Sahabat Intim Blog Ini
Tuesday, November 12, 2013
UMUM TAPI SAPA TERGUMAM ?
Apa beza dibandingkan yang lepas? Saban tahun Pertonas akan umumkan keuntungan yang bertambah. Rakyat dinafikan subsidi dan kepincangan akan tertutup dengan paparan keuntungan di media elektronik dan di dada akhbar kerajaan BN.
Rakyat 52% dah menyampah dan yang 47% pun dah sedar tapi sedar dalam tidur tentang apa yang dijuang atau dibanggakan oleh PETRONAS ini.
Petronas mencatatkan keuntungan RM232.5 bilion sehingga 30 September lalu, sekaligus menandakan peningkatan 8% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Perolehan suku ketiga pula adalah RM81.46 bilion, peningkatan 19%. Manakala jumlah aset pula meningkat 7.3% kepada RM525.1 bilion berbanding RM489.2 bilion untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Kalau dengar cerita, memang sedap. Memang boleh berbangga sampai kembang atau pecah dada. Memang boleh kembangkan lubang hidung menahan perasaan bangga yang meluap-luap dan memang boleh pecahkan punggung seluar menahan perasaan bangga kerana syarikat petroleum negara begitu berjaya.
Namun, akhirnya apabila cerita-cerita tentang perlanggaran tanggungjawab sosial Petronas terhadap ekonomi Melayu-Bumiputera, keuntungan besar yang diuar-uarkan itu mengubah perasaan bangga menjadi kemarahan yang meluap-luap.
Sama seperti pusat-pusat zakat yang mengumumkan 'keuntungan' besar mereka hasil daripada kutipan zakat, tetapi pada masa yang sama, berjuta orang miskin terbiar melarat, bahkan sehingga ada yang sakit jiwa kerana kemiskinan tidak dibela dengan wang zakat itu, Petronas juga nampaknya tidak berkecuali.
Daripada keuntungan besar itu, berapa ramaikah peniaga-peniaga kecil Melayu-Bumiputera dari sektor IKS yang telah dikorbankan dan berapa banyak pula bahagian untuk syarikat-syarikat besar yang sudah tentu bukan milik Melayu-Bumiputera yang diberikan hak meletakkan produk mereka di stesen-stesen Petronas?
Daripada keuntungan besar itu, berapa banyakkah pula peruntukan yang disediakan oleh Petronas untuk membantu memajukan ekonomi Melayu-Bumiputera memandangkan Petronas adalah syarikat GLC? Atau sebenarnya Petronas langsung tidak mempunyai sebarang perasaan dan beranggapan, mereka telah pun memenuhi tanggungjawab sosial membantu peningkatan dan penguasaan ekonomi oleh Melayu-Bumiputera.
Perangai korporat keparat sebenarnya telah menjadi darah daging syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Kebanyakan pegawai yang dinaikkan ke kedudukan dan jawatan utama untuk membantu memperkembangkan ekonomi khususnya Melayu-Bumiputera, bertindak seperti syaitan yang kesurupan darah perempuan bersalin anak sulung. Mereka yang diharap-harapkan, mereka yang paling tidak boleh diharap.
Campurtangan dan cuba tunjuk pandai sebahagian daripada mereka yang dipertanggungjawabkan, sehingga melupakan tanggungjawab sosial entiti seperti Petronas kepada masyarakat, menyebabkan misi utama syarikat yang menggunakan dana rakyat itu hanya berkisar tentang keuntungan. Dan seperti kapitalis lain, sebarang cara akan digunakan untuk menambahkan keuntungan walaupun terpaksa melupuskan peniaga-peniaga kecil yang bergantung harap kepada mereka sepertimana yang dilakukan oleh Petronas Dagang.
Lebih menarik lagi ialah apabila permintaan Menteri agar GLC seperti Petronas membantu secara lebih aktif, apa yang mereka lakukan ialah menjuih dan mencebik sekalipun pada masa yang sama, mereka dinaikkan oleh kuasa rakyat sebagai CEO dan sebagainya dalam GLC tersebut.
TIBA-TIBA KETUA WANITA UMNO TARIK BALIK SAMAN!
Shahrizat buat 'U-Turn' tarik balik saman RM100j pada Rafizi dan Zuraida
Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar.
Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah.
Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu.
Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam.
Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida .
"Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin.
"Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee. - http://www.malaysiakini.com/news
Saturday, November 9, 2013
APA NAK HERAN ,,,,,KU PENGLIPURLARA !
Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir .
Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai.
"Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada Khamis lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin".
Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat. – Bernama, 9 November, 2013.
Sunday, September 22, 2013
Thursday, September 12, 2013
IMPOT GURU LUAR, 42,000 GURU TERBIAR
PAS hari ini mempersoalkan sama ada benar atau tidak Putrajaya mengambil guru Bahasa Inggeris dari India, berikutan dakwaan 70 peratus guru bahasa Inggeris di negara ini tidak layak mengajar.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata dengan melaksanakan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus menjelang 2016, Kementerian Pendidikan seharusnya bersedia merealisasikan perkara itu.
"Apakah kerajaan sudah ada penyelesaian kepada masalah ini, tetapi masih dirahsiakan kerana pemilihan Umno yang semakin dekat," katanya.
Beliau berkata, semasa lawatan ke India, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau “bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh” untuk Malaysia menerima sejumlah guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar Malaysia.
"Dengan keyakinan kerajaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib, PAS ingin bertanya apakah langkah mengambil guru India ini solusi yang dirahsiakan?
"Apakah langkah membuat Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru India ini," katanya.
Beliau turut mempersoalkan bilangan guru dari India yang akan di bawa masuk Putrajaya sekiranya perjanjian itu dipersetujui.
"Bagaimana skim gaji mereka, berapa lama kontrak mereka, apakah mereka akan diberi kerakyatan selepas tempoh tertentu dan appakah kemasukan mereka akan menindas guru yang ada.
"Bagaimana pula dengan nasib 42,000 guru Bahasa Inggeris yang lemah kini," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya melabur untuk meningkatkan kualiti guru Inggeris tempatan dan bukannya melabur pada negara India dan memberikan pekerjaan pada warga asing tatkala rakyat disuruh berjimat dengan pengurangan subsidi.
Katanya, jika tidak benar guru India akan diimport masuk, kementerian harus mengemukakan satu pelan untuk mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris berkualiti yang dihadapi kini. - 13 September, 2013.
Wednesday, September 11, 2013
Thursday, September 5, 2013
KIAMAT UMNO !
KIAMAT UMNO
UMNO Cawangan-cawangan hampir sepenuhnya sudah melaksanakan tanggungjawabnya mengadakan Persidangan UMNO Cawangan. Kini UMNO Bahagian-bahagian pula akan berhadapan dengan Mesyuarat UMNO Bahagian.Banyak yang berlaku sekeliling kita dalam melaksanakan proses yang dinamakan demokrasi ini. Semuanya secara tidak langsung memperlihatkan wajah sebenar ahli-ahli UMNO.
Laman media sosial sekarang sudah semakin sesak dan sibuk dengan ahli-ahli UMNO. Mereka yang selama ini menganggap media sosial tidak memberi impak juga sudah menjadi hamba media sosial dengan meng-update status mereka hampir setiap jam. Mereka yang sebelum ini hanya berdiam diri dalam menangkis serangan lawan dalam PRU lalu kini sudah mula menunjukkan belang dalam berperang dan memfitnah serta memburuk-burukkan lawannya didalam UMNO. Apakah orang UMNO hanya kuat bila berperang sesama sendiri, namun jadi pengecut bila berhadapan dengan lawan sebenar?
Di cawangan-cawangan masih kedengaran kisah cantas-mencantas dan tikam-menikam. Namun itulah hakikatnya, apabila kita menang maka kita menganggapnya wajar tetapi apabila kita kalah maka kita menganggapnya tidak demokratik dan sebagainya. Apakah makna demokrasi hanya apabila kita menang? ....atau kita juga sama sebagaimana Anu arr dan pembangkang yang menganggap PRU13 tidak bersih ditempat dimana mereka kalah?
Ahli Parlimen yang baru telah tewas dalam Persidangan Agung Cawangannya namun dalam masa sama berhajat bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian. Ahli Parlimen tidak semestinya Ketua UMNO Bahagian, namun Ketua Bahagian semestinyalah ahli UMNO yang kuat dan disokong di cawangannya sendiri. Hanya ahli-ahli di cawangan berkenaanlah yang lebih mengetahui kebenarannya. Apakah selama ini seseorang itu benar-benar komited kepada perjuangan UMNO dan cawangannya atau hanya baru-baru ini menyedari bahawa sudah banyak yang UMNO bantu beliau.
Jika ahli UMNO Jerantut benar-benar sayangkan UMNO sepatutnya semua kerusi-kerusi tidak dipertandingkan kecuali yang dikosongkan. Kenapa Ketua Bahagian mesti ditentang? Kenapa Ketua Wanita mesti dilawan? Yang dikosongkan dan perlukan pengganti adalah Kerusi Ketua Pemuda dan Puteri. Jadi siapa sebenarnya yang gilakan kuasa? Kita tanya diri sendiri dan tanya pencacai dikiri kanan kita juga.
Jika di PRU12 BN Pahang hilang 4 kerusi, manakala di PRU13 BN Pahang hilang 12 kerusi, tidak mustahil PRU14 nanti UMNO dan BN akan lenyap jadi kisah dongeng dan sejarah saja jikalau beginilah sikap ahli-ahli UMNOQ (diulangi UMNOQ). Mungkinkah PAU kali ini adalah kiamat bagi UMNO?
~ ManG
Subscribe to:
Posts (Atom)

