Sahabat Intim Blog Ini
Sunday, July 22, 2012
CALON PAKATAN RAKYAT DI SABAH & SERAWAK PERLU HATI-HATI!
Mendiang Peter Ato Mayau bersama DS Anwar Ibrahim dalam kenangan. Mendiang terbunuh selepas terlibat dalam nahas helikopter milik Sebiro Holdings di Sungai Triso, Sri Aman, 20 Julai lalu.
Tuesday, July 17, 2012
WIRA AIR !
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua telah berjaya mengumpulkan RM150,000 dari orang ramai melalui kempen internet di Facebook dan Twitter bertajuk 'RM1 untuk hak air' dalam masa seminggu untuk membantunya membayar saman malu yang dikemukakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam saman fitnah syarikat tersebut kepada setiausaha publisiti DAP itu kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dalam sebuah akhbar berbahasa Cina.
Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, Tony Pua bersalah dan perlu membayar saman sebanyak RM200,000 kepada Syabas oleh disebabkan oleh artikel yang disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada 16 November 2010 yang bertajuk "Tony Pua: Kerajaan Negeri Perlu Kawal Hak Pengurusan Air Bagi Memastikan Tarif Air Tidak Mengalami Kenaikan."
Diantara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang turut hadir bagi menyokong majlis makan malam "Solidariti dan Sokongan Tony Pua lwn Syabas" adalah menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Charles Santiago, Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Gobind Singh.
Dalam ucapan Charles Santiago, beliau mengatakan air tidak seharusnya diswastakan kerana ia merupakan keperluan asas.
"Kita harus menghantar isyarat kepada Najib Razak (Datuk Seri) agar memulangkan pengurusan air Selangor kepada kerajaan PR," kata Charles disambut dengan sorakan hadirin.
Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menggelar Tony Pua sebagai wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor.
"Tony Pua bukan sahaja wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor, tetapi untuk seluruh Malaysia," kata ahli politik veteran itu lagi.
Gobind Singh mengatakan, selepas empat tahun, negeri-negeri PR membuktikan bahawa pentadbiran mereka bersih dari rasuah.
"Transparency International (TI) mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri yang paling diuruskan dengan baik dan bebas rasuah," kata ahli parlimen Puchong.
Anak kepada pengerusi DAP, Karpal Singh itu juga mendakwa, PR sudah bersedia untuk mengambil alih Malaysia.
"Selepas empat tahun, dalam PR kita sudah mempunyai ramai pemimpin yang baik dan telah bersedia untuk memerintah Malaysia," kata Gobind lagi.
Jumlah kutipan yang telah berjaya dikumpulkan selepas majlis makan malam adalah sebanyak RM310,000.
RM200,000 akan digunakan untuk membayar Syabas manakala baki sebanyak RM110,000 akan digunakan dalam dana PRU 13 bagi DAP.
Friday, July 13, 2012
Monday, July 9, 2012
BN AKAN MUSNAH DEK FITNAH
DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu akan bertanding di 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sekaligus membolehkannya untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
"Karut, karut, karut!" Itulah reaksi Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.
"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakutkan orang Melayu.
Akhbar milik Umno ini menyiarkan laporan muka depan berdasar kepada tulisan di blog yang dikatakan 'pro-pembangkang' -suarapakatanrakyat.com. Ia mendakwa mendedahkan hasil mesyuarat agihan kerusi antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.
Memetik blog tersebut, Utusan berkata PAS akan hanya bertanding di 66 kerusi walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu 80 kerusi, manakala PKR akan mengurangkan kerusinya kepada 66 berbanding 97 dalam pilihan raya umum 2008.
Ini akan membolehkan DAP mendapatkan 43 kerusi tambahan dan meletakkannya parti dalam kedudukan yang terbaik untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri, jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, kata laporan tersebut.
- Malaysiakini
Friday, July 6, 2012
PROJEK KUTIP SAMAN RAKYAT , PRU13 NANTI SIAP KAU
PETALING JAYA: Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini. Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000 melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat. Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini. Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. Beliau mendakwa, salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. “Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu. “Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama,” katanya pada sidang media semalam. Bagaimanapun, sebelum ini MCA telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini. Mengulas lanjut, ahli parlimen Selayang itu juga mendedahkan bahawa kerajaan dan kedua-dua syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan daripada hasil bayaran saman oleh orang ramai. Dalam laporan kedua-dua syarikat itu katanya, setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan. Jumlah itu menurut William lagi akan diberikan kepada kedua-dua syarikat itu sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta. Selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun. “Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun,” katanya. Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit. Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan. Mereka berpendapat bahawa pindaan tersebut bukan hanya akan terus membebankan pengguna jalanraya malah menguntungkan syarikat pengendali AES tersebut.
Artikel ini dari: http://joyiman.blogspot.com/
blog-Aku Dan Teksi
Wednesday, July 4, 2012
TALAM BUKAN KAMBING HITAM !
Chua Tee Yong silap, kata Talam
10:07AM Jul 5 2012
Talam Corporation Bhd, yang didakwa telah diselamatkan oleh kerajaan negeri Selangor, menafikan dakwaan MCA itu dan berkata dakwaan Timbalan Menteri Chua Tee Yong itu "membingungkan".
Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Talam berkata ia menangani sendiri hutangnya dan berbuat demikian dengan melengkapkan satu pelan regularisasi yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada 1 Julai 2009.
Pengerusi Talam, Tsen Keng Yam berkata, ia dilakukan lama sebelum perjanjian antara negeri dan Talam untuk penyelesaian hutang melalui tanah.
Oleh itu, tambahnya, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa terdapat langkah menyelamatkan Talam oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.
Monday, July 2, 2012
REUTER MERUNGKAI MISTERI TSHM
Laporan dari Reuters ini memberikan jawapan kepada kita yang masih tertanya-tanya mengapa seorang CEO yang telah 21 tahun menerajui Petronas hingga berjaya meletakkan nama Petronas sebaris dengan pengeluar minyak lain didunia meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.
Selain dari mendedahkan Najib telah dibidas secara berhadapan oleh CEO Petronas sekarang iaitu Datuk Shamsul Azhar Abbas, laporan dari Reuters ini juga mendedahkan bahawa Najib sebenarnya lebih kejam dari Tun Mahathir.
Menurut Reuters, meskipun Tan Sri Hassan Marican (THSM) telah dilantik oleh Tun Mahathir sebagai CEO bagi Petronas dalam banyak hal beliau sering tidak bersetuju dengan Mahathir.
Biarpun begitu Hassan menurut Mahathir telah bersetuju untuk menyelamatkan Proton yang menjadi kebanggaan Tun Mahathir dan juga Syarikat perkapalan milik anak Mahathir.
Bagaimanapun apabila Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009 dari Tun Mahathir telah berlaku pertelingkahan antara Najib dan Hassan Merican .
Isunya hanyalah pasukan ‘Formula One’ yang mana satukah hendak ditaja oleh Petronas.
Kerana beliau tidak bersetuju dengan Najib, Hassan Merican teah diberikan notis hanya selama enam hari mengatakan kontraknya tidak diperbaharui pada tahun 2010.
Selain dari isu menaja pasukan ‘Formula One’, Hassan Meriacan juga dikatakan menolak cadangan dari Najib untuk menerima syarikat yang tidak berpengalaman langsung dalam industri minyak dan gas untuk bersama Petronas membangunkan industri minyak dan gas di Malaysia.
Dan dengan disingkirnya Hassan Merican dari Petronas.. kedua-dua projek yang melibatkan dana berjumlah USD444 Billion adalah sebahagian dari pelan Transformasi Ekonomi Najib yang telah dilancarkan pada bulan September 2010 hanya tujuh bulan setelah Hassan disingkirkan oleh Najib.
Artikel yang membongkar bagaimana keuntungan Petronas telah dikaut dan diguna ikut suka hati Kerajaan UMNO/BN boleh di baca di ( The Malaysian Insider)
Persoalan yang timbul disini ialah mengapa Najib tetap bertegas mahu pasukan 'Formula One' pilihanya ditaja oleh Petronas dan mengapa juga Najib tetap bertegas mahukan Syarikat yang tidak berpengalaman dalam industri minyak dan gas diberikan kontrak oleh Petronas?
Mengapa???
Subscribe to:
Posts (Atom)


