Sahabat Intim Blog Ini

Friday, June 14, 2013

SUSAHNYA NAK PILIH ANTARA UMNO DAN MIC JER!

5 Syaaban 1434 H Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pada hakikatnya, BN Perak kini hanya tinggal Umno sahaja setelah MCA gagal memenangi sebarang kerusi manakala MIC hanya menang satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah meminggirkan diri dalam kerajaan. Menurutnya, masyarakat bukan Melayu sudah menolak BN pada pilihanraya yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen BN yang lain terhadap Umno yang mementingkan diri sendiri sahaja telah membuktikan lagi penolakan ini. Jelas beliau, perkara ini telah menggambarkan kegagalan Umno untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum seperti slogan yang dimomokkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Umno ternyata telah memecah belahkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum ketika ini disebabkan sifat tidak adilnya apabila hanya mementingkan diri sendiri. “Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang sekata melibatkan semua kaum,” katanya kepada Harakahdaily. Adun Titi Serong itu menjelaskan, hal ini membuktikan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum. “PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini tanpa memingirkan hak-hak kaum lain,” tegasnya. harakahdaily/-

Thursday, June 13, 2013

KULI ! INIKALILAH

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. “Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. “Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. “Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. “Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. -TMI

Wednesday, June 12, 2013

BANGLA SIA!

DENGAN SATU KES NI SAJA 3 ORANG INI WAJAR LETAK JAWATAN !

Komen: 3 orang(1. Pengerusi SPR, 2. Timbalan Pengerusi SPR dan 3. Setiausaha SPR) yang beria-ia memberi penerangan dalam media BN mengatakan dakwat kekal boleh tahan hingga 7 hari. Dakwat Tak Kekal Bukti Pengerusi SPR perlu Lepas Jawatan SHAH ALAM, : Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Sambil menyifatkan SPR gagal, Dr Agus mempersoalkan signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Katanya, kegagalan SPR mengendalian daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. “Yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. “Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada,” kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) itu menerusi laman sosial Facebook miliknya. Sekiranya kerajaan ingin meneruskan hasrat menubuhkan jawatankuasa berkenaan, Dr Agus mencadangkan dua solusi agar perkara tersebut dapat dilaksanakan dengann baik. “Kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan. “(Kedua) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003,” ujarnya lagi.

Tuesday, June 11, 2013

PETI UNDI JUMPA DAN HILANG PADA 10 JUN

Selasa 11 Jun 2013 Gempar !! Pecah Berita : Peti Undi Di Jumpai Di Belakang Hotel ?? Pecah Berita : Peti Undi Di Jumpai?? Pada pagi Isnin 10 Jun 2013 seorang bekas guru besar Cornalius Gugkang terjumpa satu beg peti undi SPR di belakang Hotel Perdana Lawas Sarawak. Selepas beberapa minit beg peti undi hilang dari tempat tersebut. Encik Cornalius telah menghubungi office PKR dan DAP di Lawas dan telah memaklumkan perkara ini. Beliau juga akan membuat satu laporan Polis di balai Polis Lawas mengenai insident tersebut. Pandai SUngguh Peti Undi Membawa Diri....Peti Undi Berjalan Atau Berlari Tak Dapat Di Pastikan Lagi..Kita Tunggu Laporan Polis..Ye FB Kedahkini.

Wednesday, June 5, 2013

BEKAS MB UMNO BERI AMARAN KAT RAJA!

TAJUL ROSALI SUDAH BERI AMARAN PADA RAJA APA KATA TAJUL ROSLI Rakyat wajib bangkit pertahan raja - Harussani KUALA LUMPUR 5 Jun - Seluruh rakyat khususnya orang Melayu digesa bangkit mempertahankan institusi raja yang kini berdepan ancaman daripada kelompok tertentu terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Mufti Perak, Harussani Zakaria berkata, institusi raja yang menjadi payung kepada agama Islam di negara ini wajib dipertahankan apabila terdapat pihak tertentu mengancam kelangsungan institusi tersebut. Tambahnya, Islam sendiri mengarahkan setiap umatnya mentaati raja dan adalah berdosa jika rakyat bertindak menderhaka termasuk menghasut orang ramai bangkit mengancam institusi raja. "Apabila raja diancam, umat Islam wajib berjihad mempertahankannya apatah lagi dalam situasi di Malaysia dan saya lihat selepas pilihan raya umum lalu macam-macam ancaman sedang dilakukan ke atas institusi raja. "Derhaka kepada raja itu adalah satu dosa kerana Islam sendiri mengarahkan umatnya mentaati raja selaku pemimpin," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Islam dan Raja pada Seminar Institusi Raja di sini hari ini. -

Tuesday, June 4, 2013

KAMI PUN SOKONG !

Sokong desak Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan - Harakahdaily, KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. DPPM berpendapat, keputusan PR adalah langkah terbaik bagi meredakan kemarahan rakyat yang merasa tertipu dengan perjalanan pilihanraya yang dianggap sebagai suatu ‘silap mata’ paling besar dalam sejarah negara. “Dengan jumlah petisyen yang dikemukakan kedua-dua pihak, sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sebanyak 85 buah kerusi, sudah cukup membayangkan bahawa kesemua pihak tidak berpuashati dengan perjalanan sistem pilihanraya yang diadakan di negara ini,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Selain itu, katanya hampir setiap hari ada pendedahan bagaimana penyelewengan atau kecuaian dilakukan oleh SPR di kebanyakan tempat. Beliau dalam satu kenyataan berkata, paling rakyat tidak boleh lupakan adalah bagaimana SPR boleh menipu jutaan rakyat Malaysia dengan penggunaan dakwat yang tidak kekal. Bagi DPPM, ujarnya kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin SPR ini amat besar dan sukar bagi rakyat memaafkannya. “Mereka ini telah menjadikan SPR sebagai badan yang tidak profesional, cuai, tidak amanah serta tidak bertanggungjawab semasa mengendalikan pilihanraya ke-13,” katanya. Malah, tamba beliau Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah menjatuhkan kredibiliti negara di mata dunia. “Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa malu apabila nilai demokrasi serta perjalanan pilihanraya negara dipertikaikan banyak pihak termasuk negara-negara lain. “Apakah rakyat akan memberikan satu lagi peluang dan kepercayaan kepada kedua-duanya berkhidmat untuk PRU14 setelah prestasi buruk yang dipamerkan oleh SPR semasa PRU13?,” tanya beliau. Photo: Wednesday, June 5, 2013. Sokong desak Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan !! Harakahdaily. KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. DPPM berpendapat, keputusan PR adalah langkah terbaik bagi meredakan kemarahan rakyat yang merasa tertipu dengan perjalanan pilihanraya yang dianggap sebagai suatu ‘silap mata’ paling besar dalam sejarah negara. “Dengan jumlah petisyen yang dikemukakan kedua-dua pihak, sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sebanyak 85 buah kerusi, sudah cukup membayangkan bahawa kesemua pihak tidak berpuashati dengan perjalanan sistem pilihanraya yang diadakan di negara ini,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Selain itu, katanya hampir setiap hari ada pendedahan bagaimana penyelewengan atau kecuaian dilakukan oleh SPR di kebanyakan tempat. Beliau dalam satu kenyataan berkata, paling rakyat tidak boleh lupakan adalah bagaimana SPR boleh menipu jutaan rakyat Malaysia dengan penggunaan dakwat yang tidak kekal. Bagi DPPM, ujarnya kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin SPR ini amat besar dan sukar bagi rakyat memaafkannya. “Mereka ini telah menjadikan SPR sebagai badan yang tidak profesional, cuai, tidak amanah serta tidak bertanggungjawab semasa mengendalikan pilihanraya ke-13,” katanya. Malah, tamba beliau Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah menjatuhkan kredibiliti negara di mata dunia. “Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa malu apabila nilai demokrasi serta perjalanan pilihanraya negara dipertikaikan banyak pihak termasuk negara-negara lain. “Apakah rakyat akan memberikan satu lagi peluang dan kepercayaan kepada kedua-duanya berkhidmat untuk PRU14 setelah prestasi buruk yang dipamerkan oleh SPR semasa PRU13?,” tanya beliau. Percayalah, katanya selagi kedua-duanya masih di situ dan selagi sistem pilihanraya tidak dirombak keseluruhannya mengikut kehendak dan tuntutan rakyat, sistem pilihanraya tidak akan berubah malah semakin banyak penipuan dilakukan. Menurutnyas, jalan keluar yang paling selamat adalah dengan mendesak kedua-duanya meletakkan jawatan di samping suatu siasatan bebas dibuat bagi menyiasat secara menyeluruh penipuan dalam PRU13. “Sekiranya kukuh dakwaan tersebut mereka perlu diheret ke muka pengadilan,” tegasnya. Beliau berkata, hukuman berat sekalipun terhadap kedua-duanya tidak mampu membayar kesedihan, penat lelah, masa serta wang ringgit yang ditaburkan oleh rakyat bagi memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini. Indah.com. Percayalah, katanya selagi kedua-duanya masih di situ dan selagi sistem pilihanraya tidak dirombak keseluruhannya mengikut kehendak dan tuntutan rakyat, sistem pilihanraya tidak akan berubah malah semakin banyak penipuan dilakukan. Menurutnyas, jalan keluar yang paling selamat adalah dengan mendesak kedua-duanya meletakkan jawatan di samping suatu siasatan bebas dibuat bagi menyiasat secara menyeluruh penipuan dalam PRU13. “Sekiranya kukuh dakwaan tersebut mereka perlu diheret ke muka pengadilan,” tegasnya. Beliau berkata, hukuman berat sekalipun terhadap kedua-duanya tidak mampu membayar kesedihan, penat lelah, masa serta wang ringgit yang ditaburkan oleh rakyat bagi memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini. Indah.com. Dicatat oleh atsixty