Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, February 11, 2014

KALAU BACA BERITA INI MEMANG RAKYAT TERDEDAH DENGAN DERITA!

Setakat sembor dan gotong royong bersihkan sampah .Tapi dikatakan nyamuk aedes hanya hidup dalam air bersih! Kenapa Kementerian Kesihatan melalui pakar perbatan dan Saintis tidak berusaha mencari ubat atau anti dot untuk penyakit ini? SHAH ALAM 11 FEB : Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pendidikan terhadap penjagaan kebersihan dan pencegahan demam denggi di kalangan warganya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini bergiat aktif menganjurkan program gotong-royong. Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata program berkenaan juga bertujuan bagi mendidik masyarakat untuk berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya dari segi aktiviti pembersihan kawasan kediaman mereka. gotong-royong. Katanya, masyarakat juga secara tidak langsung akan terdidik dengan sikap lebih bertanggungjawab berhubung kebersihan kawasan sekitar kediaman khususnya di kawasan perumahan bertingkat. “Program ini merupakan inisiatif pihak MBSA bagi mewujudkan budaya bersih bagi melahirkan sebuah bandar raya yang indah, nyaman dan sejahtera. “Melalui program gotong royong, penduduk bukan sahaja berpeluang merasai suasana kawasan perumahan yang bersih, malah merapatkan jurang di antara penduduk setempat dengan MBSA,” katanya dalam satu kenyataan. MBSA Antaranya, Shahrin berkata baru-baru ini, MBSA melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Subang Perdana dan Rumah Pangsa SP3, Seksyen U3, Shah Alam mengadakan program gotong royong bersama-sama penduduk membersihkan kawasan perumahan mereka. “Selain daripada aktiviti pembersihan, turut diadakan ialah pemeriksaan kebersihan gerai makanan serta aktiviti cantasan pokok. “Kita turut menganjurkan pendidikan mencegah dan mendidik masyarakat tentang bahaya demam denggi melalui aktiviti pameran yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar, MBSA,” katanya lagi. Turut serta dalam aktiviti gotong royong tersebut adalah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan bersama pengarah-pengarah jabatan MBSA.

Tuesday, February 4, 2014

DUNIA MAKIN LANTANG, WALAU BERJUANG DI DUN KAJANG!

Bantah TPPA dari seluruh dunia semakin lantang FEB 05, 2014 SM MOHAMED IDRIS Masyarakat sivil dan pertubuhan perdagangan di Malaysia dan seluruh dunia telah menyuarakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di mana Malaysia sedang berunding dengan 11 negara lain di kawasan Asia Pasifik. Khususnya, beberapa kebimbangan yang disuarakan yang tidak ditangani dengan secukupnya oleh pegawai dan pemimpin kerajaan Malaysia, selain jaminan berulangkali namun belum begitu meyakinkan, bahawa kerajaan tidak akan bersetuju kepada peruntukan yang bertentangan dengan kepentingan negara. Satu artikel dalam Le Monde Diplomatique bertajuk “The corporation invasion: Government by big business goes supranational” bertarikh 2 Disember 2013 oleh Lori Wallach, Pengarah Perdagangan Global Public Citizen, sebuah kumpulan advokasi yang berpengaruh di Amerika Syarikat, perlu diberi perhatian serius. Sementara Wallach menulis mengenai Perkongsian Pelaburan dan Perdagangan Trans Atlantik (TTIP) yang sedang dirundingkan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, beliau membuat rujukan kepada TPPA, dan banyak daripada perdebatan yang dibuat olehnya dalam artikel itu mengenai TTIP adalah sama dengan kebimbangan yang telah ditimbulkan oleh Public Citizen, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan banyak kumpulan lain di dalam dan di luar Malaysia. Contohnya, dalam bidang peraturan sektor kewangan, jelas terdapat kepentingan pihak yang amat berkuasa di belakang desakan semasa untuk menghapuskan semua perlindungan berhubung pelaburan berisiko tinggi dan kawalan ke atas jumlah, keadaan atau asal produk kewangan di pasaran. Keadaan ini muncul lima tahun selepas krisis ekonomi dan kewangan global yang berlaku di Amerika Syarikat melanda negara kita dan menyebabkan kesukaran dan penderitaan beribu rakyat Malaysia. Wallach berpendapat, kepentingan perbankan peribadi sebenarnya mahukan perkataan “peraturan” dikeluarkan daripada kamus. Sama seperti kumpulan pelobi Eropah seperti Persatuan Bank Jerman dan Insurans Eropah yang menekan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) supaya menentang usaha mengekal atau mengembangkan reformasi Wall Street yang berlaku sejak krisis kewangan 2008, telah diketahui bahawa Amerika Syarikat memberi tekanan ke atas Bank Negara Malaysia dan bank pusat negara lain yang sedang merundingkan TPPA untuk memastikan kebebasan dari belenggu pergerakan modal. Kita mestilah tidak terlepas pandang kepada hakikat bahawa kawalan modal Malaysia amat kritikal untuk mencegah negara dari mengalami kesan buruk krisis kewangan 1997 serta 2008 yang telah membawa negara lain seperti Indonesia dan Thailand melutut. Adalah amat penting bagi kerajaan mengekalkan ruang peraturan dan dasar untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kewangan terutama sekali memandangkan ketidakstabilan ekonomi dan kewangan mempunyai kesan limpahan ke atas bidang bukan kewangan dan sosio-ekonomi kehidupan rakyat Malaysia. Adalah tidak dapat dibayangkan kestabilan seperti itu boleh dikekalkan, manakala di satu pihak deregulasi lebih besar aliran masuk modal dan pengaliran keluar berlaku. Tetapi kawalan modal bukanlah satu-satunya perkara yang pelabur swasta ingin musnahkan dalam ekonomi dunia untuk memudahkan pengaliran modal mereka tanpa mengambilkira kepentingan awam dan kebajikan negara di mana mereka beroperasi. Pada hakikatnya, Wallach menunjukkan bagaimana negara-negara dipaksa melalui TTIP dan TTPA untuk memastikan di satu pihak keakuran yang meluas terhadap undang-undang mereka, peraturan dan prosedur pentadbiran terhadap perjanjian antarabangsa ini, sebaliknya perlu bersetuju terhadap peruntukan yang membenarkan tindakan hukuman terhadap negara ini jika syarat perjanjian dicabuli oleh dasar yang dilihat sebagai memberi kesan ke atas keuntungan pelabur asing: “Pihak berkuasa, Persekutuan, Negeri dan Tempatan akan berkewajipan untuk meneliti semula dasar mereka dari atas ke bawah untuk memuaskan kehendak sektor swasta dalam sektor-sektor yang mana mereka masih belum mengawal sepenuhnya. Keselamatan makanan, standard bahan kimia dan toksik, harga ubatan dan penjagaan kesihatan, kebebasan Internet dan privasi pengguna, “perkhidmatan” budaya dan tenaga, paten dan hak cipta, sumber asli, lesen profesional, kemudahan awam, imigresen, pemerolehan kerajaan: tidak ada satu ruang kepentingan awam yang tidak akan tertakluk kepada perdagangan bebas institusi.” Oleh itu, kesihatan, kewangan, alam sekitar dan dasar-dasar kepentingan awam lain yang difikirkan akan menghakis kepentingan pelabur asing boleh menyebabkan kerajaan didakwa di luar bidang kehakiman antarabangsa yang merupakan tribunal timbang tara yang terdiri daripada peguam perniagaan yang tidak bertanggungjawab kepada sebarang elektorat malah berkuasa untuk memutuskan perkara berhubung kepentingan dan undang-undang awam. Wallach menunjukkan bahawa ramai daripada peguam ini bersilih ganti antara berkhidmat sebagai hakim dalam tribunal ini dan membawa kes untuk pelanggan korporat menentang kerajaan. Kelab peguam pelaburan antarabangsa amat kecil: 15 orang daripada mereka mengendalikan 55% daripada semua kes yang diteliti sehingga ke tarikh ini. Tiada mekanisma rayuan bagi keputusan mereka. Syarikat mampu untuk menuntut pampasan daripada negara yang mana kesihatan, kewangan, alam sekitar dan dasar kepentingan awam lain didapati boleh menghakis kepentingan mereka, dan mendakwa kerajaan di hadapan tribunal. Tribunal ini berada di bawah peraturan Bank Dunia dan PBB mempunyai kuasa untuk mengarahkan pembayar cukai membayar pampasan yang besar ke atas peraturan yang dilihat menghakis “jangkaan keuntungan masa depan” dan ‘hak’ lain syarikat. Hak ini secara kebetulan merujuk kepada hak pelabur (tetapi bukan tanggungjawab mereka) yang diinterpretasikan dalam syarat yang meluas oleh tribunal timbang tara yang dirujuk di atas dan jarang memberikan kepentingan kepada orang awam. Seperti yang dikatakan oleh Wallach ia termasuklah: •“Hak” kepada rangka kerja peraturan yang akur kepada “jangkaan” perbadanan: kerajaan mestilah tidak membuat sebarang perubahan kepada dasar peraturan sebaik sahaja pelaburan dibuat; • “Hak” kepada pampasan bagi “ekspropriasi tidak langsung”: kerajaan perlu membayar meskipun dasar peraturan sama yang dikenakan kepada firma asing dan domestik menghilangkan nilai (termasuk nilai masa depan) pelaburan; •Hak pelabur untuk memiliki lebih banyak tanah, sumber, kemudahan dan kilang. Dalam melaksanakan hak ini, pihak syarikat telah melancarkan tindakan undang-undang terhadap, antara banyak kesnya ialah: •peningkatan gaji minimum (di Mesir) •dasar pelepasan anti-toksik (di Peru) •undang-undang anti merokok (di Uruguay dan Australia) •standard paten yang membantu untuk memastikan akses kepada ubatan yang lebih mampu (di Kanada) •peraturan tenaga, termasuk menghapuskan tenaga nuklear (di Jerman). Tidak terdapat had kepada jumlah wang yang tribunal timbang tara boleh mengarahkan kerajaan seperti kerajaan Malaysia supaya membayar kepada syarikat asing jika mereka gagal dalam kes itu. Pada tahun lepas, Ecuador diperintahkan supaya membayar kepada syarikat minyak lebih US$2 bilion. Kerajaan sering memilih untuk menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah disebabkan bayaran perundangan dan kos yang tinggi dalam timbang tara antarabangsa – pada purata kira-kira US$8 juta bagi setiap kes. Pada masa ini apabila rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk perkhidmatan dan barangan keperluan, bagaimana kerajaan akan membayar berjuta dolar dalam bentuk pampasan hanya kerana bertindak atas kepentingan awam? Berdasarkan kepada perkembangan di atas, tiada satu pun sebenarnya isu yang baharu. Contohnya Perjanjian Pelaburan Pelbagai Hala (Multilateral Agreement on Investment - MAI) yang dirundingkan antara 1995 dan 1997. Malaysia ketika itu di bawah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menentang rundingan yang dicadangkan atas beberapa sebab seperti yang tertera di atas terutama sekali syarikat asing diberikan kuasa untuk menyaman kerajaan secara langsung bagi pampasan secara tunai terhadap kehilangan pendapatan disebabkan oleh tindakan kerajaan. Sebagai tambahan kepada arkitektur hak pelabur yang berat sebelah vis-a-vis tanggungjawab negara, Wallach juga menyentuh mengenai agenda pro-pelabur yang telah dibina dalam TTIP yang mencerminkan peruntukan yang dicadangkan bagi TPPA. Kami hanya menyentuh beberapa isu biasa dalam TPPA dan TTIP yang dirujuk oleh Wallach dalam pendapat pengarangnya: Organisma Ubah Suai Genetik (GMO): Firma yang menghasilkan dan menggunakan organisma ubah suai genetik cuba untuk mengharamkan keperluan mengesan dan melabel GMO, mempersoalkan kenapa produk GMO tidak boleh secara automatik diluluskan oleh kerajaan, pengaduan “jurang yang semakin berkembang dan ketara” antara deregulasi peraturan produk bioteknologi baharu di beberapa negara dan kelulusan produk lain dan harapan bagi resolusi “perkembangan tunggakan produk GM yang menunggu kelulusan/pemprosesan”. Privasi digital: Syarikat Internet dan teknologi tinggi cuba untuk memastikan dasar privasi data tidak menghalang aliran data peribadi melintasi sempadan. Malah selepas pendedahan baru-baru ini oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (National Security Agency - NSA) program pengintipan data secara sewenang-wenangnya dan tuntutan kepada syarikat seperti Verizone bagi sejumlah besar data peribadi, syarikat yang sama ini melalui TTIP dan TPPA cuba untuk memastikan peruntukan bagi membolehkan mereka menghadkan peraturan privasi dan keselamatan domestik dan untuk memastikan “ia tidak digunakan sebagai penyamaran halangan kepada perdagangan.” Keselamatan makanan: Industri daging cuba untuk mengeluarkan atau sekurang-kurangnya menukar standard dan peraturan makanan kebangsaan. Misalnya industri daging Amerika Syarikat cuba menggunakan TTIP untuk menarik semula pengharaman EU bagi amalan mencelup daging dalam klorin selepas penyembelihan. Restaurants International (pemilik Kentucky Fried Chicken) telah meminta agar TTIP digunakan untuk menukar standard keselamatan makanan EU supaya penduduk Eropah boleh membeli KFC berklorin. Institut Daging Amerika (American Meat Institute - AMI) membantah bahawa “EU terus mengekalkan pengharaman yang tidak wajar ke atas daging yang dihasilkan dengan teknologi beta-agonist seperti ractopamine hydrochloride.” Sementara itu Majlis Pengeluar Daging Babi Kebangsaan (National Pork Producers Council - NPPC) berkata “Pengeluar daging babi Amerika Syarikat tidak akan menerima sebarang hasil selain penghapusan pengharaman EU ke atas penggunaan ractopamine dalam proses pengeluaran.” Manakala kumpulan korporat terbesar Eropah BusinessEurope menyatakan: “Kunci utama halangan bukan tarif menjejaskan eksport EU ke AS termasuk Akta Pemodenan Keselamatan Makanan AS.” Perkhidmatan awam: TTIP akan membuka kepada persaingan dan kuasa pasaran semua sektor kepentingan awam dan mewajibkan negara yang menandatanganinya menghapuskan semua peraturan penyedia perkhidmatan asing yang beroperasi dalam wilayah mereka. Ini akan mengurangkan hampir kepada ketiadaan ruang bagi dasar dalam kesihatan, tenaga, pendidikan, air, pengangkutan, malah imigresen untuk mengawal kemasukan barangan atau perkhidmatan yang dijual menjejaskan kepada yang lain. Tiada penyokong pro-TPPA menunjukkan sebarang bukti penting akan manfaat perjanjian antarabangsa seperti TTIP dan TPPA dalam bentuk kebajikan sosioekonomi, serta kosnya. Memandangkan sudahpun terdapat tarif rendah ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dan negara lain yang Malaysia mempunyai perjanjian perdagangan bebas, hujah oleh penyokong TPPA bahawa TPPA akan membawa kepada lebih banyak jualan barangan dan perkhidmatan Malaysia adalah tidak bernas dalam fakta FTA masa lalu seperti NAFTA. Wallach menjelaskan ini mungkin disebabkan hampir semua kajian mengenai TTIP (dan TPPA) dibiayai oleh institusi yang menyokong perdagangan bebas atau oleh pertubuhan perniagaan, yang menjadi sebab kenapa mereka tidak menyebut tentang kos sosial atau mangsa secara langsung, yang boleh mencapai beratus juta. Sebagai rumusan, kami tidak percaya keadaan begitu banyak berubah antara pentadbiran Tun Mahathir dan kerajaan semasa sehingga membuat dasar yang berbeza sepenuhnya dasar berhubung perjanjian pelaburan dan perdagangan seperti MAI pada 1990-an dan TPPA pada dekad ini. Pada hakikatnya, Tun Mahathir dan ramai yang lain mengekalkan pendirian bahawa kos TPPA jauh mengatasi manfaat yang disasarkan namun masih tidak jelas. Memandangkan kepada isu yang dikemukakan di atas, kami menggesa kerajaan Malaysia supaya menarik diri dari rundingan TPPA dengan segera. SM Mohamed Idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Monday, February 3, 2014

JASA BELIAU DENGAN PAS DISANTUNI DSAI PULA !

Anwar Ibrahim Mengadap "Ayahanda Pekida" Kajang ! KAJANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang pada pilihanraya kecil kawasan itu tidak lama lagi, khabarnya telah bertemu dan beramah mesra dengan Ayahanda Pekida Kajang iaitu Datuk Dr.Ujang Bagong semalam (foto). Untuk pengetahuan umum, beliau yang dimaksudkan adalah merupakan dermawan yang tinggal di Kajang. Beliau terkenal dengan identiti berjanggut, berkopiah hitam, berantai emas labuh dan gelang emas. Beliau banyak menghulurkan sumbangan untuk aktiviti kebajikan terutamanya di kawasan Kajang. Sumbangan juga diberikan kepada ‘Rumah Pengasih Datuk Ujang’ iaitu beberapa unit rumah yang telah diwakafkan oleh Dr. Hj Masjuki Bin Hj Musuri. Rumah ini dirasmikan pada hari 20 Januari 2007 . Rumah Pengasih ini terletak di di No 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pekida Malaysia dan Pengerusi Unit Pemadam Sungai Ramal Baru. Beliau juga Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Hulu Langat dan Penasihat Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semasa era Datuk Harun Idris bertanding di Parlimen Ampang Jaya pada 1988, beliau turut sertai Parti Melayu Semangat 46 demi kesinambungan perjuangan orang Melayu. Beliau pernah mengumumkan sumbangan kepada tabung PAS untuk Gaza melalui Mohamad Sabu ketika di Masjid Jamek Kajang pada 2009. Beliau banyak memberi sumbangan kewangan kepada fakir miskin dan penangunan sersebuah masjid terutama Masjid Jamek Kajang. Beliau merupakan Penaung Masjid Jamek Kajang. Setiap tahun sejak 1980-an , semasa hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, beliau akan mengadakan majlis penyampaian derma wang kepada mereka yang memerlukan.Masjid Sungai Kantan, Kawasan Kubur Islam Kajang, Sekolah Agama Kajang turut mendapat perhatian beliau. Biasanya angka sumbangan beliau amatg menarik seperti Rm10,000 , RM11,111,11 dan RM6666. Cat kegemaran beliau hijau muda dan menjadi 'trademark'nya. Masjid Jamek Kajang bersebelahan dengan Medan Sate Kajang dan Stadium Kajang dan rumah Pemadam Hulu Langat. Tanah Perkuburan Sungai Kantan dibersih rapi hasil kerjasama beliau. Tanah perkuburan ini turut menempatan jenazah Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, Mona Fendey dan jenazah banduan yang tidak dituntut di Hospital Kajang. Pada 22 Disember 2009, RM10,000 disumbang bagi membiayai tunggakan lebih RM1 juta kos rawatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra di Singapura.