Sahabat Intim Blog Ini

Monday, June 27, 2011

CUCU ALMARHUM UST ABU BAKAR BAQIR DI BUKIT BERUNTUNG

BERSIH ADALAH PERHIMPUNAN RAKYAT !


SHAH ALAM 24 june 2011. 13 hari lagi sebelum berlangsungnya HIMPUNAN BERSIH 2.0, polis hari ini telah mula bertindak untuk halang gerakan ini dengan menangkap dan menggari dengan sengaja seorang pimpinan AMK hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0

Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, seramai lebih kurang 10 anggota berpakaian preman telah "mencekup" saudara Khairul Anuar Zainuddin yang juga adalah timbalan Ketua AMK malaysia ketika beliau sedang minum di sebuah gerai di di Uptown Shah Alam.



Saudara Khairul Anuar Zainuddin sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh dari individu tidak dikenali menerusi khidmat pesanan ringkas supaya tidak meneruskan niatnya(baca sini) namun ugutan itu menyemarakkan lagi semangat beliau untuk meneruskan kempen menjelang himpunan berkenaan.. malah beliau menyahut seruan ketua AMK malaysia supaya memakai baju BERSIH lebih awal (baca sini)

Namun tindakan Polis ini dilihat sebagai permulaan "tangan-tangan ghaib" yang memberi arahan kepada pihak polis demi mengekang dan menidakkan suara rakyat malaysia, tindakan polis ini dilihat sebagai satu usaha menakut-nakutkan rakyat supaya tidak terlibat dengan himpunan BERSIH 2.0 nanti


Persoalanya kenapa ada tangan-tangan ghaib yang menidakkan suara rakyat ini padahal, melalui undian yang dibuat 99% rakyat mahukan himpunan ini diteruskan (baca sini)


Rakyat malaysia perlu bangkit, sudah tiba masanya untuk kita menuntut perubahan


Sumber menyatakan Saudara Khairul Anuar Zainuddin telah dibebaskan pada lebih kurang jam 1 am oleh pihak polis kerana mereka tidak punya akta untuk menahan seseorang hanya kerana memakai baju BERSIH, dan menurut peguamnya mereka sedang menimbangkan untuk menyaman pihak polis kerana melakukan tangkapan salah (suka-suka)

POLIS RAMAI BERMASALAH !

Rasuah: Koperal dipenjara 14 hari
27/06/2011 11:56am

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Koperal dipenjara 14 hari serta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan meminta suapan daripada seorang penunggang motosikal tiga tahun lalu.

Hakim Chan Jit Li yang menjatuhkan hukuman di dalam kamar turut memerintahkan penjara tambahan sebulan terhadap Nordin Muhamad Nor, 47, jika dia gagal membayar denda.

Nordin yang bertugas di Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dituduh meminta RM180 daripada Khoo Shu Shan di bulatan Teluk Wanjah pada 1 November 2008.

Wang itu adalah sebagai dorongan supaya Shun Shan tidak disaman kerana tidak memiliki lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh.

Nordin yang diwakili peguam Saw Hoe Teik dituduh mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Iznina Hanim Hashim. - Bernama

Wednesday, June 22, 2011

TERGAMAM TAK BERJAWAB, BELANJA MAKIN LARAP

Shahrizat gagal jawab
Tuntut Dana Tambahan RM459 Juta, untuk pilihanraya?

Wanita Pakatan Rakyat menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan lantaran gagal menyatakan tujuan sebenar bajet tambahan berjumlah RM459 juta oleh kementeriannya semalam.

Menurut Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin, tindakan Sharizat tidak menjawab pertanyaan ahli parlimen sewaktu perbahasan belanjawan tambahan peringkat Kementerian beliau semalam, menunjukkan suatu sikap ketidakmatangan beliau selaku seorang menteri.

Unit Pejabat Pengurusan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) isi rumah berpendapatan rendah (LIH) kementerian itu sebelum ini melaporkan jumlah ketua isi rumah miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem e-Kasih telah dikurangkan sebanyak 99.8 peratus iaitu 44,535 keluarga dari 253,862 keluarga.

Hal ini menimbulkan persoalan mengapakan Shahrizat memohon belanjawan tambahan 'untuk membantu golongan miskin tegar' sedangkan sepatutnya belanjawan tersebut telahpun mencukupi.

"Beliau seharusnya sedar bahawa RM459 juta ini melibatkan dana awam, maka suatu sistem kewangan yang tersusun dan terancang perlu dilaksanakan, dan tidak terus- terusan melaksanakan program- program ad-hock sentiasa.

"Maka, Demi Rakyat, kami (Wanita Pakatan Rakyat) menggesa agar beliau segera meletak jawatan, atas dasar kebertanggungjawaban yang jelas telah memalukan imej Parlimen dan Malaysia di peringkat antarabangsa," tegas Zuraidah dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober 2010 yang lalu, peruntukan untuk pembangunan sosio- ekonomi kementerian itu mencatatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM536 juta.

Pecahannya adalah seperti berikut; RM190 juta untuk keluarga miskin, RM108 juta untuk golongan kurang upaya, RM167 juta untuk warga emas, RM50 juta untuk bantuan am, selain RM22 juta untuk bantuan sosio- ekonomi lain.

Menurut Zuraidah, dengan peruntukan tambahan yang diminta, kos perbelanjaan kementerian itu mencecah hampir RM92 juta melainkan kos tersebut digunakan untuk menjalankan projek yang bersifat jangka pendek atau 'one off'.
"Peruntukan belanjawan tambahan sebanyak RM459 juta yang dimohon turut menunjukkan peningkatan sebanyak 87% dari jumlah asal belanjawan 2011, sekaligus membawa kepada jumlah hampir RM1 Billion, peruntukan keseluruhan buat 5 kategori," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusuf, tindakan Shahrizat itu seolah- olah mahu menggunakan wang peruntukan itu sebagai dana pilihan raya umum akan datang.

"Peruntukan untuk kebajikan sepatutnya semakin kurang sebab penerimanya semakin kurang tapi anehnya kementerian minta bajet tambahan sehingga hampir RM 500 juta, katanya untuk warga miskin. Di mana yang betul? Laporan NKRA yang penting atau ini? Yang ini kita nampak terang-terang. Saya yakin wang ini akan digunakan UMNO untuk pilihan raya umum akan datang," tegas beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS.

Wednesday, June 15, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH 2 JANA EKONOMI RM30JUTA !

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Selasa 15 Jun 2011

PENIAGA KUALA LUMPUR UNTUNG BESAR SEMASA HIMPUNAN BERSIH 2

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi. Beliau menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

Perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman.

Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang. Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta. Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.

Walaubagaimana pun semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, PERKASA, PERKIDA, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara. Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.

Saya penuh yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia. Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku. Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves. Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut. Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor

019-7285174

Sunday, June 12, 2011

NGERI BILA MENTERI UMNO TUA BANGKA BELANJA WANG RAKYAT RM100 JUTA DALAM SEHARI?

UMNO BOROS: 'Rais habiskan bajet 1/2 tahun dalam 1 hari'

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam Datuk Rais Yatim kerana menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Lim berkata, secebis daripada jumlah itu, atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

rais yatim pc 020709 01
“Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim
(kanan) mesti menjelaskan rasional pembaziran RM100 juta untuk Hari Seniman 2011 pada 29 Mei yang mendapat sambutan hambar penggiat seni.

“DAP dikejutkan oleh suatu laporanBernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang telah dikritik oleh penggiat seni itu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bernama, pada tahun lepas, kerajaan membantu industri seni maju selangkah lagi dengan memperuntukkan RM200 juta sewaktu pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pembentangan tersebut, Najib menerangkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

NONE
Lim (kiri) mempersoalkan sama ada laporan Bernama itu tepat dalam
memetik jumlah sebesar itu yang dibelanjakan untuk acara berkenaan.

“DAP mengesyaki laporan Bernama itu palsu dan Rais harus menjelaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan.

“Adalah sukar untuk mempercayai kerajaan boleh memperuntukkan RM100 juta untuk Hari seniman 2011 apabila 27 juta rakyat biasa
Malaysia menanggung kenaikan harga kerana potongan subsidi kerajaan BN," katanya.

Friday, June 10, 2011

KHIR TOYO BAYAR 5 KALI BAYAR TUNAI

Saksi: Ubah-suai rumah RM6.5 juta dibayar tunai

Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.

"Saya terima bayaran pendahuluan sebanyak RM250,000 pada Mac 2006 dan kemudian saya ke pejabat pemegang harta (kini insolvensi) untuk uruskan pasport ke Bali untuk membeli barang.

"Pembayaran seterusnya saya terima kira-kira RM500,000... setiap kali pembayaran di mana empat atau lima kali pembayaran diserahkan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni manakala tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan oleh Dr Khir Toyo sendiri," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Wednesday, June 1, 2011

INDONESIA TURUNKAN HARGA MINYAK ! MALAYSIA ?

Indonesia mampu turunkan harga minyak, Kenapa Malaysia tidak ?
29 Jamadilakhir 1432H.

KENYATAAN MEDIA
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.

Saya suka untuk mengulas tindakan PT Pertamina Indonesia semacam Petronas di Malaysia yang mengambil tindakan untuk kali kedua kelmarin dalam tempoh seminggu

Sedangkan pada isnin lepas Pertamina baru saja menurunkan harga minyak yang terdiri dari Pertamax/Bio Pertamax, Pertamax Plus, dan Pertamina Dex ini. Penurunan itu semacam menjadi satu persaingan bila dua syarikat saingan Pertamina iaitu Shell dan PT Total Oil Indonesia turut menurunkan harga minyak jenis yang sama pada hari Selasa lepas .

Penurunan itu adalah antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam Ringgit Malaysia antara RM 0.07 hingga RM 0.21.

Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Republik Indonesia itu bagi saya merupakan satu jawapan yang jelas kepada apa yang telah dikatakan oleh Pakatan Rakyatat di Malaysia bahawa kerajaan sepatutnya memikirkan untuk menurunkan harga minyak.

Pakatan Rakyat menegaskan berulang bahawa Malaysia mampu menurunkan harga minyak bila BN jadi pembangkang selepas PRU ke 13 nanti. Malah ada isu yang mengatakan sepatutnya harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama 50 tahun lebih sebenarnya boleh sampai ke tahap RM 0.60 seliter dan tidak semahal sekarang.

Dimanakah pemimpin UMNO dan BN yang sering mengatakan ekonomi Malaysia yang lebih baik dari Indonesia sedangkan dia tidak mampu untuk membela rakyatnya dengan menurunkan harga minyak.

Ternyata Pemimpin BN berbohong kepada rakyat Malaysia dengan tidak mampu mebela nasib rakyatnya yang duduk dalam keadaan tertekan dan dihimpit resiko kenaikan harga barang apabila setiap kali harga minyak naik.

Kalaupun pernah dilakukan oleh PM Pak Lah sebelum ini, kenapa juga PM Najib tidak mampu melakukannya?

Realitinya pemim[pin BN sekarang menjadi penghisap darah kepada rakyat dengan sewenangnya menaikkan harga minyak RON 97 dan pada bila-bila masa RON 95 akan mengalami kenaikan harga.

Penurunan harga minyak sangat berkaitan dengan langkah jimat cermat sebuah kerajaan dalam berbelanja dan langkah membenteras rasuah khususnya dalam batang tubuh syarikat pengendali minyak negara Petronas.

Bayangkan sekiranya semua kos yang berkaitan dengan Petronas sangat mahal harganya
dan dikaitkan dengan kepentingan kroni dan rasuah menyebabkan Petronas menjadi tempat pihak tertentu untuk mengaut keuntungan peribadi sedangkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan kos berganda itu dengan harga minyak yang mahal.

Contohnya sebuah stesen minyak yang ingin dibina di sebuah tanah kampung yang terpencil yang sangat murah harganya akan digandakan harga tanah itu sehingga lebih 10 kali ganda. Keaadan ini menyebabkan menyebabkan kos berganda termasuk lah dalam semua urusan lain yang berkaitan dengan Petronas sehingga mengheret rakyat untuk membayar lebih bagi setiap liter minyak.

Saya yakin sekiranya semua langkah dilakukan dalam menyusun kembali pengendalian urusan Petronas termasuk wang hasil negara itu diauditkan maka sesuatu yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak akan menjadi kenyataan.

Apapun rakyat mesti memastikan dahulu dalam PRU ke 13 akan BN diletakakan sebagai pembangkang dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia yang semakin kritikal.

Kenyataan Media, DRS. KHALIL IDHAM LIM, PARIT BUNTAR, 2 Jun 2011.