Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, November 29, 2009

PROGRAM IBADAH KORBAN PERDANA SELAMAT DISEMPURNAKAN HARI INI

29 NOV Ahad Program Ibadah Korban Perdana
Bertempat di padang Dahlia, Tmn Bunga Raya, Bkt Brtg
(Sumbangan fakir miskin - jam 3 ptg)
Jam : 7 pg - 5ptg

Friday, November 27, 2009

KICKDEFELLA ! KAMU ADA YANG TAK BERES DALAM WARKAH INI

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!
Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.
Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.
Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.
Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.
Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!
Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri…

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…

Sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Tuesday, November 24, 2009

!MALAYSIA DAH TAHU DAH

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.
Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong."Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.
Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.

Sunday, November 15, 2009

Hari Kecemerlangan Pasti (Ihtifal) Zon Bkt Beruntung/Sentosa 2009

Hari ini 15 Nov (Ahad) sekali lagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)zon Bkt Beruntung/Sentosa yang terdiri dari Pasti Al Faizin, Pasti Al Fatini dan Pasti Ummi Syam mengulangi tradisinya meraikan pelajar-pelajarnya yang bakal menamatkan alam tadika dan akan menempuh alam persekolahan di peringkat sekolah kebangsaan.
Di samping penganugerahan sijil dan anugerah pelajar cemerlang di selitkan juga acara-acara menarik seperti nasyid, boria, dikir barat dan sebagainya yang disertai oleh pelajar-pelajar pasti sendiri.
Acara-acara seperti ini dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menunjukkan bakat dan keberanian supaya mereka dapat bersaing dan tidak kekok apabila mereka berada di alam persekolahan nanti.

Sebahagian dari pelajar pasti Al Faizin

En Shukri sedang memperdengarkan bacaan Al Quran

Ucapan dari Pengarah program En Apandi

Ucapan perasmian oleh Sdr Azhar iaitu setiausaha Pas kawasan Hulu Selangor

Adik Arif Razlan dari Pasti Al Faizin telah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang Pasti kawasan Hulu Selangor

Syabas kepada semua pelajar semoga adik-adik semua bakal menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat

Wednesday, November 11, 2009

SATU MALAYSIA KENA TAU FAIL YANG SATU INI !

1 fail Akta Rahsia Rasmi didedahkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Hasil pendedahan itu, sebuah syarikat hartanah milik pemimpin Umno didakwa menipu 383 pemilik tanah dan 3,436 pembeli rumah di Bukit Cherakah.

Khalid menggesa orang-ramai yang telah tertipu supaya merujuk kepada dokumen ini, dan mendakwa syarikat terbabit ke muka pengadilan.

"Kita mendedahkan dokumen ini dengan tujuan membantu orang-ramai mendapat gambaran sebenar, bagaimana kejadian ini berlaku. Kerajaan negeri tidak akan ambil tindakan, tetapi kita menasihatkan orang-ramai supaya membawa kes ini ke pihak guaman," kata Khalid.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan projek perumahan Bandar Alam Perdana telah terbengkalai sejak 2006.

Projek yang diusahakan oleh syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. ini adalah milik bekas Exco Selangor Miskun Sutero, yang telah meninggal dunia dua tahun lalu.

Berdasarkan dokumen ini, 383 pemilik tanah dijanjikan pampasan RM360,000 seorang dan sebuah rumah setiap seorang.

Manakala 3,436 pembeli telah membeli 3,819 unit rumah dengan membayar wang pendahuluan kepada pihak bank. Perumahan ini dijangka siap pada 2002, malangnya projek ini terbengkalai.

Pemilik tanah tidak mendapat pampasan yang dijanjikan, manakala pembeli-pembeli terpaksa menanggung hutang bank.

"Tanah hilang, rumah tak dapat. Orang-ramai memberi harapan masalah ini dapat diselesaikan segera," kata Khalid.

"Kerajaan negeri akan terbitkan risalah tentang kes ini yang boleh didapati laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor, di Pejabat Daerah berdekatan dan Pejabat Menteri Besar pada Isnin ini," tambah beliau.

PELAJAR BERUSRAH KENA DENDA RM1,400 !

UKM denda pelajar hadiri usrah RM1,400
KUALA LUMPUR: Akibat menghadiri usrah, sekumpulan siswi telah didenda oleh pengetua sebuah kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Ogos lalu.
Harakah mendapat maklumat tersebut yang disebarkan menerusi laman web oleh Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Mohd Fikah Sanusi.
Aktiviti usrah yang dijalankan di surau kolej berkenaan telah dianggap sebagai pencerobohan oleh pihak pentadbiran kolej dengan alasan ia tidak mendapat kebenaran.
Alasan lain yang digunakan juga ialah terdapat beberapa siswi yang datang dari kolej lain yang dianggap menceroboh surau kolej berkenaan untuk menjalankan aktiviti usrah.
"Adakah menjadi satu kesalahan menggunakan surau kolej untuk berusrah? Apakah ia turut mengundang kerugian dan bencana kepada kolej?" tegas Mohd Fikah.
Selain itu persoalan yang turut menjadi kemusykilan kepada para pelajar terhadap penilaian pihak pengurusan kolej adalah sama ada solat berjemaah juga perlu mendapat keizinan pengetua kolej dulu sebelum dilaksanakan.
Mohd Fikah mendakwa tindakan tersebut sebenarnya lebih kepada emosi dan rasa buruk sangka yang sangat tinggi pihak atasan.
"Peraturan dan undang undang kolej mana yang dirujuk bila kegiatan usrah boleh didenda?" katanya yang juga merupakan pelajar tahun empat Fakulti Undang undang.
Beliau menggesa agar pihak pengurusan yang juga merupakan penganut Islam agar dapat membuat penilaian yang lebih munasabah dan bertimbang rasa memandangkan aktiviti yang dijalankan merupakan salah satu kegiatan yang mendatangkan faedah ke arah pembentukan diri dan sahsiah mahasiswa.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat 14 Ogos sewaktu pelajar lelaki mengerjakan solat jumaat.
Setelah ditangkap, kad matrik mereka dirampas oleh felo kolej dan mereka terpaksa mengadap dan merayu bagi kesalahan berusrah mereka di hadapan pengetua.
Setiap siswi dikehendaki membayar denda sebanyak RM50 bagi sekali usrah, tetapi memandangkan sebelum ini mereka telah menghadiri usrah tersebut sebanyak empat kali menjadikan jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM200 seorang.
Difahamkan seramai tujuh orang menghadiri usrah tersebut.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 1,400.
Walaubagaimanapun, oleh kerana siswi siswi tersebut mengaku dan bercakap benar, maka mereka telah diberi diskaun dengan hanya perlu membayar sebanyak RM350 sahaja iaitu RM50 seorang.

Tuesday, November 10, 2009

'DOUBLE SERBUAN' SPRM SEOLAH INGIN MEMBURUKKAN KESIHATAN TOK GURU ?

SPRM serbu pejabat PMBK lagi
KOTA BHARU – Pejabat Perbandanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) semalam diserbu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, beliau tidak mengetahui apakah motif sebenar kehadiran empat pegawai itu.

“Saya menerima kunjungan empat pegawai SPRM di pejabat saya kira-kira jam 12.30 tengah hari. Namun saya tidak tahu apakah motif sebenar kunjungan mereka, kerana mereka tidak menyatakan tujuan utama mereka."

Tuesday, November 3, 2009

GURU LUAR BANDAR MEWAH,PELAJARNYA LEMAH

Surat Terbuka untuk Cikgu & Cikgi

Saudara Pengarang,

MOHON ampun maaf kepada guru-guru prihatin dan bertanggungjawab. Rasa syukur kehadrat Allah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional yang amat prihatin kepada penjawat awam terutama kepada guru- guru yang mendapat banyak keistimewaan terutama guru-guru di luar bandar yang diberikan elaun sara hidup sehingga ribuan ringgit, selain dari gaji dan elaun yang sepatutnya diterima, yang tidak diberi kepada penjawat awam yang lain.

Keistimewan ini amat berpatutan memandangkan amanah yang dipertanggung jawabkan untuk mendidik anak bangsa. Kita amat berterima kasih kepada guru-guru yang memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah.

Walaubagaimanapun sehingga kini masih dalam persoalan KENAPA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI LUAR BANDAR JAUH LEBIH RENDAH BERBANDING DI BANDAR?

Banyak persoalan timbul antaranya, Adakah pelajar luar bandar tidak minat belajar?. Adakah alat bantu belajar tidak lengkap, berbanding di bandar?.Adakah dipengaruhi oleh bangunan sekolah yang lebih indah?. Adakah guru di bandar lebih berkualiti berbanding diluar bandar?. Adakah pelajar diluar bandar otaknya kurang cerdas ?.

Banyak lagi persoalan timbul tetapi pengamatan yang dibuat melalui aduan ibu bapa dan murid sekolah, masalah ini bukan berpunca sepenuhnya dari minat, alat bantu dan bangunan, kerana semua para ibu bapa dan pelajar inginkan kejayaan.

Setiap tahun kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit untuk kemajuan pendidikan luar bandar antaranya kerajaan memberi bantuan RMT, KWAMP, Pakaian Seragam, Alatulis, Kelas Tambahan, Makmal Komputer dan bermacam lagi.

Harus DIINGAT "Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian" tidak membezakan di bandar atau di luar bandar. Tidak dinafikan ramai pelajar luar bandar yang berjaya tetapi bilangannya amat sedikit.

Tahukah Anda? Antara sebab prestasi pelajar di luar lebih rendah berbanding di bandar kerana sikap guru di luar bandar itu sendiri iaitu :-

- Guru luar bandar tidak hadir ke sekolah sehingga berminggu-minggu.

- Guru menghabiskan masa bersembang di kantin sekolah.

-Guru mata pelajaran bukan teras tidak masuk ke kelas sehingga setahun persekolahan.

- Purata guru yang masuk ke kelas hanya dua orang sehari dan kadang kala tiada seorang pun yang masuk mengajar.

- Aktiviti ko-kurikolum diabaikan.

- Mengajar sambil lewa dan berseronok melayan SMS ketika berada di kelas

-Makmal komputer digunakan untuk bilik rehat guru dan melayar Internet tidak digunakan untuk pelajar, mempelajari penggunaan komputer.
- Guru sibuk mencari tambahan pendapatan semasa persekolahan.

Amat menyedihkan sekiranya aktiviti Ko-Korikulum dan mata pelajaran bukan teras diabaikan kerana akan menyebabkan pelajar luar bandar ketinggalan dari segi kemahiran dan pengetahuan berbanding pelajar di bandar.
Yang lebih menyedihkan sekolah-sekolah ini berhampiran dengan Pejabat Pelajaran Daerah [PPD], kenapa PIBG dan Wakil Rakyat membiarkan perkara ini? Kenapa Jabatan Pelajaran dan Kementerian membiarkan perkara ini berlaku, difahamkan ibu bapa yang membuat aduan hendaklah membuat surat kepada PPD, Ibu bapa tidak ada kemahiran menulis surat rasmi untuk membuat aduan, dikhuatiri pengadu dan anaknya akan mendapat kesan yang tidak baik dari pihak lain. Terimalah aduan ibubapa dengan cara yang lebih senang secara perjumpaan atau telefon, buat tinjauan dan siasatan.

Berjumpalah dengan ibubapa dan murid-murid sekolah bagi mengetahui perkara sebenar. Ikutlah saranan Pemimpin yang menggalakkan kita untuk turun padang. Bagi mengetahui permasalahan sebenar bagi membuat sebarang tindakan yang sewajarnya. Seringkali kita laungkan Salam 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Di mana kebenaran slogan yang kita laungkan ini?.
Wahai, para ibu bapa prihatin jangan berdiam diri, lihat, dengar dan nilailah pembelajaran anak kita di sekolah, agar mendapat pelajaran dan pengetahuan yang sewajarnya. Jangan biarkan masa depan anak bangsa kita terkorban, tampillah ke hadapan untuk mencegah perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Jangan kerana guru itu penjawat awam, bangsa kita, kawan kita, berpengaruh dan sebagainya kita sanggup membiarkan keadaan ini berlaku.
Ingatlah! Wahai para pendidik kita diamanahkan untuk mendidik anak bangsa. Mereka ini seperti kain putih dan kitalah yang mencorakkannya. Sayangilah murid-murid kita, mereka inilah harapan Ibu Bapa, Bangsa, Agama dan Negara. Ingatlah,Kita akan dipertanggungjawabkan kepada amanah ini di hadapan Allah diakhirat kelak.

Salam Hormat Daripada,

ANAK MALAYSIA