Sahabat Intim Blog Ini

Friday, March 29, 2013

MEMERANJATKAN ! NEGARA DITADBIR ALA MU?

Negara Persekutuan, tetapi di tadbir ala Malayan Union(MU) Apabila Negri Sembilan terpaksa membiarkan Dewan Legislatif nya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah sedang ditadbir seperti Malayan Union yang ingin dibentuk oleh British dahulu. Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah di tadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara ‘unitary’. British hampir berjaya membentuk dan melaksanakan Malayan Union terhadap semenanjung ini. Brtitish telah merangka semenanjung ini sebagai sebuah negara ‘unitary’ tanpa mempunyai sempadan di antara kesemua negeri dalam semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran Malayan Union itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negri Sembilan dan semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang untuk menjadi penasihat-penasihat kepada Malayan Union itu dalam bentuk ‘ceremonial’ sahaja. Tetapi semuanya itu dapat ditolak sehinggakan kita berjaya membentuk sebuah negara Persekutuan pada bulan Februari 1948 dan kerajaan Persekutuan itu lah yang meneruskan perjuangan kemerdekaan sehingga kemerdekaan itu tercapai pada bulan Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah mendapat semula negeri-negeri jajahan baginda semua dengan mempunyai Legisltif nya sendiri dan Ketua Eksekutif sendiri, walaupun Ketua Eksekutif itu dilantik oleh British. Justeru dalam pemahaman kita yang mudah, negeri-negeri ini adalah negeri-negeri berdaulat di bawah naungan Raja-Raja Melayu dan dalam perjanjian Persekutuan pada Februari 1948 itu. Negeri-negeri ini bersetuju untuk bergabung dalam sebuah negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kedaulatan negeri-negeri inilah sumber kedaulatan negara persekutuan yang baru terbentuk itu. Oleh itu perhubungan Putrajaya dengan kerajaan negeri-negeri di dalam persekutuan itu mestilah perhubungan dengan negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Persekutuan mesti melayani negeri-negeri dalam persekutuan itu dengan hormat seperti negara kita menghormati kerajaan negara lain yang berdaulat itu. Tetapi ini tidak berlaku di negara kita di mana Persekutuan telah menentukan segala-galanya dan negeri-negeri di dalam persekutuan ini terpaksa tunduk kepada kehendak Putrajaya seratus peratus. Ramai merasakan terbubarnya Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan sendiri itu adalah di sebabkan keadaan dan masalah yang ada di peringkat persekutuan. Itu masalah persekutuan. Tetapi jika Negri Sembilan ditadbir politiknya oleh Negri Sembilan sendiri, Mohamad Hasan sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negri Sembilan itu dahulu sebelum DUN iu terbubar dengan sendirinya. Biarlah Negri Sembilan mengadakan pilihanrayanya dahulu kerana seperti yang kita dengar selalu, Menteri Besar NS selalu berkata, “kito dah ready bilo-bilo maso untuk pilihanrayo” Sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini Negri Sembilan sepatutnya memanggil pilihanraya DUN dahulu. Jika kita terpaksa menunggu pimpinan persekutuan untuk menyelesaikan masalahnya di Putrajaya sebelum kita memanggil pilihanraya untuk DUN Negeri inilah masalahnya yang timbul. Terbubarnya DUN Negri Sembilan secara sendiri itu telah memberikan persepsi jelas yang UMNO dan BN itu sesungguhnya sedang menghadapi masalah. Jika benar Negri Sembilan bertindak sebagai sebuah negeri yang berdaulat membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar itu adalah satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri Besar nya yang telah di beri kuasa untuk menentukan pembubaran itu tidak melakukannya kerana masalah pimpinan Persekutuan yang belum bersedia itu. Putrajaya tidak menghormati nilai sebuah negara persekutuan seolah-olah kita masih terikat dengan budaya mentadbir ala Malayan Union dahulu. Tiada kebebasan barang sedikit untuk negeri-negeri dalam persekutuan itu. Bukannya salah untuk memahami dan membantu masalah yang di hadapi oleh pimpinan persekutuan itu, tetapi tidak lah sampai membiarkan Dewan Undangan Negeri yang berdaulat dan mulia itu terbubar begitu sahaja kerana kehendak Persekutuan itu. Nampaknya Johor pun sudah menunjukkan tanda-tanda DUN akan terbubar dengan sendiri itu. Nampaknya satu demi satu DUN-DUN negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini akan terbubar secara ‘automatic’ semata-mata kerana kelalaian dan kelemahan pimpinan Persekutuan. Mereka lebih mementingkan politik kepartian walaupun parti yang memerintah itu sudah hampir kepada penamat usianya. Mungkin keadaan ini terjadi kerana untuk memberikan kesedaran kepada semua, yang perubahan kepada negara sudah menjadi fardhu kifayah yang sangat penting kita lakukan. Parti pemerintah negara ini sudah terlalu uzur dan berusia untuk terus mentadbir kita. Tengok sahaja lah, Dewan Undangan Negeri pun terbubar dengan sendirinya. Apa lagi alasan yang ada yang bagi kita mempertahankan kerajaan yang sudah uzur ini?

Monday, March 25, 2013

HARAMKAN UMNO ! MEMANG DAH HARAMAPUN

Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 50 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan. Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai ‘Haramkan Umno’. Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan mahkamah tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan. Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya. Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang – undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan semula organisasi Umno peringkat tertentu. Kemudian keadaan bertambah parah berikutan banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966. Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno menjadi cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram. Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram. Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan, cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di’back-dated’kan. Pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah. Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut. Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010) Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya? Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana – mana organisasi berdaftar di Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan. Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya. Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis – ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram. Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan ‘Haramkan Umno’. Peranan semua: 1. Menyampaikan penerangan ‘kenapa Umno organisasi haram?’ ke seluruh pelusuk negara. 2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com 3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu. Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara. Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka ‘Gerakan Haramkan Umno’ di ibukota. Sekian. che’GuBard Ketua Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia

Thursday, March 21, 2013

WAHAI AZIZ BARI , BENARKAN NAJIB BERKUASA SAMPAI 30 APRIL 2013?

Parlimen automatik bubar 30 April Kuala Lumpur, 14 Mac : Parlimen bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April seperti diuar-uarkan sebelum ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilangsungkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun PRU, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya berlangsung, bukan tarikh pilihan raya umum diadakan dan pengiraan berkenaan sudah disahkan penasihat undang-undang suruhanjaya berkenaan. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yang Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik iaitu 27 Mac ini jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu. Ramai termasuk pemimpin politik tidak sedar perkara ini hingga buat andaian Parlimen sepatutnya terbubar sendiri 9 Mac lalu. Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008, tetapi disebabkan 28 April 2013 jatuh pada Ahad, ia dibawa kepada 29 April dan Parlimen bubar secara automatik 30 April, katanya. PM masih berkuasa Aziz berkata, sehingga 30 April itu, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan adalah sah, malah apabila Parlimen dibubarkan, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menolak dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jumlah pengundi di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok melebihi penduduk. Tindakan beliau menyebarkan perkara itu melalui akhbar partinya dilihat tidak ikhlas dan cuba mengelirukan orang ramai, sedangkan SPR memberi ruang kepada mana-mana pihak yang mencurigai daftar pemilih untuk membantah ketika Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun dipamerkan, katanya dalam satu kenyataan. Kamaruddin, berkata, DM Bestari Jaya Utara lebih luas dan tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya, sebaliknya bermula dari sempadan Ladang St Andrew dan berakhir di sempadan Kampung Sungai Darah dengan dipisahkan jalan utama Batang Berjuntai-Kuala Selangor. DM Bestari Jaya Utara mengandungi 18 lokaliti iaitu taman perumahan, kampung tradisi, kuarters kerajaan dan penempatan utama. Kenyataan Menteri Besar Selangor itu dipercayai hanya merujuk Bestari Jaya Utara yang didakwa mempunyai hanya 1,788 penduduk dan ia adalah tidak benar. Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, pemilih di DM Bestari Jaya ialah 3,558 orang, peningkatan 1,317 orang berbanding 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baru iaitu taman perumahan, katanya. Beliau berkata, hasil semakan bagi 2006 ketika Pilihan Raya Kecil DUN Ijok 2007, pemilih di sana 2,241 orang, tetapi perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibantah ketika Khalid bertanding seterusnya menang kerusi itu.

Monday, March 18, 2013

NAJIB DAH TAK SEMPAT !

Perlakuan rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional di negeri-negeri yang dikuasainya bukanlah suatu perkara baru. Pengurusan hasil balak di negeri-negeri yang ditadbir Umno/Barisan Nasional yang terpalit dengan rasuah menjadi buah mulut rakyat dan pelbagai siasatan oleh pihak berkuasa. Contoh yang baik ialah pengurusan balak di Terengganu di bawah YAB Dato’ Seri Ahmad Said. Saya dan YB Dr Syed Azman Syed Nawawi telah mendedahkan modus operandi bagaimana syarikat-syarikat yang ingin turut serta di dalam tender mengeluarkan hasil balak dipaksa untuk membeli syarikat RM2 pada harga RM2.5 juta untuk dipertimbangkan. Hari ini, saya menampilkan bukti bayaran bagaimana syarikat yang menjadi mangsa terpaksa membayar deposit sebanyak RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu. http://rafiziramli.com/2013/03/cabar-umno-gugurkan-pimpinan-yang-terpalit-dengan-rasuah-disiasat-sprm/ Siasatan dan skandal terbaru yang melibatkan Dato’ Seri Ahmad Said ini hanyalah satu dari beberapa siri yang mengaitkan pimpinan Umno. Selain beliau, pimpinan-pimpinan tertinggi Umno yang berikut adalah terpalit dengan tuduhan rasuah atau siasatan SPRM bersabit rasuah: 1. Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno 2. Dato’ Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah 3. Dato’ Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri 4. Dato’ Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan 5. Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak 6. Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu 7. Dato’ Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan 8. Dato’ Seri Shafiee Afdhal, Menteri Luar Bandar Jika Dato’ Seri Najib benar-benar jujur untuk meletakkan calon yang bersih dan boleh diterima rakyat, maka dia harus memberi komitmen untuk menggugurkan pemimpin Umno ini dari menjadi calon dalam pilihanraya akan datang – bukan sekadar menghantar nama untuk disemak oleh SPRM. Jika Umno tidak bersedia untuk menggugurkan pimpinan ini, terbukti bahawa Umno tidak serius untuk meletakkan calon yang bersih dan boleh menang (winnable) seperti yang disebut-sebut Dato’ Seri Najib sendiri. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI 12 MAC 2013

Tuesday, March 12, 2013

NAJIB WAJIB JAWAB !

Najib kena jawab pendedahan bapa Saiful Bukhari – Anwar LUMUT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi reaksi terhadap pendedahan bapa kepada Saiful Bukhari, yang mendedahkan wujud konspirasi politik di sebalik kes Fitnah II, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Najib, hang jawab. Lepas ini tak tau apa lagi nak terdedah,” katanya depan ribuan rakyat yang membanjiri program Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak 10 Mac lalu. Pendedahan bapa Saiful Bukhari membuktikan Najib berperanan dalam konspirasi kes Fitnah II untuk memenjarakan Anwar berikutan penglibatan pegawai khasnya tetapi gagal. Azlan Md Lazim ketika membuat pendedahan 8 Mac lalu menamakan Khairil Annas Jusoh sebagai antara individu yang merancang dan menyediakan kenyataan media untuk beliau dan Saiful Bukhari. Selain itu, reputasi Najib juga tercalar teruk berikutan pendedahan Deepak Jaikishan dan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan kes pembunuhan Altantuya Syariibuu. Meneruskan ucapan, Anwar berkata, beliau pernah menolak permintaan Azlan untuk bertemu kerana bimbang difitnah lagi. Namun, Ketua Umum KEADILAN itu mendapati Azlan bersungguh-sungguh mahu meminta maaf kepada beliau dan ahli keluarganya sebelum bersetuju untuk bersemuka. “Dia (Azlan) bagi tahu saya, dia tahu siapa yang terlibat dan dia tahu Pegawai Khas Perdana Menteri terlibat,” katanya. Sebagai mangsa fitnah, kata Anwar, beliau berhak mendapat penjelasan Perdana Menteri, apatah lagi tuduhan itu memberi kesan kepada kehidupan isteri dan anak-anaknya. “Kasihan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Ismail) tapi saya tahu wanita berwajah lembut itu kuat semangatnya. Sebab itu saya sayang sampai sekarang,” katanya yang memuji isterinya kerana teguh dalam perjuangan untuk rakyat.

Thursday, March 7, 2013

BAIK......... ADA MAKNA ? ALHAMDULILLAH BARU NAK JAGA MARUAH

Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II. "Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini. "Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai. Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam. Malaysiakini tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka. "Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya." Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya. "Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya. walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya. "Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar." Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan." Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya. "Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan. "Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka. "Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. "Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya. Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul". "Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.