Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, March 30, 2010

PAS Mahu Menteri Bertanggungjawab Terhadap Kerugian RM546 juta Pos Malaysia


PAS Mahu Menteri Bertanggungjawab Terhadap Kerugian RM546 juta Pos Malaysia , at 30.3.10,

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan YB. Wee Choo Keong (Wangsa Maju) di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi POS Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'. Artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah-Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM 14 juta pada 26 Februari 2010.

Sebelum ini Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM 14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta. Namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.

Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia-Robert kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd). Pada tahun 2004 Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.

Walaubagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.

Tahun lepas sahaja Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd (MASKargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya? Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?

PAS hanya melihat kes ini sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. Pendedahan mantan pengerusi Pos Malaysia ini juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan.

PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga niaga ini dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanal Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian ini. Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

Ustaz Idris Hj Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, March 28, 2010

TAKBIR ! ALLAHHUAKBAR !


NIK AZIZ KEKAL MURSYIDUL AM PAS

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini, lapor akhbar web parti Harakahdaily.

Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu.

Sementara itu, Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti itu.

MIC (komponen BN) PULAUKAN PRK HULU SELANGOR ?


widgeo
MIC boikot pilihanraya kecil Hulu Selangor. - MB Warrior
Posted by RAKYAT MARHAEN Ahad, 2010 Mac 28

Gempar!!! Seperti yang telah dijangka , MIC sememangnya akan menunjukkan belang apabila sudah tidak tahan lagi dengan kepimpinan UMNO Najib yang menekan parti komponen MIC apabila telah memberitahu kepada Samy Vellu untuk memberi laluan kepada calon UMNO.
Samy Vellu yang dikenali sebagai penakut dan takde telo dalam membidas pimpinan UMNO menerima keputusan Najib setakat ini.Cuma yang tidak boleh menahan kemarahan adalah Palanivel yang berang dengan sikap penakut Samy Vellu.

Ini ditambah pula dengan sikap berat sebelah Najib yang memberi lebih banyak perhatian kepada parti serpihan bekas pemimpin HINDRAF yang senantiasa dicaci oleh akar umbi UMNO tetapi diberi tempat oleh Najib berbanding MIC sendiri yang sudah berpuluh tahun berjuang untuk BN.
T.Manoharan , iaitu Ketua Pemuda MIC nampaknya telah menunjukkan belang apabila telah turun bertemu dengan beberapa Ketua Pemuda MIC Negeri untuk melakukan desakan berterusan kepada Najib sekiranya calon MIC tidak dibenar bertanding.Ditambah dengan sikap Samy Vellu yang 'Yes Man'
Ini semua catur politik Palanivel yang telah banyak memberi dana kepada Manoharan dulu sewaktu dia ingin menjadi Ketua Pemuda.Antara bukti jelas yang membuat T.Manoharan akan meledak habis-habisan dengan beberapa Ketua Pemuda MIC Negeri yang sehaluan dengan Palanivel adalah;
1.Pembabitan Human Rights Party yang dikepalai oleh Uthayakumar diberi perhatian lebih oleh Najib berbanding MIC sendiri.
2.Dalam satu mesyuarat tertutup BN , Muhyiddin pernah menyatakan yang MIC sudah tidak ada pengikut baik dari segi struktur cawangan hingga ke bahagian sudah tidak ada ahli aktif.Yang tinggal hanyalah kepimpinan pusat yang rata-rata membenci Presiden MIC.
3.MIC sememangnya tidak sebulu dengan Makkal Sakti Party ataupun Human Rights Party.
4.T.Manoharan telah mengatur beberapa Pemuda MIC untuk bangkit menentang keputusan Najib sekiranya MIC tidak diberi kerusi.

Saturday, March 27, 2010

Indeks Rasuah Merudum - Malaysia diTertawakan

Indeks Rasuah Merudum - Malaysia diTertawakan

KUALA TERENGGANU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu mendakwa Malaysia ditertawakan oleh dunia kerana indeks rasuah merudum.

Katanya, indeks rasuah negara jatuh dan berada ditangga ke-56 di bawah pemerintahan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Najib Tun Razak sekarang setaraf dengan negara-negara di Afrika.

“Punca utama Malaysia ditertawakan oleh dunia kerana rasuah, indeks rasuah kita (negara) 4.5:10 di tempat ke-56 yang setaraf dengan negara-negara Afrika,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Pakatan Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ di Kuala Ibai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, indeks rasuah tiga bekas Perdana Menteri lalu sebelum Tun Dr Mahathir jauh lebih baik dan berada ditangga ke-20 hingga ke-25 sahaja.

Katanya, di zaman Tun Dr Mahathir indeks rasuah terus naik dan berada ditangga ke-40 apabila dasar penswastaan diperkenalkan di negara ini.

“Apabila naik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM yang kelima selepas Tun Dr Mahathir gejala rasuah masih gagal dibenteras.

“Zaman ‘Pak Lah’ (Tun Abdullah) indeks rasuah terus naik ke tangga 47 meski pun ada usaha memerangi rasuah cuba dilaksanakan dengan menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya.

Bahkan, katanya selepas Dato’ Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan Perdana Menteri indeks rasuah negara terus naik ke tangga 56 dunia.

Menurutnya, bahaya rasuah akan menentukan maju mundur sesebuah negara sehingga mewujudkan pembangunan yang tidak berkualiti.

“Rakyat dapat melihat pembangunan yang tidak berkualiti hasil dari gejala rasuah dan ketirisan hingga boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah bangunan.

“Negara pula mengalami kerugian dari sudut ekonomi akibat dan tidak cukup wang dengan kos yang sentiasa meningkat,” jelasnya.

Katanya, akibat gejala rasuah tersebut akan berlaku ketirisan serta kebocoran dalam mengurus wang negara dan wang rakyat secara membazir.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
http://buletinonline.net/images/stories/berita23/madsabuceramah.jpg

Thursday, March 25, 2010

TAKZIAH UNTUK KELUARGA AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR

TAKZIAH UNTUK KELUARGA AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR

Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam, 25 Mac 2010. -

Kami merakamkan ucapan takziah buat keluarga arwahyarham..Al-Fatihah..

Tuesday, March 23, 2010

YB DATO' TOK GURU NIK AZIZ & 20 TAHUN JADI MB

TGNA SEPANJANG 20 TAHUN MENJADI MB
.
Firman Allah swt maksudnya:

YUSOF AS BERKATA : JADIKAN DAKU PENGURUS PERBENDAHARAAN HASIL BUMI ( MESIR ), SESUNGGUHNYA AKU SEDIA MENJAGA DENGAN SEBAIK2NYA, LAGI MENGETAHUI CARA MENTADBIRKANNYA ( surah Yusof ayat 55 )


Istimewanya TGNA sebagai pendakwah Islam pertama menjadi Ketua Eksekutif sebuah negeri. Jawatan MB telah merubah persepsi masyarakat terhadap agamawan.

Dunia Islam ketandusan Ketua Negara yg alim serta warak selepas kejatuhan empayar Turki Othmaniah. Pemerintahan Islam zaman Rasulullah saw dan para sahabat menjadi satu lipatan sejarah.

Banyak kajian dilakukan tetapi bermotif akademik sahaja dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat moden.

Sejak merdeka kehadiran agamawan hanya dilihat sebagai elemen untuk kerja2 agama seperti halal haram dan nikah kahwin sahaja.

Tuntutan kearah Islam yg syumul mencapai objektifnya bila TGNA diangkat menjadi ketua sebuah kerajaan. TGNA yg dulunya dikenali sebagai Ust Nik Aziz maju ke depan bila menjadi Tok Guru Nik Aziz.

Uniknya gelaran Tok Guru adalah panggilan tertinggi yg dikurnia oleh rakyat mengatasi Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk.

Banyak persamaan antara TGNA, TGHH, Dr Yusof Qardawi, Hasan Turabi, Syeikh Abdullah Yusof ( Ulama Sudan ), AA Gym ( Ulama Indonesia ) , Muhd Sayyed Tantawi ( Syeikhul Azhar ), Habib Umar ( Ulama Yaman )... bezanya TGNA diambang kuasa manakala ulama2 lain hanya berdakwah.

Kita diajar bahawa Rasulullah saw adalah Pendakwah ulung yg berkuasa mutlak pertama di muka bumi. Usahkan Ulama, Rasul2 dan Nabi2 terdahulu mengakui kerasulan Muhammad saw yg serba lengkap dan dikasihi Allah swt.

Baginda saw adalah Ayah, Mertua, Menantu, Datuk, Ulama, Perdana Menteri, Panglima Angkatan Tentera dan Pengerusi GLC ( ghanimah ) dalam Kerajaan Islam Madinah.

Sabda Rasulullah saw " Ulama adalah pewaris nabi". TGNA mewarisi pusaka dari Nabinya 2 perkara iaitu agenda dakwah dan urusan pentadbiran kerajaan. Senarai Ulama tersohor di atas hanya mewarisi kerja2 dakwah sahaja.

Penyebaran Syiar Islam akan memuncak bila Umarak memerintah dengan penuh taqwa. Cabaran utama sebuah kerajaan ialah kemewahan dan harta benda, satu tuntutan hawa nafsu yg mampu disekat dengan benteng iman dan taqwa.

Nabi Yusof as pernah menjadi Umarak / Menteri Kewangan Mesir, menguruskan harta / kewangan Kerajaan Mesir. Sepanjang berkuasa baginda menjunjung prinsip taqwa dan meletakkan Iman dilandasan yg betul.

Justeru Baginda dilihat bijak, adil serta telus dalam menjalankan tugas besar. Dengan Wahyu dari Allah baginda berjaya mengharungi 7 tahun kemarau dan 7 tahun subur dengan jayanya.

Tidak pernah tercatit dalam AlQuran cerita Nabi Yusof membahagi2 harta negara kepada adik beradiknya @ saudara terdekat sepanjang diamanahkan menjadi Menteri Kewangan.

Islam menguasai hampir 2/3 dunia zaman Khalifah Umar alKhattab yg hidupnya sangat fakir bila berkuasa. Justeru Islam berjaya disebar dengan penuh sederhana dan meletakkan Iman serta Taqwa di sudut teratas.

Politik Islam dilihat teguh mengalahkan sistem demokrasi yg diamalkan Barat ( sekular ) . Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah menjadi garis pemisah antara siasah Islam dengan Politik demokrasi yg berpaksi kepada teori manusia semata2.

Rasuah, kroni dan pilih kasih menjadi musuh Islam dan Demokrasi. Bezanya Islam menghukum dosa pahala sedangkan Demokrasi bersenjatakan Integriti. Gejala itu telah meruntuhkan peradaban sesebuah tamadun sejak zaman berzaman.

Tokoh2 Umarak seperti Harun ArRashid, Umar Abd Aziz dan Sultan Muhd AlFateh hanya sekadar sebutan, sukar mencari pengganti yg sealiran dengan cara hidup mereka. Kejayaan mereka kerana kesederhanaan dalam memerintah.

Kemenangan perjuangan Islam kerana berkat dari Allah swt, bukan kerana hebat longistik. Pemerintahan yg bertunjang prinsip Iman dan Taqwa selari dengan slogan Amal Makruf Nahi Mungkar.

Fakta sejarah mengatakan bahawa Pemerintah yg hebat Khalifah Harun ArRashid, Umar Abd Aziz dan Sultan Muhd AlFateh berkuasa dalam waktu yg singkat, tidak melebihi 10 tahun. Tempoh tersebut menjauhkan kroni dan rasuah dari meresap ke urat nadi penguasa.

20 tahun sebagai MB cukup panjang buat TGNA berkuasa dan berhadapan dengan 3 PM UMNO. Hebatnya TGNA kerana sokongan padu rakyat walau berdepan serangan UMNO dari segenap sudut.

Terlalu lama ditampuk kuasa dilihat sebagai kekuatan dalam keserabutan. Tempoh yg lama membuka ruang untuk anasir2 yg ditolak Islam ( korupsi dan kroni ) cuba menggantikan sikap telus, jujur dan beriman yg digariskan dalam konteks "good governance".

Serangan musuh dari luar sudah hilang bisa, kini lahir pula "musuh dalam selimut" yg sukar dibendung. Kapitalis dan oppurtunist berperanan besar dengan mempengaruhi keluarga terdekat TGNA untuk menjadi "dalang" dengan agenda tersembunyi.

Mungkin masanya sudah tiba untuk TGNA menilai prestasi barisan pelapis yg telah digilap sebagai pengganti. jangan biarkan bakat yg terpendam menjadi sia2 kerana fitrah semulajadi manusia.

Tiada kurangnya bakat Dato Ahmad Yakop, Dato Husam Musa dan Dato Nik amar. Mereka hanya menunggu "green light" untuk meneruskan kesinambungan sebuah pemerintahan yg selama ini menerima sumbangan idea dan tenaga tanpa sebarang prasangka.

Sekian dari cilipadi007

Thursday, March 18, 2010

TAKBIR ! TOK GURU MARI TEMPAK KAWE 26 MAC


MARI KITA SAMBUT TOK GURU DI HULU SELANGOR
Tok Guru Nik Aziz di Hulu Selangor!
Himpunan Raksasa "Selamatkan Malaysia"

Tarikh : 26 Mac 2010
Masa : 8.00 malam ~ 12.00 tgh malam
Lokasi : Stadium KKB, Kuala Kubu Bahru


Tetamu Jemputan:-

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Anwar Ibrahim
YB Khalid Ibrahim
YB Husam Musa
YB Saifuddin Nasution
YB Sivarasa

Semua dijemput hadir dan sebarkan!

Anjuran - Angkatan Muda Keadilan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor
"Anak Muda Geng Kita"
Tok Guru Nik Aziz & Anwar di Hulu Selangor!


Himpunan Raksasa "Selamatkan Malaysia"

Tarikh : 26 Mac 2010
Masa : 8.00 malam ~ 12.00 tgh malam
Lokasi : Stadium KKB, Kuala Kubu Bahru

Tetamu Jemputan:-

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Anwar Ibrahim
YB Khalid Ibrahim
YB Husam Musa
YB Saifuddin Nasution
YB Sivarasa

Semua dijemput hadir dan sebarkan!

Anjuran - Angkatan Muda Keadilan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor
"Anak Muda Geng Kita"

Wednesday, March 17, 2010

BEDAH SERTA DEDAH KEBOBROKAN UMNO/BN SELANGOR

Lagi penyelewengan Umno-BN di Selangor

Kerajaan Selangor telah membuat satu pendedahan berkenaan minit mesyuarat majlis kerajaan negeri pada 1987 mengenai status pengasingan tanah di Subang Jaya iaitu Taman Rekreasi Subang Ria.

Maklumat yang diklasifikasi mengikut Akta Rahsia Rasmi itu menunjukkan bagaimana kerajaan Selangor ketika masih dicengkam pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) menjual tanah terbabit kepada Sime Darby UEP.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bayaran tanah yang dijual kepada Sime Darby pula jauh lebih tinggi dari nilai sebenar.

Mengikut minit mesyuarat itu, katanya, United Estate Berhad memohon tanah seluas 76.5 ekar di Petaling yakni ekarang Subang Jaya pada 1987 untuk kegunaan rekreasi.

Beliau berkata, bayaran premium yang dikenakan untuk tanah tersebut ketika itu berjumlah 4.95 juta sedangkan nilai pasaran hanyalah 1.57 juta.

"Bagaimanapun, urusan itu tidak melibatkan wang, sebaliknya Sime Darby membeli 10 rumah untuk digazetkan sebagai kuaters kakitangan pejabat daerah petaling ketika itu.

Khalid berkata, rumah itu diserah kepada kerajaan Selangor dan digazet sebagai rumah untuk Penolong Pegawai Daerah Petaling dan Setiausaha Majlis Daerah Petaling.

"Kesemua unit runah ini terletak di SS 19 Subang Jaya. Cadangan ini telah diluluskan Mesyuarat MMKN ketika itu," katanya.

Katanya, ia mencetuskan kontroversi berikutan Taman Rekreasi Subang Ria hendak dimajukan sebagai kawasan perumahan oleh Sime Darby mendapat tentangan hebat penduduk.

"Sebagai pemilik tanah yang berhak, Sime Darby UEP tidak boleh dihalang dari membuat pelan pembangunan. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memastikan penduduk di Subang Jaya mendapat kawasan hijau secukupnya.

"Kerajaan Selangor komited memastikan pembangunan tidak akan menjejaskan hak rakyat dan semua keputusan dibuat secara telus dan tanggungjawab dan selari dengan agenda merakyatkan ekonomi Selangor. -TVS

Tuesday, March 16, 2010

INILAH PELUANG OA PRIMA BERUNTUNG KE PUTRAJAYA !

Sekurang-kurangnya 1,000 Orang Asli(OA) dijangka berhimpun di Putrajaya hari ini untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, ia sebagai menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.

"Dalam konvensyen bersama JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) di Cheras baru-baru ini, mereka gagal jelaskan mengenai isu-isu tanah dalam dasar ini sebab itu kita hendak bantah," katanya Jenita ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya lagi, dasar berkenaan juga tidak memihak kepada Orang Asli dan tidak mewakili kemahuan golongan itu.

"Dasar itu menyatakan tanah seluas enam hingga lapan ekar sahaja diberikan kepada ketua isi rumah. Kita mahu semua tanah yang dbuka oleh nenek moyang kami sebelum ini diberikan milik kepada kami, bukan enam atau lapan ekar sahaja," katanya lagi.

Tambahnya, masyarakat itu juga ingin menuntut sekatan dalam dasar tersebut dimansuhkan bagi membolehkan mereka diberikan hak untuk memperdagangkan tanah berkenaan.

Monday, March 15, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH ! MASALAH UMNO DISETEL PAKATAN RAKYAT

Syarikat Talam Corp Bhd akan melangsaikan hutang sejumlah RM241.36 juta ringgit kepada Pemerbadanan Menteri Besar melalui penjualan hartanah dan wang tunai.

Dalam satu kenyataan hari ini, jumlah wang tunai yang dibayar kepada MBI mencecah RM12.67 juta manakala penjualan hartanah pula mencapai 228.69 juta ringgit.

MBI dan Talam Corp mencapai persetujuan ini pada Sabtu lepas.

MBI sebelum ini berjaya memungut RM50 juta dari keseluruhan hutang RM391.7 juta milik Talam Corp. Kerajaan Negeri November lepas mengambil inisiatif mengambil-alih hutang-hutang Talam kepada syarikat-syarikat milik Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah ini, yang berjaya dikumpul MBI disebalik kritikan ramai-pihak akan disalurkan ke program mikro-kredit kerajaan negeri untuk golongan miskin.

"Yang miskin, dan mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 untuk seisi rumah boleh memohon pinjaman kecil untuk membantu mereka memulakan atau membangunkan perniagaan," tegas Khalid.

Saturday, March 13, 2010

BUAT MACAM CIKAI PASTI DIPERTIKAI

Stadium Runtuh Laporan Ahmad Said DiPertikai
KUALA TERENGGANU - Pihak-pihak yang terlibat dengan pembinaan atap Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berhubung laporan kejadian runtuh atap tersebut.

Rabu lalu, Ahmad telah mendakwa kegagalan semua pihak yang dilantik untuk membina SSMZA mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam kontrak menjadi punca kejadian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun tahun lepas.
Ahmad berkata, berdasarkan laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak menyumbang kepada keruntuhan bumbung stadium SSMZA itu.

"Tidak ada satu pihak pun yang ditunjukkan benar-benar paling bersalah. Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya ketika mendedahkan laporan kertas siasatan kejadian itu.


Seorang kontraktor yang yang terlibat dengan pembinaan tersebut menafikan mereka gagal membina ‘foundation’ ( struktur asas) pembinaan atap tersebut mengikut spesifikasi.

Beliau yang ditemui menyatakan mereka tidak menentukan tindakan kerja yang dilakukan, tetapi, mengikut arahan yang di beri oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau yang enggan dikenali berkata, syarikatnya telah membina siap struktur asas pembinaan atap tersebut, apabila kemudiannya diarahkan oleh pihak JKR supaya memecahkannya semula.

”kerja-kerja cerucuk terpaksa dibuat semula dalam masa yang singkat, kemudian dibina struktur baru, dengan keadaan tanah yang paya pada persekitaran tapak pembinaan tersebut,”ujarnya kepada Buletinonline.

Sementara itu, Senibahri Arkitek hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam mereka bentuk atap stadium yang runtuh itu.

Walaupun beliau dilantik sebagai arkitek utama, namun menurut Raja Kamarul Bahrin Shah, syarikatnya tidak dilibatkan dalam merekabentuk atap stadium tersebut.

Oleh itu, timbul persoalan, wajarkah semua pihak dipersalahkan dalam tragedi bumbung runtuh itu dan adakah Laporan Akhir Kejadian Atap Stadium Runtuh yang disediakan oleh 10 orang Jawatankuasa Penyiasatan tersebut boleh diterima pakai? BO

Tuesday, March 9, 2010

HANYA RUJUKAN YANG MENGKANTOI NAJIB


Mar8,2010
Najib Perosak Konspirasi Liwat
Dari pendedahan demi pendedahan yang dibuat, kita dapat lihat kebodohan demi kebodohan yang sangat ketara tentang isu liwat Saiful vs Datuk seri Anwar ini. Anda boleh lihat sendiri betapa bangangnya saiful melalui pendedahan yang dibuat oleh cilik di entry-entry yang lalu. Untuk melihat artikel-artikel lepas tentang kebodohan Say FooL, sila rujuk link-link berikut:

1. Saiful Berbohong di sidang media
2. Keraguan Kes liwat
3. Isu liwat-Keraguan seterusnya

Sebagai rumusan dari entry-entry yang lepas,

1. Berdasarkan pengakuan najib sendiri, Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008, tapi dia diliwat kali terakhir pada 26 Jun 2008. Jelas sekali bangang, dah mengadu diliwat tapi kena liwat lagi keesokkan harinya.
2. Sebelum ini bapa saudara saiful pernah menceritakan kepada media betapa saiful tertekan sehingga hampir sahaja membunuh diri. Tapi walaupun sudah begitu tertekan, masih lagi datang untuk diliwat oleh Anwar. Bukankah sangat lucu?
3. Menurut Najib, saiful datang ke rumahnya dan najib rasa tangan saiful seram sejuk. Saiful dikatakan dalam ketakutan ketika berjumpa Najib, tetapi anda sudah sedia maklum Saiful bertemu Najib pada 25 Jun 2008 dan diliwat kali terakhir pada 26 Jun 2008 lagi sekali lagi kenyataan bangang oleh saiful.
4. Saiful berbohong di sidang media dengan mengatakan bahawa dia diliwat dengan paksa, tetapi kenyataan dia sendiri di mahkamah menjelaskan bahawa dia sendiri yang membuka seluar lalu bertuala. Langsung tiada sebarang unsur paksaan. Memang pembohong!
5. Saiful pilih untuk mengadakan bukti yang bukan-bukan untuk menuduh Anwar, sedangkan dia boleh sahaja menyediakan perangkap dengan merakam adengan kejinya bersama Anwar melalui handphone sekiranya tuduhan itu benar. Bukankah dia sudah bertemu najib sebelum diliwat?
6. Saiful berpura-pura mengaku idolanya adalah Anwar Ibrahim sedangkan kawan-kawannya di UNITEN sedia maklum dia anti- Anwar semasa di Universiti. Jelas sekali dia sengaja mereka reka cerita supaya konspirasi ini kelihatan tiada kaitan dengan Barisan Nasional.

Baiklah kenyataan-kenyataan ini semuanya menampakkan betapa bangangnya insan bernama Saiful Bukhari bin Azlan ini. Tetapi adakah benar Saiful sebodoh itu?

Kalau difikirkan Saiful ini teramatlah licik, sebagai contoh di masa lalu dia yang hanya memegang jawatan Timbalan Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Uniten boleh dipilih mewakili pelajar Malaysia ke Philipina, menunjukkan dia memang licik. Begitu juga bagaimana dia berjaya menyelinap masuk ke dalam Parti Keadilan Rakyat sedangkan rakan-rakannya di UNITEN tahu dia adalah anti-Anwar juga sesuatu yang licik.

Segala konspirasi ini nampaknya sudah rosak teruk apabila kita lihat kebodohan demi kebodohan Saiful. Kini semakin ramai orang tidak percaya dengan tuduhan ini. Semuanya kerana satu pengakuan.

Pengakuan siapa?

Pengakuan Najib bertemu saiful di rumahnya!

Apabila Najib mengaku beliau ada bertemu dengan Saiful serta merta semua rancangan menjadi rosak teruk. Pengakuan Najib ini dibuat di sidang Akhbar secara rasmi dan dapat dilihat oleh semua pengguna internet. Pengakuan inilah yang memerangkap Saiful. Pengakuan inilah juga yang menjadikan Saiful kelihatan terlalu bangang.

Kerana sekiranya tiada pengakuan Najib ini semua keraguan-keraguan berkenaan isu liwat di dalam entry Blog Milo Suam tidak akan wujud kerana lima daripada keraguan di atas berkaitan dengan pengakuan Najib. Apapun tahniah kepada Najib kerana mengaku, anda sendiri merosakkan konspirasi ini kah kah kah

Satu lagi lawak bangang si Najib ialah dia bersungguh-sungguh menegaskan bahawa dia tidak menasihati Saiful untuk melaporkan kepada Polis supaya kelihatan kononnya dia langsung tiada kaitan dengan isu ini. Korang sendiri boleh fikirlah kalau orang kena rogol ke kene liwat, kena ragut, kita sebagai orang yang normal mestilah akan suruh mangsa pergi report Polis tapi Najib ni berlainan fikiran dia keh keh keh... kantoi lagi....

Sunday, March 7, 2010

ARAHAN TAK AMAN DARI BUKIT AMAN ?

Polis Gempur Majlis PR, Pukul, Tangkap Penyokong - TVS
Sambutan Konvensyen 2 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.

Seorang penyokong ditangkap manakala sekurang-kurangnya tiga yang lain terpaksa menerima rawatan di hospital setelah di pukul oleh anggota polis bersenjatakan pistol, gas pemedih mata dan belatan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tindakan polis didalangi oleh Umno kerana takut dengan pengaruh Pakatan Rakyat yang masih kuat meskipun berhadapan dengan pelbagai taktik kotor Umno-BN.

"Mereka takut kepada kita dan oleh kerana itu mereka suruh polis untuk halang." Anwar memberitahu ribuan penyokong di Kelab Sultan Sulaiman.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Wartawan kami di lapangan melaporkan beberapa orang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.

Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Anwar.

Terjahan polis itu dilakukan ketika Naib Presiden PKR Azmin Ali sedang berucap dan Anwar masih dalam perjalanan ke kelab itu.

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.

Antara yang hadir pada majlis itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, dan Naib Presiden Pas Mahfuz Omar.

"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis.

Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.

Orang-ramai memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.

Tindakan samseng polis berlaku di ambang dua tahun genap Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor di samping mengekalkan Kelantan.

Gagasan itu juga merampas 82 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.

TVS

Thursday, March 4, 2010

DASYATNYA PEREMPUAN MELAYU SEKARANG ! MUDAH MUDAHAN DIJAUHKAN ALLAH BERLAKU PADA KITA

Wanita maut ditikam, suspek cuba bunuh diri

ALOR SETAR, 4 Mac: Seorang wanita maut selepas ditikam dengan pisau, manakala suspeknya pula cuba membunuh diri dalam satu kejadian di lorong belakang Taman Kristal di kawasan perindustrian Mergong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata dalam kejadian pukul 10 malam tadi, kedua-dua wanita yang juga rakan sekerja di sebuah kedai alat tulis di sini, telah berselisih faham sebelum berlaku pertengkaran besar di antara mereka.

Katanya mangsa, Suhana Mohd Sharif, 26, dipercayai ditikam sebanyak tujuh kali, manakala suspek berusia 33 tahun telah bertindak menikam diri serta mengelar pergelangan tangannya selepas mencederakan mangsa.

“Ada tujuh kesan tikaman di bahagian depan badan serta tangan si mati, manakala suspek mempunyai beberapa kesan tikaman di dada serta kesan kelar di pergelangan tangan kirinya dan dia kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Ketika ditemui saksi, mangsa dan suspek berada dalam keadaan parah sebelum dikejarkan ke HSB, namun Suhana disahkan meninggal dunia pada pukul 11.35 malam tadi di hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata polis menemui sebuah kereta jenis Perodua Viva yang didaftarkan atas nama Suhana dan sebilah pisau yang mempunyai kesan darah di tempat kejadian.

“Menurut saksi kejadian, kedua-dua wanita berada di luar kereta berkenaan dalam keadaan parah dan polis percaya pergaduhan bermula dari dalam kereta kerana ada kesan darah di bahagian tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan.

“Ketika memeriksa kereta terbabit, polis juga menemui beberapa keping gambar mangsa dengan suspek dan polis percaya mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat, namun motif pembunuhan masih belum diketahui,” katanya.

Menurut Abdul Ghafar, polis kini sedang menunggu keputusan bedah siasat mangsa yang berasal dari Lorong Kenanga dekat sini, manakala suspek yang berasal dari Seberang Nyonya di sini, masih tidak sedarkan diri dan belum ada sebarang kenyataan telah direkodkan.

Katanya polis akan turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik bangunan berhampiran bagi membantu siasatan.

-Bernama-

Wednesday, March 3, 2010

BAIK ADA MAKNA KA ? ANYWAY ALHAMDULILLAH PADA 23 ORANG INI

<23 qari, qariah dapat imbuhan
Oleh ZULKIFLI JALIL dan SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM


PUTRAJAYA - Seramai 23 qari dan qariah yang pernah menjadi johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa hari ini menerima imbuhan khas tetap sepanjang hayat RM2,000 setiap bulan berkuat kuasa Oktober lepas.

Kesemua mereka menerima insentif itu daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada satu majlis di Bangunan Perdana Putra di sini.

Berucap pada majlis penyampaian imbuhan itu, Perdana Menteri berkata, ia jelas menunjukkan keprihatinan dan komitmen tinggi kerajaan dalam mengiktiraf dan menghargai sumbangan penggiat dan pendidik al-Quran.

Menurutnya, pengiktirafan menerusi imbuhan khas itu sekali gus menggalakkan masyarakat Islam membudayakan al-Quran dengan berusaha membaca, mempelajari dan seterusnya mengaplikasikan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

''Rakyat telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap pengumuman saya tidak sampai tempoh sebulan lalu mengenai imbuhan khas ini.

''Saya juga difahamkan ada negeri yang mahu mengkaji semula untuk membenarkan qariah mereka menyertai pertandingan Majlis Tilawah al-Quran ini sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

''Membaca dan menghafaz al-Quran adalah sesuatu yang afdal kerana setiap kalimah yang dibaca akan diberi pahala oleh Allah," kata Perdana Menteri.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri berkata, kemampuan kerajaan secara konsisten menganjurkan tilawah al-Quran telah memberi impak besar dan berkesan kerana para qari dan qariah Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Ia, kata beliau, sekali gus melonjakkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang dihormati dan disegani di seluruh dunia.

''Yakinlah, hanya penglibatan yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi daripada para qari dan qariah ini dapat merintis kejayaan dan menjulang al-Quran yang berperanan sebagai 'rahmatan lil a'lamin'," katanya.

Menurut Najib, segala ikhtiar negara untuk mengangkat dan memartabatkan warga pendidik al-Quran sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang setimpal dan keberkatan daripada-Nya.

'Kita juga bersyukur di atas nikmatNya, ekonomi negara telah semakin pulih di luar dugaan walaupun persekitaran ekonomi global belum pulih sepenuhnya.

''Semoga Model Ekonomi Baru yang akan dilaksanakan nanti akan memastikan ekonomi negara kekal dalam landasan pertumbuhannya," kata Perdana Menteri.

‘‘Rakyat telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap pengumuman saya tidak sampai tempoh sebulan lalu mengenai imbuhan khas ini.

‘‘Saya juga difahamkan ada negeri yang mahu mengkaji semula untuk membenarkan qariah mereka menyertai pertandingan Majlis Tilawah al-Quran ini sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

‘‘Membaca dan menghafaz al-Quran adalah sesuatu yang afdal kerana setiap kalimah yang dibaca akan diberi pahala oleh Allah,” kata Perdana Menteri.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri berkata, kemampuan kerajaan secara konsisten menganjurkan tilawah al-Quran telah memberi impak besar dan berkesan kerana para qari dan qariah Malaysia telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Ia, kata beliau, sekali gus melonjakkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang dihormati dan disegani di seluruh dunia.

‘‘Yakinlah, hanya penglibatan yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi daripada para qari dan qariah ini dapat merintis kejayaan dan menjulang al-Quran yang berperanan sebagai ‘rahmatan lil a‘lamin’,” katanya.

Menurut Najib, segala ikhtiar negara untuk mengangkat dan memartabatkan warga pendidik al-Quran sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang setimpal dan keberkatan daripada-Nya.

‘Kita juga bersyukur di atas nikmatNya, ekonomi negara telah semakin pulih di luar dugaan walaupun persekitaran ekonomi global belum pulih sepenuhnya.

‘‘Semoga Model Ekonomi Baru yang akan dilaksanakan nanti akan memastikan ekonomi negara kekal dalam landasan pertumbuhannya,” kata Perdana Menteri.

KELAM KABUT TARIK REPOT

Mengapa Mad Nizam Kelam Kabut Tarik Balik Laporan Polis?

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/DSCF2408.JPGKUALA TERENGGANU – Walaupun berita mengenai Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid, mencekik dan menunjukkan pistol benar-benar berlaku, namun sukar untuk media perdana melaporkannya.
Ia adalah kerana tidak ada sebarang catatan yang dikesan dalam ‘sistem laporan polis’ kerana laporan yang dibuat oleh Mad Nizam telah ditarik balik.

Namun, persoalannya mengapa Mad Nizam menarik balik laporan tersebut?
Sekiranya kita melihat kembali gelagat Mad Nizam ketika menerima rombongan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), tidak munasabah Mad Nizam boleh menarik semula laporan polis yang dibuatnya
Pada masa yang sama, beliau menunjukkan pistol tersebut dalam keadaan mempertahankan diri, kerana beliau telah diserang oleh seseorang yang bersenjata (golok).

Malah dilaporkan, ‘siswa yang marah dan geram’ dengan perbuatan Mad Nizam mengeluarkan kata-kata kesat dan ‘mencekik’ lehernya itu, sudah pun menghayun ‘golok’ tersebut kearah Mad Nizam.

”Ruapa-rupanya, lesen atau permit menggunakan senjata api Mad Nizam ‘mampus’, sudah luput tarikh, bahkan ia sudah ‘mati’ sejak Mad Nizam tidak lagi menjadi wakil rakyat pada tahun 2008,”kata satu sumber kepada Buletinonline

Justeru, sebab itulah Mad Nizam kelam kabut menarik balik laporan polis dan kemudian berjaya memujuk keluarga siswa tersebut, yang turut menarik kembali laporan polis yang dibuat.
Sekiranya laporan tersebut diteruskan, sudah pasti cita-cita Mad Nizam untuk kembali bertanding dalam pilihanraya dan menjadi wakil rakyat akan tersejejas.
”Mad Nizam sedang ‘menyesuaikan’ diri dan bercita-cita untuk bertanding di DUN Chukai,”kata sumber tersebut lagi.

Monday, March 1, 2010

SELEPAS GAGAL DAPAT KEPERCAYAAN KENDALI WANG EHSAN, BELIAU DIBIDAS MCA PULA

meme(MEMANG) BELIAU MERAPU DAN MERABAN, SILAP-SILAP MENYOROK DALAM REBAN.
KUALA LUMPUR: MCA hari ini membidas sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat Cina yang tidak tahu berterima kasih.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA
Bagi beliau, kenyataan Ibrahim berlandaskan ras dan berbau perkauman adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan sentimen prasangka perkauman yang semakin menebal dalam negara kita.
Kenyataan sedemikian akan menimbulkan ketidaktenteraman bangsa Malaysia yang sedang diancam oleh ancaman luar dan dalaman di mana keharmonian negara buat pertama kalinya terancam oleh pelbagai isu nasional yang sengaja diwar-warkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda merosakkan ketenteraman negara, katanya.
Bagi Ti, kenyataan Ibrahim itu seharusnya merujuk kepada semua kaum berlandaskan prinsip-prinsip yang murni dan bukannya mendedahkan kehodohan muka perkauman Ibrahim yang berselindung di bawah pertubuhan Perkasa dengan agenda politik peribadi semata-mata.

"Minda zero sum game berlandaskan batasan kaum juga akan merugikan negara dan bangsa dalam kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi oleh semua," katanya.

Beliau menyifatkan, kenyataan Ibrahim yang melulu dan tidak berasas adalah satu strategi politik lampau yang tidak boleh lagi diguna pakai dalam era 1Malaysia yang mempromosikan keberkesanan dan sumbangan positif kepada pembangunan negara yamg dapat membawa keuntungan optimum kepada semua rakyat Malaysia.

Dengan menjadikan korporat Cina sebagai sasaran akan menghalang kemasukan pelabur-pelabur asing dan kepakaran apabila mereka mengubah haluan akibat ketidak selesaan terhadap dasar negara yang menjadikan mereka mangsa tuduhan dan tohmahan, katanya.

"Kenyataan Ahli Parlimen Bebas itu bolehlah disifatkan sebagai dangkal dan tidak relevan dalam era globalisasi yang semakin mencabar dan terbuka," katanya.

Menurut Ti, semua pihak sepatutnya memberikan tumpuan tuntas dan fokus kepada usaha meningkatkan tahap daya saing ekonomi negara yang kini sedang berhadapan dengan saingan dan peluang kebangkitan ekonomi dari negara-negara jiran.

“Ini bukan masanya untuk kita berdebat mengenai siapakah yang seharusnya menikmati pai ekonomi negara yang lebih banyak," katanya.

Kita ketinggalan

Bagi beliau, dalam keadaan daya saing ekonomi negara kita yang kini semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran, inilah masanya untuk semua pihak bersepakat duduk berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk merencanakan kembali ekonomi negara tanpa menimbulkan isu-isu emosi berlandaskan politik semata-mata.

Ini kerana akhirnya, ia akan merugikan negara dan rakyat jua yang akan sengsara.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim itu adalah “counter-productive” dan cenderung kepada agenda membinasa daripada agenda membina.

Cara dan pendekatan beliau yang ingin mengapi-apikan emosi perkauman, untuk memonopolikan peluang-peluang ekonomi berasaskan perkauman adalah ketinggalan masa dan tidak lagi secocok dengan hasrat kepimpinan negara. Rakyat sekarang inginkan ketelusan, keadilan dan kesaksamaan demi masa depan mereka.

MCA berpandangan, kata Ti, mana-mana kontraktor yang mempamerkan sikap positif dan keupayaan terutamanya dari segi kesanggupannya, kemampuan dan keberkesanannya, harus dan perlu diberi peluang yang setimpal untuk bersaing supaya mereka kekal dan terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.

"Polemik politik Ibrahim akan menjejaskan kepentingan dan kestabilan negara. Tindakan beliau dikhuatiri akan menakutkan pelabur dalam negara. Inilah masanya kita menunjukkan sikap mesra pelabur dan bukannya kehodohan perkauman," tambahnya.

Bagi beliau, tiada gunanya negara menampung kontraktor yang tidak berkesan dan kurang berprestasi yang pada akhirnya akan menggadaikan mutu pembinaan, selain mengancam keselamatan rakyat. Imej negara juga akan terjejas.

Pengorbanan piawaian dan rasuah kuasa telah menyebabkan kerajaan dan rakyat mengalami kerugian atas keuntungan segelintir individu. Masalah ini juga telah mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan pengguna dan rakyat.

Oleh yang demikian, sekiranya kontraktor-kontraktor yang mendapat tender tidak mempamerkan prestasi yang cemerlang dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka peluang mendapat tender itu tidak harus diberikan kepada mereka lagi di masa hadapan sejajar untuk memupuk prestasi keberkesaan , penyampaian dan amanah di bawah slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan."

ANWAR MANUSIA TERHEBAT DI MALAYSIA KATA ROSLAN (UMNO)


Ahad, Februari 28, 2010
Manusia paling luar biasa hebat

Lima orang student Malaysia di UK adakan usrah. Seorang kawan ketuai usrah dan lain menyumbang pada perbincangan. Kebanyakan yang hadhir adalah budak-budak 'dakwah' melainkan Roslan yang ahli Kelab UMNO. Saja dia nak pasang teling. Yang mengetuai usrah adalah Qais.

Qais: Nabi Muhammad tu adalah manusia luar biasa yang serba sempurna. Dia sentaisa dilindungi tuhan. Ada peristiwa Rasulullah sakit dan tidor hingga hampir terlewat waktu zohor. Lalu tuhan lambatkan perjalanan dunia supaya dia boleh tunaikan zohor. Walluhu alam.

Rahman: Time Magazine pernah membuat satu survey yang melibatkan pemikir-pemikir, penulis, ahli sarjana dan lain-lain. Rasulullah dipilih sebagai manuisa terhebat sepanjang zaman. Subhanallah.

Rahim: Hebat hebat ...

Qais: Bayangkan mereka yang terlibat dalam suvey itu adalan orang2 kafir tapi mereka memperakui kehebatan Rasulullah.

Roslan: Okaylah selain Rasulullah yang kita ketahui sebagai maksum dan adalah pilihan dan kekasih tuhan, pada pendapat masing-masing, siapakah manusia yang luarbiasa hebat?

Lokman: Ana rasa Luqmanul Hakeem. Bukan pasal Lokman nama ana. Hebat dia pasal sebagai seorang yang bukan nabi dan bukan rasul tapi ada surah bersempena namanya.

Qais: Tarmizi? Apa pendapat ente?

Tarmizi: Ana sentiasa tekjub dengan kehebatan Omar Ibni Al Khatab, khalifah kedua. Orangnya alim, tegas, pemerintah yang penyayang, ketua bala tentera yang handal, dan pemikir Islam.

Roslan: Betul .. betul ... memang luar biasa. Tapi ana suka pula pada Imam Al Ghazali. I am more touched by scholars. Ana kagum dengan isi kita Ihya Ulumuddin. Rahman macam mana?

Rahman: Manusia luar biasa ... hmmm ... ana rasa Hitler tu hebat. Bukan ana fikirkan pasal kezaliman perang. Ana tengok dia sebagai pemimpin, cara dia boleh memimpin rakyat Jerman dan membawa keyakinan hingga mereka mahu menakluk Eropah. Hebat tu ...

Roslan: Hehehe ... Hitler.

Rahim: Oleh kerana awak yang tanya, cuba awak kongsi siapa manusia yang luarbiasa hebat, Roslan.

Roslan: I tak mahu tengok jauh-jauh. Manusia yang luarbiasa hebat adalah di Malaysia.

Tarmizi: Malaysia? Mesti Mahathir idola awak. Betul tak?

Roslan: Takkk .... Anwar Ibrahim

Qais: Hang orang ahli kelab UMNO mana suka Anwar ...

Roslan: Anwar manusia hebat ... luar biasa hebat.