Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, February 14, 2013

DABEL STANDAD ! MB PAHANG BUAT GAYA LUCAH TAKPER!

Bernama semalam melaporkan bahawa seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas. Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini, pada pukul 11.50 pagi, 11 Februari lepas. Bagi pertuduhan kedua, Leong didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu. Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Februari. Leong membayar denda itu. Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Leong bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Jika Leong dijatuhkan dengan hukuman seberat itu apakah pihak berkuasa bersedia untuk mendakwa Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang juga menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS, DAP dan PKR semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Sanggang (gambar) beberapa tahun lalu. Bukti jelas di hadapan mata, gambar pun ada malah ianya disaksikan oleh ribuan orang termasuk pihak polis. Sila bawa Adnan ke muka pengadilan kerana sah dia melakukan kesalahan. Sudah bertahun-tahun Adnan bebas tanpa disiasat dan didakwa di mahkamah.