Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, January 22, 2009

PILIHANRAYA KOS TERMAHAL DIDUNIA?

Termahal? YA KE? BACA SETERUSNYA
Pengalaman PAS menyertai pilihanraya dirasakan inilah antara pilihanraya termahal dan terlampau yang pernah dihadapi .
Pengerusi Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya ( NIEI ) En. Yunus Ali telah membuat kenyataan hasil kajian dan pemantauan mereka sebagai sebuah badan bebas sejak 6 January hinggalah hari pembuangan undi pada 17 January baru - baru ini .
Ketika mengadakan sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor semalam , Yunus berkata, pihaknya akan menyerahkan laporan lengkap berhubung rasuah dan penyelewengan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.
Antara kos yang didakwa oleh En. Yunus ialah :
1.] Wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.
2.] Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina
3.] Penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.d.] Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
4.] Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
5.] Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
6.] Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
7.] Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
8.] Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
9.] Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
10.] Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
11.] Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
12.] Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
13.] Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
14.] Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
15.] Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
16.] Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
17. Senarai tersebut perlu ditambah dengan kos membawa lebih 10 ribu anggota polis yang siap dengan khemah martel dan khemah yang aircondition sebagai penempatan sementara pihak polis selama mereka mengepong Kuala Terengganu .
18.Kos yang melibatkan menteri - menteri kabinet , menteri besar dan ketua menteri yang turut turun berkempen . Apakah mereka menggunakan kenderaan peribadi dan wang poket hasil gaji mereka atau peruntukan wang kerajaan atau wang rakyat .
19.Kos melibatkan Kementerian seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti .
Bayangkan betapa besar wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan UMNO dan BN hanya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat yang saya kira nak cari 100 ribu pun payah nak dapat .
Saya melihat , andai sebesar itu kos yang dibelanjakan oleh BN dan UMNO pun gagal untuk menewaskan PAS , ertinya tanpa memiliki kos sebesar itu kemungkinan besar UMNO dan BN terdedah kepada risiko hilang deposit sebagaimana BEBAS yang turun bertanding tanpa kos yang setanding dengan UMNO dan BN .

No comments: