Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, December 20, 2012

SEMOGA PROJEK LYNAS SENASIB AES !

Ribuan kereta dijangka membanjiri loji Lynas di di Gebeng di ambang malam Tahun Baru untuk menyertai pemanduan 300km Himpunan Hijau untuk alam sekitar, demikian diumumkan oleh pergerakan itu hari ini. Sama seperti perarakan dari Kuantan ke Kuala Lumpur bulan lepas, Pengerui Himpunan Hijau, Wong Tack perhimpunan itu dijangka bermula dari Kuala Lumpur dengan seribu atau dua ribu kereta dan motosikal. Dijangka apabila mereka sampai ke Kuantan pada tengaharinya, ribuan lagi kenderaan akan menyertai perjalanan ke loji Lynas di sebelah petang, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. Pemanduan protes itu dijadualkan bermula dari Gombak pada pukul 8 pagi 31 Disember dan sampai di Gebeng pada pukul 5 petang. Wong berkata kempen tersebut adalah untuk menghantar mesej kepada Lynas supaya "keluar dari negara ini", dan kepada kerajaan supaya memastikan tidak ada undang-undang atau prosedur yang dicabuli. Ditemui selepas sidang akhbar itu, Wong memberitahu Malaysiakini bahawa Himpunan Hijau telah menyediakan senarai syarikat yang menjalankan perniagaan dengan Lynas dan akan, dalam masa seminggu, menggesa pemboikotan syarikat-syarikat tersebut.

Monday, December 17, 2012

JAWAPAN MB YANG MEMERANJATKAN !

SOALAN lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut. Beliau menyatakan bahawa: "Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu... "Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran." Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu. Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Ahmad Said juga mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan. Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebuah negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan. Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengisytiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut. Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014. Pengumuman ‘anugerah royalti minyak’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar. Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisme dan keluhuran perlembagaan negara. Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petroleum yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas. Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing. Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi? Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri? Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 1999. Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu. Beliau menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata." Jadi di manakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud? Ini ditambah dengan tindakan ‘mengihsankan’ royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam. Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperoleh itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri. Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun. Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen. Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain. Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975. Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat. Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini. Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain. * Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu dan juga Penolong Setiausaha Agong Pas

Thursday, December 6, 2012

FAKTA BN SAMSENG !

SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan hanya samseng sahaja yang sanggup menyekat pemberian royalti kepada Kelantan. Beliau menyatakan perkara tersebut pada wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' di sini, petang semalam. Kata beliau lagi, budaya politik samseng itu sebenarnya diwujudkan oleh kerajaan apabila bertindak membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun pemberian royalti itu sudah terkandung di dalam perjanjian. "Politik samseng dan kita lihat apa yang dilakukan di Kelantan, siapa yang sanggup menyekat royalti kalau bukan bersifat samseng. "Sikap membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun perjanjian sudah ada, hanya samseng sahaja yang sanggup mengkhianati perjanjian," kata beliau. Katanya, politik samseng sebenarnya telah wujud sejak lama dan bukannya dalam senario politik sekarang. Beliau merujuk kepada peringkat awal Kelantan diambil alih pemerintahan oleh PAS, segala hak dan peruntukan dianaktirikan. "Lagi satu kita lihat di Terengganu bila PAS menang pilihanraya perkara pertama dilakukan adalah mansuhkan tol, adakah itu samseng. "Tetapi tidak kepada kerajaan Umno Barisan Nasional apabila mereka menarik balik pemberian royalti dan menukarkan kepada wang ehsan, ini adalah contoh samseng yang diamalkan apabila menafikan hak dan sanggup melanggar perjanjian," sambung beliau lagi. Beliau menambah, pengalaman Pakatan Rakyat memerintah empat buah negeri dan paling lama di Kelantan akan memberi jaminan bahawa apabila Putrajaya diambil alih nanti, pentadbiran akan menjadi lebih baik. "Saya rasa reformasi yang kita ingin buat akan dapat dilakukan dengan lebih baik. "Pengalaman yang kita ada dan rakyat telah melihat akan terus memberi keyakinan kepada Pakatan untuk membawa perubahan dalam lanskap politik demokrasi negara," jelas beliau.(harakahdaily)

Sunday, December 2, 2012

ASTAGHFIRULLAH ! CALON UMNO PARLIMEN PEMBUNTING DALAM LIPATAN?

Seorang Lagi Ketua Bahagian Umno Buntingkan Anak Dara Siang tadi semasa menghadiri majlis kenduri di Bukit Puteri di Rawang Selangor saya dibisikan sesuatu berita yang tidak berapa menyeronokkan. Berita ini kontras dengan apa yang sedang berlaku di dewan merdeka PWTC di mana di situ ahli Umno sedang membincangkan dan mencari makenisme macam mana hendak mengekalkan kuasa parti berkenaan sebagai kerajaan. Sebaliknya berita yang dibisikan kepada saya itu sungguh memeranjuatkan, iaini berhubung perbuatan maksiat seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang didakwa telah membuntingkan seorang mahasiswa tahun dua yang menuntut di IPTA di Ibu Kota. Katanya gadis itu telah dibuntingkan empat bulan. Ibu bapa gadis mahasiswa berkenaan katanya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Keluarga gadis berkenaan katanya marah dan malu dengan kejadian itu dan telah mendesak ketua Umno bahagian itu mengahwini gadis tersebut. Kerana desakan itu ketua bahagian berkenaan sanggup mengahwini gadis berkenaan. Laporan polis yang dibuat kemudian ditarik setelah ketua bahagian Umno itu sanggup menikahinya. Menurut kawan yang membisikan berita itu, kejadian ini terbongkar apabila seorang kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah secara tidak sengaja menceritakan kejadian berkenaan kepada seseorang dan terlatas ke telinganya. Kejadian ini sungguh mengaibkan Umno dan katanya menjadi liabiliti kepada Umno bahagian berkenaan khasnya. Ekoran kejadian ini sudah sudah orang ketua bahagian Umno yang bermukah dengan sehingga bunting. Sebelum ini dilaporkan seorang ketua bahagian telah bermukah dengan seorang ahli puteri dan mengandung. Bagaimana pun puteri berkenaan mengakui telah mengugurkan kandungannya. Dalam pada itu seorang ahli Umno Kelantan memberi tahu dia ada mendengar kejadian itu tetapi tidak ada apa-apa tindakan di kalangan Umno bahagian. Beliau secara peribadi mengharap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya menimbang sebaik mungkin sebelum ketua baahagian itu atau mana-mana ketua bahagia melakukan maksiat dari dipilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang sekiranya Umno mahu menang. Kedua-dua ketua bahagian itu disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikerusi parlimen. Berita lanjut akan menyusur. [wm.kl.8:41 pm 01/12/12]

Wednesday, November 28, 2012

TAKZIAH UM PADAH UMNO!

KUALA LUMPUR, 28 Nov —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta. “Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi,” katanya. Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. — Bernama

Sunday, November 25, 2012

LPT SATU JANJI BN TAK TEPATI !

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Soon mengumumkan di Parlimen baru-baru ini bahawa Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 yang menghubungkan Terengganu ke Kuala Lumpur hanya dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada Ogos 2014. Projek sejauh 185 kilometer yang pada asalnya menelan kos RM3.7 billion masih tidak dapat digunakan sepenuhnya setelah berlakunya kelewatan yang ketara dari tarikh jangka siap. Timbalan Menteri berkenaan juga menyatakan bahawa sebab utama berlakunya kelewatan ia disiapkan adalah kerana kegagalan kontraktor menyiapkannya mengikut tempoh yang ditetapkan kerana kesan dari kenaikan harga barangan pembuatan pada 2007-2008. Akibatnya, 10 dari pakej lebuhraya itu terpaksa ditender semula. Projek yang bermula pada awal tahun 2006 ini pada mulanya dijadualkan siap akhir 2010. Namun ia telah mengalami kelewatan yang ketara dan hanya dijangkakan akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2014. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Datuk Za’abar Mohd Adib menyatakan bahawa Kerajaan negeri mewujudkan banyak pakej untuk projek lebuhraya LPT 2 ini kerana pada asalnya ingin memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera tempatan Terengganu bagi menjalankan kerja-kerja. Malangnya rata-rata kontraktor yang dilantik mendakwa projek itu tidak dapat disiapkan kerana disebabkan beberapa faktor iaitu kemendapan tanah, kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik. Akibat dari itu kerajaan negeri terpaksa menamatkan enam tender yang telah diagihkan kepada enam syarikat. Persoalan besar yang timbul adalah kenapakah projek yang menelan belanja lebih RM 3.7 billion ini amat jauh tersasar dari tarikh jangka siap iaitu pada tahun 2010 lagi. Begitu juga dengan tanggungan kosnya kini telah melambung tinggi kepada lebih RM5 bilion akibat berlakunya kelewatan yang amat ketara. Kini timbul persoalan, pihak manakah pula yang akan menanggung semua kos tambahan akibat kelewatan yang amat ketara ini? Namun realitinya projek mega LPT 2 ini yang tertangguh lebih 3 tahun daripada jadual asal adalah akibat dari kerenah 'kontraktor kroni’ yang bermasalah. Apa yang nyata, kegagalan projek ini ada suatu pakatan kerjasama antara beberapa kalangan pimpinan Umno negeri Terengganu dan ‘kontraktor kroni’ yang mengaut habuan keuntungan yang berlipat kali ganda. Anugerah setiap pakej kontrak pula ditentukan oleh ’tangan politik’ pemimpin-pemimpin Umno/BN. Begitu juga dengan punca utama kelewatan membuat keputusan oleh pengurusan di peringkat Kerajaan Pusat terutamanya dari Jabatan Kerja Raya sendiri. Ianya bukan sekali-kali kerana kelemahan pegawai yang menjalankan tugas, tetapi kerana gangguan oleh kroni dan kuncu-kuncu politik Umno yang mempunyai hubungan dengan Menteri dan pejabat Perdana Menteri sendiri. Walaupun terdapat banyak bukti-bukti kukuh bahawa kroni Umno terlalu berpengaruh hingga usaha untuk ‘membersihkan’ projek lebuhraya ini dari sebarang unsur rasuah dan penyelewengan, namun, usaha ini menjadi sia-sia akibat tekanan politik dan ianya terus lewat dari tempuh yang ditetapkan. Sebagai contohnya, tender untuk pakej 4 dan 7 projek lebuhraya LPT 2 ini telah beberapa kali terpaksa ditangguhkan kerana adanya tangan-tangan ghaib dari kalangan pimpinan Umno Terengganu yang menggangu urusan pegawai-pegawai yang menjalankan tugas mereka. Kegagalan itu adalah disebabkan oleh yang dapat kontrakt bukan dari kalangan kontraktor, tapi pemilik lesen dari kalangan Umno yang memiliki lesen kontraktor kelas A dan dikatakan Berwibawa. Mereka-mereka ini mendapat kontrak, namun apabila mendapatnya, ia terus di jual kepada broker yang lain bagi mengaut keuntungan yang cepat. Mereka ini ibarat menyapu untung ‘Atas Angin’ dengan menjualnya kepada orang tengah. Akibatnya rakyat kini terpaksa menanggung kerugian yang berbilion ringgit. Ya, inilah realiti di negeri penyu bertelur ini. Rakyat akan terus terpaksa menanggung bebanan kemiskinan dan kesempitan hidup yang amat memeritkan. Kerajaan negeri pula terus berbelanja mewah untuk kroni dengan pelbagai projek Mega yang berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan pembaziran yang berterusan. Kontraktor kroni akan terus mengaut laba keuntungan dari titik peluh rakyat yang miskin. Malang, Oh sungguh malang nasib rakyat Ganu Kite ini. Posted & copy by Rakyat Marhaen

Thursday, November 22, 2012

PANGGILAN KEADILAN ORANG DIZALIMI SUDAH KEMBALI !

Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Seri Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan. “Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu. “Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini. Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan. “Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak. “Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya. Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah. “Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai. “Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz. Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia. Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia. Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja. Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -jalanpulang

Wednesday, November 21, 2012

ALHAMDULILLAH PERANG BERJAYA DIHENTIKAN !

Gencatan Senjata Gaza/Israel Berjaya Dicapai- Hamas Isytihar Menang Menteri Luar Mesir Mohamed Kamel Amr and Setiausaha Negara US Hilary Clinton mengisytiharkan gencatansenjata antara Hamas dan Israel. GAZA CITY - Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia). Gencatan berkuat kuasa 9 malam tadi waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia). Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu. Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel. Berikut adalah teks perjanjian gencatan senjata Israel shall stop all hostilities in the Gaza Strip land sea and air, including incursions and targeting of individuals. "All Palestinian factions shall stop all hostilities from the Gaza Strip against Israel, including rocket attacks and all attacks along the border. "Opening the crossings and facilitating the movement of people and transfer of goods and refraining from restricting residents' free movements and targeting residents in border areas. Procedures of implementation shall be dealt with after 24 hours from the start of the ceasefire. "Other matters as may be requested shall be addressed." "Implementation mechanism. "Setting up the zero hour understanding to enter into effect. "Egypt shall receive assurances from each party that the party commits to what was agreed upon. "Each party shall commit itself not to perform any acts that would breach this understanding. In case of any observations, Egypt as a sponsor of this understanding, shall be informed to follow up." Sementara Itu Pengerusi Hamas Khaled Meshaal Isytihar Kemenangan Meshaal: 'It was a despicable aggression' Hamas leader Khaled Meshaal is speaking in a news conference in Cairo. He says that Hamas has scored a victory after eight days of fighting. He calls the Israeli assault "a despicable aggression against the people in Gaza" that killed civilians and fighters. "We had to react," he says, echoing Netanyahu. "I cannot deny that [Israeli forces] have done a lot," he says. "We can't count how many buildings they have destroyed in Gaza. This is their achievement. And the missiles were falling until the last minute." "The Israeli conspiracy has failed," he says. "They wanted an election propaganda and they wanted to test Egypt," but fell short, Meshaal says. Meshaal praises Egypt's role, saying it "has dealt with the resistance quite responsibly and the way it should."--guardian.co.uk

Tuesday, November 20, 2012

KEADILAN TERHALANG DI PINTU MALAYSIA ?

Halang peguam Perancis masuk M’sia untuk lindung Najib – Cynthia Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR, 19 Nov: Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, tindakan kerajaan menghalang dua peguam Perancis masuk ke Malaysia bertujuan untuk melindungi penyelewengan Perdana Menteri dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Ia ekoran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’. Beliau juga menyerahkan kepada pihak Imigresen sama ada membenarkan atau tidak kemasukan peguam terbabit. “Sebagai menteri, Hishammuddin mengambil keputusan untuk tidak ambil tahu, ia seolah-olah disengajakan dan tujuan sebenarnya untuk menyekat rakyat Malaysia dari mengetahui fakta sebenar kes itu. “Hishammuddin sedar kenapa mereka perlu halang taklimat tersebut. Ini kerana mereka takut rahsia Datuk Seri Najib Razak akan terbongkar. “Sedangkan tidak ada sebab munasabah untuk mereka sekat penyaluran maklumat tersebut,” tegasnya ketika dihubungi. Kedua-dua peguam berkenaan dijadual memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Khamis ini. Menurut Cynthia, taklimat itu nanti akan membongkar banyak lagi pendedahan baru berhubung skandal melibatkan Malaysia-Perancis. Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November. Pada Julai tahun lalu, kerajaan bertindak menghantar pulang Bourdon ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya. Breham pula terpaksa membuat sidang media di Bangkok, selepas permohonan visa beliau ke Malaysia ditolak Mei lalu. “Jika betul mereka dihalang nanti, kita akan tetap usaha atur taklimat di tempat lain, walaupun bukan itu yang kita mahu. Justeru kita desak Hishamuddin benarkan kemasukan kedua-dua peguam itu untuk buktikan kerajaan sememangnya tidak takut,” kata Cynthia. -keadilandaily-

Sunday, November 18, 2012

HADI BERSELOROH , NAJIB BERPELUH !

Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berseloroh selepas dicadangkan oleh Dewan Ulama yang mahu beliau menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. "Syok (seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu hari ini. Abdul Hadi memberi contoh sejarah Rasulullah menjawab pertanyaan kabilah Bani Amir yang bertanya siapa yang akan menjadi ketua jika Allah menjanji kemenangan pembinaan negara Madinah. "Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin kabilah yang bersedia untuk menawar diri mereka dengan Islam, Allah menjanjikan kemenangan, (dan) satu kabilah, Bani Amir, Nabi tawar Islam, (kata) Allah janji kemenangan, tegak negara kalau berjaya. "(Wakil kabilah bertanya) Kalau menang siapa jadi raja, ketua, menteri dan pemimpin. Nabi Muhammad SAW berkata kekuasaan itu milik Allah dan Dia beri kepada siapa yang dia kehendaki. Itu jawapan Nabi. Jadi selepas ini kita ikut ajar begitulah," katanya. Kemudian Hadi berkata:" Saya tidak mahu menjadi seperti Ustaz Azizan (Abdul Razak), dia tahu saya suka memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut, sebelum pergi, dia minta anak buah dia tumbuk rempah siap-siap nak masak ikan jenahak," katanya yang iringi gelak ketawa hadirin "(Tetapi) pergi ke laut boleh (dapat) ikan belukang.... Belum apa-apa lagi dah tumbuk rempah.... Dan kita perlu mengikut apa yang diajar oleh Nabi SAW," katanya. Dalam ucapan itu, Abdul Hadi mengulangi iltizam parti itu untuk bersama-sama Pakatan Rakyat kerana ia merupakan realiti di Malaysia. Katanya, parti tidak boleh bersendirian untuk memimpin masyarakat majmuk berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan dan resolusi yang telah ditetapkan oleh gabungan itu. Menurutnya lagi, parti itu akan terus melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana mengikut peraturan hubungan antarabangsa dalam Islam "damai didahulukan". Menurutnya lagi, ulama di alam Melayu telah menyampaikan Islam dan kefahaman politik kepada pemerintah di negeri-negeri Melayu termasuk membenarkan orang Buddha menjadi rakyat bersama-sama orang Islam dalam masyarakat majmuk. Katanya, tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman sekaligus menempelak parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai "tidak relevan". "Sekejap-sekejap kemudian apikan semangat kaum masing-masing... Ia sudah tidak sesuai lagi," katanya sambil mengingatkan jentera parti supaya membuat persiapan zahir, jasmani dan segala kekuatan dengan penuh ikhlas bagi menghadapi pilihan raya umum. Berucap lanjut, Abdul Hadi juga berkata tidak timbul kumpulan ulama dan bukan ulama dalam parti itu dengan menyifatkan ia sebagai "mengarut dan jangan terikut-ikut dengan rentak lawan". "Majlis Syura tidak jumud dan terbelenggu, kerana melibatkan kalangan profesional untuk memberi penjelasan berhubung perkara duniawi "Tidak timbul kumpulan ulama, profesional, kumpulan laga ayam.... Ini mengarut dan jangan terikut-ikut dengan lawan kita," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Sunday, November 11, 2012

ANGKASA PULA NAFI !

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pada Jumaat menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari. Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini, Jumaat. Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta. Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap. Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil. "Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu. Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. "Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012"," katanya. - BERNAMA

Thursday, November 8, 2012

TAHNIAH OBAMA ! TAKZIAH NAJIB !

Ucapan tahniah Najib dan kita semua kepada Presiden Amerika kerana memenangi Pilihan Raya ke 2 beliau .Kehebatan beliau berdebat dan menjawab bahasan lawan beliau sangat jelas. Walaupun Obama tidak perlu sibuk keluar negara menyaksikan perjanjian ekonomi dan mencari rakan dagangan (macamlah Najib tiada menteri perdagang) macam PM Najib sampai nak rasmikan bank di luar negarapun beliau kena buat. Namun, sedih rakyat Malaysia kununnya tau buat kerja tapi debat dikatakan buang masa dan tak berguna walaupun di Malaysia ada diwujudkan Piala Debat Perdana Menteri.Tapi PM Najib pandang negatif berdebat seperti Presiden Obama. PM Najib takut berdebat seperti blogger UMNO/BN yang pengecut bila berhadapan dengan fakta dan manusia lawan didepan mata. Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana KUALA LUMPUR 8 November: Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu. Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat. “Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana. “Kita masih tunggu Najib terima atau tidak berdebat dengan Anwar. Itu yang rakyat tunggu-tunggu untuk jadikan negara ini melalui proses demokrasi yang sihat. “Kita tengok sahaja debat antara Obama dengan Romney. Itu yang kita juga mahukan. Ia akan beri harapan baru kepada negara,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Muhammad Nur juga menyifatkan cadangan Syed Ali Alhabshee itu untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya akan datang, tidak berasas, malah menganggap tindakan itu hanya memalukan Perdana Menteri yang gagal menyahut cabaran debat walaupun surat pelawaan beberapa kali dihantar tetapi tiada jawapan. Semalam, Syed Ali mendakwa Anwar tidak berani bertanding di Pekan sedangkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin hari, semakin bertambah hinggakan Najib Razak sehingga kini tidak berani membubar Parlimen. “Isu pokok bukan bertanding di mana-mana tapi berani ke Najib nak bertanding dengan Anwar. Kita dahulukan debat, tengok macam mana, rasanya lebih ‘afdal’ buat apa yang rakyat mahukan,” katanya. KD Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/11/debat-dulu-baru-cakap-soal-bertanding.html#ixzz2BgyEhVaK

Tuesday, October 30, 2012

KETUA PEMUDA UMNO AKHIRNYA BERSAMA PAKATAN DESAK KERAJAAN BN

Shah Alam – Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu. “Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini. Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini. "Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami dapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaan AES yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal bagi sesebuah kawasan,” katanya. Khairy berkata kerajaan juga perlu mengadakan publisiti dan pendidikan umum bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada rakyat. "Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda. Semalam, empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan. "Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu. AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut. Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Dalam pada itu, laporan Bernama berasingan menyebut Kementerian Pengangkutan akan menghantar pasukan teknikal untuk memberi penerangan mengenai AES kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor seperti dipohon. Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, setakat ini hanya kerajaan negeri berkenaan meminta penjelasan berkaitan pelaksanaan AES itu. -

Wednesday, October 24, 2012

REKOD BURUK BN 15 TAHUN BERTURUT

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia telah mengalami defisit selama 15 tahun berturut-turut semenjak tahun1998, hinggalah ke Bajet 2013 yang sedang dibahaskan sekarang. Menurut Anwar tahap difisit melampau ini sangat membimbangkan, kerana tidak mustahil ia boleh berlanjutan hingga ketahun-tahun berikutnya. Kini semuanya sudah berlaku dan sedang berlaku,,,berpunca dari ketidakcekapan dan salah urus tadbir kerajaan BN pimpinan Najib. Tabiat boros, menyeleweng dan dan rasuah dikalangan mereka bagaikan sudah meresap dalam jiwa. Mengimbau kembali ketika DS Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1997,, belanjawan negara sentiasa seimbang atau lebihan manakala ekonomi pula mencatat pertumbuhan purata 8.7 peratus. berbanding era Menteri Kewangan sekarang (Najib 2009- 2011) yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK secara purata pada kadar 3.2 peratus sahaja. Suara-suara pemimpin UmnoBn yang mendakwa kononnya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan ekonomi sedangkan negara di ambang muflis angkara kepincangan pengurusan ekonomi yang mereka lakukan ternyata omong-omong kosong! Sebaliknya rekod sebenar telah membuktikan kerberkesanan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir negeri jauh lebih baik daripada BN. Maka untuk mengelak Negara ini dari terus dilanda musibah, rakyat harus bertindak bijak. Mereka wajar bersedia untuk menukar kerajaan sebelum negara dilanda krisis ekonomi dan peningkatan hutang kerajaan yang menggerunkan selama di bawah kerajaan UmnoBn.

Thursday, October 18, 2012

SEKOLAH AGAMA DI JOHOR PUN JAIJ MAIN KOTOR ?

Kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama diseluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai. Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah. "Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi. NONE"Bagaimanapun di SA (sekolah agama) Kota Masai, suasana pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik. Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan. Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama. Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan. Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta. "Semenjak tahun 2009 hingga kini, tiada program baik pulih dilaksanakan walaupun terdapat permohonan pada tahun 2010 dan 2011 oleh SA Kampung Pasir Putih dan SA Pekan Nanas. "Keadaan ini telah menyebabkan suasana tidak selesa dan selamat kepada murid, guru dan harta benda sekolah selain mengaibkan imej SA berbanding sekolah kebangsaan," kata laporan itu. Antara masalah lain yang dihadapi oleh sekolah agama di Johor ialah kekurangan kemudahan infrastruktur asas, perabot sekolah yang rosak dan uzur, kekurangan guru dan kakitangan sokongan serta pengurusan aset dan inventori yang perlu dibaiki. Menurut maklum balas Jabatan Agama Johor dalam laporan itu menyebut, kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah agama disebabkan kekangan kewangan sehingga pihak mereka perlu peruntukan daripada Majlis Agama Islam Johor bagi memenuhi keperluan tersebut. Maklum balas itu menyebut lagi, pada tahun 2011, tiada peruntukan untuk pembelian perabot diterima daripada kerajaan negeri. http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/10/audit-24-sekolah-agama-di-johor-di.html#more

Tuesday, October 16, 2012

Perasuah Dalam Kes Scorpene adlah Pengkhianat Negara sebenar

Khalid Samad: Perasuah Dalam Kes Scorpene Pengkhianat Negara: Oleh Mohd Martin Kahar ( Keadilandaily ) KUALA LUMPUR 16 Oktober: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menempelak tanggapan bahawa pihak ...

Monday, October 15, 2012

SUBHANALLAH ! NEGERI KELANTAN ATASI NEGARA !

KDNK Kelantan 2012 atasi peringkat negara KOTA BHARU: Biar pun ada pihak mendakwa Kelantan tidak membangun, namun laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan mengatasi peringkat negara. KDNK Kelantan 2012 dijangka meningkat kepada RM11,144 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus, sedangkan pertumbuhan Malaysia pada tahun sama pada kadar 4 hingga 5 peratus. Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada KDNK Kelantan pada 2010 iaitu sebanyak 73.8 peratus, sektor pertanian (19.4 peratus) dan pembuatan (4.7 peratus). Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, KDNK Kelantan pada 2012 bagi sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 80.4 peratus. “Kerajaan berbelanja secara bijaksana, berhemah dan adil serta mengutamakan kebajikan kepada rakyat berdasar keapda sumber sebenar,” katanya pada ucapan Belanjawan Kelantan 2013 pada persidangan Dun hari ini. Teks belanjawan tersebut dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa. Teras Belanjawan Kelantan 2013 yang bertema Bajet Negeri Berkebajikan menumpu kepada merancakkan pembangunan ekonomi untuk semua rakyat, memperkasa pembangunan insan berteraskan Islam. Selain itu pembelaan golongan daif, miskin, kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas serta memperkukuhkan keupayaan institusi dan badan pelaksana. Menteri Besar berkata, selaras komitmen kerajaan menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, program sosioekonomi akan dimantapkan. Kemudahan infrastruktur Katanya, sejumlah RM153.37 juta diperuntukan di bawah program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat termasuk pembinaan jalan dan jambatan baru di samping memperluaskan sistem rangkaian jalan. Sebanyak RM20 juta disediakan kepada JKR dan RM7 juta di bawah Pejabat Pembangunan Negeri untuk melaksanakan projek di bawah program kesejahteraan rakyat. Antaranya pembinaan lorong memotong jalan Kota Bharu-Kuala Krai sebanyak RM2 juta, pembinaan jambatan Sungai Manal, Tanah Merah (RM2.2 juta), pembinaan jambatan Sungai Kerak, Machang (RM2.1 juta). Pembinaan jambatan Kampung Kuau (RM2.5 juta), pembinaan jambatan konkrit di Sungai Sat dan jalan Kampung Kelaweh ke Maka, Machang (RM6.01 juta), jambatan Sungai Kemasin di Pengkalan China, Bachok (RM2.6 juta). Jambatan Pulau Kundor, Kota Bharu (RM2.1 juta) dan jambatan merentasi landasan keretapi di Bandar Pasir Mas (Fasa II) - RM4.82 juta. Bagi pembangunan rohani dan sahsiah kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi mengadakan kursus, bengkel latihan dan ceramah bagi meningkatkan kualiti modal insan rakyat khususnya golongan muda. Pembinaan masjid Sebanyak RM3 juta disediakan bagi projek pembinaan dan pembaikian masjid-masjid di seluruh negeri. Antara masjid yang siap dibina pada 2012 iaitu Masjid Keputeraan Paloh 2, Gua Musang dengan kos sebanyak RM3 juta dan Masjid Keputeraan Lojing (RM3.89 juta). Manakala Masjid Chenulang, Kuala Krai (RM500,000) dijangka siap tahun depan. Peruntukan sebanyak RM3 juta bagi program-program pembinaan insan bagi pembangunan modal insan generasi muda. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat peruntukan paling banyak iaitu RM72 juta. Yik mengurus 91 sekolah agama termasuk dua Maahad Tahfiz Quran dan empat Maahad Tahfiz Sains. Bajet 2013 juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf sekolah berkenaan. “Yik merancang membina Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) di Pengkalan Chepa dianggar melibatkan kos sebanyak RM12 juta. Pejabat Yik juga akan dibina di Tunjung dengan kos sebanyak RM8 juta,” ujarnya. template joomla

Thursday, October 11, 2012

AKHBAR PEROSAK PEMIKIRAN RAKYAT,WAJAR DIHENTI

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang Assalamualaikum wrt wbth Yang Berbahagia, Saudara Ketua Pengarang, Utusan Malaysia. SOROS, SAMAN MALU DAN SALAM TAKZIAH Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang. Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman. Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal – tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan. Malang, bagi sebuah institusi media yang disegani, dibina oleh pelopor dan pejuang awal, akhirnya tertiarap di kamar Mahkamah atas satu isu demi satu isu yang lain. Hampir saban minggu Utusan didakwa atas pelbagai saman malu, fitnah dan berita bohong. Terakhir, pengakuan Sdr Chamil Wariya, Utusan telah mengubah cerpen gubahan Chamil. Serendah itu, Utusan menjatuhkan dirinya…? Penjuelasan beberapa paderi atas laporan Utusan yang membarakan api permusuhan agama, menjadikan Utusan kelihatan sebuah mesin propaganda murahan yang rendah mutu dan kehilangan kompas akhlak. Saya tidak fakir itu baik untuk negara dan khususnya ummat Melayu. Pendedahan kian tersebar bahawa PM Datuk Seri Najib menemui Soros secara diam-diam di US sewaktu Utusan menghayun serangan bertubi-tubi terhadap pelbagai pihak sebagai agen Soros untuk tujuan buruk, menemplak Utusan dengan cara yang amat menghiris maruah dan integriti. Belum lama laporan muka depan Utusan ‘Lagi Kaitan Soros’. Kenapa Utusan tidak sanggup memuka depankan laporan pertemuan itu? Najisnya Soros pada mata Utusan seharusnya tidak membedakan sesiapa. Bertemu, bersua muka dan ‘secara sulit beragenda’ dengan Soros, tanpa dimaklumkan kepada rakyat jelata, mejadi sebesar-besar tanda tanya: ‘dalam poket Soros kah pemimpin kita? Apakah yang dibincangkan? Apa pentingnya PM yang baru memegang jawatan menemui ‘Penyangak Yahudi’ (Seperti logic di ketengahkan Utusan) seperti Soros? Tidak dapat tidak kita memerlukan pendekatan rasional dan manipulasi keterlaluan akhirnya hanya menjerat leher pemasang jerat itu sendiri. Lebih menghibakan, sekali sekala terkilas laporan muka depan Utusan berunsur seks (yang dipolitikkan) yang sangat keterlaluan. Sampai kesannya kepada generasi muda dan anak-anak kecil parahnya tidak dapat lagi dijangkau. Sedang, pembaca jelik itu termasuk anak cucu Sdra Ketua Pengarang sendiri, anak cucu Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan, mungkin terbentuk dengan bentukan liar sepanjang hayat mereka. Tidakkah terbetik di hari sdra-sdra kecemburuan terhadap runtuhnya nanti akhlak generasi yang masih putih bersih itu lantaran kegelojohan membinasakan ‘lawan’ dengan laporan-laporan resam Melayu pun menolak, apa lagi nas Tuhan. Masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Laporan berprestasi, profesional dan ethical. Di dunia mendapat sanjungan, di sisi Tuhan nanti tidak terlaknat. Islam selamanya meletakkan kebenaran, kejujuran, menolak aib, permusuhan dan keterlaluan dan itu kekal sebagai jalan selamat, bermaruah dan terhormat. Maafkan saya, Husam Musa Kota Bharu, Kelantan 25 Zulkaedah 1433 / 11 Oktober 2012

Thursday, October 4, 2012

TIGA NOVEMBER ! WAHAI ANAK MUDA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, anak muda di seluruh negara perlu menyeetai himpunan Pakatan Rakyat pada 3 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Beliau yang ditemui Harakahdaily juga turut meminta Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) atau "R" juga turut hadir memberi sokongan. "Gabungan R bukan sahaja dari Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak juga boleh melibatkan diri pada perhimpunan tersebut tanda sokongan kita untuk suatu perubahan besar negara ini. "Inilah satu himpunan untuk kita menunjukkan sokongan padu kita kepada Pakatan Rakyat yang mana satu perubahan demi kebaikan golongan anak muda akan terlaksana apabila kemenangan milik kita pada pilihanraya umum nanti," jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia. Beliau yang mengulas Bajet 2013 pada kali ini sudah menghala kepada golongan anak muda adalah satu belanjawan yang bersifat sementara. "Belanjawan kali ini lebih fokus kepada golongan anak muda dan ia hanyalah bersifat nikmat sementara bukannya berterusan. "Bantahan terhadap belanjawan bersifat sementara itu harus kita terjemaahkan pada perhimpunan tersebut, kita tidak mahu anak muda dilayan untuk nikmat sementara tetapi apa yang kita mahukan adalah sebuah kerajaan yang menitik berat masa depan anak muda untuk selamanya," sambung beliau lagi. Dalam pada itu, Mohd Firdaus turut menegaskan agar anak muda ataupun sesiapa sahaja yang ingin turut serta pada perhimpunan tersebut tidak takut dengan tohmahan mahupun ugutan yang dilakukan melalui media arus perdana milik Umno Barisan Nasional. "Ini merupakan perhimpunan terbesar yang terakhir sebelum pilihanraya umum dan harapan saya agar semua anak muda dari PAS, DAP serta PKR di seluruh negara melapangkan diri untuk hadir. "Kita dengar amanat yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat terutama isu belanjawam 2013 serta persiapan kita bagi menghadapi pilihanraya," tambah beliau lagi. Beliau juga turut menjangkakan satu program berkaitan dengan anak muda akan diadakan sebelum berlangsungnya program utama pimpinan Pakatan Rakyat.

Thursday, September 27, 2012

MAHKAMAH KAFIR BELA MARUAH RASULULLAH ! SUBHANALLAH

Sao Paulo - Sebuah mahkamah Brazil pada Selasa (25/9/2012) melarang sebuah filem anti-Islam yang menelurkan protes keras di seluruh dunia Muslim dan memberi YouTube masa 10 hari untuk menarik trailer filem tersebut dari laman webnya, lansir Al Arabiya. Keputusan oleh mahkamah negeri di Sao Paulo, rumah bagi pendatang masyarakat Timur Tengah, berlaku beberapa jam selepas Presiden Brazil, Dilma Rousseff mengecam "Islamophobia" di negara-negara Barat dalam pidato di PBB. Tuntutan terhadap filem kontroversi tersebut dibawa oleh sebuah kumpulan Muslim Brazil, Kesatuan Kebangsaan Islam, terhadap pemilik Youtube, Google Inc untuk menerbitkan di internet sebuah video yang telah menyerang Islam. Dalam keputusannya, Hakim Gilson Delgado Miranda mengatakan kes ini menyandingkan "kebebasan bersuara" dan keperluan untuk melindungi individu atau kelompok masyarakat dari tindakan yang mungkin menghasut diskriminasi agama. Ini bukan kali pertama mahkamah Brazil melawan Google. Sebelumnya mahkamah pilihan raya memerintahkan penangkapan eksekutif Google yang paling senior di Brazil selepas syarikat gagal untuk menghapuskan video di YouTube yang menyerang calon walikota tempatan. Cabaran undang-undang menggariskan soalan yang lebih luas mengenai tanggung jawab Google untuk kandungan yang dimuat naik pihak ketiga ke laman webnya, seperti video anti-Islam yang mengejek Nabi Muhammad salallahu alaihi wa sallam dan mencetuskan gelombang protes di dunia Muslim. Lima belas orang terbunuh di Pakistan selama demonstrasi atas video tersebut pada minggu lalu. Orang-orang yang terlibat dalam filem amatur yang telah diposting di YouTube, mengatakan bahawa itu dibuat oleh seorang lelaki California berusia 55 tahun, Nakoula Basseley Nakoula.

Friday, September 21, 2012

INI BUKAN ORANG KAMPONG TAPI YAHYA LAMPONG !

Ibrahim Menudin, Yahya Lampong keluar Umno KOTA KINABALU: Umno dan Barisan Nasional Sabah menerima tamparan hebat apabila dua orang kuatnya menyertai Parti KeADILan Rakyat menjelang sambutan Hari Malaysia dekat sini. Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam KeADILan, Naib Presiden Perkasa, Dato' Yahya Lampong pula melakukan tindakan sama. Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KeADILan dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah. Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan rejim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah. Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah. Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Dipertua Perkasa Sabah yang pertama. Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999. Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah. Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu. Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko Dato' Seri Wilfred Bumburing. Sebelum itu, Anwar mengumumkan penyertaan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim ke dalam KeADILan di Labuan. Ibrahim yang juga tokoh korporat Umno Sabah mengumumkan peletakan jawatannya daripada Umno, sekali gus menyatakan sokongannyaterhadap Pakatan Rakyat Ibrahim bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad - pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai bendahari Umno Sabah.

Wednesday, September 19, 2012

PENANGAN TOK GURU SEBESAR GUNUNG UHUD!

Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno. "Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO! "Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu. TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini. Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan. Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud. Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud. Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud.

Thursday, September 13, 2012

ASTAGFIRULLAH ! ADA POLIS LEBIH SUDU DARI KUAH?

KUALA LUMPUR 13 September - Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf atas dan beralasan bahawa polis adalah manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan. “Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya. “Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis. “Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku. “Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu juga manusia biasa,” katanya di hadapan panel Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini. Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Polis perlu hormati kebebasan media Khairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka. “Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan. Kita tidak perlu takut dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan media,” tegasnya. Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Negara. Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. “Kita tak perlu sekat hak yang dijamin dalam perlembagaan. Jelas Artikel 10 (dalam perlembagaan) menyebut hak untuk berpersatuan dan berhimpun. Apa yang penting kita kawal keadaan,” katanya. Cederakan petugas media, orang awam tindakan hina Khairi yang sudah berkhidmat 38 tahun dalam pasukan polis turut mengecam tindakan segelintir anggota pasukan itu yang bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan walaupun di luar kawasan larangan yang diwartakan mahkamah. Berikut adalah soal-balas daripada panel Suhakam: Panel : Beberapa saksi menyatakan mereka ditangkap dan dipukul dalam hotel. Adakah ia ada kaitan dengan tindakan polis? Khairi : Saya tidak mendapat laporan adanya tangkapan dalam hotel. Laporan mengenai kereta polis yang pecah di hotel kami ada terima laporan. Panel : Tapi orang yang ditangkap itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), kalau di Pulapol mesti ada laporan yang dibuat. Khairi : Saya setuju, tapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak. Boleh jadi ia hanya dakwaan semata-mata. Panel : Bukankah kalau mereka sudah bersurai dan masuk ke dalam hotel tidak perlu ada tangkapan? Khairi : Saya setuju 100 peratus. Sepatutnya tidak berlaku apa-apa tangkapan. Saya akan semak balik sama ada benar atau tidak. Panel : Pihak kami terima aduan adanya kekasaran dan kecederaan ke atas orang awam ketika tangkapan dibuat. Boleh anda beritahu mengapa kecederaan boleh berlaku? Khairi : Ketika memberi taklimat saya telah memberitahu, jangan ada apa-apa kecederaan kepada orang yang ditangkap. Kita mesti akur dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah. Melainkan ada berlaku pergerakan jenayah, kita hanya menangkapnya setakat mana yang kita mampu. Apabila berlaku kecederaan kepada orang yang kena tangkap, perkara ini hendaklah dilaporkan sebab-sebabnya supaya anggota yang terlibat dapat bertanggungjawab. Panel : Tapi mengapa orang yang ditangkap cedera ketika dalam tahanan? Khairi : Itu adalah perbuatan yang paling hina dan langsung tidak boleh diterima! Keadilandaily

Wednesday, September 12, 2012

ANAK BUKIT BERUNTUNG RUGI DEK MENTERI TAK BERPELAJARAN?

R
awang - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut. Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut. "Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam. Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah. Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk. "Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan. "Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya. Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya. Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas. Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut. -kosmo

Monday, September 10, 2012

500,000 ORANG BANGLA UNTUK MALAYSIA?

1/2 JUTA LAGI BANGLA BAKAL KE MALAYSIA- UNTUK APA? KUALA LUMPUR, 10 Sept — Satu delegasi Malaysia akan melawat Dhaka esok untuk membincangkan membawa kembali rakyat Bangladesh untuk bekerja di pelbagai industri, terutamanya sektor perladangan kelapa sawit yang menghadapi kekurangan pekerja dengan cabaran persaingan dari Indonesia yang boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara, kata pegawai-pegawai. Putrajaya menghentikan kemasukan tenaga kerja Bangladesh hampir lima tahun lalu, akan tetapi, sekarang terdesak memerlukan pekerja asing, termasuk 40,000 hanya untuk sektor perladangan kelapa sawit untuk menuai tandan buah sawit dalam usaha untuk mencapai sasaran pengeluaran 19.3 juta tan minyak tahun ini. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S. Subramaniam akan mengetuai delegasi Malaysia untuk mengadakan perbincangan esok di Dhaka dengan membawa bersama majikan dan pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri bagi membincangkan pembukaan semula pasaran buruh kepada pekerja Bangladesh. Ketua Pengarah Biro Pekerjaan,Tenaga Manusia dan Latihan Bangladesh Shamsun Nahar memberitahu bdnews24.com minggu lalu bahawa delegasi Malaysia mahu melihat prosedur pengambilan sebelum membuat keputusan muktamad dan menandatangani satu perjanjian untuk pekerja. Malaysia kini merekrut tenaga kerja dari 13 buah negara. Pegawai Bangladesh berharap untuk menghantar 500,000 pekerja ke Malaysia selepas perjanjian itu ditandatangani. Oleh Jahabar Sadiq Editor

Friday, September 7, 2012

PERCAYAKAH BN TAKUT DENGAN KARTUN & TULISAN SASTERA MELAYU

Sebelum ini hasil seni Zunar yang berbentuk kartun politik pernah dirampas oleh pihak berkuasa, apabila mereka menggeledah masuk ke pejabatnya dan cuba mengambil sebanyak mungkin hasil seni pelukis kartun itu. Semuanya gara-gara terlalu takutnya pemimpin Umno kepada Zunar yang mana mesej kartunnya sangat dekat dihati rakyat terutama penyokong pembangkang.. Dan berita terbaru,,, Awas kepada semua penulis, bahkan kepada semua pelajar dan siswa-siswi. Anda tidak lagi bebas menghasilkan karya seni khasnya puisi. Kalau Dato’ A.Samad Said Saterawan Negara boleh dikenakan soal siasat oleh polis semata-mata kerana mendeklamasikan sajaknya di perhimpunan Janji Demokrasi semasa sambuatan merdeka tempoh hari, maka kepada penulis-penulis lain apalah sangat ! bersedialah!! Kerajaan UmnoBn benar-benar sudah di serang sindrom takut sekarang ini. Apa yang mereka lihat semuanya bertukar menjadi wajah hantu, termasuk wajah Pak Samad barangkali! Nampaknya mulai September 2012 ini rakyat Malaysia tidak lagi bebas berkarya,, melainkan dengan satu cara !! Tumbangkan regim UmnoBn !!!

Wednesday, August 29, 2012

FAKTA SEJARAH AUTA BN LUMRAH !

Kementerian Pelajaran Di Gesa Perbetulkan Fakta Sejarah Kota Kinabalu : Kementerian Pelajaran digesa memperbetulkan segera fakta sejarah tentang kemerdekaan Malaysia. Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward Dagul berkata, buku teks sekolah terutamanya pelajaran Sejarah perlu menyatakan dengan jelas fakta sebenar mengenai perkara itu. "Tarikh sebenar negara ini mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia iaitu 16 September 1963 adalah berbeza dengan tarikh Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957." "Tarikh sebenar Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 juga sepatutnya ada ditulis dalam buku teks supaya generasi muda dapat membezakan antara kemerdekaan Malaysia, Malaya dan Sabah." "Selama ini hari kemerdekaan yang diraikan diseluruh negara merupakan tarikh kemerdekaan Malaya dan bukannya tarikh kemerdekaan Malaysia." "Malaysia hanya wujud 49 tahun lalu tetapi Kerajaan Persekutuan meraikan hari kemerdekaan kali ke 55 pada tahun ini" "Perbezaan tarikh kemerdekaan antara Malaysia dan Malaya adalah jelas tetapi Kerajaan Persekutuan sengaja melakukannya kerana mempunyai motif tersembunyi" kata Edward. Beliau berkata, pembetulan tarikh kemerdekaan itu perlu dilakukan segera supaya generasi akan datang tidak lagi salah tentang fakta sejarah membabitkan kemerdekaan Malaysia, Sabah dan Malaya. http://ghaflah.blogspot.com/2012/08/kementerian-pelajaran-di-gesa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Semasa+%28Semasa%29 Katanya, tindakan 11 pemuda yang merakam gambar di pintu gerbang Istana Negeri ketika majlis sambutan perayaan hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 amat bermakna kepada rakyat di negeri ini. Katanya, pemuda pemuda itu yang pada hari ini sudah menjadi warga emas mengulangi tindakan mereka untuk memperingati hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 2012 bersamaan dengan usia Sabah yang mencapai 49 tahun. "Kesemua mereka menyaksikan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan juga pembentukan Malaysia pada 16 September 1963" "Mereka layak untuk memberitahu kebenaran dan fakta sejarah yang betul bahawa Sabah merdeka 49 tahun lalu. Hari Kebangsaan pada tahun ini juga seharusnya diraikan untuk kali ke 49 dan bukannya 55. Malaysia wujud 49 tahun lalu bukannya 55 tahun," katanya. Beliau berkata, gambar itu akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda bahawa hanya rakyat Sabah sendiri boleh mempertahankan kedaulatan, hak dan autonomi negeri ini. Edward seterusnya berkata, hanya rakyat Sabah berupaya mempertahankan fakta sejarah yang betul dan maruah Sabah. Katanya, perayaan Sabah Merdeka 49 anjuran SAPP adalah satu usaha untuk menegakkan kebenaran dan memperbetulkan sejarah. - Sumber : Akhbar

Monday, August 27, 2012

SALAM EIDULFITRI, TAPI POTONGAN TERLALU TINGGI

Peratus Potongan LHDN Terlalu Tinggi July 18th, 2011 | Salam, Saya sebagai rakyat Malaysia yang sah amat kecewa dengan tindak tanduk LHDN yang memotong gaji walaupun untuk membantu pembangunan negara kita. Kerajaan yang di pimpin Dato Seri Najib harus meneliti masalah yg mereka timbulkan. Pada masa ini kos kehidupan amat tinggi lebih-lebih lagi di bandar Miri, Sarawak harga barangan keperluan asas untuk hidup menyara keluarga amat beban sekali. Tak pernahkah pihak kerajaan buat pantauan harga barangan di Bandar Miri, Sarawak. Harap pihak kerajaan yg di pimpinan oleh Dato Seri Najib dapat mengurangkan potongan LHDN bagi individu. Macam mana nak hidup di negara sendiri? Gaji tak tentu maklumlah pekerja contract. Undang-undang mana tak boleh di gubal? Mahu tak mahu saja mengubahnya, sebab tulah BN dah banyak tumbang di Miri. Tolonglah, kami lagi berhutang dengan LHDN pembayaran balik dari LHDN langsung tak ada. Apa guna subsidi kalau golongan rakyat macam kami membayar balik dgn LHDN.Apa untung kami jadi rakyat Malaysia yg sah….. By: Samsol Bujang

Tuesday, August 14, 2012

BEKAS MASUK PAS !

Bekas Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Sumber Tenaga Manusia sertai PAS di Johor http://img.youtube.com/vi/Zjg58TRkJAI/default.jpgHJ SABRI Kasmani, bekas Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Sumber Tenaga Manusia telah menyerahkan borang PAS kepada YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS di majlis Sambutan Badar Kubra peringkat negeri Johor di Kompleks Pusat Tarbiyyah PAS Batu Pahat, Kg Sungai Tongkang, Rengit, dekat sini, malam tadi. http://bungamuslim.blogspot.com/2012/08/bekas-timbalan-ketua-pengarah.html

Wednesday, August 8, 2012

FARAH KAMU MEMANG HEBAT ! BERUNTUNG LONDON

Atlet warga Britain yang berasal dari Somalia iaitu Mohammad Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Mo Farah telah memenangi pingat emas acara lari 10,000 meter di Olimpik London 2012. Mo Farah berkata “Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan”. Mo Farah, Puasa Berbuah Medali Emas Rabu, 08 Agustus 2012 LONDON - Mo Farah menciptakan sejarah baru saat mampu finis di urutan pertama nomor marathon 10 ribu meter putra. Pelari keturunan Somalia itu meraih medali emas dengan membukukan waktu 27 menit 30,42 detik. Adapun medali perak diraih pelari AS, Galen Rupp dan medali perunggu diperoleh Tariku Bekele dari Ethiopia. Sontak puluhan ribu penonton yang memadati Olympic Stadium, London, bersorak-sorai menyambut prestasi atlet tuan rumah tersebut. Pasalnya pencapaian Farah itu merupakan prestasi tertinggi Britania Raya di ajang Olimpiade. Dia mengungguli dua atlet Britania Raya sebelumnya, Mike McLeod dan Liz McGolgani yang merebut perak Olimpiade 1984 dan 1988. Wajah Farah seketika berlinang air mata bahagia saat menginjak garis finis. Setelah itu, tanpa diduga dia melakukan sujud syukur di lintasan. Kemudian dia langsung memeluk istri dan putrinya yang berada di luar lintasan. Tidak lupa dia melakukan selebrasi dengan mengikat bendera Union Jack sembari melambaikan tangan kepada puluhan ribu penonton. Farah menganggap prestasinya itu sebagai, “Momen terbaik sepanjang hidupnya.”
Seperti diberitakan BBC, kemenangan Farah juga mencatatkan rekor karena disaksikan lebih 17 juta pemirsa televisi. Tidak ada olahraga lain dengan jumlah pemirsa yang melebihi cabang tersebut. Satu-satunya yang bisa melampaui rekor Farah adalah upacara pembukaan Olimpiade yang disaksikan lebih dari 26,9 juta orang. Namun jarang yang mengetahui jika Farah merupakan seorang Muslim. The Guardian mengungkap, nama Mo Farah sebagai kependekan dari Mohammad Farah. Bersama petinju Amir Khan, dia pernah menjadi aktivis Muslim Writers Awards (MWA). Selain itu, Farah juga tergabung dalam komunitas Muslim Britania Raya. Farah juga dikenal sebagai penganut ajaran Islam yang taat. “Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan. Itu cukup menyulitkan saat saya harus berlatih keras,” ujar Farah. “Tapi saya tetap melakukannya. Hal itu berfungsi sebagai kontrol diri.” http://www.republika.co.id/berita/olahraga/olimpiade-london-2012/12/08/08/m8en3s-mo-farah-puasa-berbuah-medali-emas

Tuesday, August 7, 2012

BUKAN CALANG ORANG AKAN BELA RAFIZI , INI YANG BUAT UMNO NGERI !

Tun Salleh Abas bakal bela Rafizi dalam kes mahkamah Bafia *Dalam twitter Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti KeADILan Rakyat, beliau menyatakan telah menerima panggilan talipon dari bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bahawa beliau berhasrat mau membantu dirinya dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi beliau. Petanda, jika diri kita secara jelas dianiaya dan dizalimi hanya mendedahkan penyelewe Posted by ShaifulAnuar Sulaiman at 8/04/2012 11:18:00 PG

Tuesday, July 31, 2012

TAN SRI APONG SAWIT , KINI ADA TANRI NAK APONG GETAH!

Tan Sri Rahim Tamby Chik ALOR GAJAH - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhasrat mengikut jejak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata pihaknya sedang melakukan kajian berhubung kaedah terbaik bagi tujuan itu. "Risda berbeza dengan Felda kerana tanah ladang dimiliki pekebun sendiri, dan perancangan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dividen peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) negeri Melaka di Masjid Tanah di sini. Seramai 2,113 peserta di seluruh negeri itu menerima dividen keseluruhan berjumlah RM26.98 juta. Rahim berkata bagi tempoh terdekat, Risda bercadang mewujudkan unit amanah melalui Risda Holdings bagi menjaga kepentingan dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kakitangan Risda. Sementara itu, menurutnya, Risda menjangkakan pengagihan dividen kepada peserta RTBB dan TSK di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Aidilfitri. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta RTBB dan TSK bagi tahun 2011. - Bernama

Tuesday, July 24, 2012

SEMOGA ADA RAHMAT ALLAH PADA USTAZ ABU BAKAR !

PULAU PINANG: Tiga 'pelakun' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf. Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakun utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun (gambar) akhirnya tampil memohon maaf. Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit. Akibat fitnah 'pelakun' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesyen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor. Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini. "Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN). "Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan jahat berkenaan, " tambahnya. Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji. Menurut Ustaz Bakar (gambar) lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti. Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan. Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim. Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut. Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas. Beliau selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan penerangan. Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara semenanjung. Sementara itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu. Nukilan Oleh Juragan

Monday, July 23, 2012

SYAHDUNYA BILA PEMIMPIN BN JUMPA TGNA

Tuesday, July 24, 2012 Pak Menteri Panglima Lajim bertemu TG Nik Aziz Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini. Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Pertemuan di Kota Bharu itu menarik perhatian memandangkan Lajim telah meletak jawatan sebagai ketua cawangan Umno. Lajim pada Jun lalu meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort. Lidah parti PAS itu melaporkan Lajim bersama 25 orang lagi anggota rombongannya meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk bertemu Nik Abdul Aziz. Lajim dalam pertemuan itu dilaporkan telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal. Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata, cadangan bagi kerjasama itu akan dibincangkan di peringkat kerajaan. "Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Sunday, July 22, 2012

CALON PAKATAN RAKYAT DI SABAH & SERAWAK PERLU HATI-HATI!

Mendiang Peter Ato Mayau bersama DS Anwar Ibrahim dalam kenangan. Mendiang terbunuh selepas terlibat dalam nahas helikopter milik Sebiro Holdings di Sungai Triso, Sri Aman, 20 Julai lalu.

Tuesday, July 17, 2012

WIRA AIR !

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua telah berjaya mengumpulkan RM150,000 dari orang ramai melalui kempen internet di Facebook dan Twitter bertajuk 'RM1 untuk hak air' dalam masa seminggu untuk membantunya membayar saman malu yang dikemukakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam saman fitnah syarikat tersebut kepada setiausaha publisiti DAP itu kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dalam sebuah akhbar berbahasa Cina. Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, Tony Pua bersalah dan perlu membayar saman sebanyak RM200,000 kepada Syabas oleh disebabkan oleh artikel yang disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada 16 November 2010 yang bertajuk "Tony Pua: Kerajaan Negeri Perlu Kawal Hak Pengurusan Air Bagi Memastikan Tarif Air Tidak Mengalami Kenaikan." Diantara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang turut hadir bagi menyokong majlis makan malam "Solidariti dan Sokongan Tony Pua lwn Syabas" adalah menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Charles Santiago, Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Gobind Singh. Dalam ucapan Charles Santiago, beliau mengatakan air tidak seharusnya diswastakan kerana ia merupakan keperluan asas. "Kita harus menghantar isyarat kepada Najib Razak (Datuk Seri) agar memulangkan pengurusan air Selangor kepada kerajaan PR," kata Charles disambut dengan sorakan hadirin. Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menggelar Tony Pua sebagai wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor. "Tony Pua bukan sahaja wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor, tetapi untuk seluruh Malaysia," kata ahli politik veteran itu lagi. Gobind Singh mengatakan, selepas empat tahun, negeri-negeri PR membuktikan bahawa pentadbiran mereka bersih dari rasuah. "Transparency International (TI) mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri yang paling diuruskan dengan baik dan bebas rasuah," kata ahli parlimen Puchong. Anak kepada pengerusi DAP, Karpal Singh itu juga mendakwa, PR sudah bersedia untuk mengambil alih Malaysia. "Selepas empat tahun, dalam PR kita sudah mempunyai ramai pemimpin yang baik dan telah bersedia untuk memerintah Malaysia," kata Gobind lagi. Jumlah kutipan yang telah berjaya dikumpulkan selepas majlis makan malam adalah sebanyak RM310,000. RM200,000 akan digunakan untuk membayar Syabas manakala baki sebanyak RM110,000 akan digunakan dalam dana PRU 13 bagi DAP.

Monday, July 9, 2012

BN AKAN MUSNAH DEK FITNAH

DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu akan bertanding di 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sekaligus membolehkannya untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. "Karut, karut, karut!" Itulah reaksi Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan. "(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakutkan orang Melayu. Akhbar milik Umno ini menyiarkan laporan muka depan berdasar kepada tulisan di blog yang dikatakan 'pro-pembangkang' -suarapakatanrakyat.com. Ia mendakwa mendedahkan hasil mesyuarat agihan kerusi antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu. Memetik blog tersebut, Utusan berkata PAS akan hanya bertanding di 66 kerusi walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu 80 kerusi, manakala PKR akan mengurangkan kerusinya kepada 66 berbanding 97 dalam pilihan raya umum 2008. Ini akan membolehkan DAP mendapatkan 43 kerusi tambahan dan meletakkannya parti dalam kedudukan yang terbaik untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri, jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, kata laporan tersebut. - Malaysiakini

Friday, July 6, 2012

PROJEK KUTIP SAMAN RAKYAT , PRU13 NANTI SIAP KAU

PETALING JAYA: Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini. Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000 melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat. Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini. Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. Beliau mendakwa, salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. “Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu. “Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama,” katanya pada sidang media semalam. Bagaimanapun, sebelum ini MCA telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini. Mengulas lanjut, ahli parlimen Selayang itu juga mendedahkan bahawa kerajaan dan kedua-dua syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan daripada hasil bayaran saman oleh orang ramai. Dalam laporan kedua-dua syarikat itu katanya, setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan. Jumlah itu menurut William lagi akan diberikan kepada kedua-dua syarikat itu sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta. Selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun. “Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun,” katanya. Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit. Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan. Mereka berpendapat bahawa pindaan tersebut bukan hanya akan terus membebankan pengguna jalanraya malah menguntungkan syarikat pengendali AES tersebut. Artikel ini dari: http://joyiman.blogspot.com/ blog-Aku Dan Teksi

Wednesday, July 4, 2012

TALAM BUKAN KAMBING HITAM !

Chua Tee Yong silap, kata Talam 10:07AM Jul 5 2012 Talam Corporation Bhd, yang didakwa telah diselamatkan oleh kerajaan negeri Selangor, menafikan dakwaan MCA itu dan berkata dakwaan Timbalan Menteri Chua Tee Yong itu "membingungkan". Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Talam berkata ia menangani sendiri hutangnya dan berbuat demikian dengan melengkapkan satu pelan regularisasi yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada 1 Julai 2009. Pengerusi Talam, Tsen Keng Yam berkata, ia dilakukan lama sebelum perjanjian antara negeri dan Talam untuk penyelesaian hutang melalui tanah. Oleh itu, tambahnya, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa terdapat langkah menyelamatkan Talam oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.

Monday, July 2, 2012

REUTER MERUNGKAI MISTERI TSHM

Laporan dari Reuters ini memberikan jawapan kepada kita yang masih tertanya-tanya mengapa seorang CEO yang telah 21 tahun menerajui Petronas hingga berjaya meletakkan nama Petronas sebaris dengan pengeluar minyak lain didunia meletakkan jawatannya secara tiba-tiba. Selain dari mendedahkan Najib telah dibidas secara berhadapan oleh CEO Petronas sekarang iaitu Datuk Shamsul Azhar Abbas, laporan dari Reuters ini juga mendedahkan bahawa Najib sebenarnya lebih kejam dari Tun Mahathir. Menurut Reuters, meskipun Tan Sri Hassan Marican (THSM) telah dilantik oleh Tun Mahathir sebagai CEO bagi Petronas dalam banyak hal beliau sering tidak bersetuju dengan Mahathir. Biarpun begitu Hassan menurut Mahathir telah bersetuju untuk menyelamatkan Proton yang menjadi kebanggaan Tun Mahathir dan juga Syarikat perkapalan milik anak Mahathir. Bagaimanapun apabila Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009 dari Tun Mahathir telah berlaku pertelingkahan antara Najib dan Hassan Merican . Isunya hanyalah pasukan ‘Formula One’ yang mana satukah hendak ditaja oleh Petronas. Kerana beliau tidak bersetuju dengan Najib, Hassan Merican teah diberikan notis hanya selama enam hari mengatakan kontraknya tidak diperbaharui pada tahun 2010. Selain dari isu menaja pasukan ‘Formula One’, Hassan Meriacan juga dikatakan menolak cadangan dari Najib untuk menerima syarikat yang tidak berpengalaman langsung dalam industri minyak dan gas untuk bersama Petronas membangunkan industri minyak dan gas di Malaysia. Dan dengan disingkirnya Hassan Merican dari Petronas.. kedua-dua projek yang melibatkan dana berjumlah USD444 Billion adalah sebahagian dari pelan Transformasi Ekonomi Najib yang telah dilancarkan pada bulan September 2010 hanya tujuh bulan setelah Hassan disingkirkan oleh Najib. Artikel yang membongkar bagaimana keuntungan Petronas telah dikaut dan diguna ikut suka hati Kerajaan UMNO/BN boleh di baca di ( The Malaysian Insider) Persoalan yang timbul disini ialah mengapa Najib tetap bertegas mahu pasukan 'Formula One' pilihanya ditaja oleh Petronas dan mengapa juga Najib tetap bertegas mahukan Syarikat yang tidak berpengalaman dalam industri minyak dan gas diberikan kontrak oleh Petronas? Mengapa???

Wednesday, June 27, 2012

ALHAMDULILLAH BEKAS PENGARAH DI SABAH MASUK PAS BAH !

TERKINI!!!Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Sabah masuk PAS
BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu dan menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional. Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya. Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah. "Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam. "Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata,” kata beliau ketika ditemui selepas itu. Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an. “Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan. “Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan,” ujarnya dalam nada kecewa. Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah. “Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini,” jelasnya. Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Kedah La

Monday, June 25, 2012

KSN BARU BERJIWA BN MELAMPAU ?

Ali Hamsa tidak layak jadi KSN - bekas Speaker Harakahdaily, 24 Jun 2012 IPOH: Kenyataan Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Dr Ali Hamsa disifatkan sebagai sungguh memalukan. Oleh itu, beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak layak memegang jawatan itu, kata bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar (gambar kiri) dalam kenyataannya. Bagi beluau, kenyataan yang menyokong Barisan Nasional secara terbuka membuktikan beliau bukan seorang yang neutral. Sebagai seorang penjawat awam tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip ‘neutraliti’ yang didokong oleh kakitangan awam, katanya. Tetapi, beliau telah membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan etika penjawat awam. Ketua Setiausaha Negara yang baru mungkin tidak tahu peranan dan tanggungjawab beliau kepada rakyat. "Oleh itu, saya menyeru beliau supaya membaca kenyataan berikut yang mungkin tidak diketahui olehnya sebelum menjawat jawatan yang tinggi itu," kata beliau dalam kenyataannya. “Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner. This includes the requirement to act impartially and to implement the Government's policies. "The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day. This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs.” Dalam kenyataannya, Ali telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang. "Kenyataan ini adalah satu kenyataan politik," kata Sivakumar. Beliau tidak boleh membuat ungkapan seperti itu yang membuktikan beliau adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional. Beliau telah melanggar etika penjawat awam dengan berkempen pilihanraya secara terbuka untuk Barisan Nasional. Beliau berkata, "Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna," Setiap rakyat Malaysia harus taat kepada Raja, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku dan Rukun Negara, katanya. "Tetapi, sesuatu kerajaan itu adalah dipilih melalui proses pilihanraya. Tidak ada sebab kita ‘mesti’ taat setia kepada kerajaan yang memerintah," katanya. Apabila sesuatu kerajaan yang memerintah telah keluar dari landasan kebajikan, amalan korupsi berleluasa, rakyat merana kerana masalah sosio-ekonomi, penyelewengan dibuktikan dan sebagainya, maka adalah wajar untuk menukar kerajaan yang memerintah. Rakyat boleh memilih satu kerajaan baru melalui proses pilihanraya. Penjawat-penjawat awam yang juga merupakan ‘rakyat yang berhak mengundi’ boleh membuat pilihan mereka tanpa sebarang desakan dan paksaan daripada mana-mana pihak, tambahnya. Bagi Sivakumar, seorang Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mengugut kakitangan kerajaan untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau telah terang-terang menonjolkan diri sebagai penyokong Barisan Nasional. "Beliau harus meletak jawatan dengan segera kerana rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran beliau yang nyata sekali menuju satu hala," katanya. Kenyataan beliau juga, kata Sivakumar, adalah bertentangan dengan amalan demokrasi. Penjawat awam mempunyai hak sebagai warganegara untuk menentukan kerajaan yang memerintah melalui pilihanraya. Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mempengaruhi undi penjawat-penjawat awam yang lain. “Itu bukan kerja dia, gaji dia dibayar oleh rakyat Malaysia, tidak kira dari penyokong Barisan Nasional atau penyokong Pakatan Rakyat,” tambahnya. Oleh yang demikian kakitangan awam harus setia kepada rakyat yang memilih sesuatu kerajaan. Beliau juga ada menyebut ‘Janji Kosong pembangkang’ dalam kenyataan media yang dibuat olehnya. "Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh diungkapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara. “Mana dia tahu pembangkang buat janji kosong? Pembangkang belum memerintah negara ini untuk membuktikan kewibawaannya,” katanya. Beliau telah tersalah langkah membuat kenyataan media yang ‘kurang arif’ itu. Kata Sivakumar, beliau harus sedar bahawa kerajaan boleh berubah tetapi kakitangan awam akan terus menjawat jawatan mereka. Penjawat awam adalah jentera pelaksana polisi awam yang digariskan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan melalui mandat yang diberi oleh rakyat. Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan telah membuat satu pendirian pro Barisan Nasional, beliau tidak layak memegang jawatan itu lagi. "Apa akan berlaku apabila Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat, sedangkan Ketua Setiausaha Negara adalah orang kuat dan setia kepada Barisan Nasional? Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya," katanya.

Thursday, June 14, 2012

DASHAT ! BELANJA LAWATAN 12 HARI RM3,000,000 !

Najib ke UK, AS telan belanja RM3 juta Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke United Kingdom dan Amerika Syarikat pada bulan Mei lalu memakan belanja wang rakyat hampir RM3 juta. Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, lawatan ke London, UK untuk menghadiri jamuan makan Putera Charles pada 13 hingga 15 Mei memakan belanja RM849,175. Katanya, lawatan kerja Najib ke Amerika pula untuk menghadiri meysuarat Global Science and Innovation Advisory Council di New York pada 15 hingga 18 Mei menelan belanja RM1.606 juta. Manakala belanja para pegawai yang mengiringi lawatan peribadi Perdana Menteri ke Washington pada 19 hingga 24 Mei pula adalah RM452,985. “Sepanjang tempoh lawatan peribadi, kerajaan hanya membiayai perbelanjaan pegawai kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri,” kata Nazri.

Wednesday, June 13, 2012

TANAH TELAH DIMILIKI SEBELUM BELIAU ! SEBELUM HASAN ISA LAH!

Aktiviti pembalakan di Gunung Angsi, dipantau ketat kerajaan kerana ia milik syarikat swasta SEREMBAN, 13 Jun 2012 – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini menjawab aktiviti pembalakan secara haram di Hutan Simpan Ulu Bendul, Gunung Angsi, di sidang media ringkas selepas mesyuarat EXCO mingguan, di Wisma Negeri Seremban, hari ini Kebanyakan rakyat negeri ini menyalah anggap bahawa Kerajaan Negeri tidak prihatin terhadap aktiviti pembalakan yang dijalankan oleh syarikat yang dilihat mengeluarkan hasil balak di kawasan tersebut. Menurut Menteri Besar, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan kegiatan pembalakan di kawasan dimaksudkan kerana rezab tanah telah dimiliki oleh syarikat yang membeli kawasan tersebut hasil dari lelongan Dana Harta. Sebelum ini tanah itu telah dimiliki oleh beberapa syarikat sebelum beliau menjadi Menteri Besar negeri ini. Apabila mentadbir kerajaan Negeri, beliau mendapati syarat pemilikan tanah tersebut terlalu longgar, namun sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Negeri mengarahkan agar syarikat itu mengambil permit bagi aktiviti pengeluaran balak dan mengusahakan kawasan tersebut sebagai ladang kelapa sawit. Selain, syarikat tersebut perlu membayar permit kepada Jabatan Hutan Negeri yang sentiasa memantau kegiatan pembalakan di kawasan tersebut. Menteri Besar turut kesal dengan apa yang berlaku sebelum ini dan sedikit sebanyak ianya merosakkan eko sistem alam sekitar dan berharap syarikat terbabit tidak menyalahi permit pembalakan. Perkara ini sama berlaku di Bukit Mantin yang melibatkan kawasan seluas 3,000 ekar dan Kerajaan Negeri semakin tegas menangani kegiatan ini dan sentiasa mengawal melalui Jabatan Perhutanan Negeri. Kemudahan Pengangkutan Awam dan Pembuangan Sistem Pepejal Hasil dari penyelidikan yang dijalankan selama tiga bulan, daripada 50 laluan bas, separuh mengalami kemerosotan mutu perkhidmatan dan perkara ini amat merisaukan kerajaan. Dari respondan yang diterima, mereka sukar melakukan aktiviti tepat pada waktunya kerana jadual perjalanan bas tidak menentu di samping keadaan bos yang kian uzur. Menurut Menteri Besar, faktor kewangan bukan lagi punca masalah perkhidmatan bas ini kerana Jabatan Pengangkutan Awam Darat Negara diwujudkan kepada mereka yang memerlukan bantuan terutamanya dari segi pusingan modal dan penyelenggaraan kemudahan tersebut. Kerajaan Negeri bersedia bertemu dengan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya bas henti-henti untuk mengetahui punca sebenarnya. Ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri mengurangkan masalah rakyat seterusnya meningkatkan mutu kesejahteraan. Begitu juga dengan masalah pembuangan sistem pepejal yang menjadi tanggungjawab SWM ketika ini. Kerajaan Negeri memandang serius dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memantau keadaan ini dari masa ke semasa agar tidak membawa masalah kepada rakyat negeri ini. Negeri Sembilan akan menjadi sebuah negeri maju dari segi dasar Pembangunan, dasar kesejahteraan rakyat, dasar pendidikan, dasar ekonomi dan sebagainya.

Monday, June 11, 2012

ANAK TUN AKUI CERAMAH UMNO SEPARUH BOHONG !

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba mengakui ceramah-ceramah anjuran Umno sejak zaman beliau lebih 50 peratus kandungannya "bohong" dan trend itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini, dedah beliau dalam ceramahnya di Pentas Pakatan Rakyat, Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves malam tadi. Tamrin yang masih menjadi ahli Umno sah menyifatkan pelbagai isu bobrok yang melanda kepimpinan Najib Tun Razak adalah bukti Umno kini tidak upaya untuk membendung kerosakan dalam parti itu. Rakyat kian cerdik memerhati dan akan membuat pilihan tepat dalam PRU-13 nanti dengan menolak Umno-BN. "Saya menyeru rakyat Malaysia agar lakukan perubahan drastik dalam PRU-13 nanti. Kita perlukan kerajaan baharu yang lebih telus dan amanah. Cukuplah 54 tahun Umno-BN memerintah dan mengaut kekayaan negara untuk kepentingan mereka dan kroni mereka," tegasnya. Turut berceramah pada malam tadi ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Teluk Intan, Manoharan; bekas Timbalan Menteri Koperasi, Tanah dan Wilayah, Dato' Dr Tan Kwee Kwong, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat yang menggantikan Salahuddin, Sany Hamzan dan Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin. Program anjuran PAS Kawasan Batu dengan kerjasama PAS Cawangan PPR Batu Muda. Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Jun 11, 2012