Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, January 10, 2013

TAHNIAH USTAZ ! FAUZI SAH PEMFITNAH

IPOH: Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini mengarahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Norazli Musa. Hakim, Roslan Abu Bakar memutuskan, Fauzi bersalah dalam kenyataannya yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 yang menuduh Norazli menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Perak selama 11 bulan dulu. Dalam kenyataan itu, beliau juga mendakwa Norazli membina rumah banglo besar bernilai RM500,000 semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat sebelum dirampas oleh BN. Hakim turut memerintahkan bekas ketua penerangan PKR Perak itu itu memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000. Norazli yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Taliban' diwakili peguam PAS Perak, Aminuddin Zulkaple. Norazli ketika ditemui selepas keputusan tersebut berkata, beliau sangat bersyukur dengan kemenangannya itu dan menyifatkan ia adalah kemenangan Pakatan Rakyat. “Saya bersyukur kepada Allah atas keputusan tersebut dan ini adalah tanda-tanda kemenangan Pakatan Rakyat khususnya di Perak,” katanya yang ternyata gembira dengan keputusan tersebut. Pada 11 Disember 2011, Norazli Musa,45 atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ustaz Taliban' femfaikan saman terhadap Fauzi dan Utusan Malaysia berikutan fitnah tersebut. Bagaimanapun akhbar Umno tersebut membuat keputusan menyelesaikan di luar mahkamah dan telah memberikan ganti rugi kepada Norazli. Kata beliau, wang ganti rugi tersebut akan menjadi dana Pakatan Rakyat khususnya PAS dalam menghadapi PRU13 yang akan menjelma tidak lama lagi. Hadir sama ialah AJK PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam dan pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat untuk memerikan sokongan. Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/01/ustaz-taliban-menang-saman-rm100000.html#ixzz2HcvWw1ZO

Wednesday, January 9, 2013

PENGAKUAN NAJIB LEMAH !

Tun Mahathir Mengaku Najib Lemah Tun Dr Mahathir Muhamad mengaku Umno lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan. Beliau berkata selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana. Beliau mengharapkan semua semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga. Apabila BN menang dan bentuk kerajaan maka bolehlah tegur dan menggodam. Semua maklum, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan pilihanraya. Tun memberi ingatan kepada generasi muda supaya kenang jasa Umno kepada negara. Beliau masih menggunakan tektik lama jika kerajaan bertukar negara akan menghadapi bahaya. Nampaknya Tun masih belum sedar bahawa beliau bercakap dengan anak muda yang mempunyai kesedaran maklumat yang tinggi. Mungkin dia membayangkan beliau berucap di hadapan pemuda tahun 80 an. Tun terpaksa mempertahankan Najib kerana demi masa depan anak-anaknya dan kroni. Beliau sedar jika kerajaan bertukar pemimpin Umno dan kroni beliau akan kebuluran dan kehausan. Selepas PRU 12, rakyat di empat negeri telah membuat percubaan. Sekarang giliran rakyat seluruh negeri akan mengembelingkan tenaga untuk menukar kerajaan di peringkat pusat. InsyaAllah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka Atas asas apa Tun bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan? Mungkin beliau tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang. Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik. Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53 bilion. Ustaz Idris Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Thursday, December 20, 2012

SEMOGA PROJEK LYNAS SENASIB AES !

Ribuan kereta dijangka membanjiri loji Lynas di di Gebeng di ambang malam Tahun Baru untuk menyertai pemanduan 300km Himpunan Hijau untuk alam sekitar, demikian diumumkan oleh pergerakan itu hari ini. Sama seperti perarakan dari Kuantan ke Kuala Lumpur bulan lepas, Pengerui Himpunan Hijau, Wong Tack perhimpunan itu dijangka bermula dari Kuala Lumpur dengan seribu atau dua ribu kereta dan motosikal. Dijangka apabila mereka sampai ke Kuantan pada tengaharinya, ribuan lagi kenderaan akan menyertai perjalanan ke loji Lynas di sebelah petang, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. Pemanduan protes itu dijadualkan bermula dari Gombak pada pukul 8 pagi 31 Disember dan sampai di Gebeng pada pukul 5 petang. Wong berkata kempen tersebut adalah untuk menghantar mesej kepada Lynas supaya "keluar dari negara ini", dan kepada kerajaan supaya memastikan tidak ada undang-undang atau prosedur yang dicabuli. Ditemui selepas sidang akhbar itu, Wong memberitahu Malaysiakini bahawa Himpunan Hijau telah menyediakan senarai syarikat yang menjalankan perniagaan dengan Lynas dan akan, dalam masa seminggu, menggesa pemboikotan syarikat-syarikat tersebut.

Monday, December 17, 2012

JAWAPAN MB YANG MEMERANJATKAN !

SOALAN lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut. Beliau menyatakan bahawa: "Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu... "Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran." Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu. Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Ahmad Said juga mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan. Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebuah negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan. Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengisytiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut. Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014. Pengumuman ‘anugerah royalti minyak’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar. Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisme dan keluhuran perlembagaan negara. Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petroleum yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas. Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing. Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi? Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri? Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 1999. Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu. Beliau menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata." Jadi di manakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud? Ini ditambah dengan tindakan ‘mengihsankan’ royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam. Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperoleh itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri. Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun. Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen. Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain. Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975. Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat. Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini. Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain. * Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu dan juga Penolong Setiausaha Agong Pas

Thursday, December 6, 2012

FAKTA BN SAMSENG !

SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan hanya samseng sahaja yang sanggup menyekat pemberian royalti kepada Kelantan. Beliau menyatakan perkara tersebut pada wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' di sini, petang semalam. Kata beliau lagi, budaya politik samseng itu sebenarnya diwujudkan oleh kerajaan apabila bertindak membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun pemberian royalti itu sudah terkandung di dalam perjanjian. "Politik samseng dan kita lihat apa yang dilakukan di Kelantan, siapa yang sanggup menyekat royalti kalau bukan bersifat samseng. "Sikap membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun perjanjian sudah ada, hanya samseng sahaja yang sanggup mengkhianati perjanjian," kata beliau. Katanya, politik samseng sebenarnya telah wujud sejak lama dan bukannya dalam senario politik sekarang. Beliau merujuk kepada peringkat awal Kelantan diambil alih pemerintahan oleh PAS, segala hak dan peruntukan dianaktirikan. "Lagi satu kita lihat di Terengganu bila PAS menang pilihanraya perkara pertama dilakukan adalah mansuhkan tol, adakah itu samseng. "Tetapi tidak kepada kerajaan Umno Barisan Nasional apabila mereka menarik balik pemberian royalti dan menukarkan kepada wang ehsan, ini adalah contoh samseng yang diamalkan apabila menafikan hak dan sanggup melanggar perjanjian," sambung beliau lagi. Beliau menambah, pengalaman Pakatan Rakyat memerintah empat buah negeri dan paling lama di Kelantan akan memberi jaminan bahawa apabila Putrajaya diambil alih nanti, pentadbiran akan menjadi lebih baik. "Saya rasa reformasi yang kita ingin buat akan dapat dilakukan dengan lebih baik. "Pengalaman yang kita ada dan rakyat telah melihat akan terus memberi keyakinan kepada Pakatan untuk membawa perubahan dalam lanskap politik demokrasi negara," jelas beliau.(harakahdaily)

Sunday, December 2, 2012

ASTAGHFIRULLAH ! CALON UMNO PARLIMEN PEMBUNTING DALAM LIPATAN?

Seorang Lagi Ketua Bahagian Umno Buntingkan Anak Dara Siang tadi semasa menghadiri majlis kenduri di Bukit Puteri di Rawang Selangor saya dibisikan sesuatu berita yang tidak berapa menyeronokkan. Berita ini kontras dengan apa yang sedang berlaku di dewan merdeka PWTC di mana di situ ahli Umno sedang membincangkan dan mencari makenisme macam mana hendak mengekalkan kuasa parti berkenaan sebagai kerajaan. Sebaliknya berita yang dibisikan kepada saya itu sungguh memeranjuatkan, iaini berhubung perbuatan maksiat seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang didakwa telah membuntingkan seorang mahasiswa tahun dua yang menuntut di IPTA di Ibu Kota. Katanya gadis itu telah dibuntingkan empat bulan. Ibu bapa gadis mahasiswa berkenaan katanya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Keluarga gadis berkenaan katanya marah dan malu dengan kejadian itu dan telah mendesak ketua Umno bahagian itu mengahwini gadis tersebut. Kerana desakan itu ketua bahagian berkenaan sanggup mengahwini gadis berkenaan. Laporan polis yang dibuat kemudian ditarik setelah ketua bahagian Umno itu sanggup menikahinya. Menurut kawan yang membisikan berita itu, kejadian ini terbongkar apabila seorang kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah secara tidak sengaja menceritakan kejadian berkenaan kepada seseorang dan terlatas ke telinganya. Kejadian ini sungguh mengaibkan Umno dan katanya menjadi liabiliti kepada Umno bahagian berkenaan khasnya. Ekoran kejadian ini sudah sudah orang ketua bahagian Umno yang bermukah dengan sehingga bunting. Sebelum ini dilaporkan seorang ketua bahagian telah bermukah dengan seorang ahli puteri dan mengandung. Bagaimana pun puteri berkenaan mengakui telah mengugurkan kandungannya. Dalam pada itu seorang ahli Umno Kelantan memberi tahu dia ada mendengar kejadian itu tetapi tidak ada apa-apa tindakan di kalangan Umno bahagian. Beliau secara peribadi mengharap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya menimbang sebaik mungkin sebelum ketua baahagian itu atau mana-mana ketua bahagia melakukan maksiat dari dipilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang sekiranya Umno mahu menang. Kedua-dua ketua bahagian itu disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikerusi parlimen. Berita lanjut akan menyusur. [wm.kl.8:41 pm 01/12/12]