Sahabat Intim Blog Ini

Friday, May 31, 2013

ALHAMDULILLAH ALLAHYARHAM PAK LAH DISOLATKAN OLEH ANAK YANG SOLEH !

Anak yang soleh mengimamkan solat jenazah ayahnya. Ahmad Nizam Abdullah sedang memimpin doa seusai solat jenazah Hj Abdullah Arshad,bapa beliau.Solat Jenazah berlansung selepas Solat Jumaat di M.asjid Kg Selinsing .Allahyarham Hj Abdullah Arshad ,80 tahu,dahulu merupakan AJK Pas Kawasan Bukit Gantang yang sangat gigih. Apabila Kg Selinsing diletakkan dalam Kawasan Bagan Serai,Hj Abdullah Arshad aktif di Bagan Serai.Turut hadir solat jenazah YB Mohamad Zawawi Hasan dan YB Hj Husein Din. Antara keistimewaan Pak Lah,mampu mengingat nama-nama sahabat,termasuklah penulis yang pernah menjadi AJK Pemuda Bukit Gantang pada masa dulu. Pak Lah pemimpin yang cukup merendah diri.Alfatihah ....

Wednesday, May 29, 2013

PELIK ! DITOLAK USUL BOT TERBALIK !

KUCHING – Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak menolak usul Chong Chieng Jen (Kota Sentosa-DAP) bagi membincangkan tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga memandangkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan selain ada lagi mangsa yang dikhuatiri terkorban. Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, yang memutuskan usul itu tidak teratur serta tidak boleh diterima, berkata ia boleh memudaratkan kerana berdasarkan laporan akhbar dan agensi berkaitan perlu dibenar menjalankan siasatan berhubung tragedi berkenaan. “Notis 24 jam diperlukan bagi membentang usul sedemikian yang dalam kes ini tidak teratur dan tidak boleh diterima kerana melebihi 250 perkataan, iaitu mengandungi 397 perkataan,” katanya pada sidang DUN di sini hari ini. Beliau berkata usul itu, yang dibentang Chong berikutan tragedi yang berlaku semalam di Jeram Tukok/Jeram Bungan dalam Sungai Rajang, sepatutnya dibuat mengikut Perintah Tetap 15 dan bukan Perintah Tetap 23(2)(d). Antara resolusi yang dicadang Chong ialah Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak perlu bertanggungjawab bagi lebihan muatan, yang dilakukan berulangkali manakala kerajaan perlu segera melaksanakan pembinaan jalan sepanjang 100 kilometer dari Kanowit ke Song, Kapit dan Belaga dengan komitmen menyiapkannya dalam tempoh tiga tahun. “Meskipun tragedi ini memilukan semua orang, ini merupakan masa tindakan segera diambil oleh kerajaan bagi memastikan tragedi sama tidak lagi berulang,” katanya sambil menambah selepas 50 tahun, masih tiada akses untuk jalan yang sempurna ke daerah luar bandar di Sarawak. Sementara itu, dalam semangat perpaduan dan kasih sayang, TImbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata penyokong Barisan Nasional (BN) menyumbang RM24,000 untuk tabung kebajikan mangsa tragedi berkenaan dan keluarga merek manakala setiausaha politik Ketua Menteri berkongsi menderma sejumlah RM5,000, pembantu menteri negeri (RM1,500) dan Adun Pakatan Rakyat (RM2,500). Bercakap kepada pemberita selepas itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata 33 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Rh Tebuk Long Buyui. Bantuan makanan dari pangkalan hadapan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) serta peralatan dapur turut diagih petugas JKMS dari Kapit semalam sementara petugas dari Bintulu membawa selimut, baju dan tilam untuk kegunaan mangsa serta anggota keluarga mereka di Pusat pemindahan sementara itu.- BERNAMA

Sunday, May 26, 2013

UMNO BUKAN WAKIL MELAYU!

Umno tidak Mewakili Melayu Sebelum guna data mengundi, rakyat harus tahu dan cari info bahawa ada 5 Menteri beragama Kristian dalam barisan kabinet 47% DS Najib selepas PRU13,itu blum Menteri yg belum angkat sumpah sebagai senator dah dilantik Menteri kabinet. Tambah lagi ada Ketua Bahgian UMNO yang beragama Kristian di Malaysia Timur.Jadi benarkah UMNO pejuangkan Islam dan Kristian? Umno bukan lagi suara untuk majoriti Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Beliau berkata, di Semenanjung, lebih ramai pengundi Melayu yang menolak BN berbanding pengundi Cina. "Berapa ramai orang Cina tidak menyokong Umno? 80 peratus dari 2.84 juta? Itu hanya 2.27 juta. 2.84 juta adalah 30 peratus dari pengundi di Semenanjung seramai 9.45 juta. "Orang Melayu yang menolak Umno dalam PRU13 ini lagi ramai. Di Semenanjung jumlah pengundi ialah 9.45 juta. 70 peratus darinya Melayu yakni sekitar 6.62juta. "Umno dan BN memperolehi 4.35 juta undi. Jika 70 peratus dari nya Melayu, pengundi Melayu berjumlah 3.05 juta. Ini bermakna di Semenanjung sahaja, 3.57 juta orang Melayu tidak menyokong Umno!" tulis beliau dalam blognya, sakmongkol.blogspot.com. Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan seterusnya mempersoalkan, mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Umno marahkan Cina?"Kerana mahu menutup pekong sendiri?" soal beliau lagi. Mohd Ariff menyelar Najib yang menyalahkan "tsunami Cina" kerana kegagalannya mendapat undi popular. Dalam pilihan raya lalu, ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau 50.3 peratus sokongan, BN hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8 peratus sokongan.Beliau mempersoalkan, adakah tindakan menyalahkan "tsunami Cina" itu merupakan langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu lain?" (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyidin (Yassin) sudah nampak Melayunya dari awal lagi dengan menyatakan bahawa dia Melayu dahulu baru Malaysia. Najib yang kian terdesak nampaknya mesti menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu yang lain. "Sebab itu dia membisu seribu bahasa sementara dikeliling nya, satu persatu munculnya kenyataan-kenyataan perkauman dari penyokong-penmyokong Umno", katanya.

Wednesday, May 22, 2013

SEKOLAH JENIS CINA PATUT DIHAPUSKAN.?

Khamis, Mei 23, 2013 SEKOLAH JENIS CINA PATUT DIHAPUSKAN. "Pengkhianatan Orang Cina itu benar". Puih. Dasyat betul tajuk berita dari akhbar internet, MalaysiaKini. Memang dasyat yang melampau. Ada sesiapa yang sudah baca berita itu? Jika sudah, bagus, anda semua dibenarkan untuk terus membaca artikel saya ini. Jika belum, tolong baca dahulu, kerana jika anda semua hendak faham apa yang hendak saya tulis, anda perlu membaca dahulu entri ini; 'Pengkhianatan orang Cina itu benar' Saya sebenarnya, tidak mengenali langsung bekas hakim yang bernama Mohd Noor Abdullah ini. Saya tidak kenal dia. Adakah dia hakim yang baik? Adakah beliau hakim yang adil? Adakah beliau seorang yang nasionalis? Adakah beliau seorang yang Islamis? Itu saya tidak tahu. Tetapi, dengan pembacaan dari artikel dari MalaysiaKini itu, saya dapat anggapkan bahawa beliau seorang nasionalis Melayu. Seorang yang assobiyah. Ada 3 isi penting yang hendak diutarakan oleh beliau dalam teks ucapan yang telah direkodkan oleh MalaysiaKini yang telah dipisahkan kepada 3 episod. Didalam episod yang pertama ini, isi yang penting diutarakan oleh bekas hakim ini adalah 3 isian. Saya hanya hendak mengupas 2 isi sahaja untuk artikel saya pada kali ini. Satu, berkenaan dengan Cina sudah khianat Melayu. Kedua, sekolah jenis Kebangsaan. Apabila, introduksi ucapan bekas hakim ini adalah menyatakan bahawa Cina telah khianat Melayu kerana ingin membolot kuasa politik, nampak sangat ada kecelaruan mental aritmatik pada akal bekas hakim ini. Saya tidak nampak, dari segi logik mana, orang Cina, hendak mengambil kuasa dari orang Melayu. Memang saya tidak nampak. Jika sesiapa ada yang nampak, tolong jelaskan kepada saya, dimana, orang Cina sedang bertungkus lumus untuk mematikan kuasa politik orang Melayu. Dimana?? Apa yang saya nampak, didalam 38 kerusi yang dimenangi DAP, kesemua lawan kepada calon DAP itu adalah BUKAN orang Melayu. Yang dilawannya, MCA, Gerakan dan SUPP. Dimanakah adanya satu kerusi yang dimenangi oleh DAP, adalah kerana berlawan terus dengan umno? Ada? Tiada? Tolonglah jangan tipu saya. Memang ada, satu, di Johor, dimana sepatutnya kerusi Parlimen itu adalah milik MCA, tetapi telah dirampas umno untuk berlawan dengan Lim Kit Siang. Satu kerusi, Cina menang lawan Melayu. Tetapi jangan hanya ingat kepada Gelang Patah, lupakah pula parlimen Raub di Pahang. DAP menang menentang MCA disana, tetapi yang mewakili DAP adalah orang Melayu. Kenal Mohd Ariff Sabri? Melayu menang lawan cina bn. Kot ye pun, Cina menang semua kerusi yang ditanding, biarlah dia, kerana yang dia lawan pun, asal dari orang Cina juga. Apa yang kurang akalnya bekas hakim ini? Sepatutnya, apa yang perlu dihentam oleh bekas hakim ini adalah menghentam selunyai-lunyainya PAS, yang memang sah, berlawan 90% dengan parti melayu umno. Dimana kerusi majoriti Melayu, disitulah terletaknya PAS. Hendak pula saya bertanya, PAS ini bukan orang Melayu ke? Bukan orang Islam ke? Jika melayu umno kalah, yang menang nanti, Melayu PAS pula. Jadi,.. apa masalahnya wahai tuan hakim? Ok, saya akan berhenti setakat disitu untuk isian pertama. Tidak mahu saya panjang-panjangkan perkara yang melalut dari akal pemikiran manusia kurang akal aritmetik. Kita pergi ke isian yang kedua pula. Isian berkenaan dengan sekolah jenis Kebangsaan. Walaupun saya membantah apa yang diungkapkan oleh bekas hakim ini berkenaan dengan orang Cina khianat Melayu, maka untuk cerita berkenaan dengan sekolah jenis kebangsaan ini, saya menyokong beliau 110%. Memang saya menyokong beliau 110%. Kerana apa saya katakan begitu? Kenapa saya beranggapan bahawa sekolah jenis ini membawa perpecahan kepada rakyat Malaysia? Kerana memang ya pun ianya membawa perpecahan kepada rakyat Malaysia. Satunya, hanya Malaysia sahaja didalam dunia ini, adanya terwujud jenis sekolah yang khas untuk kaum Cina dan India. Hanya di Malaysia. Sehinggakan, di Singapura pun tiada sekolah jenis kebangsaan Cina ini. Di Hongkong, di Taiwan, di tanah besar Cina, mana ada sekolah Cina. Mana ada! Disebabkan sekolah jenis kebangsaan ini jugalah, kaum cina rugi satu tahun untuk menghabiskan sesi persekolahan wajib mereka. Sesiapa pernah mengajar tingkatan satu? Ada sesiapa yang pernah mengajar pelajar Cina yang semasa sekolah rendahnya, adalah dari aliran jenis kebangsaan Cina? Ada? Jika ada, sudah tentulah, guru-guru ini akan faham apa yang saya maksudkan. Bolehkah kita, rakyat Malaysia, menerima, seorang rakyat Malaysia, yang berumur 13 tahun, tidak tahu berbahasa Malaysia. Boleh terima ke? Mat Bangla, yang tinggal di Malaysia, tidak sampai 1 bulan pun sudah boleh bertutur bahasa Malaysia, tetapi oleh kerana wujudnya sekolah Jenis Cina di Malaysia ini, maka sungguh ramai kaum Cina berICkan Malaysia, tidak reti berbahasa Malaysia. Ini memang parah! Kita pun boleh membandingkan, antara orang Cina yang bersekolah Jenis kebangsaan Cina, dengan orang Cina yang bersekolah Kebangsaan biasa. Memang kita boleh bandingkan, yang mana satu yang lebih mesra kaum, yang ada ramai kawan yang berlainan bangsa, yang boleh berkompromi dengan bangsa-bangsa yang lain. Memang jelas kita boleh bandingkan. Maka, apakah kewajaran, untuk mengekalkan sekolah jenis ini? apakah logiknya ianya diteruskan dalam abad milenium ini? Jawapannya, kerana hendakkan undi, itu sahaja...... bodo punya politician...... Dicatat oleh Mazwandi Mustaffa

Tuesday, May 21, 2013

TAHNIAH AZRAN SI CEO BERANI !

Tahniah Azran.. hantam akhbar Lidah Setan Dikenali tu cukup-cukup, biar mampus!!! Pemuda PAS puji keberanian Azran Osman KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah memuji keberanian yang ditunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani yang mengkritik secara terbuka akhbar Utusan Malaysia yang disifatkan sebagai akhbar perkauman. Azran telah menulis di dalam Facebook beliau bahawa beliau adalah rakyat Malaysia dan anti perkauman serta meluat dengan pendirian pengarang Utusan. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, kenyataan Azran itu menandakan golongan menengah tidak lagi boleh ditakutkan oleh Umno BN dengan maklumat sebelah pihak. "Saya menyanjung tinggi keberanian dan keterbukaan Azran. Sebagai pegawai tinggi sebuah syarikat besar negara, beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian, menandakan golongan menengah dan berpendidikan tinggi yang celik maklumat telah berani keluar dari kepompong ketakutan politik yang mencengkam mereka selama ini. "Beliau adalah ikon golongan koporat yang berani bangkit menyatakan kebenaran. Jika Azran Osman berani mengeluarkan kritikannya, ia bererti ramai lagi golongan korporat, usahawan dan profesional yang menyimpan perasaan yang sama dan meluat dengan tahap media utama negara ini," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Persatuan Veteran Umno yang mengarahkan anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia X berikutan kenyataan Azran yang mengkritik Utusan. Mengulas lanjut Suhaimi berkata, isu sebenar adalah etika Utusan Malaysia yang sudah hilang wibawanya dan jauh tersasar dari landasan kewartawanan sebenar. Sebagai akhbar nombor satu di negara ini, Utusan Malaysia telah lama hilang punca kerana hanya mengikut telunjuk kuasa politik pemimpin negara. "Lihatlah faktanya dan sejumlah saman yang dikenakan terhadap akhbar tersebut. Sampai bilakah media di negara ini terus menjadi ‘budak suruhan’ pemimpin negara," soalnya. Apa yang pelik kata Suhaimi, mengapa Persatuan Veteran Umno pula yang terasa hati atau apakah Veteran Umno mempunyai saham atau akhbar Utusan Malaysia sememangnya milik Umno? "Jika ia milik kerajaan dan rakyat, sepatutnya terimalah kritikan tersebut dengan besar hati. Usah diperbesarkan dan mengugut untuk boikot Air Asia X hanya semata-mata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut mengkritik sesuatu yang diyakini berlaku. Bukan setakat beliau, jutaan rakyat Malaysia boleh mengesahkan perkara tersebut dan bersetuju dengan kenyataan Azran," kata Suhaimi. "Jika Utusan Malaysia milik Umno, buatlah kenyataan terbuka bahawa ia adalah hak milik Umno dan terhad hanya untuk ahli-ahli sahaja sebagaimana terhadnya Harakah dan Keadilan kepada ahli partinya sahaja," katanya. Posted by Kedah

Sunday, May 19, 2013

NAYA SI BUDAK MELAYU !

EKORAN penahanan Adam Adli, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan memastikan kebangkitan anak muda berada di kemuncaknya. SAMM menyifatkan penangkapan Adam sebagai pencetus terbaik memandangkan mood rakyat yang marah dengan penafian demokrasi melampau oleh kerajaan pemerintah. Ucapan berapi Adam Adli di pentas anjuran SAMM dan SMM 13 Mei lalu telah membawa kepada penahanan beliau semalam di Bangsar Utama. Adam Adli telah dibawa ke Balai Polis Jinjang atas dakwaan akta hasutan dan kemudian disumbat ke dalam lokap di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang. SAMM bersama hampir 100 aktivis rakyat telah berkumpul dan menunjukkan solidariti terhadap Adam Adli di hadapan lokap yang dihuni oleh beliau sepanjang malam tadi. Hari ini, pihak polis dengan pantas mendapatkan perintah reman ke atas Adam Adli selama 5 hari. Ini satu penindasan terhadap anak muda yang bersuara bagi pihak rakyat majoriti. Kemarahan Adam terhadap penipuan PRU-13 telah mempengaruhi ucapan beliau untuk menyeru orang ramai menyuarakan bantahan secara aman di jalanraya. Seruan Adam Adli telah disambut dengan gegak gempita oleh hampir 3 ribu hadirin di KLSCAH yang juga didengari oleh 250 ribu pendengar radio secara live. Telah berulang kali diungkap dalam kenyataan SAMM sebelum ini bahawa ucapan berbaur perkauman dan kebencian antara agama yang dilontar oleh proksi Umno tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun ratusan laporan polis dibuat. Malah pemimpin Umno, proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set undang-undang. SAMM juga membidas sikap sombong bongkak Menteri Dalam Negeri yang baru apabila memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat. Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan 'demokrasi yang mati'. SAMM yakin dan percaya walaupun Adam Adli ditangkap, ia tidak langsung melemahkan gerakan yang diseru oleh Adam Adli iaitu gerakan ke jalanraya, malah tindakan ala-penjajah pihak KDN ini pasti memacu jutaan rakyat untuk hadir ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Makin kamu menekan rakyat, makin menggunung keberanian rakyat. SAMM memberi peringatan kepada regim, majoriti rakyat mahukan kerajaan yang baru tetapi malang bagi negara ini apabila kemenangan rakyat dicuri atas nama demokrasi palsu. Tiba masanya rakyat bangkit untuk tidak menunggu 5 tahun lagi, kerana penantian 55 tahun itu sudah terlalu lama, inilah masanya kebangkitan rakyat. Suara Rakyat Suara Keramat!! Kamu tangkap Adam Adli, akan lahir seribu lagi Adam Adli yang membuat seruan yang sama - Jalanraya. Sekian Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/05/penangkapan-adam-adli-cetus-kebangkitan.html#ixzz2ToSPSEWO

Friday, May 17, 2013

AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO TEGUR BN !

Umno-Barisan Nasional (BN) perlu melakukan taubat nasuha apabila rakyat mula menegur dalam beberapa siri pilihan raya umum mengenai isu pentadbiran dan rasuah, kata Ahli Majlis Tetinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah. Menurutnya, Umno-BN perlu mengikut "garis putih" yang telah ditetapkan untuk mendapat sokongan rakyat secara berterusan pada pilihan raya akan datang. Beliau berkata, transformasi untuk ke arah sistem pentadbiran kerajaan yang lebih baik telah dimulakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mula menjawat jawatan perdana menteri. Bagaimanapun, Saifuddin berkata pasukan BN turut perlu memberi komitmen dan serius dengan tranformasi yang dibawa oleh pengerusinya untuk mencapai sasaran tersebut. "Apabila kerangka program transformasi dirangka, kita utamakan masalah rasuah, kita akui masalah itu berlaku. "Setiap tender kerajaan sekarang dikenakan satu indeks akauntabiliti yang telah dilaksanakan sebanyak 82 peratus, tapi sepatutnya ia dilaksanakan 100 peratus. "Ini yang dikatakan tidak mencukupi, kita sepatutnya perlu tingkatkan komitmen dan menunjukkan keseriusan itu. "Kita terima teguran-teguran rakyat terutamanya pada PRU13, baiklah kami ditegur pada PRU 2004 dan 2008, kami ditegur 2013, taubat nasuha," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri pengajian tinggi berkata, hakikatnya "tsunami Cina" berlaku semenjak 1999. "Walaupun Lim Kit Siang kata tsunami itu berlaku pada 2004, tapi saya melihat tsunami itu pada PRU199 lagi," katanya lagi. Dalam pada itu, Saifuddin yang menjawab soalan moderator mengenai perubahan nilai pada PRU berkata, pilihan raya umum kali ini terbahagi kepada dua kelompok besar yang menjadi penyumbang kepada kemenangan sesuatu parti. "Satu kelompok besar mereka mengundi dengan harapan pembangunan termasuk isu air, api dan jalan raya. "Satu lagi kelompok yang besar di mana pengundi-pengundi pergi ke peti undi dengan harapan demokrasi yang membawa isu kebebasan, hak asasi rasuah dan sebagainya," katanya.