Sahabat Intim Blog Ini

Monday, August 16, 2010

AMARAN TPM ..EHEM EHEM KENA LAYAN GAK?


TPM memberi amaran kepada MCA hari ini agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) apabila memperjuangkan kepentingan komuniti Cina.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar sensitif kepada keperluan kaum-kaum lain.

“Di Barisan Nasional kami sentiasa mengambil pendirian sama dalam isu-isu yang menyentuh kesemua kaum,” kata Muhyiddin kepada pemberita di sini.

“Jika mereka mahu berjuang untuk komuniti mereka, ia tidak harus menyentuh kepentingan orang Melayu,” kata Muhyiddin.

“Saya berharap parti-parti komponen akan mengambil kira soal ini, jadi jangan cetuskan sebarang salah faham.

“Sama ada mereka hendak mengambil pendirian seakan DAP, ia perkara lain tetapi pandangan mereka tidak harus membawa kepada salah faham,” kata beliau lagi.

Berhubung pendirian tegas MCA mahu melaksanakan resolusi-resolusi yang diluluskan pada Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan mempunyai kata putus akhir dalam isu-isu seperti dasar pro-Bumiputera.

-- MCA Wilayah Persekutuan dikatakan mahukan jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju. Difahamkan MCA WP yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tan Chai Ho sudahpun menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BN dan UMNO Wilayah Persekutuan. Jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju yang disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look kini telah diserahkan kepada Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri. Shafie yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan dikatakan sudah mengidamkan menjadi" calon" di Wangsa Maju pada PRU yang ke 13 nanti manakala Yew Teong Look yang tewas tipis kepada Wee Choo Keong pada PRU yang lepas dikatakan masih menjadi calon"poular" di Wangsa Maju ketika ini.
Sementara itu, Wilayahkini dengar desas desus MCA WP dikatakan telah membawa isu ini sampai ke mesyuarat BNWP yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyddin Yassin semalam. Malah kami turut difahamkan mesyuarat semalam panas kerana isu tersebut. Yang pasti, MCA dan UMNO kini dilihat umpama bermain tarik tali untuk menjadi calon di Wangsa Maju.

No comments: