Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, January 8, 2009

MAHASISWA DIBENARKAN BOLEH BUAT DEMO !


Tahniah, saya tidak pasti adakah ini pertama kali, namun tindakan YB Menteri Pengajian Tinggi membenarkan mahasiswa universiti untuk terlibat dalam bantahan dan demonstrasi aman mengecam serangan Yahudi ke atas Palestin dan dunia Islam layak mendapat pujian.
Juga kenyataannya yang memberikan kepercayaan kepada kebijaksanaan mahasiswa untuk menggunakan kelonggaran diberi dengan cara yang betul.
Berbekalkan keizinan menteri, sewajarnya para pensyarah universiti juga turut serta bersama anak-anak murid mereka untuk menyertai bantahan Jumaat ini. Jangan hanya anak murid yang bersemangat tetapi maha guru mereka terperok di dalam bilik sejuk pensyarah, dengan hujjah sibuk dengan kajian ilmiah "untuk naik pangkat".

CERAMAH SEMPENA HARI ASYURA


BANTAH KEZALIMAN ZIONIS, BOIKOT BARANGAN ISRAEL




Anjuran: COMPLETE


Tarikh: Jumaat Hari ini


, 9 Januari 2009


Masa: Bermula jam 2 petang


(selepas Solat Jumaat)


Tempat: Berkumpul depan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak


Pakaian: Bersesuaian dengan tema pembebasan Palestin


Peralatan: Sepanduk bertuliskan bantahan serangan ke atas Palestin dsb...


Agenda: Menyampaikan memorandum bantahan kepada Duta USAJom kita sertai beramai-ramai membantah dan memprotes kezaliman ke atas rakyat dan negara Palestin sebagai tanda prihatin dan simpati kita ke atas penderitaan saudara-saudara kita di sana.Sebarkan maklumat ini kepada rakan dan taulan anda semua.ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA
Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Tempat: Stadium Melawati Shah Alam
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.
Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Tolong kerahkan seramai mungkin termasuk anak2 utk tunjukkan keprihatinan. Al-Jazeera TV akan buat liputan. Kalau boleh bawa placard, banner atau kain rentang in English or Malay. Sebarkan.TK

http://www.amanpalestin.org/

Friday, January 2, 2009

PELIK! PEMBANGKANG PERAK (BN) ANTI KEBAJIKAN RAKYAT


Pembangkang di Perak beriya-iya menentang tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberi taraf hak milik kekal kepada rakyatnya yang tinggal di kampung-kampung Baru dan Tersusun.
Busuknya hati. Mereka minta pulak Peguam Negara mengisytiharkan yang ia tidak sah kerana telah melanggar 'fatwa' Kanun Tanah Negara. Hebatnya pejuang Melayu dan rakyat Malaysia kunun .
Jelaslah.... dengan tindakanya itu.... dia seorang yang anti-kebajikan untuk rakyat. Apa punya pemimpin.... sepatutnya 'all out' untuk rakyat tapi ini...... menentang rakyat!!! Kalau rakyat tak sedar lagi , tak tahu la saya.
Tentang cadangan untuk suruh AG ambil tindakan tu....... memang tepat sekali dan amat dialu-alukan. Silakanlah wahai...... Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ramly Zahari.

DEMO BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL MELAKUKAN PEMBUNUHAN HAMAS








Rakyat Malaysia di Bukit Sentosa/Bukit Beruntung melakukan demonstrasi bukan democraze di Masjid Bukit Sentosa selepas menunaikan solat Jumaat bagi melahirkan sokongan dan simpati pada rakyat Palestin yang dibunih dengan kejam oleh pihak Zionis atau Yahudi/Israel laknatullah.


DOAKAN KEMENANGAN





Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.
Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.
Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.
Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.
Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustapa ketika PAS melakukan �comeback� di Terengganu pada tahun 1982.
Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)
DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tengku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.
Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm