Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, December 29, 2013

ISLAM BENARKAN RAKYAT TEGUR KERAJAAN!

Islam benarkan rakyat tegur kerajaan – TG Nik Aziz KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya. “Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan. “Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku. “Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini. Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat. Selepas pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt. Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya. Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat. “Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar. Sebab itu agama tidak boleh diasingkan daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik itu tidak kena. “Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang rakyat dan sebagainya. “Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi,” ujarnya. Menurutnya juga menjadi orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan. Kata beliau ketika berada di kerusi Menteri Besar 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat. “Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat,” katanya.

ISLAM BENARKAN RAKYAT TEGUR KERAJAAN!

Islam benarkan rakyat tegur kerajaan – TG Nik Aziz Harakahdaily Dec 29, 2013 ASLANI M KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya. “Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan. “Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku. “Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini. Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat. Selepas pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt. Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya. Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat. “Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar. Sebab itu agama tidak boleh diasingkan daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik itu tidak kena. “Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang rakyat dan sebagainya. “Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi,” ujarnya. Menurutnya juga menjadi orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan. Kata beliau ketika berada di kerusi Menteri Besar 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat. “Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat,” katanya.

Wednesday, December 11, 2013

TAHNIAH YB KHALID SAMAD !

Khalid Samad Menang Kes Saman Terhadap Hamidah Osman KELAB GREENBOC Kuala Lumpur- Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman Khalid Abdul Samad terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib. Dalam keputusannya itu, mahkamah mengarahkan Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid. “Mahkamah mendapati tulisan dan gambar yang disiarkan adalah fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap dan diketepikan,” kata Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim. Dua lagi hakim adalah Mah Weng Kwai and Abang Iskandar Abang Hashim. Pada 12 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah. Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah. Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan Khalid yang mengatakan artikel yang diterbitkan oleh Hamidah adalah fitnah merupakan satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan. Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember, 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar yang disiarkan melalui blog Hamidah pada Januari 2010. Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad. Mahkamah Rayuan sahkan Hamidah fitnah Khalid Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Datuk Hamidah Osman yang merupakan bekas Ahli Exco Negeri Perak dengan kos RM50,000 dan gantirugi untuk ditaksirkan. Mahkmah rayuan yang diketuai oleh Yang Arif Datuk Mohd Ariff Yusof bersama Yang Arif Datuk Mah Weng Kwai dan Yang Arif Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara memutuskan bahawa, kandungan artikel yang bertajuk 'Umat Islam Perlu Bersatu' yang diterbitkan di laman blog Hamidah, http://hamidahosman.blogspot.com memfitnah Khalid. Artikel tersebut turut memaparkan gambar "super impose" Khalid memakai pakaian paderi kristian yang mengandungi lambang salib dan juga memegang staff yang juga mengandungi lambang salib. Di dalam artikel tersebut Hamidah juga menuduh Khalid Samad dengan tuduhan-tuduhan berikut. [Perenggan 8] "Golongan yang menyokong penggunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, Yb Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian menggantikan perkataan 'God' di dalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh di sudut hantinya dengan keputusan mahkamah ini." [Perenggan 12] "Selepas ini jangan pula hairan jika kita melihat tulisan Gereja Allah bagi menggantikan House of God dihadapan rumah-rumah ibadat kristian diseluruh negara. Ini akan menjadi lambang kepada perbuatan melacurkan agama oleh puak-puak yang mengaku pejuang Islam seperti PAS." [Perenggan 18] "Sekalung tahniah buat parti pas kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat islam di negara ini." Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin. Manakala Hamidah diwakili oleh Wan Azmir Wan Majid dan Nor Emelia Iszeham daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Writ Saman difailkan pada 23 Disember 2011 lalu manakala keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Julai 2013. Di dalam keputusannya Mahkamah Rayuan menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan Khalid gagal membuktikan bahawa artikel di blog Hamidah tidak mempunyai gambar super imposed tersebut. Mahkamah Rayuan juga memutuskan tuduhan tuduhan di perenggan 8, 12 dan 16 artikel Hamidah adalah fitnah ke atas Khalid dan Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan ianya tidak memfitnah Khalid. Kes ini juga amat menarik kerana buat pertama kali Mahkamah Rayuan mendengar tentang isu artikel dari blog yang dikeluarkan (removed) dari blog tetapi masih boleh dicapai dari www.archeive.org.