Sahabat Intim Blog Ini
Tuesday, June 12, 2012
Monday, June 11, 2012
ANAK TUN AKUI CERAMAH UMNO SEPARUH BOHONG !
Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba mengakui ceramah-ceramah anjuran Umno sejak zaman beliau lebih 50 peratus kandungannya "bohong" dan trend itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini, dedah beliau dalam ceramahnya di Pentas Pakatan Rakyat, Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves malam tadi.
Tamrin yang masih menjadi ahli Umno sah menyifatkan pelbagai isu bobrok yang melanda kepimpinan Najib Tun Razak adalah bukti Umno kini tidak upaya untuk membendung kerosakan dalam parti itu. Rakyat kian cerdik memerhati dan akan membuat pilihan tepat dalam PRU-13 nanti dengan menolak Umno-BN.
"Saya menyeru rakyat Malaysia agar lakukan perubahan drastik dalam PRU-13 nanti. Kita perlukan kerajaan baharu yang lebih telus dan amanah. Cukuplah 54 tahun Umno-BN memerintah dan mengaut kekayaan negara untuk kepentingan mereka dan kroni mereka," tegasnya.
Turut berceramah pada malam tadi ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Teluk Intan, Manoharan; bekas Timbalan Menteri Koperasi, Tanah dan Wilayah, Dato' Dr Tan Kwee Kwong, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat yang menggantikan Salahuddin, Sany Hamzan dan Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin. Program anjuran PAS Kawasan Batu dengan kerjasama PAS Cawangan PPR Batu Muda.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Jun 11, 2012
Friday, June 8, 2012
KHALED MENTERI PENGAJIAN HIDUNG TINGGI
Penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor juga dijadikan mangsa politik dangkal dan sempit pemimpin UMNO, meskipun mereka mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu dan Ugama Islam..
Setelah pelajar UNISEL yang kebanyakkannya berbangsa Melayu dijadikan mangsa politik mereka kini penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga menerima nasib yang sama..
Menurut seorang siswa yang baru mendaftar di kolej tersebut, perkara itu diberitahu dalam satu taklimat kepada pelajar pada malam Rabu lalu.
Siswa yang enggan didedahkan namanya itu berkata hampir 500 orang pelajar dalam taklimat itu diberitahu bahawa pinjaman PTPTN itu dibekukan kerana KUIS berada di bawah kerajaan Selangor.
PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel), malah turut membabitkan penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online semalam mengesahkan kemudahan kewangan PTPTN turut dibekukan kepada pelajar Kuis buat sementara waktu seperti arahan yang dikeluarkan ke atas Unisel.
"Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan (dikenakan) kepada Kuis.
"Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel," kata beliau dalam satu kenyataan SMS.
Terdahulu ketika dihubungi, Ismail juga berkata, PTPTN dibekukan sementara ke atas Unisel kerana mahu memberi laluan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) menjalankan manifesto mereka dalam penghapusan PTPTN dan pemansuhan yuran pengajian terhadap institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ismail juga menafikan sekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel itu berlandaskan politik.
Katanya, PTPTN tidak menyekat dana tersebut disebabkan agenda politik tetapi ingin memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan rancangan mereka mahu memperkenalkan pendidikan percuma dan berhasrat mahu menghapuskan PTPTN jika PR memerintah nanti.
"Kami bagi peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik.
"Kami nak mereka buktikan kerajaan Selangor boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti," katanya.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel dan tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri.
Sehubungan itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Kurau berkata, beliau akur dengan arahan Menteri Pengajian Tinggi itu untuk menyekat PTPTN dan memberi peluang kepada kerajaan Selangor membuktikan kebolehan mereka.
"Saya akur arahan Khaled untuk menyekat dana PTPTN terhadap Unisel dan dengan niat bagi peluang kepada PR laksanakan apa yang mereka tuntut sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Khaled berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan PTPTN, kini seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan.
Sinar Harian
Tuesday, June 5, 2012
SKANDAL BANK NEGARA ? DASYATNYA
Skandal Wang Asing BNM 1992-93: Ziarah Semula
Dr. Rosli Yaakop, 05 Jun 2012
Pada hari Rabu, 30 Mei 2012, awal pagi, saya menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi: “Salam Dr. Rosli. Kaifahal? Saya Syed Mikael dari Penang Institute. Berhajat besar utk menjemput tuan hadir memberi pdgn dlm satu forum khas bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.” Forum ini bakal diadakan pada 2.30 ptg, Sabtu ini 2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selain tuan, CM Lim Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim turut jd panelis. Ini adalah permintaan pribadi DSAI kpd tuan. Harap dapat hadir.”
Apabila membaca mesej itu saya menjadi kelam kabut (tetapi saya tahu ayat terakhir itu adalah tambahan dengan maksud tidak sopan kalau saya menolak). Pertama, saya memang sudah ada program tetap di hujung minggu. Setiap minggu, kecuali ada hal yang lebih utama, mulai petang hari Khamis sehinggalah ke petang hari Ahad, saya mesti berada di Rembau – turun padang. Kedua, pada hari Jumaat, 1 Jun, saya mesti hadir bersama-sama rombongan dari Rembau ke program “Himpunan Hijau ke Putra Jaya” di Alor Star, Kedah. Ketiga, pada hari Ahad, 3 Jun, saya mesti kembali ke Rembau kerana majlis perkahwinan anak buah (anak adik) saya. Saya tahu ibu saya akan sedih jika saya tidak bersama di majlis itu.
Keempat, masa yang ada memang suntuk dan amat sukar bagi saya untuk membuat persediaan, tambahan lagi, ini bukan subjek yang mudah.
Kelima, maudhu’ yang akan dibicarakan sudah lama saya tinggalkan. Kali terakhir saya berbicara mengenainya ialah pada April 2006 bila pemberita akhbar Malaysiakini menemubual saya mengenainya. Betul, saya ada menulis mengenainya tetapi saya kena mentelaah kembali tulisan-tulisan itu kerana banyak perinciannya yang saya telah lupa.
Keputusan saya: saya kena tolak undangan. Namun, hati saya terus berbolakbalik di antara hendak kata ia atau tidak.
Saya akhirnya menalipon Syed Mikael menyatakan, dengan hati yang berat dan rasa terbeban, “setuju.” Perkiraan saya ialah saya memang akan ke utara dan program mingguan di Rembau pun telah dibatalkan kerana ramai ahli yang akan ke Kedah menyertai perhimpuan hijau dan setelah berjanji kepada ibu, saya akan berada di Rembau pada pagi Ahad itu, Insya Allah.
Saya dan isteri ke Pulau Pinang pada hari Khamis 31 Mei bertolak dari Subang Jaya pada pukul 5 pagi dan sampai di Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi. Kami menginap di Hotel Equitorial. Berbekalkan sedikit maklumat yang saya telah kumpulkan sebelum bertolak, saya memerapkan diri di bilik hotel, mentelalah bahan yang saya bawa dan melayari internet untuk bahan tambahan dalam menyediakan satu power point presentation untuk dibentangkan di dalam forum.
Isteri saya merungut kerana saya tidak membawa beliau bersiar-siar di Pulau Pinang. Hendak menziarahi saudara mara pun terpaksa dilupakan. Dia reda sedikit bila pada sebelah senjanya, kami keluar makan malam di restoran Pak Su di Sungai Dua dan makan durian dari dusun Pak Su sendiri yang turut dijaja di situ. Kembali ke hotel saya terus menyambung kerja hingga lewat malam.
Sesudah subuh, hari Jumaat, 1 Jun, dalam hujan yang lebat, kami memandu kereta ke Alor Setar. Program di Alor Setar memang menyemarakkan semangat perjuang tetapi meletihkan. Bila kembali dari Alor Setar pada dinihari, Sabtu 2 Jun, saya menginap di Hotel Penaga, di Hutton Lane. Se awal selepas sembahyang subuh, saya menyambung kerja menyiapkan ppp. Ianya siap pada pukul 12.30 petang dan terus saya emelkan kepada Syed Mikael kerana saya telah berjanji akan emel kepada beliau pada sebelah pagi. Saya terlewat.
Saya tiba di Dewan Sri Pinang pada pukul 2.00 petang. Forum bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang kerana DSAI yang berkereta dari Kuala Lumpur terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan mengambil masa lima setengah jam berbanding 3-4 jam jika tiada kesesakan.
Kepada kira-kira 400 hadirin dan hadirat di majlis forum itu saya memberitahu ada sekurang-kurang lapan isu utama yang mengundang jawapan berkaitan dengan tajuk forum itu (forum diadakan dalam Bahasa Inggeris). Saya kongsi isu-isu dan jawapan yang saya kemukakan di forum itu dengan pembaca Harakah.
Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?
Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.
Kedua, bilakah BNM mula terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing?
BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak rela dijadikan “budak suruhan” kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.
Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing. Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.
BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera. Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.
Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?
Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, “penyangak matawang.” Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar.”
Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari. Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”
Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.
Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.
Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.
Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.
Akhbar “Malaysia Business” melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar “pembuli pasaran” (market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain - pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah “nasi telah menjadi bubur” barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.
Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?
Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.
BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.
Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?
BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”
Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku. Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah - telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.
Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan. Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.
Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.
Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.
Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung - “nasi telah menjadi bubur.” Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.
Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini.
Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.
Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan “kerja kotor” diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.
Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?
Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.
TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media - dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.
Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.
Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?
Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.
YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.
Kelapan, patutkah PR (jika memerintah) menyiasat kembali skandal ini?
Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing. TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.
Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran?
Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja. Maka wajiblah kerajaan PR menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat 20 tahun.
Penulis mengucapkan terima kasih kepada Penang Institute kerana memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai.
Monday, May 28, 2012
Wednesday, May 23, 2012
TAKKAN NAK TUBUH SURUHANJAYA PERCUKAIAN PLAK ?
Ramai pembayar cukai merungut pasal pihak LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri) meminta mereka menyemak semula taksiran cukai yang sudah melebih 5 hingga 6 tahun yang lalu dan ada pula yang dibuat pada tahun yang sama. Mereka merasa tidak puas hati cara pihak pengurusan LHDN membuat kerja taksiran semula cukai mereka yang sudah lama mereka selesaikan. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan pada peringkat awal dahulu lagi, sebelum ada yang sudah terlupa atau tidak ingat lagi dokumen-dokumen yang sudah lama disimpan.
Kami ada menerima aduan dari orang ramai tentang masalah tersebut dan diantara perkara yang mereka luahkan adalah seperti berikut:-
- LHDN tidak telus mengenai pentaksiran cukai pendapatan
- LHDN membuat taksiran berulang ulang kali mengenai tahun yang sama
- Borang EA diserahkan dan ditunjukkan kepada Pegawai mereka semasa mengisi Borang Penilaian tetapi
LHDN masih meminta untuk memberikan benda yang sama berulang ulang kali
- LHDN adalah Jabatan yang tak effektif dari segi pentaksiran sebab selepas pentaksiran dibuat, banyak
kali benda yang sama bagi tahun yang sama ditanya berulang kali
- Semasa pentaksiran dibuat bersama pegawai LHDN, mereka telah faham apa yang ditaksirkan dan
sekiranya mereka faham, KENAPA masih ada lagi pentaksiran yang kedua, ketiga, keempat kelima dan
seterusnya dibuat ?
- Rakyat terutama yang makan gaji bulanan adalah AMAT “fade up” dengan sikap dan sistem LHDN yang
tidak telus seolah-olah Kerajaan ingin memerah rakyatnya untuk membayar CUKAI yang LEBIH
sedangkan semasa pentaksiran, Pegawai mereka telah setuju dengan apa yang dibincangkan semasa
penilaian/pentaksiran dibuat
- Seolah-olah Kerajaan tidak cukup duit untuk menampung pembelajaan dan ada niat yang tidak
betul dibuat terhadap rakyat
- Seolah- olah LHDN tak percaya apa yang telah di persetujui dan KENAPA baru sekarang nak
ulang lagi pentaksiran benda yang sama sedangkan dokumen-dokumen yang lampau entah hilang
atau disimpan entah dimana dan susah untuk di cari semula
Kesimpulannya LHDN telah melakukan kerja yang berulang-ulang sehingga menyusahkan pembayar cukai membuat pentaksiran semula untuk tahun yang sama.
Pihak pembayar cukai mencadangkan agar di masa hadapan, pembayar cukai harus membuat satu surat pengesahan dan pengakuan yang dokumen telah ditunjukkan kepada Pegawai LHDN semasa pentaksiran dan sekiranya LHDN setuju mereka harus menyimpan salinan dokumen-dokumen yang telah ditunjukkan dan turunkan tandatangan sebagai pengesahan yang pembayar cukai sudah selesai membuat taksiran cukai semasa.
Kita mendesak agar pihak kerajaan bertindak segera menyelesaikan masalah pembayar cukai yang dikenakan taksiran semula ini, supaya tidak membebankan mereka kerana terpaksa mencari dokumen-dokumen atau fail yang sudah lama disimpan.
Bukan semua pembayar cukai mempunyai sistem tempat simpanan fail yang baik dan kemas. Ada diantara mereka yang sentiasa berpindah tempat sehingga mereka terlupa tempat simpanan fail yang lalu. Dengan adanya system E-Filling, LHDN sepatutnya dapat mengatasi masalah ini berlaku, dimana pihak pengurusan LHDN boleh menggunakan sistem ini dengan lebih baik, cekap dan teratur tanpa perlu menyusahkan pihak pembayar cukai untuk ditaksir semula kecuali pihak pengurusan cuai dan tidak mengemaskini data pembayar cukai yang telah pun membayar cukai mereka.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
IRB Not Transparent in Tax Assessment
Many taxpayers complain about the IRB (Inland Revenue Board) asking them to review the tax assessment that is more than 5 to 6 years ago and some are made in the same year.
They were not happy the way the IRB management to review their tax assessment work that has long been solved. This matter should be resolved in the early years, before there have forgotten or do not remember the document which has long been kept.
We have received complaints from the public about the problem, and among the things that they expressed were as follows:
- IRB is not transparent about the income tax assessment
- IRB makes an assessment repeated again on the same year
- EA Form submitted and presented to those officers, when filling in the evaluation form, but the
IRB was asked to provide the same thing over again
- IRB Department is not effective in terms of assessment for the evaluation is done, many times the same
thing for the same year asked repeatedly
- During the evaluation is done with IRB officials, they have to understand what is assessed and if they
understand WHY there are still make assessing the second, third, fourth fifth and so on?
- People, especially, the monthly wage earner is VERY "fade up" with the attitude and the IRB system is not transparent as if the Government wishes to squeeze his people to pay MORE TAXES that whereas during assessment, their officers have agreed with what was discussed during the assessment / evaluation is done
- As if the Government is not enough money to cover spending and there is improper intent against the people
- As if the IRB cannot believe what has been agreed and Why only now want to repeat the same thing whereas the assessment documents of the past either lost or stored somewhere and difficult to find
In conclusion, the IRB has been doing work over and over until the taxpayer's inconvenience to make a reassessment of the same year.
The taxpayer is suggested that in the future, taxpayers must make a acknowledgment letter and documents were presented to the IRB Officer during the assessment and if the IRB agree they should keep a copy of the documents presented and initial as confirmation that the taxpayer has been completed current tax assessment.
Not all taxpayers have a safe system file, which is good and neat. Some of them are always migrate until they forgot where the last filing.
With the E-Filling system, the IRB should be able to overcome the problems occur, where the management of the IRB may use the system better, efficient and orderly manner without having to troublesome the taxpayers to reassessed unless the management careless and did not update taxpayer data that have been already paid their taxes.
Subscribe to:
Posts (Atom)
