Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, August 26, 2010

MASIH BANTUAN KHAS RM500 PETANDA SOKONGAN BN AKAN JATUH MERUDUM

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

"Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.


Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Friday, August 20, 2010


BN bukan mendoakan P Kamalanathan mendapat hidayah lalu menukarkan namanya menjadi "Kamal" tetapi membuat solat hajat dan bacaan Yassin agar dia memenangi PRK Hulu Selangor. Ingat? Bukti, sila lihat gambar di atas. Apa komen UMCO & Co. Saya petik:
Parti UMNO dilihat semakin "bengong" dan "merapu" sekarang ini. Apa tidaknya, pemimpin mereka sudah mula meracau tak tentu pasal. Tambah-tambah si Zahid Hamidi (foto), bekas Menteri Agama UMNO dulu. Bercakap seolah-olah orang yang pandai agama dan menjaga kesucian agama. Walhal, habuk pun tak ada!. Isu bacaan doa khutbah Jumaat di Pulau Pinang dicanang-canangkan. Kononnya Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu menukarkan nama Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa tersebut. Walhal, perkara itu bukannya dibuktikan pun, malah satu laporan polis tidak kedengaran. Tiba-tiba si Zahid cuba menjadi pembela agama dengan menuduh ia berlaku di beberapa buah masjid di negeri itu. Namun, anehnya tidak dinyatakan masjid yang mana satu untuk siasatan lanjut. Hanya main "serkap jarang" dan kemudiannya mengehbohkan kepada media arus perdana untuk tujuan "publisiti murahan". Maka, "media UMNO Utusan Malaysia" pun berbanggalah menyiarkan laman hadapan berita "Nama Guan Eng Ganti Agong" tanpa mahu buat usul periksa apakah kebenaran terhadap cerita itu. Semua ini adalah satu "kerja jahat" untuk memalukan dan menghapuskan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap DAP khas dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang amnya. Namun, mujurlah semua itu hanyalah "khayalan Zahid" semata-mata, sedangkan hakikatnya perkara itu memang tidak berlaku dan tidak masuk dek akal untuk berlaku. Inilah dia hasil didikan "Islam Hadhari" yang dipelopori oleh Zahid Hamidi ketika Menjadi Menteri Agama dulu agaknya. Beliau sanggup berbohong pada bulan Ramadhan, untuk menunjukkan kononnya UMNO prihatin dengan dengan kesucian Islam itu sendiri.

Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh?

Walhal, umum mengetahui bahawa puak-puak UMNO ini sebenarnya "syok sendiri" dalam isu-isu agama seperti itu. Mereka hanya menjadi isu agama untuk kepentingan politik semata-mata. Orang lain buat semuanya tidak kena bagi mereka, tetapi kalau UMNO yang buat semuanya "dihalalkan" begitu sahaja oleh mereka. Masih kita ingat tatkala musim kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bagi mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan (foto). Bukankah calon BN itu bukan beragama Islam dan terang-terangan dari parti MIC?. Kenapa Zahid Hamidi tidak bising dan menghalalkan pula ianya terjadi di depan mata?. Kenapa tidak mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan melakukan bacaan yassin dan solat hajat terhadap orang kafir adalah salah dan menjatuhkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri. Kenapa dalam kes Lim Guan Eng yang tidak dapat dibuktikan itu, beliau cuba untuk menjadi pembela agama?. Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam sebaliknya jika dilakukan oleh Parti Pembangkang maka mereka mengharamkannya pula. Apa nak jadi dengan UMNO agaknya?...lanjut di Pahang Daily

PIHAK KEMENTERIAN DALAM NEGERI PERLU SERIUS, DVD LUCAH ANCAM REMAJA DAN PENGUNDI MUDA SABAH

KOTA KINABALU, 21 OGOS 10: WALAUPUN kita akan menyambut ulang tahun ke 47 Sabah sebagai salah satu komponen dalam Malaysia, keselamatan rakyat Sabah sebagaimana yang dijamin Perlembagaan Malaysia masih diragui, terutama kemunculan ramai warga asing di Tenom yang semakin memimbangkan. Komen seorang pembaca Sabahkini.net.

Komen yang ditujukan kepada pembacanya dan Kerajaan Persekutuan, yang perlu ditangani segera oleh pihak berwajib, terutama pemimpin-pemimpin negara dan negeri di bawah kerajaan BN yang diamanah memerintah dalam PRU 12 yang lalu.

Pendedahan tersebut, mengenai sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah menyewa bilik di Hotel Orchid, Tenom dan menjual DVD lucah dan haram dari pagi sehingga ke petang tanpa sebarang halangan daripada pihak berkuasa.

"Kami percayai mereka dilindungi oleh pihak berkuasa termasuk Polis Tenom dan Majlis Daerah Tenom kerana setiap petang kami nampak mereka jumpa seorang inspektor polis dan pegawai penguatkuasa di sebuah pub yang agak terpencil untuk membayar wang perlindungan.

"Memandangkan jumlah mereka semakin ramai, maka kami bimbang remaja dan penduduk tempatan akan terlibat dengan gejala kebejatan moral akibat pengedaran VCD, DVD dan pengedaran syabu yang turut dijual secara kecil-kecil oleh PATI berkenaan." Jelas pembaca itu lagi. (AK)

MAHKAMAH RAYUAN ADALAH SALAH APABILA MEMUTUSKAN MAHKAMAH TIADA BIDANG KUASA - KARPAL

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan ke atas rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau memberikannya kenyataan saksi termasuk saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah peguam perayu, Karpal Singh (gambar) dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili responden, Peguam Negara. Pada prosiding semalam, Ariffin mengetuai tiga panel hakim bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong dan Datuk Seri Md Raus Shariff.

Karpal dalam hujahnya berkata, pihak pembelaan sepatutnya diberikan akses kepada kenyataan berhemah Mohd Saiful Bukhari mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah kerana beliau memberitahu polis bahawa perlakuan seks adalah dipersetujui bersama dan bercanggah dengan keterangannya dalam Mahkamah Tinggi bahawa ia tidak dipersetujui bersama. Beliau berkata, Mahkamah Rayuan adalah salah apabila memutuskan mahkamah itu tidak ada bidang kuasa mendengar dan menetapkan rayuan dan memutuskan rayuan perayu adalah rayuan ‘interlokutori’ yang berlaku semasa perbicaraan.

"Hakim tersilap apabila menyatakan rayuan itu bukanlah satu rayuan interlokutori, tetapi pada hakikatnya perintah Mahkamah Tinggi perintah terakhir yang menyelesaikan hak pihak itu dan boleh membuat rayuan," kata Karpal.

Pada 25 Jun lalu, Hakim mahkamah Rayuan, Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim mengekalkan mereka tiada kuasa mendengar dan melayan rayuan itu kerana keputusan Mahkamah Tinggi bukanlah yang terakhir. Panel tiga hakim itu menolak rayuan ketua pembangkang dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang disampaikan pada 12 Mei lalu, menafikannya daripada akses kepada kenyataan Mohd Saiful Bukhari, yang dicatatkan polis.

Wednesday, August 18, 2010

ORANG ASAL PAHANG SUDAH BANGKIT , BN SAKIT



Temerloh, 7hb Ogos 2010: Bertempat di Dewan Sekolah Al Mukmin, Temerloh, seramai 250 anggota masyarakat Orang Asal dari Kuala Krau, Temerloh, Jerantut dan Bera telah berhimpun bagi menyatakan keyakinan perjuangan mereka didalam satu himpunan yang dinamakan HIMPUNAN ORANG ASAL PARTI KEADILAN RAKYAT PAHANG zon tengah.
Mereka telah hadir seawal jam 8.30 pagi dengan memulakan pendaftaran kehadiran mereka dan menunggu ketibaan Dato Seri Wan Azizah binti Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat yang melakukan perasmian Himpunan itu pada jam 10.00 pagi.
Dato Seri Wan Azizah dan Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang, telah sampai ke Sekolah Al Mukmin jam 9.20 pagi dan bersama-sama dengan dengan orang-orang Asal yang hadir menjamu selera dengan hidangan nasi lemak dan kuih muih.
Turut hadir didalam Majlis Perasmian Himpunan Orang Asal tersebut adalah wakil-wakil dari Pakatan Rakyat Negeri Pahang, dari PAS yang diwakili oleh YB Syed Hamid, ADUN Kuala Semantan dan Ustaz Rahim Latif, Yang Di Pertua PAS Kawasan Temerloh, dari DAP oleh YB Leong Ngah Ngah, ADUN Kawasan Triang, Pahang.
Dato Seri Wan Azizah telah dihadiah dan dipakaikan pakaian headgear oleh Pn Nyah Kasim dan diakhir majlis perasmian dihadiahkan dengan beranika jenis buah-buahan.
Presiden KEADILAN yang diiringi oleh Fakeah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor meninggalkan Majlis jam 11.00 pagi dan terus bertolak ke Gelang Patah, Johor untuk program Ceramah disana bersama-sama dengan Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.
3 buah kertas kerja telah dibentangkan didalam Himpunan Orang Asal Negeri Pahang Zon Tengah tersebut dan dibentangkan oleh Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Pahang, Yusri Ahon, Timbalanan Pengerusi 2, Biro Orang Asal Negeri Pahang dan Tijah Yok Chopil, dari Persatuan Jaringan Kampong Orang Asal Semalaysia.
Biro Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan 2 lagi Himpunan Orang Asal iaitu pada 26hb September, 2010 di Paya Besar untuk Zon Timur dan di Kuala Lipis untuk Zon Barat (tarikh akan ditetapkan kemudian).
Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Monday, August 16, 2010

AMARAN TPM ..EHEM EHEM KENA LAYAN GAK?


TPM memberi amaran kepada MCA hari ini agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) apabila memperjuangkan kepentingan komuniti Cina.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar sensitif kepada keperluan kaum-kaum lain.

“Di Barisan Nasional kami sentiasa mengambil pendirian sama dalam isu-isu yang menyentuh kesemua kaum,” kata Muhyiddin kepada pemberita di sini.

“Jika mereka mahu berjuang untuk komuniti mereka, ia tidak harus menyentuh kepentingan orang Melayu,” kata Muhyiddin.

“Saya berharap parti-parti komponen akan mengambil kira soal ini, jadi jangan cetuskan sebarang salah faham.

“Sama ada mereka hendak mengambil pendirian seakan DAP, ia perkara lain tetapi pandangan mereka tidak harus membawa kepada salah faham,” kata beliau lagi.

Berhubung pendirian tegas MCA mahu melaksanakan resolusi-resolusi yang diluluskan pada Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan mempunyai kata putus akhir dalam isu-isu seperti dasar pro-Bumiputera.

-- MCA Wilayah Persekutuan dikatakan mahukan jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju. Difahamkan MCA WP yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tan Chai Ho sudahpun menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BN dan UMNO Wilayah Persekutuan. Jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju yang disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look kini telah diserahkan kepada Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri. Shafie yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan dikatakan sudah mengidamkan menjadi" calon" di Wangsa Maju pada PRU yang ke 13 nanti manakala Yew Teong Look yang tewas tipis kepada Wee Choo Keong pada PRU yang lepas dikatakan masih menjadi calon"poular" di Wangsa Maju ketika ini.
Sementara itu, Wilayahkini dengar desas desus MCA WP dikatakan telah membawa isu ini sampai ke mesyuarat BNWP yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyddin Yassin semalam. Malah kami turut difahamkan mesyuarat semalam panas kerana isu tersebut. Yang pasti, MCA dan UMNO kini dilihat umpama bermain tarik tali untuk menjadi calon di Wangsa Maju.

Thursday, August 12, 2010

DAH BAJET TAK TEPAT, TAMBAHAN LAGI LEBAT

Peruntukan tambahan melebih asal kerana bayar komisyen pemimpin Umno

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib mendakwa ada di kalangan pemimpin Umno memperolehi komisyen dari projek-projek di negeri ini.
Ini kerana, katanya peruntukan tambahan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN Terengganu melebihi bajet asalnya.
“Saya dapati tambahannya lebih banyak dari peruntukan asal. Peruntukan asal (pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan) RM106 juta dan peruntukan tambahan yang dikehendaki RM127 juta.
“Saya dapati dalam setengah kawasan saya (Manir) ada (projek) rumah mampu milik di Batu Hampar. Peruntukan dalam anggaran dulu RM3 juta dan tambahannya RM10 juta.
“Apa yang saya khuatir dan bimbang ialah pungutan ‘tol’ (komisyen) daripada jumlah projek ini. Ada orang yang dapat kutipan ‘tol’ dari projek ini. Projek RM10 juta, ‘tol’ RM2 juta dan yang RM2 juta itu ‘hilang’ sahaja,” tegasnya.

Beliau yang juga ADUN Manir berkata demikian ketika perbahasan peruntukan tambahan sebanyak RM157 juta di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, 9 Ogos.

Menurutnya, adakah peruntukan asal itu tidak dikaji dengan teliti atau berlaku sesuatu di dalam perjalanan projek tersebut.

Katanya, pemberian ‘tol’ atau komisyen tertentu boleh merugikan rakyat serta menjejaskan kualiti pembinaan sesuatu projek.

Ustaz Harun menjelaskan kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh kemungkinan berlaku pembinaan secara tidak sempurna.

“Sebagaimana berlaku (runtuh) kepada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kompleks sukan itu belanja banyak (mahal) tapi kompleks tidak kompleks.

“Jadi runtuh mungkin kerana tidak cukup duit untuk buat sempurna kerana duit sudah bagi ‘tol’ (komisyen).

“Saya hendak mengingatkan ‘tol’ (komisyen) itu berbahaya, merugikan rakyat dan kualiti rumah yang kita (kerajaan) bina adalah rendah (tiada kualiti),” ujarnya.

Beliau menasihatkan kerajaan negeri agar memantau serta mengkaji pembayaran ‘tol’ yang melibatkan pihak tertentu. -Buletin Online

Monday, August 9, 2010

KEKALKAN PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT

• 20 meter padu pertama air percuma kepada rakyat yang memiliki meter individu

• Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)- skim pelaburan untuk anak yang baru lahir

• Skim Mesra Usia Emas - Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2500 kepada Penama Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar. RM1000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat. Baki RM1500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

• Pusat Khidmat Sehenti bertujuan untuk :-
i)Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
ii)Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
iii) Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.
iv) Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.

• Hadian Anak Masuk Universiti – RM1,000

• Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

• Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian - mengagihkan 10 peratus hasil keuntungan perlombongan pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) kepda seluruh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangor

SABAH AKAN DITIPU BARISAN NASIONAL SEPERTI HAK MINYAK KELANTAN

WAKIL Sabahkini.net di daerah Beluran setakat ini telah menemuramah 250 individu berkaitan dengan isu 'Minyak Sabah untuk Siapa?', 100% menjawab 'khasnya untuk Sabah'
Sabah mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar minyak dan gas asli yang terbesar bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara kerana medan minyak di Sabah masih mempunyai simpanan semasa (current crude oil and natural gas reserve) dianggarkan 1.4 billion tong (barrel) minyak dan 7.7 trillion Scf (standard cubic feet) gas cecair asli.
Kewujudan simpanan sebanyak ini membuktikan sebagai wajar untuk Petronas membangunkan perindustrian asas minyak dan gas kepunyaan Kerajaan negeri Sabah, selain memberi hak ekuiti carigali, pengeluaran dan pemasaran supaya Sabah benar-benar dapat menikmati hasil sumber asli nya sendiri.
Pada tahun 2008, Petronas adalah koporasi yang ke 95 terbesar di dunia dan ke 80 terbesar pada 2009 dan ke 8 teruntung di dunia dan nombor 1 di Asia. Perolehan kasar Petronas pada tahun 2009 mencecah 77 billion USD dan setelah ditolak kos penyembuhan, (cost recovery) mempunyai pendapatan bersih berjumlah 15 billion USD.
Adakah angka ini boleh dipercayai? Akan menjadi persoalan rakyat Sabah selama ini kerana berada dalam kegelapan mengenai Akta Minyak Petroleum yang tidak wujud atau belum dikuatkuasakan dalam undang-undang negeri Sabah, dan perjanjian pengambilalihan sumber minyak dan gas asli kepunyaan Sabah oleh Petronas telah dibuat secara tersembunyi.
Adalah dipercayai oleh rakyat Sabah bahawa 5 % royalti yang diterima Negeri Sabah adalah daripada sumber minyak sahaja dan tidak termasuk gas asli.
Petronas pada masa kini mempunyai kepentingan di dalam 31 buah Negara pada 2005, kumpulan Petronas terdiri daripada 103 buah anak Syarikat, 19 buah separuh pemilikan dan 57 buah syarikat berkepentingan, kesemua terlibat dalam aktiviti asas gas dan minyak.
Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar 290,000 tong minyak sehari. Bagaimanapun, Sabah (NEGARA) adalah sebuah negeri yang paling miskin dan paling mundur di Malaysia.
Pandangan dan nasihat Rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan Petronas agar melepaskan pegangan ke atas sumber minyak dan gas Sabah serta merestui kerajaan Negara Sabah untuk mengendali sumbernya sendiri dan sebaliknya menerima 5% royalti minyak dari Sabah.

Sabah Sumber Minyak Dan Gas Tapi Negeri Yang Miskin.

..Masih terdapat 16 ribu orang miskin tegar di sabah tertinggi di Malaysia yang berpendapatan di bawah RM540 sebulan. Untuk makluman umum, terdapat 3 kategori miskin yang disenaraikan iaitu mudah miskin (RM1500 ke bawah), miskin (RM900 ke bawah) dan miskin tegar (RM540 ke bawah).....tetapi ada lagi rakyat yang mendapat kurang RM300 sebulan...
Di dalam sebuah negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas...belum kira sumber lain, kayu balak, pertanian dan sebagainya..adalah negeri termiskin di Malaysia..,

Thursday, August 5, 2010

KAMARUDDIN PEMBERI RASUAH TIDAK DIDAKWA ? HANYA SEBAGAI SAKSI ?

Pengurus Besar Sime Darby hadapi tuduhan rasuah

SHAH ALAM, 6 Ogos — Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Sime Darby Marine, Zamri Mohd Iderus pagi ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kesalahan menjual maklumat konglomerat itu dan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan dua tahun lalu.

Zamri berhadapan dengan dua tuduhan masing-masing di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat 1965.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala pasportnya ditahan.

Ini kes pertama seorang pegawai pengurusan dihadapkan di mahkamah sejak Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian hampir RM2 bilion ekoran kesilapan pelaburan dalam dan luar negara.

Zamri, sebagai ejen Sime Darby, dituduh menjual maklumat mengenai harga bidaan projek “copper nickel piping” kepada Kamarudin Hussin, yang mewakili Arrow Platform (M) Sdn Bhd, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Dia didakwa menerima dua cek yang masing-masing RM50,000 dan RM49,000 daripada Kamarudin dan melakukan kesalahan itu di Warung Junction, Summit Hotel di Subang Jaya pada 7 November lalu di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda suapan.

Pasukan pendakwa SPRM yang diketuai oleh Kevin Morais juga mengesyorkan tuduhan alternatif di bawah Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat 1965.

Zamri, 39, kelihatan tenang dan tidak mengaku bersalah atas kedua-dua tuduhan dan minta dibicarakan.

Tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aznaniz Teh Azman Teh kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Di bawah tuduhan kedua, Zamri didakwa “menerima keuntungan langsung” dengan menjual maklumat kepada Kamarudin di Sime Darby Complex di Subang Jaya.

Difahamkan Kamarudin tidak dikenakan tuduhan kerana pendakwa mahu memanggilnya sebagai saksi dalam kes Zamri.

Jika sabit kesalahan terhadap tuduhan kedua, Zamri boleh menghadapi hukuman penjara lima tahun, denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

Zamri diwakili oleh Jasin Tay.

Berdasarkan kertas tuduhan, Kamarudin yang didakwa memberi cek-cek kepada Zamri, mempunyai kepentingan dalam Arrow Platform.

Syarikat itu membina komponen dalaman bagi platform minyak.

Hakim menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes ini.

Tuesday, August 3, 2010

LIBANG LIBU & HARU BIRU DALAM BN & UMNO & BLOGGER KERAJAAN BN

Semalam Khairy Jamaluddin meneruskan serangannya terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam satu majlis anjuran Majlis Pelajar United Kingdom dan Eire (UKEC).

'Peluru' yang sering digunakan oleh Khairy tidak lain dan tidak bukan - Ibrahim Rasis!

Ini bukanlah kali pertama Khairy menuduh Ibrahim begitu, dah berulang kali. Maknanya dalam hati dan kalbu Khairy, dia tetap mengatakan yang Ibrahim seorang rasis

Baik, aku nak tanya Khairy, kalau dia rasis sekali pun, apa masalahnya dengan kau?

Adakah jawatan Pemuda UMNO yang kau pegang itu tidak rasis? Bukankah jawatan itu untuk membela dan memperjuangkan orang Melayu, adakah ia tidak cukup rasis?

Yang membuatkan aku lebih terkilan, dalam forum semalam, Khairy boleh sama-sama naik stim bergabung dengan Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad untuk menghentam Ibrahim, ini apa cerita?

Sekarang ni aku tengok Khairy dah memulakan permainan baru setelah menyedari pengaruhnya dalam UMNO semakin terhakis

Dia tahu dirinya kini ibarat harimau tapi takde gigi, nampak macam hebat tapi setakat menyalak bukit saja, suaranya tidak mampu mengubah apa-apa lagi

Lalu Khairy aku nampak mula nak buat-buat kamceng dengan Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong dengan harapan dapat sokongan dari orang Cina

Semalam dia buat-buat baik pula dengan Khalid Samad dengan harapan akan dapat tempias sokongan dari orang Pas

Dan aku tidak terkejut selepas ini kalau dia boleh berkongsi pendapat yang sama dengan Anwar Ibrahim dan Guan Eng demi survival politiknya.

Sepatutnya Khairy boleh gunakan Ibrahim sebagai rakan strategik dalam memperjuangkan nasib anak bangsa kita

Aku ambil contoh MCA, mereka tahu mereka tidak boleh 'over' khususnya dalam meminta atau mendesak sesuatu dari kerajaan

Lalu diaorang menggunakan NGO yang vokal seperti Dong Jiazong dan akhbar-akhbar bahasa Cina untuk menyambung suara dan desakan mereka

Tapi pernahkah kau dengar pemimpin MCA melabelkan Dong Jiazong dan editor-editor akhbar Cina sebagai rasis, seperti mana tuduhan Khairy terhadap Ibrahim itu?

Jawapannya tidak!

Sepatutnya Khairy menggunakan PERKASA untuk bertindak seperti mana Dong Jiazong kerana UMNO sebagai rakan dalam BN juga tidak boleh 'over' dalam meminta dan mendesak sesuatu dari kerajaan

Namun aku cukup kesal kerana yang berlaku adalah sebaliknya, Khairy pula menganggap Ibrahim seolah-olah musuhnya yang terang lagi nyata

Adakah Khairy takut Ibrahim lebih glamour darinya, maklumlah Ibrahim nampaknya lebih maju ke hadapan daripada dia sejak akhir-akhir ini

Hanya Khairy yang tahu jawapannya.

Malaysia Instinct

P/s: Makin jelas dan terbukti kebenggongan KJ ni sekarang. Apa kejadahnya yang ko nak tuduh Tok Him tu rasis. Biar pun beliau rasis kerana perjuangkan bangsa melayu, beliau akan tetap disanjung. Tapi ko KJ? Rekod tak pernah baik! makin lama makin teruk! Baik letak je jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO tu, memalukan Pemuda UMNO yang lain, ketuanya macam PONDAN!

MctHeory:
Sepatutnya ko bagi sokongan, bukannya makian. Mc dengar budak ni, 'bayar untuk masuk belajar kat Oxford' dulu. betul ke?