Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, January 25, 2009

PELUANG SOLAT GERHANA MATAHARI



esok 26 Januari 2009 kita berpeluang sembahyang Sunat Gerhana
Solat gerhana matahari dan bulan termasuk solat sunat yang jarang dikerjakan orang zaman sekarang ini. Gerhana matahari terjadi disebabkan bulan berada dtengah-tengah matahari dan bumi. Aisyah r.a berkata: Tatkala terjadi gerhana matahari, Rasulullah saw mengerjakan solat kemudian baginda berkata maksudnya: " Sesesungguhnya gerhana matahari dan bulan bukanlah terjadi disebabkan hidup atau matinya seseorang tetapi gerhana itu merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah yang diperlihatkannya kepada hambaNya. Oleh itu jika kamu melihat terjadinya gerhana matahari dan bulan mka kerjakanlah solat. (H.R Imam yang tujuh kecuali Tarmizi)
Solat gerhana dikerjakan dua rakaat tanpa azan dan iqomat. Seandainya matahari belum juga timbul setelah selesai mengerjakan solat sunat gerhana, disuruh berdoa sampai matahari timbul. Ini sesuai dengan dengan keterangan Abi Bakrah ra :Telah terjadinya gerhana matahari pada zaman Rasulullah, lantas beliau segera memakai pakaiannya dan pergi masjid. Melihat demikian ramai pula orang yang datang kemasjid. Setelah selesai mengerjakan solat dua rakaat beliau menghadap kepada kami dan berkata: " Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan tanda-tanda kebesaran Allah. Dan gerhana terjadi bukanlah disebabkan hidup atau matinya seseorang. Apabila kamu melihat kejadian gerahana maka solatlah dan berdoalah sehingga terbukalah dengannya permasaalahan yang ada pada kami.
Sebagai ganti daripada azan dan iqomat disuruh dengan memanggil orang dengan cara seperti yang terjadi pada zaman Rasulullah saw maka jemaah diseru dengan ucapan assolatu jami'ah
Bacaan solat gerhana matahari
Disuruhkan memanjangkan solat dan bacaan solat gerahan matahari dan dibaca secara tidak kuat. Ibnu Abbas ra berkata: Telah terjadi gerhana mataharim maka Rasulullah saw mengerjakan solat bersama orang ramai. Lama betul baginda berdiri, lebih kurang sekadar membaca surah Al-Baqarah Kemudiam beliau rukuk dengan rukuk yang lama.
Cara-cara mengerjakan solat gerhana
Terdapat dua cara untuk mengerjakan solat sunat gerhana ini:
1. Sembahyang sunat dua rakaat seperti biasa
2. Sembahyang yang kebih sempurna ialah tiap-tiap dua rakaat ialah dua kali rukuk dan dua kali qiam (berdiri)
Sembahyang dua rakaat seperti biasa
1. Lafaz dan niat adalah seperti berikut::
Gerhana Matahari
Ushalli sunnata khusuu fisy syamsi rak'ataini lillahi ta'laa
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah taala
Gerhana Bulan
Ushalli sunnata khusuufill qamari rak'ataini lillahi taa'la
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah taa'la
2. Apa jua surah boleh dibaca selepas Fatihah. Ada riwayat yang mengatakan bahawa kedua-dua bacaan ini hendaklah dinyaringkan
Sembahyang dua rakaat dengan dua rukuk dan Qiam
1. Lafaz dan niat sama seperti diatas
2. Selepas membaca Al-Fatihah dan surah, rukuk dan baca tasbih rukuk. selepas itu iktidal.
3. Selepas iktidal pertama ini letakkan semula tangan diatas perut lantas membaca Fatihah dan surah untuk kali kedua.
4. Selepas membaca Fatihah dan surah untuk kali yang kedua, lakukan rukuk dengan membaca tasbihnya, kemudian iktidal dan terus sujud sepertimana biasa.Setelah itu berdiri semula untuk melakukan rakaat ynag kedua.
5. Pada rakaat kedua, lakukan perkara sama, iaitu selepas membaca Fatihah dan surah buat kali pertama, kemudian rukuk dan iktidal, dan baca lagi Fatihah dansurah buat kali kedua. Kemudian bara sujud, duduk diantara dua sujud dan sujud kedua, seterusnya baca tahiyat dan beri salam.
Khutbah solat gerhana matahari
Setelah mengerjakan solat sunat gerhana, hendaklah imam membacakan khutbah yang isinya mengajak kaum Muslimin untuk taat kepada Allah swt, memperbanyakkan bersedekah dan menjauhi larangan Allah swt.
Asma binti Abu Bakar ra berkata : " Terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah saw lalu saya masuk ke rumah Aisyah ra saya bertanya; Mengapa mereka mengerjakan solat?. Aisyah ra mengisyaratkan kepalanya kearah lain saya tanya lagi; Terjadi satu tanda? Beliau menjawab: Ya. didalam solat itu lama betul rasulullah saw berdiri sehingga saya hampir pengsan. saya ambil tempat air yang ada disebelahku dan saya tuangkan kekepalaku. Tatkala Rasulullah saw selesai mengerjakan solat, matahari pun sudah timbul. Beliau berkhutbah dan memuji Allah swt antara kandungan khutbah yang beliau sampaikan ialah : (Maksudnya); Tidak ada sesuatu yang tidak dapat aku lihat, , melainkan aku lihat dari tempatku berdiri ini termasuk syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan bahawa kamu akan diuji sebaik saja dimasukkan kubur atau seperti fitnah dajal. Didatangkan malaikat kepada kamu, lalu kamu ditanya: bagaiman pengetahuanmu tentang lelaki ini Muhammad ?. Oramg beriman dan orang yang yakin; dia adalah Muhammad Rasulullah. Dia telah datang kepada kami membawa petunjuk dan bukti-bukti, lalu kami pun mengikutnya tiga kali. Malaikat itu bertanya kepadanya; kami memang sudah tahu bahawa engkau orang beriman tidurlah sedangkan orang Munafiq dan orang yang ragu-ragu akan menjawab saya tidak tahu; saya dengar orang kata begini lalu saya mengikutnya.
- Lokasi Kuala Lumpur Permulaan Gerhana 16:31:32 Pertengahan Gerhana 17:50:42 Penghujung Gerhana 18:58:55 Liputan (%) 64.1
-Lokasi Shah Alam Permulaan Gerhana 16:31:30 Pertengahan Gerhana 17:50:42 Penghujung Gerhana 18:58:56 Liputan (%) 63.6
-Lokasi Ipoh Permulaan Gerhana 16:34:11 Pertengahan Gerhana 17:52:12 Penghujung Gerhana 18:59:35 Liputan (%) 58.6
-Lokasi Georgetown Permulaan Gerhana 16:35:38 Pertengahan Gerhana 17:52:57 Penghujung Gerhana 18:59:49 Liputan (%) 55.3
-Lokasi Alor Setar Permulaan Gerhana 16:36:51 Pertengahan Gerhana 17:53:32 Penghujung Gerhana 18:59:57 Liputan (%) 53.4
-Lokasi Kota Bahru Permulaan Gerhana 16:37:52 Pertengahan Gerhana 17:54:03 Penghujung Gerhana 19:00:09 Liputan (%) 56.3
Pencerapan gerhana paling rendah
-Lokasi Kuah, Langkawi Permulaan Gerhana 16:36:59 Pertengahan Gerhana 17:53:35 Penghujung Gerhana 18:59:55 Liputan (%) 52.0
Pencerapan gerhana paling tinggi
- Lokasi Bandar Sri Aman,Sarawak Permulaan Gerhana 16:35:25 Pertengahan Gerhana 17:50:39 Penghujung Gerhana 18:56:14 Liputan (%) 82.6

Friday, January 23, 2009

KAMI SETUJU SARANAN DATUK NIK AZIZ


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.Mursyidul Am PAS itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat.Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul."Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu."Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.Katanya, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya."Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas," katanya.Menurut Nik Aziz, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu."Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masingmasing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap lebai," katanya.Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan

ANTARA X T V T PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN BATANGKALI


Thursday, January 22, 2009

PILIHANRAYA KOS TERMAHAL DIDUNIA?

Termahal? YA KE? BACA SETERUSNYA
Pengalaman PAS menyertai pilihanraya dirasakan inilah antara pilihanraya termahal dan terlampau yang pernah dihadapi .
Pengerusi Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya ( NIEI ) En. Yunus Ali telah membuat kenyataan hasil kajian dan pemantauan mereka sebagai sebuah badan bebas sejak 6 January hinggalah hari pembuangan undi pada 17 January baru - baru ini .
Ketika mengadakan sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor semalam , Yunus berkata, pihaknya akan menyerahkan laporan lengkap berhubung rasuah dan penyelewengan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.
Antara kos yang didakwa oleh En. Yunus ialah :
1.] Wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.
2.] Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina
3.] Penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.d.] Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
4.] Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
5.] Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
6.] Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
7.] Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
8.] Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
9.] Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
10.] Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
11.] Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
12.] Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
13.] Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
14.] Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
15.] Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
16.] Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
17. Senarai tersebut perlu ditambah dengan kos membawa lebih 10 ribu anggota polis yang siap dengan khemah martel dan khemah yang aircondition sebagai penempatan sementara pihak polis selama mereka mengepong Kuala Terengganu .
18.Kos yang melibatkan menteri - menteri kabinet , menteri besar dan ketua menteri yang turut turun berkempen . Apakah mereka menggunakan kenderaan peribadi dan wang poket hasil gaji mereka atau peruntukan wang kerajaan atau wang rakyat .
19.Kos melibatkan Kementerian seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti .
Bayangkan betapa besar wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan UMNO dan BN hanya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat yang saya kira nak cari 100 ribu pun payah nak dapat .
Saya melihat , andai sebesar itu kos yang dibelanjakan oleh BN dan UMNO pun gagal untuk menewaskan PAS , ertinya tanpa memiliki kos sebesar itu kemungkinan besar UMNO dan BN terdedah kepada risiko hilang deposit sebagaimana BEBAS yang turun bertanding tanpa kos yang setanding dengan UMNO dan BN .

Wednesday, January 21, 2009

BERHENTILAH MEROKOK !




Sudah masanya 'penyumbang' kekejaman Israel iaitu para perokok khususnya dari kalangan umat Islam diseru mula berhenti membeli dan menghisap rokok.Jadikanlah kekejaman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin pada ketika ini sebagai keazaman untuk berhenti merokok memandangkan rokok juga kebanyakannya adalah produk dan penyumbang yang terlalu besar kepada Israel.Jangan lupa rokok juga terbukti merosakkan kesihatan manusia sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. mahukan umatnya bukan sahaja kuat pada rohani tetapi juga jasmani.Katanya, umat Islam jangan hanya melaungkan bantahan kepada Israel tetapi pada masa yang sama masih merokok.Mulakan dengan pemimpin tertinggi PR dan BN dan diikuti menteri-menteri, Ketua-ketua jabatan dan seterusnya imam-imam masjid dan surau dan seterusnya rakyat kebanyakan.Cubalah dengan keazaman yang tinggi dan semangat yang jitu dan satu dengan niat tidak lain hanya kerana ingin mendapat keredhaan Allah swt.

Saturday, January 10, 2009

MALAYSIA SOKONG ISRAEL?


KUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) - Seramai 21 orang ditahan polis sebentar tadi di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur ketika orang ramai berhimpun untuk vigil anjuran Gabungan Anti Perang.
Menurut Norlaila Othman salah seorang aktivis yang turut ditahan, pihak polis telah membuat provokasi sehinggakan kumpulan yang berhimpun tidak berkesempatan untuk bersurai.
Sebelum itu, Harakahdaily dimaklumkan para peserta perhimpunan telah berhimpun di sekitar bangunan Majlis Peguam dan mula berarak ke Dataran Merdeka.
Ketika menghampiri kawasan Dataran Merdeka, para aktivis mula memasang lilin dan membuka 'banner' 'anti perang' tetapi telah dihalang oleh pihak polis atas alasan perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram dan tidak mendapat permit.
Ketika itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim cuba untuk berunding tetapi tidak dilayan.
Sementara itu, anggota cawangan khas yang turut berada di lokasi perhimpunan telah mula membuat provokasi dengan membuat bising,marah-marah dan merampas 'banner' yang dibawa.
Tambah Norlaila, setelah itu, seluruh kawasan tersebut telah dikepung oleh pihak polis dan tidak memberi peluang untuk para aktivis beredar.
Katanya, pihak polis kemudian telah mengeluarkan arahan untuk menangkap semua yang berkumpul.
Antara yang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi ketika ini ialah Charles Santiago, Dr Nasir, Norlaila, Ahli Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani;Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),S Arutchelvan;Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad; Aktivis PSM, Nashita dan anaknya Ammar. -

Friday, January 9, 2009

POLIS/JPJ CUAI ATAU CULAS JALANKAN TUGAS?


Polis tidak wajar mengamal penguatkuasaan “double standard”. Umum mengetahui bahawa menunggang motorsikal tanpa topi keledar adalah satu kesalahan. Sememangnya ramai orang awam yang telah disaman Polis kerana kesalahan itu.
Namun pihak Polis tidak berani untuk mengeluarkan saman terhadap Wan Farid, sebagai mantan TIMBALAN MENTERI Dalam Negeri, atas kesalahan menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar.
Klip video telah disiarkan oleh beberapa siaran berita TV jam 8 malam tempohari. Wan Farid (Yek) hanya bertopi “cap” BN sahaja. Apakah Polis mengamalkan double stanardnya di sini? Walhal, terdapat lebih 6,000 anggota Polis tambahan yang dikerah di Kuala Terengganu - sudah pasti ada anggota Polis di kawasan di mana Wan Farid menaiki motorsikal tanpa topi keledar!

Bukannya dia seorang sahaja malah keseluruhan rombongannya tidak bertopi keledar. Begitulah kisahnya, apabila pemimpin ke jalan yang sesat dan tidak mengikut undang-undang - maka dia akan membawa keseluruhan orang-orang yang dipimpinnya.

Ini bukan kali pertama. Sebelum ini juga jelas disiarkan di akhbar-akbar semasa PRU 2008. Khairy Jamaludin pun turut menaiki motorsikal tanpa bertopi keledar ketika berkempen di Rembau. Sehingga hari ini tiada tindakan yang diambil oleh pihak Polis.

Thursday, January 8, 2009

MAHASISWA DIBENARKAN BOLEH BUAT DEMO !


Tahniah, saya tidak pasti adakah ini pertama kali, namun tindakan YB Menteri Pengajian Tinggi membenarkan mahasiswa universiti untuk terlibat dalam bantahan dan demonstrasi aman mengecam serangan Yahudi ke atas Palestin dan dunia Islam layak mendapat pujian.
Juga kenyataannya yang memberikan kepercayaan kepada kebijaksanaan mahasiswa untuk menggunakan kelonggaran diberi dengan cara yang betul.
Berbekalkan keizinan menteri, sewajarnya para pensyarah universiti juga turut serta bersama anak-anak murid mereka untuk menyertai bantahan Jumaat ini. Jangan hanya anak murid yang bersemangat tetapi maha guru mereka terperok di dalam bilik sejuk pensyarah, dengan hujjah sibuk dengan kajian ilmiah "untuk naik pangkat".

CERAMAH SEMPENA HARI ASYURA


BANTAH KEZALIMAN ZIONIS, BOIKOT BARANGAN ISRAEL




Anjuran: COMPLETE


Tarikh: Jumaat Hari ini


, 9 Januari 2009


Masa: Bermula jam 2 petang


(selepas Solat Jumaat)


Tempat: Berkumpul depan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak


Pakaian: Bersesuaian dengan tema pembebasan Palestin


Peralatan: Sepanduk bertuliskan bantahan serangan ke atas Palestin dsb...


Agenda: Menyampaikan memorandum bantahan kepada Duta USAJom kita sertai beramai-ramai membantah dan memprotes kezaliman ke atas rakyat dan negara Palestin sebagai tanda prihatin dan simpati kita ke atas penderitaan saudara-saudara kita di sana.Sebarkan maklumat ini kepada rakan dan taulan anda semua.ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA
Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Tempat: Stadium Melawati Shah Alam
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.
Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Tolong kerahkan seramai mungkin termasuk anak2 utk tunjukkan keprihatinan. Al-Jazeera TV akan buat liputan. Kalau boleh bawa placard, banner atau kain rentang in English or Malay. Sebarkan.TK

http://www.amanpalestin.org/

Friday, January 2, 2009

PELIK! PEMBANGKANG PERAK (BN) ANTI KEBAJIKAN RAKYAT


Pembangkang di Perak beriya-iya menentang tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberi taraf hak milik kekal kepada rakyatnya yang tinggal di kampung-kampung Baru dan Tersusun.
Busuknya hati. Mereka minta pulak Peguam Negara mengisytiharkan yang ia tidak sah kerana telah melanggar 'fatwa' Kanun Tanah Negara. Hebatnya pejuang Melayu dan rakyat Malaysia kunun .
Jelaslah.... dengan tindakanya itu.... dia seorang yang anti-kebajikan untuk rakyat. Apa punya pemimpin.... sepatutnya 'all out' untuk rakyat tapi ini...... menentang rakyat!!! Kalau rakyat tak sedar lagi , tak tahu la saya.
Tentang cadangan untuk suruh AG ambil tindakan tu....... memang tepat sekali dan amat dialu-alukan. Silakanlah wahai...... Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ramly Zahari.

DEMO BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL MELAKUKAN PEMBUNUHAN HAMAS








Rakyat Malaysia di Bukit Sentosa/Bukit Beruntung melakukan demonstrasi bukan democraze di Masjid Bukit Sentosa selepas menunaikan solat Jumaat bagi melahirkan sokongan dan simpati pada rakyat Palestin yang dibunih dengan kejam oleh pihak Zionis atau Yahudi/Israel laknatullah.


DOAKAN KEMENANGAN





Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.
Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.
Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.
Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.
Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustapa ketika PAS melakukan �comeback� di Terengganu pada tahun 1982.
Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)
DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tengku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.
Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm