Sahabat Intim Blog Ini
Monday, February 3, 2014
JASA BELIAU DENGAN PAS DISANTUNI DSAI PULA !
Anwar Ibrahim Mengadap "Ayahanda Pekida" Kajang !
KAJANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang pada pilihanraya kecil kawasan itu tidak lama lagi, khabarnya telah bertemu dan beramah mesra dengan Ayahanda Pekida Kajang iaitu Datuk Dr.Ujang Bagong semalam (foto). Untuk pengetahuan umum, beliau yang dimaksudkan adalah merupakan dermawan yang tinggal di Kajang. Beliau terkenal dengan identiti berjanggut, berkopiah hitam, berantai emas labuh dan gelang emas. Beliau banyak menghulurkan sumbangan untuk aktiviti kebajikan terutamanya di kawasan Kajang. Sumbangan juga diberikan kepada ‘Rumah Pengasih Datuk Ujang’ iaitu beberapa unit rumah yang telah diwakafkan oleh Dr. Hj Masjuki Bin Hj Musuri. Rumah ini dirasmikan pada hari 20 Januari 2007 . Rumah Pengasih ini terletak di di No 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pekida Malaysia dan Pengerusi Unit Pemadam Sungai Ramal Baru. Beliau juga Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Hulu Langat dan Penasihat Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semasa era Datuk Harun Idris bertanding di Parlimen Ampang Jaya pada 1988, beliau turut sertai Parti Melayu Semangat 46 demi kesinambungan perjuangan orang Melayu.
Beliau pernah mengumumkan sumbangan kepada tabung PAS untuk Gaza melalui Mohamad Sabu ketika di Masjid Jamek Kajang pada 2009. Beliau banyak memberi sumbangan kewangan kepada fakir miskin dan penangunan sersebuah masjid terutama Masjid Jamek Kajang. Beliau merupakan Penaung Masjid Jamek Kajang. Setiap tahun sejak 1980-an , semasa hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, beliau akan mengadakan majlis penyampaian derma wang kepada mereka yang memerlukan.Masjid Sungai Kantan, Kawasan Kubur Islam Kajang, Sekolah Agama Kajang turut mendapat perhatian beliau. Biasanya angka sumbangan beliau amatg menarik seperti Rm10,000 , RM11,111,11 dan RM6666. Cat kegemaran beliau hijau muda dan menjadi 'trademark'nya. Masjid Jamek Kajang bersebelahan dengan Medan Sate Kajang dan Stadium Kajang dan rumah Pemadam Hulu Langat. Tanah Perkuburan Sungai Kantan dibersih rapi hasil kerjasama beliau. Tanah perkuburan ini turut menempatan jenazah Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, Mona Fendey dan jenazah banduan yang tidak dituntut di Hospital Kajang. Pada 22 Disember 2009, RM10,000 disumbang bagi membiayai tunggakan lebih RM1 juta kos rawatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra di Singapura.
Wednesday, January 29, 2014
PESANAN DAN ARAHAN SU AGUNG PAS
Dun Kajang: Jangan buat kenyataan bersifat spekulatif - Mustafa Ali KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor. Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan. "Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya. "Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau. Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini. Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor. Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama. Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut. - Harakahdaily Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.
Thursday, January 23, 2014
RAHMAT ALLAH MENYINARI NEGARA BRUNEI !
Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun depan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jangan nampak bentuk b/dada, pakaian jangan fit/hanging, klu pakai seluar jangan fit. Boleh kena dakwa tu.
Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.
LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.
KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.
HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR BALIGH. 70.
Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
atsixty-zakriali.blogspot.com
Wednesday, January 8, 2014
DASYATNYA MANUSIA CACAT ,MAAF BILA TERGELIAT !
Chandra tarik kenyataan didakwa fitnah Anwar
Kes saman fitnah RM10 juta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Dr Chandra Muzaffar selesai selepas presiden International Movement for Just World (JUST) itu menarik balik
perkataan-perkataan berunsur fitnah berhubung artikel yang diterbitkan pada 2008.
Hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad merekodkan persetujuan itu selepas peguam N. Surendran, yang mewakili Anwar memaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes itu.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Dr Chandra (kanan) memberitahu mahkamah, anak guamnya bersetuju menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan berunsur fitnah yang dinyatakan dalam artikel itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah.
Dalam saman yang difailkan pada 6 Mac 2008, Anwar mendakwa Dr Chandra mengeluarkan komen-komen berunsur fitnah terhadapnya melalui forum dianjurkan Star Publication (M) Bhd, di Menara Star, Petaling Jaya, pada 3 Mac 2008.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Anwar mendakwa komen itu diterbitkan akhbar The Star melalui artikel bertajuk 'Disaster if Anwar is PM' dan 'Chandra breaks silence on Anwar' yang diterbitkan akhbar The New Straits Times pada 5 Mac 2008.
Dr Chandra dalam pembelaannya menafikan mengeluarkan komen jahat, palsu atau memfitnah Anwar dan berkata ia disiarkan dengan perlindungan bersyarat.
Anwar, yang ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dr Chandra hadir pada prosiding hari ini. - Bernama
Sunday, December 29, 2013
ISLAM BENARKAN RAKYAT TEGUR KERAJAAN!
Islam benarkan rakyat tegur kerajaan – TG Nik Aziz
KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya.
“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.
“Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku.
“Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.
Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat.
Selepas pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt.
Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya.
Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat.
“Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar.
Sebab itu agama tidak boleh diasingkan daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik itu tidak kena.
“Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang rakyat dan sebagainya.
“Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi,” ujarnya.
Menurutnya juga menjadi orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan.
Kata beliau ketika berada di kerusi Menteri Besar 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat.
“Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat,” katanya.
Labels:
2013,
Harakahdaily Dec 29
ISLAM BENARKAN RAKYAT TEGUR KERAJAAN!
Islam benarkan rakyat tegur kerajaan – TG Nik Aziz
Harakahdaily Dec 29, 2013
ASLANI M
KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya.
“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.
“Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku.
“Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.
Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat.
Selepas pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt.
Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya.
Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat.
“Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar.
Sebab itu agama tidak boleh diasingkan daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik itu tidak kena.
“Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang rakyat dan sebagainya.
“Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi,” ujarnya.
Menurutnya juga menjadi orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan.
Kata beliau ketika berada di kerusi Menteri Besar 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat.
“Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat,” katanya.
Wednesday, December 11, 2013
TAHNIAH YB KHALID SAMAD !
Khalid Samad Menang Kes Saman Terhadap Hamidah Osman
KELAB GREENBOC
Kuala Lumpur- Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman Khalid Abdul Samad terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib.
Dalam keputusannya itu, mahkamah mengarahkan Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid.
“Mahkamah mendapati tulisan dan gambar yang disiarkan adalah fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap dan diketepikan,” kata Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim.
Dua lagi hakim adalah Mah Weng Kwai and Abang Iskandar Abang Hashim.
Pada 12 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.
Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah.
Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan Khalid yang mengatakan artikel yang diterbitkan oleh Hamidah adalah fitnah merupakan satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan.
Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember, 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar yang disiarkan melalui blog Hamidah pada Januari 2010.
Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad.
Mahkamah Rayuan sahkan Hamidah fitnah Khalid
Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Datuk Hamidah Osman yang merupakan bekas Ahli Exco Negeri Perak dengan kos RM50,000 dan gantirugi untuk ditaksirkan.
Mahkmah rayuan yang diketuai oleh Yang Arif Datuk Mohd Ariff Yusof bersama Yang Arif Datuk Mah Weng Kwai dan Yang Arif Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara memutuskan bahawa, kandungan artikel yang bertajuk 'Umat Islam Perlu Bersatu' yang diterbitkan di laman blog Hamidah, http://hamidahosman.blogspot.com memfitnah Khalid.
Artikel tersebut turut memaparkan gambar "super impose" Khalid memakai pakaian paderi kristian yang mengandungi lambang salib dan juga memegang staff yang juga mengandungi lambang salib.
Di dalam artikel tersebut Hamidah juga menuduh Khalid Samad dengan tuduhan-tuduhan berikut.
[Perenggan 8]
"Golongan yang menyokong penggunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, Yb Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian menggantikan perkataan 'God' di dalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh di sudut hantinya dengan keputusan mahkamah ini."
[Perenggan 12]
"Selepas ini jangan pula hairan jika kita melihat tulisan Gereja Allah bagi menggantikan House of God dihadapan rumah-rumah ibadat kristian diseluruh negara. Ini akan menjadi lambang kepada perbuatan melacurkan agama oleh puak-puak yang mengaku pejuang Islam seperti PAS."
[Perenggan 18]
"Sekalung tahniah buat parti pas kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat islam di negara ini."
Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.
Manakala Hamidah diwakili oleh Wan Azmir Wan Majid dan Nor Emelia Iszeham daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Writ Saman difailkan pada 23 Disember 2011 lalu manakala keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Julai 2013.
Di dalam keputusannya Mahkamah Rayuan menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan Khalid gagal membuktikan bahawa artikel di blog Hamidah tidak mempunyai gambar super imposed tersebut.
Mahkamah Rayuan juga memutuskan tuduhan tuduhan di perenggan 8, 12 dan 16 artikel Hamidah adalah fitnah ke atas Khalid dan Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan ianya tidak memfitnah Khalid.
Kes ini juga amat menarik kerana buat pertama kali Mahkamah Rayuan mendengar tentang isu artikel dari blog yang dikeluarkan (removed) dari blog tetapi masih boleh dicapai dari www.archeive.org.
Subscribe to:
Posts (Atom)