Sahabat Intim Blog Ini

Monday, August 9, 2010

KEKALKAN PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT

• 20 meter padu pertama air percuma kepada rakyat yang memiliki meter individu

• Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)- skim pelaburan untuk anak yang baru lahir

• Skim Mesra Usia Emas - Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2500 kepada Penama Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar. RM1000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat. Baki RM1500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

• Pusat Khidmat Sehenti bertujuan untuk :-
i)Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
ii)Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
iii) Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.
iv) Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.

• Hadian Anak Masuk Universiti – RM1,000

• Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

• Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian - mengagihkan 10 peratus hasil keuntungan perlombongan pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) kepda seluruh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangor

SABAH AKAN DITIPU BARISAN NASIONAL SEPERTI HAK MINYAK KELANTAN

WAKIL Sabahkini.net di daerah Beluran setakat ini telah menemuramah 250 individu berkaitan dengan isu 'Minyak Sabah untuk Siapa?', 100% menjawab 'khasnya untuk Sabah'
Sabah mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar minyak dan gas asli yang terbesar bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara kerana medan minyak di Sabah masih mempunyai simpanan semasa (current crude oil and natural gas reserve) dianggarkan 1.4 billion tong (barrel) minyak dan 7.7 trillion Scf (standard cubic feet) gas cecair asli.
Kewujudan simpanan sebanyak ini membuktikan sebagai wajar untuk Petronas membangunkan perindustrian asas minyak dan gas kepunyaan Kerajaan negeri Sabah, selain memberi hak ekuiti carigali, pengeluaran dan pemasaran supaya Sabah benar-benar dapat menikmati hasil sumber asli nya sendiri.
Pada tahun 2008, Petronas adalah koporasi yang ke 95 terbesar di dunia dan ke 80 terbesar pada 2009 dan ke 8 teruntung di dunia dan nombor 1 di Asia. Perolehan kasar Petronas pada tahun 2009 mencecah 77 billion USD dan setelah ditolak kos penyembuhan, (cost recovery) mempunyai pendapatan bersih berjumlah 15 billion USD.
Adakah angka ini boleh dipercayai? Akan menjadi persoalan rakyat Sabah selama ini kerana berada dalam kegelapan mengenai Akta Minyak Petroleum yang tidak wujud atau belum dikuatkuasakan dalam undang-undang negeri Sabah, dan perjanjian pengambilalihan sumber minyak dan gas asli kepunyaan Sabah oleh Petronas telah dibuat secara tersembunyi.
Adalah dipercayai oleh rakyat Sabah bahawa 5 % royalti yang diterima Negeri Sabah adalah daripada sumber minyak sahaja dan tidak termasuk gas asli.
Petronas pada masa kini mempunyai kepentingan di dalam 31 buah Negara pada 2005, kumpulan Petronas terdiri daripada 103 buah anak Syarikat, 19 buah separuh pemilikan dan 57 buah syarikat berkepentingan, kesemua terlibat dalam aktiviti asas gas dan minyak.
Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar 290,000 tong minyak sehari. Bagaimanapun, Sabah (NEGARA) adalah sebuah negeri yang paling miskin dan paling mundur di Malaysia.
Pandangan dan nasihat Rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan Petronas agar melepaskan pegangan ke atas sumber minyak dan gas Sabah serta merestui kerajaan Negara Sabah untuk mengendali sumbernya sendiri dan sebaliknya menerima 5% royalti minyak dari Sabah.

Sabah Sumber Minyak Dan Gas Tapi Negeri Yang Miskin.

..Masih terdapat 16 ribu orang miskin tegar di sabah tertinggi di Malaysia yang berpendapatan di bawah RM540 sebulan. Untuk makluman umum, terdapat 3 kategori miskin yang disenaraikan iaitu mudah miskin (RM1500 ke bawah), miskin (RM900 ke bawah) dan miskin tegar (RM540 ke bawah).....tetapi ada lagi rakyat yang mendapat kurang RM300 sebulan...
Di dalam sebuah negeri yang kaya dengan sumber minyak dan gas...belum kira sumber lain, kayu balak, pertanian dan sebagainya..adalah negeri termiskin di Malaysia..,

Thursday, August 5, 2010

KAMARUDDIN PEMBERI RASUAH TIDAK DIDAKWA ? HANYA SEBAGAI SAKSI ?

Pengurus Besar Sime Darby hadapi tuduhan rasuah

SHAH ALAM, 6 Ogos — Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Sime Darby Marine, Zamri Mohd Iderus pagi ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kesalahan menjual maklumat konglomerat itu dan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan dua tahun lalu.

Zamri berhadapan dengan dua tuduhan masing-masing di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat 1965.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala pasportnya ditahan.

Ini kes pertama seorang pegawai pengurusan dihadapkan di mahkamah sejak Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian hampir RM2 bilion ekoran kesilapan pelaburan dalam dan luar negara.

Zamri, sebagai ejen Sime Darby, dituduh menjual maklumat mengenai harga bidaan projek “copper nickel piping” kepada Kamarudin Hussin, yang mewakili Arrow Platform (M) Sdn Bhd, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Dia didakwa menerima dua cek yang masing-masing RM50,000 dan RM49,000 daripada Kamarudin dan melakukan kesalahan itu di Warung Junction, Summit Hotel di Subang Jaya pada 7 November lalu di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda suapan.

Pasukan pendakwa SPRM yang diketuai oleh Kevin Morais juga mengesyorkan tuduhan alternatif di bawah Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat 1965.

Zamri, 39, kelihatan tenang dan tidak mengaku bersalah atas kedua-dua tuduhan dan minta dibicarakan.

Tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aznaniz Teh Azman Teh kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Di bawah tuduhan kedua, Zamri didakwa “menerima keuntungan langsung” dengan menjual maklumat kepada Kamarudin di Sime Darby Complex di Subang Jaya.

Difahamkan Kamarudin tidak dikenakan tuduhan kerana pendakwa mahu memanggilnya sebagai saksi dalam kes Zamri.

Jika sabit kesalahan terhadap tuduhan kedua, Zamri boleh menghadapi hukuman penjara lima tahun, denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

Zamri diwakili oleh Jasin Tay.

Berdasarkan kertas tuduhan, Kamarudin yang didakwa memberi cek-cek kepada Zamri, mempunyai kepentingan dalam Arrow Platform.

Syarikat itu membina komponen dalaman bagi platform minyak.

Hakim menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes ini.

Tuesday, August 3, 2010

LIBANG LIBU & HARU BIRU DALAM BN & UMNO & BLOGGER KERAJAAN BN

Semalam Khairy Jamaluddin meneruskan serangannya terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam satu majlis anjuran Majlis Pelajar United Kingdom dan Eire (UKEC).

'Peluru' yang sering digunakan oleh Khairy tidak lain dan tidak bukan - Ibrahim Rasis!

Ini bukanlah kali pertama Khairy menuduh Ibrahim begitu, dah berulang kali. Maknanya dalam hati dan kalbu Khairy, dia tetap mengatakan yang Ibrahim seorang rasis

Baik, aku nak tanya Khairy, kalau dia rasis sekali pun, apa masalahnya dengan kau?

Adakah jawatan Pemuda UMNO yang kau pegang itu tidak rasis? Bukankah jawatan itu untuk membela dan memperjuangkan orang Melayu, adakah ia tidak cukup rasis?

Yang membuatkan aku lebih terkilan, dalam forum semalam, Khairy boleh sama-sama naik stim bergabung dengan Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad untuk menghentam Ibrahim, ini apa cerita?

Sekarang ni aku tengok Khairy dah memulakan permainan baru setelah menyedari pengaruhnya dalam UMNO semakin terhakis

Dia tahu dirinya kini ibarat harimau tapi takde gigi, nampak macam hebat tapi setakat menyalak bukit saja, suaranya tidak mampu mengubah apa-apa lagi

Lalu Khairy aku nampak mula nak buat-buat kamceng dengan Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong dengan harapan dapat sokongan dari orang Cina

Semalam dia buat-buat baik pula dengan Khalid Samad dengan harapan akan dapat tempias sokongan dari orang Pas

Dan aku tidak terkejut selepas ini kalau dia boleh berkongsi pendapat yang sama dengan Anwar Ibrahim dan Guan Eng demi survival politiknya.

Sepatutnya Khairy boleh gunakan Ibrahim sebagai rakan strategik dalam memperjuangkan nasib anak bangsa kita

Aku ambil contoh MCA, mereka tahu mereka tidak boleh 'over' khususnya dalam meminta atau mendesak sesuatu dari kerajaan

Lalu diaorang menggunakan NGO yang vokal seperti Dong Jiazong dan akhbar-akhbar bahasa Cina untuk menyambung suara dan desakan mereka

Tapi pernahkah kau dengar pemimpin MCA melabelkan Dong Jiazong dan editor-editor akhbar Cina sebagai rasis, seperti mana tuduhan Khairy terhadap Ibrahim itu?

Jawapannya tidak!

Sepatutnya Khairy menggunakan PERKASA untuk bertindak seperti mana Dong Jiazong kerana UMNO sebagai rakan dalam BN juga tidak boleh 'over' dalam meminta dan mendesak sesuatu dari kerajaan

Namun aku cukup kesal kerana yang berlaku adalah sebaliknya, Khairy pula menganggap Ibrahim seolah-olah musuhnya yang terang lagi nyata

Adakah Khairy takut Ibrahim lebih glamour darinya, maklumlah Ibrahim nampaknya lebih maju ke hadapan daripada dia sejak akhir-akhir ini

Hanya Khairy yang tahu jawapannya.

Malaysia Instinct

P/s: Makin jelas dan terbukti kebenggongan KJ ni sekarang. Apa kejadahnya yang ko nak tuduh Tok Him tu rasis. Biar pun beliau rasis kerana perjuangkan bangsa melayu, beliau akan tetap disanjung. Tapi ko KJ? Rekod tak pernah baik! makin lama makin teruk! Baik letak je jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO tu, memalukan Pemuda UMNO yang lain, ketuanya macam PONDAN!

MctHeory:
Sepatutnya ko bagi sokongan, bukannya makian. Mc dengar budak ni, 'bayar untuk masuk belajar kat Oxford' dulu. betul ke?

Wednesday, July 28, 2010

TEMAN SETUJU CADANGAN TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI, KALAU UMNO BERANI

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik.

Saifuddin berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.

Cadangannya itu berikutan pengumuman semalam bahawa guru berijazah dibenarkan berpolitik.

“Masa telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik,” katanya.

Menurut Saifuddin, Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya membenarkan pelajar terbabit dengan politik jika mereka mendapatkan kebenaran daripada naib canselor (VC).

“Jika ada klausa yang mengatakan bahawa VC boleh membenarkannya, maka adalah lebih baik membenarkannya secara keseluruhan. Tetapi jika ini menyusahkan, maka lebih baik membuat lebih banyak pindaan,” katanya.

Seringkali pelajar universiti yang didakwa terbabit dalam kempen politik menyaksikan kelab politik di universiti mereka juga digantung. Mereka juga sukar mendapatkan kebenaran daripada naib canselor untuk bergiat dalam pol

Monday, July 26, 2010

RFC KUBANG KERIAN , MARI LAYAN


Teman harap ramai usahawan atau jutawan Islam yang berani dan memberi tanggungjawab fardu kifayah dalam membuka restoran makanan segera begini yang halal dan tidak diragui lagi.



Gambar-Gambar Tok Guru Nik Aziz Semasa Majlis Perasmian Radix Fried Chicken Cawangan Kubang Kerian

Monday, July 19, 2010

BEGINIKAH UMNO PAHANG BANTU ORANG MELAYU ? PEMBAYAR SEWA MELAYU TEGAR DITENDAG KELUAR ?


Akhirnya saya tersingkir..

Politik balas dendam dan nafsu jahat para pimpinan UMNO Pahang rupanya tidak berakhir atas pentas politik. Sikap rakus dan jamban inilah yang menjadi anutan mereka terhadap musuh politik mereka tanpa menyedari bahawa politik ala zaman batu itu makin dibenci rakyat.
Sewaktu sambutan Aidilfitri tahun lepas, saya telah dimaklumkan oleh Pegawai MARA Daerah Rompin, bahawa Kerajaan Pahang minta saya keluar dari pejabat premis MARA yang saya sedang sewa sekarang.
Untuk rekod, saya telah menyewa sebuah premis MARA untuk saya mula bertapak sebagai sebuah firma guaman sekitar tahun 2007, Tetuan Mohd Fadzli & Co. Pemilihan saya sebagai penyewa juga melalui saluran yang sah iaitu secara temuduga. Tiada kabel,tiada orang dalam. Saya diterima sebagai penyewa secara merit walaupun terdapat ramai penyewa lain yang turut memohon. Sebagai seorang yang baru mula mengenal erti dunia perniagaan dan bertatih, sudah tentulah mengharap sebuah premis mampu sewa seperti MARA.
Saya menyewa tanpa sebarang masalah. Sewa sentiasa berbayar. Tiada Tunggakan. Rekodnya cemerlang. Dulunya Arked MARA sunyi dan hampir tidak dikenali kalau tiada Pejabat Pos Rompin bermukim di sini. Bukan mendabik dada, tetapi selepas pejabat peguam saya mula beroperasi yang merupakan pejabat peguam pertama di Rompin, Arked MARA meriah sekali kalau tidak hingar bingar pun sesesak pasar malam chow kit.
Kini, UMNO peralatkan MARA untuk usir saya. Semua ini kerana saya bekas calon PAS dalam dua siri pilihanraya lalu. Ditambah perit pula bila saya sering memekakkan telinga pemimpin UMNO dengan berdiri secara terbuka mengecam kezaliman dan salah laku pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di pentas-pentas Pakatan Rakyat. UMNO makin pedih bila saya mengheret perangai korup mereka ke Mahkamah. Kes Ketua Penerangan UMNO Rompin saman Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin), Saman terhadap anak syarikat Kerajaan Pahang kerana lambat serah milik (late delivery), Saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu pelatih dirogol jurulatih dan pelatih mati dalam latihan, Saman terhadap Polis kerana menghalang ceramah di Muadzam Shah bersama-sama peguam Hanipa Maidin disamping membantu syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang menang saman RM6 juta terhadap Kerajaan Pahang adalah antara rentetan perangai jahat UMNO yang didedah di Mahkamah.
Saya ingin tegaskan, bahawa tindakan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat politik kotor UMNO/Barisan Nasional. Ini adalah kerana, saya dimaklumkan Pegawai MARA Daerah dalam sambutan aidilfitri tahun lalu bahawa saya mesti mengosongkan premis sewaan saya dalam jangka masa segera. Pada hal pada ketika itu, tempoh penyewaan saya masih berbaki hampir satu tahun lagi. Saya tidak menyalahkan MARA dan kakitangannya. Tapi sifat dungu UMNO ini terserlah apabila saya dimaklumkan bahawa punca saya disingkir adalah kerana aduan pemimpin UMNO Bahagian Rompin kepada Menteri Besar. Namun setelah berkeras dan mencabar supaya MARA mengeluarkan surat penamatan pada ketika itu juga, MARA akhirnya memaklumkan saya bahawa saya boleh terus menyewa sehingga tamat perjanjian iaitu sehingga Ogos 2010. Walau apapaun jua yang dibuat, saya tetap tegaskan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat UMNO pada saya!


Inilah UMNO, sebuah parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu. Saya orang Melayu. Bumiputera. Anak jati Rompin. Warga Pahang tulen. Saya menyewa dengan sebuah agensi yang bercita-cita ingin membantu orang Melayu,Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapi apa sudah jadi. Saya bukan komunis, bukan penjenayah, tetapi dinafikan oleh bangsa sendiri.Semata-mata berlainan fahaman politik.
Sebenarnya, sikap busuk perut UMNO Pahang ini telah bermula apabila firma guaman lama saya Tetuan M.K Othman & Co yang telah berjaya menjadi peguam panel Unit Perumahan Kerajaan Pahang. Namun apabila mendapat tahu saya menjadi rakan kongsi pemilik M.K Othman & Co, Tuan Khairuddin Othman ( sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), hanya dengan satu panggilan telefon menamatkan khidmat "panelship" dengan Kerajaan Pahang. Nasib yang sama menimpa rakan guaman saya, Tuan Iqbal Hamdi (bekas YB Kuala Pahang) apabila beliau bertanding atas kerusi PAS dan menang. Habis semua "panelship" beliau ditarik akibat perangai UMNO ini.
Saya mendapat dokongan teguh rakan-rakan peguam Pahang untuk terus berjuang dan memastikan UMNO/BN akan dikuburkan dalam Pilihanraya akan datang. Politik bodoh UMNO ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat dalam konstituensi Duta Besar Malaysia Bertaraf Menteri ke Amerika Syarikat. Masyarakat di barat memandang tinggi Demokrasi yang subur di sana. Bukanlah niat saya untuk berkiblatkan mereka. Tetapi sikap professional mereka dalam melayani musuh politik boleh disanjung. Selepas musim pilihanraya, semua pihak membantu bangunkan negara, tiada istilah balas dendam. Rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya hina ini. Ambillah contoh negeri Pakatan Rakyat, carilah satu sahaja contohnya, sekiranya ada mana-mana yang tersingkir dri premis kerajaan kerana jadi calon BN...