Sahabat Intim Blog Ini

Monday, October 27, 2014

RAHSIA HUDUH DAN BUDUH UTUSAN TERBONGKAR !

Kira-kira 70 kakitangan Utusan Printcorp hari ini menuntut pihak pengurusan membayar gaji mereka yang tertunggak sejak tiga bulan lalu selain membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Masalah pekerja berkenaan mendapat perhatian Timbalan Ketua Umno Bahagian Serdang Abdul Rahim Mohd Amin yang mendapati terdapat unsur salah urus dan pecah amanah menyebabkan Utusan PrintCorp yang dahulunya milik Utusan Melayu Malaysia Berhad (UMMB) melepaskan 70% syer biasanya kepada DTSP Konsortium. “UMMB kemudiannya membeli balik 10% syer Utusan Printcorp setahun kemudian (kini miliki 40% syer) menyebabkan 104 pekerja teraniaya kerana bakal diberhentikan pada 11 November. “Utusan Printcorp juga mengambil alih syarikat Jaring Communication pada Ogos dengan harga lebih RM100 juta tetapi gagal membayar gaji pekerja. Saya mengesyaki terdapat unsur salah laku dan pecah amanah daripada penjualan Utusan Printcorp oleh UMMB,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kajang hari ini. Rahim berkata, tiada sebab Utusan Printcorp menamatkan operasinya kerana syarikat itu pernah mencatat keuntungan lebih RM1 juta ringgit pada 2011. Katanya, masalah yang dialami oleh pekerja Utusan Printcorp sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 18 Oktober dan mereka mahu masalah mereka turut mendapat pembelaan. “Ini yang harus disiasat polis dan pihak berkuasa. Kita akan pastikan tindakan tertentu dapat dilaksanakan selain nasib 104 pekerja teraniaya akibat salah urus tadi diambil tindakan tertentu. “Tunggakan KWSP yang tidak dibayar mulai April adalah RM350,000. Jabatan Tenaga Kerja memaklumkan operasi akan dihentikan kerana tidak menguntungkan. “Kita juga difahamkan ada pengambilalihan MISC Logoistics membabitkan pegangan RM150 juta yang akan diambilalih,” katanya kepada pemberita hari ini. Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan dan Pemasaran Utusan Printcorp Kyairul Hassme Madan yang hadir dalam sidang media itu berkata mereka mahu syarikat itu meneruskan operasi seperti biasa kerana sukar bagi pekerja mendapatkan pekerjaan baru. Katanya, UMMB perlu melakukan sesuatu bagi menyelamatkan Utusan Printcorp kerana syarikat itu berpotensi mendatangkan pulangan dalam industri percetakan. “Tiada alasan Printcorp tidak boleh maju. Tender yang kita dapat dari kerajaan sebelum ini, enam tahun kita dapat tender mencetak kertas jawapan peperiksaan untuk PMR dan SPM. Kita tidak nampak perkara itu tidak boleh dilakukan? “Kita juga mencetak laporan tahunan jabatan kerajaan dan buku perhimpunan agung Umno sebelum ini kami buat, cuma tahun ini tidak buat kerana isu ini,” katanya lapor The Malaysian Insider

Monday, September 22, 2014

BUKAN SAYA

Bukan saya yang jadi MB Selangor' - Iskandar KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menafikan namanya 'naik' untuk menjadi Menteri Besar Selangor baharu yang akan diumum Selasa ini. Katanya, dia difahamkan nama calon lain sudah diperkenan Istana Alam Shah untuk jawatan tersebut. "Saya difahamkan bukan saya. "Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini. Iskandar mengulas kemungkinan bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu selain dua calon lain yang disebut-sebut iaitu ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. Astro AWANI sebelum ini menerima salinan kad jemputan istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor Selasa ini jam 10 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang. Teka-teki siapa akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terjawab pada Selasa. Laporan Bernama sebelum ini yang memetik sumber memberitahu, Istana Selangor mengesahkan PAS menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu. Bagaimanapun nama calon-calon berkenaan tidak didedahkan. Astro AWANI sebelum ini memetik sumber yang memberitahu, 99 peratus kemungkinan Azmin akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Bagaimanapun, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mahu pihak Istana Alam Shah mempertimbangkan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk jawatan berkenaan. Tambah Saifuddin, sebarang berita kononnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara lisan untuk menerima Azmin adalah tidak tepat, selain tetap dengan keputusan mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Astro AWANI masih berusaha untuk mendapatkan kenyataan mengenai isu pencalonan menteri besar daripada Dr Ahmad Yunus.- Astro Awani

Wednesday, September 3, 2014

BENARKAH ANDAIAN INI MENGUBAH GELAGAT BUANG TEBIAT?

Hishammuddin Menteri Kewangan? Mengejut atau tidak Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan dan ia ada kaitan dengan kepercayaan Najib kepada sepupunya yang lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan yang lain. Tindakan Najib menyerah kan jawatan tersebut sebagai memberi laluan untuk beliau yang mengambil alih Menteri Dalam Negeri (KDN) dari Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan terlalu bersikap ‘samseng’ dalam segala hal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan-kalangan mereka di dalam BN itu sendiri. Ada yang menyebut, peluang Zahid untuk bersama bahtera Najib bakal terkubur kerana Ahli Parlimen Bagan Datoh itu penyokong kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kata sumber Zahid bakal dilupakan pada pilihan raya umum akan datang. Ke manakah Zahid? Sebelum berbicara tentang kedudukan Zahid, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Shafie Apdal yang turut berada di dalam senarai Najib itu akan ditukarkan ke Kementerian Pertahanan bagi mengantikan Hishammuddin yang bakal di tugaskan di Kementerian Kewangan. Kredibiliti Shafie turut di persoalkan dalam pelantikan tersebut ada kerana pergolakan yang berlaku di Sabah mahu pun Sarawak menyebabkan mereka yang berasal di sana sesuai dilantik untuk menjaga konflik yang wujud terutama membabitkan pencerobohan di Sabah. Apabila berlakunya kekosongan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Najib berpendapat bagi meredakan kemarahan ataupun ketidaksenangan pengundi bukan Melayu, maka Zahid akan ditempatkan ke kementerian tersebut untuk memegang jawatan Menteri Luar Bandar dan Wilayah yang ditinggalkan Shafie itu nanti. Najib terpaksa melupakan hubungan baik dengan Zahid memandangkan suasana politik sekarang menyebabkan beliau tidak mampu untuk mempertahan Menteri Dalam Negeri itu. Muhyiddin, gugur atau sebaliknya? Kementerian Pelajaran belum disentuh siapa mengendalinya, permasalahan pendidikan negara membimbangkan apabila keputusan kementerian ingin terus melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga menimbulkan kritikan serta bantahan dari golongan pendidik. Jika Najib mengambil kira kepada kemelut yang timbul dari golongan pendidik sudah pasti individu yang memegang jawatan di kementerian turut akan menerima tempias dalam rencana Najib untuk mengambil hati golongan pendidik. Namun, apakah Najib berani untuk menyentuh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menukar orang kanan Tun Mahathir Mohamad itu ke posisi lain? Pastinya Najib berdepan tekanan tatkala Dr Mahathir juga sedang mengkritik pentadbirannya kini. Tidak mustahil rombakan kabinet ini juga menyaksikan beberapa menteri yang akan kehilangan jawatan. Apa yang diketahui pada peringkat awal antara yang akan kehilangan jawatan wakil dari MIC, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri G Palanivel dan juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Hasan Malek. Menteri Wilayah, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan bakal digugurkan bukan sahaja di kedudukan Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, malah kedudukan selaku Setiausaha Agung Umno yang dipegang olehnya akan digantikan dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Perubahan berdasarkan kritikan atau dirancang Melihat kepada kedudukan yang selamat pasti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh menarik lega, beliau mungkin tidak akan terlibat mahupun terkeluar dari senarai rombakan yang bakal dilakukan. Pendekatan Khairy dengan golongan anak muda pasti menggembirakan Najib kerana baginya golongan itu akan menyumbang kepada undi Barisan Nasional nanti. Persoalan menarik pada rombakan kabinet ini adakah ia dilakukan adalah kerana kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau merupakan perancangan awal beliau. Kalau ia berlandaskan kepada kritikan Dr Mahathir yang tidak berpuashati dengan pentadbiran Najib pasti Dr Mahathir yang telah lama tidak menyenangi Khairy sejak pentadbiran Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut disentuh oleh bekas Perdana Menteri itu. Apa yang pasti, Najib cuba memenangi hati Dr Mahathir walaupun beliau tidak bersuara bila dikritik, mungkin ada perbincangan luaran antara mereka itu tidak ketahui. Rombakan ini akan mengejutkan banyak pihak serta pemerhati politik. Sejarah bakal dicipta Najib dalam masa terdekat, mereka yang menjadi mangsa akan merajuk hati dan untuk mengkritik mungkin tidak kerana mengharapkan kerusi pada PRU14, mereka akan berdiam mengaturkan strategi bagi mencari peluang untuk kekal dalam pertandingan Majlis Tertinggi Umno -detikdaily-

Monday, August 11, 2014

MUKTAMAR BERSEJARAH 2014 DI NEGERI KUAT UMNO !

Allahuakbar ! Alhamdulillah ,Buat pertama kali dalam sejarah, Johor menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan PAS kali ini di Johor Bahru. Ia akan bermula pada 16 september 2014, iaitu perasmian Muktamar Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama' yang akan selesai pada 17 september. Disusuli Muktamar penuh bermula 18 september melalui Ucapan Dasar oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS. Adalah dijangkakan lebih 5 ribu perwakilan dan pemerhati akan berkampung di sekitar Johor Bahru hingga 20 september iaitu hari terakhir muktamar. Muktamar ini dijangka mendapat liputan besar2an kerana bukan sahaja lokasinya di negeri UMNO paling kuat di Malaysia; tetapi isu masa depan Pakatan Rakyat, faktor cuti sekolah dan tarikan dari negara jiran Singapura. Semalam, YB Dato Takiudin, Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat telah melancarkan gerakerja persiapan Muktamar disaksikan YB Hj Aminolhuda Hassan dan seluruh JK Panatia Muktamar. Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar. Team Jabatan IT Pusat yang diketuai Suhaimi Embong, menghantar ramai wakil semalam bagi mempastikan liputannya kali ini dapat di akses ke seluruh dunia dengan lebih baik. Sama samalah kita berdoa agar Muktamar kali ini dapat dijayakan dengan lancar dan menghasilkan impak besar kepada perjuangan PAS. RAHMAT UNTUK SEMUA dari FB Mazlan Aliman