerana tentangan hebat dari beberapa pihak.

Hakikatnya U Mobile menjadi bernilai kerana diberi lesen pengendalian 3G Spectrum. Lesen ini juga diberi kepada 3 lagi syarikat lain iaitu Maxis, Axiata dan DIGI.com. Tanpa lesen ini U Mobile hanyalah sebuah syarikat hampas yang tidak bernilai.

Inilah gaya perniagaan Vincent Tan, membeli dan menjual syarikat dengan menambah nilai syarikat-syarikat tersebut melalui perolehan lesen-lesen yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

Tuesday, February 2, 2010

WAHAI PRESIDEN CUEPACS ! YANG BANYAK KUASA LAGI BANYAK RASUAH !

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata dengan kenaikan gaji oleh kerajaan di antara 10 hingga 40 peratus itu juga secara tidak langsung dapat memotivasi kakitangan awam demi meningkatkan produktiviti serta memperbaiki mutu serta penyampaian maklumat kerajaan kepada awam dengan lebih berkesan.
"Saya percaya nak hapuskan secara terus memang susah tetapi sedikit demi sedikit, sama ada rasuah dan produktiviti akan dapat diperbaiki jika tuntutan kenaikan gaji ini dipenuhi," katanya dalam Rancangan Hujah di TV9 semalam.
Selain beliau, ahli panel lain adalah Presiden Fomca M. Marimuthu Madison bagi membincangkan topik yang bertajuk :'Kenaikan gaji kakitangan awam, kesan dan kewajarannya'dan rancangan tersebut dipengerusikan oleh Profesor Agus Yusoff.
"15 tahun dahulu kita tidak pernah mendengar keluhan dan bantahan, tetapi sekarang dari masa ke sama, gaji tidak semak, sara hidup makin tinggi dan masyarakat mempertikaikan.Produktiviti menurun, rasuah berlaku dan rangking rasuah kita naik," katanya lagi.
Katanya statistik Cuepacs mendapati, kakitangan kerajaan atau individu yang bergaji RM5,000 ke atas,53 peratus daripadanya terlibat dengan rasuah manakala 30 peratus terlibat dengan gejala itu terdiri daripada yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.
Bagi yang bergaji RM1,500 ke bawah pula sebanyak 18 peratus terbabit dalam rasuah dan kenaikan gaji diharap dapat menghapuskan gejala ini secara berperingkat termasuk dapat meningkatkan kualiti serta matlamat minda kelas pertama akan tercapai, katanya lagi.
Marimuthu turut menegur sikap kerajaan selama ini yang sering membiarkan satu-satu perkara atau isu terlalu lama tanpa sebarang semakan dan kajian dibuat dan ini turut berlaku terhadap gaji kakitangan awam, begitu juga dengan barangan keperluan dan makanan.
Tanpa sebarang kajian yang betul maka kenaikan harga barang akan dilihat naik secara mendadak dan secara tidak langsung dianggap akibat daripada kenaikan gaji kerajaan.
"Seperti harga gula, sudah 15 tahun tak semak. Dan kita perlu tahu kos kehidupan semakin meningkat, kita bukan negara pengeluar makanan dan kita bergantung penuh daripada sumber negra luar," katanya
"Jika disemak sudah tentu harga barangan ini akan dinaik secara sedikit demi sedikit tidak akan berlaku seperti sekarang mendadak naik," katanya.
Beliau turut menambah masalah gaji yang tidak mencukupi ini akan menimbulkan masalah sosial yang lain seperti tekanan perasaan yang kemudiannya menjurus ke arah perbuatan bunuh, bunuh diri, curi dan rompak yang berpunca daripada tidak cukup pendapatan. - mr