Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, May 23, 2010

PERSOALAN PADA ALASAN

Kerajaan Najib harus meneruskan lesen judi bola kerana yang berjudi ialah di kalangan kaum Cina. Pendekatan dasar liberal ini akan membantu kemenangan BN di dalam PRU13 yang akan datang. Semoga dengan pendekatan ini BN akan mendapat kembali sokongan kaum Cina. Persoalan "apa yang Cina mahu?" akan terjawab "Inilah yang Cina mahu".

Hanya yang menimbulkan tanda tanya ialah mengapa lesen ini diberi kepada operator perjudian Vincent Tan sahaja. Bagaimana dengan Ananda Krishnan dan Magnum?

Hari ini yang banyak membantah adalah dikalangan Pak Lebai-Pak lebai ketayap tahi lalat, kerana mereka tidak main judi. Hanya pemimpin mereka yang memperjudikan nasib Melayu dan Islam kepada DAP “Islam, over my dead body”.

Judi dengan kaum Cina memang telah sinonim dari dahulu lagi. Kaum Cina memperjudikan nasib mereka dengan datang ke Malaysia untuk berniaga dan melombong.

Sehubungan itu biarlah kaum Cina berjudi dan Kerajaan mengutip cukai yang maksimum dari mereka.

"Bukannya senang untuk mengorek duit kaum Cina dari poket Cina, mereka kedekut piang" kata seorang pemandu teksi yang ditemui.

Friday, May 21, 2010

PARA PEJUANG KENA IKUT CONTOH BUDAK COMEL INI

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

Thursday, May 20, 2010

3 DI & GH


GH=Genting Highland , GH juga General Hospital
Lengkap sudah slogan UMNO apabla ketiga-tiga elemen 3DI bersatu. Sebelum ini berbuih mulut pemimpin UMNO menuduh PAS sebagai kuda tunggangan DAP. Hari ini UMNO menjadi kuda tunggangan Yahudi, kuda tunggangan taukeh judi dan kuda tunggangan syarikat todi.

Sepanjang Dato Seri Najib menjadi menteri kewangan sudah dua pengumuman lesen perjudian baru diluluskan. Pada saad seluruh pemimpin non muslim PKR dan DAP menentang habis habisan perjudian yang diluluskan oleh kerajaan. Yang peliknya ada lagi mangkuk hayun yang menyokong UMNO walaupun lesen perjudian diluluskan.

Saya nak mintak blogger UMNO yang menerjah masuk dalam blog ini menghamburkan perbagai tohmahan pada PR dalam ruangan komen sila nyatakan pendirian anda atas isu ini.

Wednesday, May 19, 2010

HEBAT GANU, PENYU TAK NANGIS LAGI

Apataknyer, penyu dah nak pupus, lepas tu dadah mutu tinggi banyok di Ganu sekang ni!
Adakah ini kemajuang yang dibawa oleh Be Eng!


Terengganu Catat Jumlah Penagih Paling Tinggi Di Malaysia

KUALA TERENGGANU, 19 Mei (Bernama)-- Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

"Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

"Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Rabu.

Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati, kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan.
"Mereka kini menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan Felda sebagai pusat baru... termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."
Beliau berkata akhir-akhir ini polis mendapati semakin banyak heroin bermutu tinggi masuk ke negeri ini dari negara jiran berikutan permintaan yang tinggi.
"Kebanyakan heroin yang masuk ke negeri ini adalah heroin no 4 yang lebih bermutu tinggi berbanding negeri pantai barat yang lebih banyak menggunakan dadah sintetik dan heroin no 3 " katanya
Roslan berkata polis akan menggiatkan operasi bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah daripada berleluasa di negeri ini.

-- BERNAMA

BAHAYA MENANTI REMAJA GADIS JIKA TAYANG GAMBAR

SYDNEY: Polis Australia memberi amaran kepada remaja supaya tidak menyiarkan gambar mereka di laman sosial seperti Facebook selepas seorang gadis didakwa dibunuh rakan Internet.
“Golongan muda perlu pastikan hanya mereka yang benar-benar dikenali boleh melihat profil dan gambar mereka.
“Tiada sebab kenapa mereka perlu siar gambar mereka di Intertet,” kata Superintendan Polis Queensland, Peter Crawford.

Menurutnya, masalah bukan hanya kerana gambar yang disiar itu.
“Hakikatnya, jika kita sedia menyiarkan gambar itu, pastinya kita juga akan memberikan pelbagai maklumat peribadi.” Amaran itu dibuat selepas seorang lelaki Sydney didakwa mewujudkan identiti palsu di Facebook dan menggunakannya untuk memperdaya dan membunuh Nona Belomesoff, 18, di sebuah lokasi terpencil di pinggir bandar itu.
Gambar Nona yang diambil daripada laman sosialnya kini memenuhi akhbar Australia menyebabkan polis New South Wales memberi amaran terlalu banyak maklumat peribadi kini mudah diperoleh di Internet.


“Jangan siar gambar di Facebook. Hanya benarkan rakan sahaja melihat gambar anda.
“Layan setiap kenalan baru dengan berhati-hati,” kata Superintendan Jabatan Jenayah Komputer New South Wales, John Kerlatec.
Crawford yang bertanggungjawab menyiasat jenayah dan menjaga keselamatan remaja berkata, golongan muda berdepan risiko dengan menyiarkan profil yang boleh dilihat semua pihak.
“Kami berdepan penjenayah yang mengambil maklumat dan melawat kawasan yang dikunjungi remaja menjadi sasaran mereka, termasuk sekolah.
“Hakikatnya, jangan ambil mudah dan percaya identiti kenalan baru seperti yang mereka katakan,” katanya lagi.
Amaran itu dibuat selepas Facebook dikritik di Amerika Syarikat dan Eropah kerana membenarkan maklumat pengguna digunakan rakan korporatnya. - AFP/hmetro
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/05/jerat-maut-facebook.html#ixzz0oRrgGOGb

Monday, May 17, 2010

3 FAKTOR BN KALAH KATA BLOGGER UMNO

Inilah 3 FAKTOR UTAMA BN kalah di Sibu

Kekalahan BN di Sibu adalah sesuatu yang sudah diduga. Barisan Pemuda BN telah bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan sokongan penduduk di kawasan melayu dan bumiputra kekal di bawah naungan BN.

Pada pemerhatian Rajahmas, sepanjang 3 hari kempen pada hari-hari terakhir, DAP kelihatan bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan melayu malah sanggup datang berkempen ke perkampungan Melayu dan beberapa rumah panjang Iban. Inilah semangat yang sepatutnya ada pada SUPP.

Di bandar Sibu begitu ramai penyokong muda DAP mengibarkan bendera parti pada kenderaan masing-masing. Jelas ia menunjukkan sokongan kepada kepimpinan pakatan yang telah berjaya membakar semangat 'jom ubah' ke dalam diri mereka, satu slogan yang benar-benar telah mengubah pendirian penduduk Sibu dalam politik. Sebaliknya tidak pernah sekalipun terlintas kenderaan yang mengibarkan bendera SUPP sepertimana DAP. Hanya lambang BN. Di mana kekuatan SUPP sebagai parti komponen yang bertanding? Seolah-olah masyarakat cina di Sibu malu untuk mengibarkan bendera parti yang disokong mereka.

Tidak dinafikan SUPP turut sama bekerja tetapi tidak bersungguh-sungguh seperti DAP. Malah PAS dan PKR yang tidak bertanding sekalipun tidak segan untuk berkempen secara besar-besaran, melebihi komitmen parti yang bertanding.


Lim Guan Eng sendiri turun padang menjadi peraih undi di pusat pembuangan undi di Rajang Park.

Masihkah ada suara yang mempertikaikan bagaimana DAP boleh menang?

Faktor kekalahan BN
1. Banjir

Ramai yang sedar keadaan air-pasang besar yang berlaku pada hari pengundian dijalankan. Amat malang bagi BN, Isu banjir yang dimainkan DAP benar-benar tepat pada waktunya ketika rakyat keluar untuk membuang undi.


Sumber daripada blog rakan, menyatakan beberapa pusat pengundian terpaksa ditutup kerana kawasan dinaiki air. Tanya pada diri kita, apa tanggapan para pengundi? Tidakkah mereka terfikir apa yang ditimbulkan pihak DAP itu benar belaka? Isu banjir adalah sesuatu yang tidak dihuraikan oleh BN dengan jelas semasa berkempen, lebih malang ia menjejaskan hari pengundian ketika berlakunya air-pasang besar itu.

Peratusan yang keluar mengundi pada waktu itu ialah 70% iaitu 37,919 orang. Kawasan yang terjejas teruk oleh air pasang merupakan punca mengapa ramai yang tidak datang menunaikan tanggungjawab pada hari itu. Dengan majoriti cuma 398 yang memihak DAP seandainya kejadian air-pasang besar tidak berlaku ketika itu, berapakah peratusan undi yang BN mampu dapat daripada perkampungan yang terjejas?

2. SUPP bermasalah - adanya unsur sabotaj

Mungkin sudah tiba waktunya untuk SUPP melakukan perubahan dalam parti dengan lebih serius sebelum menerima nasib yang sama seperti MCA. SUPP sebelum ini mengalami masalah ketidaksepakatan yang teruk lebih-lebih lagi isu pembentukan cabang Dudong yang merosakkan kekuatan sokongan cina kepada parti itu.

Sebelum krisis Dudong, tidak ramai yang tahu akan tindakan kumpulan Foochow dalam pakatan SUPP cuba untuk menggulingkan Presiden parti itu, Tan Sri Goerge Chan berikutan rasa tidak puas hati terhadap janji beliau yang tidak ditunaikan terhadap Lau Hieng Ding. Rujuk SUPP malaysian mirror

Hal sama seperti MCA, penyokong yang memprotes kepimpinan parti tidak dinafikan wujud dalam SUPP sendiri. Bilangan ahli SUPP yang ada tidak menjamin undi diberikan kepada BN. Sememangnya kekalahan BN adalah seperti dirancang. Maka tidak hairanlah, tiada kempen SUPP dibuat dengan bersungguh-sungguh untuk memenangkan BN.

Beberapa pemimpin tinggi Pakatan Rakyat turun padang sebagai peraih undi. Di sesetengah kawasan, tiada ahli daripada SUPP yang turut ke tempat pembuangan undi untuk meraih undi. Di mana silapnya?

3. Isu Allah

Agama adalah isu sensitif bagi penduduk Malaysia. Beberapa kali kita mendengar rungutan penganut kristian apabila pihak pembangkang dengan bijak memainkan sentimen agama dalam kempen mereka. DAP sengaja mencabar Calon SUPP, Robert Lau berkenaan kontroversi 'isu Allah' di gereja, sekaligus mendakwa beliau tidak memiliki 'legitimacy' untuk mewakili majoriti Sibu Kristian jika dia mengelak untuk berbincang mengenai masalah ini.

Umum mengetahui Sibu mempunyai 53% pengundi yang beragama kristian dan katolik. Angka yang besar bagi satu populasi yang menentukan undi menyebelahi di pihak mana.

Isu bermula pada 2007 selepas menteri kabinet melarang penggunaan perkataan arab tertentu serta menolak pembaharuan permit penyiaran kepada akhbar Katolik berbahasa melayu serta penggunaan nama 'Allah', The Herald Catholic.

Hal ini mendorong pihak gereja untuk mencabar keputusan kerajaan pada 31 Disember yang lalu. Akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa The Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah", pengecualian untuk penggunaannya hanya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai majoriti penganut agama tersebut.

Walaupun dengan jaminan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak tidak termaktub dalam larangan penggunaan kata "Allah" oleh non-Muslim, sebahagian besar penduduk di semenanjung tanah air mempertikaikan keputusan itu. Inilah isu yang dimainkan DAP ketika berkempen di dalam gereja.

Apabila ketua-ketua agama turut sama menyatakan bantahan serta menyatakan sokongan kepada isu yang dibentangkan DAP, maka sudah tentulah ia memberikan kesan yang sangat mendalam kepada penganut atau pengikutnya apatah lagi bila dibincangkan di dalam gereja. Bagaimana kita boleh yakin mereka tidak menghiraukan kontroversi 'isu Allah' apabila dipolitikkan pembangkang ketika upacara agama sedang berlansung?



Tidak harus kita pandang ringan kekalahan pilihanraya Parlimen Sibu sedangkan kita akan menghadapi sesuatu yang lebih besar iaitu Pilihanraya Negeri pada Julai nanti. Pada masa sekarang amatlah tidak praktikal untuk memperingatkan rakyat dengan segala macam kemudahan dan pembangunan yang telah diberikan kerajaan.

Rakyat Sibu tidak mahu pelan pembangunan sahaja menjadi agenda utama dalam kempen BN (sesuatu yang pasti ada dalam mana-mana pilihanraya pun), tetapi apa yang dimahukan ialah pemimpin yang berjiwa seperti mereka dan tidak mempunyai ideologi politik kronisme mahupun nepotisme. Peluang perniagaan serta peluang pekerjaan di samping pengurusan tebatan banjir yang sedang berlansung diharap mampu untuk kembalikan sokongan rakyat di Sibu.

Kekalahan BN ini sebenarnya bukanlah kerana kekuatan PR atau pengaruh mereka tersemat dalam hati rakyat Sarawak. Tetapi lebih kepada hukuman untuk SUPP sebagai undi protes. Rakyat tahu PR sudah pasti tidak akan dapat menyelesaikan masalah banjir melainkan mereka menguasai kerajaan Persekutuan sebenarnya, bukan kerajaan negeri.

Sunday, May 16, 2010

KENANGAN MANIS BN MENJADI TANGGUNGAN PAHIT KALAU TAK IKHLAS

BN Serah RM1.75 Juta Kepada Empat Gereja Di Minit Terakhir Kempen

Empat gereja Methodist Sibu terima geran mencecah RM1.75 juta ringgit dari Kerajaan Persekutuan di saat-saat terakhir kempen Pilihanraya Sibu.

Anugerah geran ini diserahkan oleh wakil dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri, lapor akhbar The Sunday Post.

Wang dari gereja itu adalah tambahan kepada RM15 juta yang dijanjikan untuk sekolah tempatan dan RM5 juta yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya calon BN menang.

Empat gereja terbabit adalah Gereja Methodist En Tao, Gereja Methodist Tien Tao, yang masing-masing menerima RM500,000, Gereja Methodist Sing Ang Tong (RM400,000) dan Gereja Methodist Hwai Ang Tong (RM350,000).