Sahabat Intim Blog Ini

Friday, June 28, 2013

KENAPA TUN M MASIH PENGERUSI PETRONAS ?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (gambar) berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu. “Di bawah peruntukan apa Tun Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam. Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini. “Wujudkan Majlis Penasihat dan ahli-ahli dari wakil negeri yang mengeluarkan minyak itu ada bersama dalam majlis penasihat itu, bukan wakil Petronas sahaja,” katanya. Merujuk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang meletakkan kuasa dan hak ke atas petroleum yang dimiliki oleh negeri-negeri adalah diserahkan kepada Petronas dan sebagai balasan Kerajaan Negeri-Negeri akan dibayar bayaran tunai (Klausa 4 Akta PDA menyebut perkataan the Governments of the relevant states). Selain itu, beliau mempersoal penganugerahan satu kawasan cari gali minyak kepada syarikat individu bernama Pexco. Pexco milik Ananda Krishnan yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Tun Mahathir. “Satu kejutan kepada kami bagaimana satu kawasan besar minyak dan gas diberi kepada syarikat individu terutamanya orang yang begitu rapat dengan Tun Mahathir. “Kalau kita bandingkan ini akan menguntungkan syarikat individu tertentu, jika kita bandingkan apa yang telah berlaku di Kelantan dan Terengganu di mana royalti mereka ditarik balik sedangkan individu dapat projek besar,” tegasnya. HDO

LIQA' FIQRI HULU SELANGOR

Wednesday, June 26, 2013

MOHON TAN SRI/DATO'/TUAN/PUAN BANTU PESAKIT KRONIK KANCER USUS INI !

Mohon Bantu Jamaliah by assalam2009

MENTERI BN SAHKAN DAKWAT PRU13 ADALAH PEWARNA MAKANAN !

Menteri BN jelaskan Dakwat kekal semasa PRU13 adalan pewarna makanan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan. Pakatan mahu SPR namakan pembekal dakwat Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Tuesday, June 25, 2013

INNALILLAH... ! MASYALLAH PILIHAN RAYA LAGI !

ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Khamis lalu kerana sesak nafas, telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi. Beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang memegang portfolio Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu. Hampir 2 bulan selepas PRU-13 berlangsung, kini bermula sudah PRK yang pertama. Pada 5 Mei lalu, Allahyarham menang ke atas calon Muslimah PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,631 undi. Allahyarham mendapat undi sebanyak 8809 undi berbanding Napisah yang hanya mendapat 6375 undi sahaja. Satu lagi pertempuran sengit nampaknya akan berlaku.... apatah lagi dengan PAS hanya ketinggalan dua kerusi berbanding UMNO-BN pada kedudukan 15-17, tentu sekali PAS sudah tidak bertangguh-tangguh mengasah parang dan tajak untuk menebas saki-baki kemenangan UMNO-BN di negeri Terengganu. Yang pergi tetap dah pergi... perjanjiannya dah sebegitu. Yang hidup akan meneruskan hidup mereka sehinggalah kematian dan ajal menjemput. Nampaknya kuasa juga yang menjadi taruhan!!! Cakap berlapik-lapik dah tak berguna pada masa kini. SELAMAT BERPILIHANRAYA KECIL ler kita semua!!! (nota: inilah berita dari blogger UMNO)

Monday, June 24, 2013

SEJARAH ! TAHNIAH USTAZ ABDULLAH

JOHOR BAHARU: Dewan Undangan Negeri Johor semalam mencatat sejarah apabila Adun Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Husin menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS pertama sebagai wakil rakyat di Dun itu. Ustaz Abdullah, 52, mengangkat sumpah sebagai Adun semalam di dalam Dewan Undangan Negeri Johor Darul Ta'zim. Ketika dihubungi, Ustaz Abdullah menegaskan bahawa selaku Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, beliau akan memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Umat Islam khususnya yang berkaitan dengan rakyat negeri Johor Darul Ta'zim. "Di antaranya adalah isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan sosial, pengaktifan institusi-institusi agama di Johor terutamanya pengimarahan masjid. "Kita juga InsyaAllah akan memperjuangkan isu berkenaan dikembalikan cuti hari Jumaat yang telah ditukar oleh kerajaan Umno Johor sedangkan Johor adalah negeri yang majoritinya umat Islam" tegas beliau yang juga merupakan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat. Dalam Pilihanraya yang lalu, Ustaz Abdullah, berjaya menewaskan calon BN, M Soorian dan calon bebas Ravindaran Doraisamy dengan majoriti 3,469 undi.Beliau memperolehi 20,357 undi, Soorian 16,888 sementara Ravindaran 973 undi. Ustaz Abdullah merupakan lepasan Universiti Islam Lucknow, India dan Universiti Al-Azhar Mesir. Pernah menjadi Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Masriyah dan juga merupakan Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Arab Al-Masriyah (2012-2013). Beliau diantara aktivis masyarakat yang dikenali ramai khususnya bagi umat Islam dikawasan beliau. Selain bergerak aktif dalam NGO kemasyarakatan tempatan, beliau juga aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama dikawasan beliau sejak dahulu lagi. Menurut beliau, dengan kepercayaan yang diberikan kepada beliau oleh pengundi, beliau InsyaAllah akan memberikan perkhidmatan dan pembelaan tanpa mengira latarbelakang agama,warna kulit dan parti.Hrkh

Thursday, June 20, 2013

LIMA PANGLIMA BN KENA SEMAK !

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran semalam memfailkan permohonan untuk Semakan Kehakiman terhadap lima ahli BN yang memegang jawatan dalam Kabinet.
Menurutnya, semakan itu dibuat berikutan kes Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kuan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sah mengikut undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sementara tiga timbalan menteri yang dilantik dalam Kabinet, Waythamoorthy Ponnusamy, Dr Loga Bala Mohan Jaganathan dan Ahmad Bashah Md Hanipah tidak berhak menyandang jawatan tersebut mengikut undang-undang yang sama. Tambahnya, pelantikan jawatan di Kabinet perlu dipilih daripada ahli Dewan Negara atau ahli Parlimen yang menang pilihan raya lalu atau mengangkat sumpah sebagai Senator. "... jelas menunjukkan undang-undang tersebut seseorang yang dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri perlulah menjadi ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat atau seorang senator. "Mengikut pelantikan kelima-lima orang ini, nampaknya kehendak Perlembagaan tidak diikuti dan saya hairan walaupun PRU sudah kali ke-13, berapa ratus menteri telah dipilih dan dilantik, kesilapan demikian boleh dilakukan lagi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Kulasegaran yang juga naib presiden DAP berkata, melalui permohonan itu kesemua mereka yang terlibat perlu mengembalikan semula anugerah, keistimewaan dan kelebihan kewangan yang diperolehi semasa dilantik menjadi ahli Kabinet. "Mereka perlu kembalikan segala kelebihan yang diperolehi selepas dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri selepas menerima notis tujuh hari selepas tarikh perintah diperolehi," katanya lagi. Dalam pada itu, beliau juga menggesa pihak ekemnterian dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memohon maaf kepada rakyat kerana kesilapan yang dilakukan mengenai perkara tersebut selepas mengetahuinya. "Saya berharap selepas menteri yang terlibat atau Najib mendengar perkara ini, mereka akan meminta maaf kepada rakyat. "Ini adalah kes pertama pada pengetahuan kami, ia tak pernah berlaku sebelum ini, ini memalukan," katanya.