Sahabat Intim Blog Ini

Monday, January 31, 2011

ADUN KAKI TIDUR DAH SUKAR LELAPKAN MATA !

SHAH ALAM, 1 Feb. : Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim menegaskan tiada pembayaran elaun diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah selepas 15 Januari lalu.

Menurutnya, elaun yang diberikan kepada ADUN mewakili parti PKR sebelum ini diberhentikan berikutan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

“Kekosongan kerusi itu telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) pada 21 Januari yanng lalu.

“Sekiranya ada pembayaran yang dilakukan kepadanya melebihi 15 Januari lalu kita akan menarik balik dan untuk bulan Februari, kita tidak akan memberikan kepadanya elaun lagi,” katanya.

Chang Kim berkata, kesemua elaun diberikan kepadanya ditarik balik dan sekiranya terbayar, pihak kami akan mengambil semula.

Terdahulu, Chang Kim telah mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan Badrul Hisham mewakili kerusi itu gagal hadir ke Sidang DUN dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Keputusan itu dibuat selaras dengan peruntukkan Undang- Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 di bawah Artikel 69.

Lanjutan daripada tindakan Chang Kim, Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih wakil rakyat yang sah bagi kerusi tersebut.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan &Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamh Tinggi Sivil, dekat sini, baru- baru ini.

Badrul memenangi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU ) Ke 12 lalu dengan majoriti 4,407 undi dan bertindak keluar parti dan menyertai UMNO pada Mei tahun lalu
Posted by PASPB a

Thursday, January 27, 2011

PEMENANGNYA IALAH NORMALA!


Wawancara mStar dengan Cikgu Mala dan Tok Ai
Anak Johor
mStar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Ulasan : Tok Ai hanya ada facebook, Cikgu Mala ada kedua-duanya, kemas kini pula setiap hari. Toi Ai hanya berhubung dengan kawan-kawan, tapi Cikgu Mala berkomunikasi dengan masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

(GAMBAR: Azhar kelihatan segan-segan untuk harungi air banjir manakala Cikgu Mala dilihat melakukannya dengan gembira)

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Ulasan : Tok Ai kaki karaoke R&B sedangkan Cikgu Mala minat lagu ketuhanan

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Ulasan : Haha Tok Ai kaki wayang sedangkan Cikgu Mala lebih memperuntukkan masa kaki wayang untuk mendidik anak-anak

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Pemenang : Seri


mStar: Makanan kesukaan anda?

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Pemenang : Seri


mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ulasan : Tok Ai kaki melancong dan bangga tempat-tempat luar negara yang dilawati. Banyak tempat dilawati (duit ambik mana ni), tapi sayang Makkah tiada dalam senarai. Cikgu Mala lebih guna masa terluang untuk aktiviti bermanfaat dan khidmat pada masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Sukan apa yang anda gemari?

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Ulasan : Golf permainan untuk orang malas dan buncit perut, bukan sukan untuk masyarakat. Tok Ai suka bersama kawan-kawan kaya, Cikgu Mala lebih bersama masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Bahasa yang anda kuasai?

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Ulasan : Jelas Cikgu Mala kuasai 3 bahasa

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Ulasan : Tok 'dot dot' adalah gelaran kuno untuk golongan atasan, sedangkan cikgu adalah gelaran mulia orang berilmu

Pemenang : Seri


mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura

-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Ulasan : Kucing adalah haiwan yang Rasulullah SAW minta kita sayangi. Juga mencontohi sifat sahabat nabi, Abu Hurayrah. Kura-kura? Heheh, haiwan yang suka mencari kelemahan orang untuk tonjolkan kepadanya!

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Ulasan : Allahu Akhbar! Jawapan ini menghurai segala-galanya untuk insan bernama manusia

Pemenang : Cikgu Mala (2 kali menang untuk soalan ni)


Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Ulasan : Jelas siapa yang mengagungkan mat saleh kera di hutan dan siapa yang bangga dengan produk tempatan

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Ulasan : Jawapan Cikgu Mala sekali lagi menonjolkan ciri-ciri pemimpin kepada mayarakat

Pemenang : Seri

Monday, January 24, 2011

SEJARAH UMNO SELANGOR DERHAKA TERCIPTA 24 JANUARI 2011

AMPANG, 25 Jan: Seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia semalam telah menyaksikan satu lagi sejarah penderhakaan pemimpin Umno BN, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Tambahnya, tindakan Adun Umno BN yang menolak usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi tujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah cukup melayakkan syarat buat mereka untuk bergelar “Umno Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.

“Selama ini Umno mengaku kononnya merekalah Juara Melayu, tetapi bila mana usul pindaan mahu mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu, terutama Yang Mulia Raja Selangor dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, mereka menolak mentah-mentah pula,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau yang juga Keua Wanita PKR berkata, insiden semalam juga akan menjadi satu lagi ‘trade-mark’ kegagalan agenda Ketuanan Melayu Umno, selepas tragedi penarikan kuasa Raja-raja Melayu 1993.

“Dakwaan bahawa Umno parti pemusnah dan penindas bangsa Melayu kini tidak lagi diragui dan sudah terbukti benar,” katanya.

Justeru, ujarnya rakyat kini telah sedar, siapa Juara Melayu sebenar, siapa Hang Tuah tulen, yakni yang pastinya bukanlah Umno “Si Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satim Diman semasa membahaskan perkara itu semalam menegaskan beliau dan 20 Adun dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha kerajaan negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tuesday, January 18, 2011

BILA TERTEKAN NAJIB TERMAKAN! TAHNIAH ANAK!

Hasil Perjuangan ANAK; Generasi Kedua Dapat 500 Lot Tanah
Idris Ahmad

Parti Islam Semalaysia Pas mengucap tahniah kepada perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang telah berjaya menampakkan hasil, sehingga memaksa Datuk Najib Tun Razak selaku orang yang menjaga urusan FELDA meluluskan peruntukan sebanyak RM8.5 juta untuk 500 lot bagi generasi kedua Felda Johor.

Pas memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam dewan Undangan negeri Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.

Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN. Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. Pas yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation yang dianggap tidak adil kepada rakyat.

Pas yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput, sebab itu tindakan Datuk Najib meluluskan projek di Tenang. Mungkin inilah risikan yang telah sampai kepada beliau, jika tidak generasi kedua akan beralih sokongan. Pas mengharapkan Datuk Najib perlu juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain daripada negeri Johor, kerana di seluruh negara terdapat 317 rancangan dengan bilangan 900,000 peneroka. Tidak adillah jika peneroka Johor sahaja yang dapat, kebetulan ada pilihnaraya kecil Tenang, bagaimana pula nasib peneroka yang tidak ada pilihanraya kecil.

Walau bagaimana pun Pas yakin peneroka sudah celik maklumat, terutama generasi muda Felda. Selama setengah abad hak mereka dinafikan oleh kerajaan BN. Sekarang baru kerajaan sedar untuk cakna kepada peneroka kerana BN tidak lagi boleh berada di zon selesa hasil daripada perjuangan ANAK di bawah kendalian Pas.

Wednesday, January 12, 2011

MAJLIS JALINAN KASIH DI DEWAN APARTMENT ANGGERIK

Bukit Beruntung 8 Januari - "Eratkan Ukhwah, Gerakkan Usaha," itulah kesimpulan yang dapat dibuat daripada Majlis 'Jalinan Kasih' PAS Zon Bukit Beruntung yang diadakan di Dewan Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya disini malam ini. Majlis yang dijangka akan mengumpul lebih kurang 100 ahli bagaimanapun diluar jangkaan apabila lebih 250 ahli dan keluarga masing-masing hadir di majlis berkenaan.






http://paszbb.blogspot.com/2011/01/jalinan-kasih-pas-zon-bukit-beruntung.html

Tuesday, January 11, 2011

AKHIRNYA TUN M MENGAKU SILAP!

Akhirnya Mahathir mengaku telah membuat kesilapan

Akhirnya mengaku juga bekas bapak perdana menteri kita, Tun Mahathir akan kesilapan nya membiarkan Kampong Baru Kuala Lumpur terbiar begitu saja dengan tumbuh dan membangun sendiri sediri saja.

Selama 22 tahun saya memegang teraju Negara dan "Saya telah melakukan kesalahan selama dalam masa pemerintahan saya," katanya dalam blog beliau, lapur The Star semalam 11/1.

Saya gagal membangunkan Kampong Baru dan membiarkan cara pemilikan tanah yf tidak tersusun dan ramai penduduk asal nya berpindah serta agak sulit untuk mnegesan pewarisnya.

"Mungkin kepada mereka yang bukan warga Malaysia merasa normal saja jika bangunan dibuat dan dijual kepada mereka yang bukan warga Malaysia tetapi Kampung Baru akan menjadi wilayah yang hilang bagi Malaysia," katanya.

Kg.Baru merupakan satu satu lokasi yg dipertahankan oleh orang orang melayu, walaupun kekuatan nya semakin terhakis.

Monday, January 10, 2011

TAKBIR !


KUALA LUMPUR, 10 Jan: PAS Sarawak kini berkeupayaan bertapak lebih kukuh untuk bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi Dun Sebuyau yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar.

Ini ekoran kawasan itu telah diserahkan kembali oleh PKR untuk ditandingi oleh PAS.

Penyerahan kerusi Dun itu kepada PAS telah dilakukan secara rasmi baru-baru ini, setelah kedua-dua pihak mengadakan rundingan dalam semangat setiakawan bagi kepentingan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid menegaskan, kerusi Dun Sebuyau ditandingi PAS sejak pilihanraya umum negeri pada tahun 2001 yang diwakili oleh beliau sendiri.

Menurut beliau, atas permintaan PKR dan semangat setiakawan, kerusi Dun itu bagaimanapun telah diberikan oleh PAS kepada PKR untuk ditandingi dalam pilihanraya umum Sarawak pada tahun 2004 lalu.

"Sebelum diberikan kepada PKR, PAS sememangnya telah mempunyai kekuatan tersendiri di kawasan itu. Tetapi untuk menghadapi pilihanraya tahun 2004, atas permintaan PKR, kerusi Dun Sebuyau telah diserahkan kepada PKR untuk ditandingi, manakala PAS bertanding di kawasan Dun lain sebagai gantinya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sesuai dengan kawasan itu sebagai kawasan PAS, menurut beliau, dalam pilihanraya tahun 2004 lalu, calon PKR hanya tewas sebanyak 800 undi sahaja kepada Barisan Nasional.

Dari kajian semasa yang dilakukan, para pengundi di kawasan itu bagaimanapun lebih berhajat kepada PAS untuk bertanding di kawasan itu untuk menghadapi pilihanraya akan datang dan pilihanraya-pilihanraya seterusnya.

"Disebabkan realiti itu, saya dan rakan-rakan kepimpinan PAS negeri baru-baru ini telah mengadakan rundingan dengan kepimpinan PKR untuk diserahkan kembali kerusi itu kepada PAS. Hasil dari rundingan itu, PKR dengan senang hati telah menyerahkan kembali kerusi Dun Sebuyau kepada PAS dengan rasminya," katanya.

Untuk menghadapi pilihanraya akan datang, menurut beliau, PAS akan bertanding sekurang-kurangnya bagi enam kerusi Dun di Sarawak.

"Berdasarkan perkembangan terkini, dari keenam-enam kerusi Dun yang akan kita tandingi itu, PAS mempunyai harapan cerah untuk menang bagi kerusi Dun Sebuyau," jelasnya.

Sungguhpun begitu, PAS Sarawak tidak akan berpada dengan perkembangan itu. Beberapa perancangan telah pun disusun bagi membolehkan PAS mencapai kemenangan di Dun Sebuyau dan kawasan-kawasan lain yang ditandingi.

"Selain Sebuyau, PAS juga mempunyai peluang cerah untuk menang bagi kerusi Dun Beting Maro yang juga terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar.

"Kajian terperinci tentang potensi kawasan itu kini sedang giat dilakukan oleh PAS Sarawak, manakala penjelasan kepada rakyat tentang perlunya mereka menolak BN dan menyokong PAS atau Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang akan dilakukan secara berterusan," jelas beliau.

Posted by PASPB

Thursday, January 6, 2011

PUTRAJAYA KE TENANG

PUTRAJAYA, 6 Jan: PAS Putrajaya, telah membuat persiapan dengan menurunkan seramai mungkin petugas sepenuh masa bagi menggempur BN serta membantu kemenangan calun PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, yang akan diadakan pada 30 Januari yang akan datang.

Menurut YDP Putrajaya, Ustaz Mohamad Nazir, segala persiapan telah pun dirancang bagi menggempur BN yang pastinya tak akan tenang setenang Dun Tenang.

"Pada hari penamaan calun 22 Januari dan juga pada hari-hari sepanjang kempen hingga hari pembuangan undi pihak Pas Putrajaya telah menyediakan sebuah lori yang lengkap dengan PA sistem bagi memudahkan kita menggempur kubu yang menjadi milik Umno itu.

"kita yakin tiada yang mustahil, pilihan raya lalu PAS berjaya mengurangkan majoriti BN berbanding pilihan raya umum 2004, bahkan untuk negeri Johor Pas telah pun memecah tradisi denan memenangi 2 kerusi DUN, kali ini kita mengharapkan kerusi DUN Tenang dapat dirampas dan menjadi milik PAS," katanya.

Pelbagai isu korup, skandal, penyelewengan pimpinan BN akan dibongkar sehabis-habisnya. Kita tahu mereka begitu takut apabila maklumat sebenar pembongkaran ketidakadilan yang mereka lakukan itu sampai ke telinga rakyat terutamanya isu berkaitan dengan isu FELDA yang sekarang diterajui oleh bapa perasuah terulung mereka." tambahnya lagi.

Untuk melancarkan lagi gerakkerja tersebut PAS Putrajaya sangat mengharapkan bantuan serta sumbangan pendokong serta ahli-ahli PAS. Segala sumbanan bolehlah disalurkan melalui akaun Bank Islam Cawanan Putrajaya No. akaun 16018010007602 atas nama PAS Kawasan Putrajaya atau hubungi YDPnya Ustaz Mohamad Nazir Zakaria 017-4222989 dan Setiausahanya Sdr Roshidi Wahab 019-2495357

Monday, January 3, 2011

BARISAN NASIONAL KANTOI DI SABAH!


BN Gagal Tunai Janji PRU12 Di Sabah

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) terutama sekali para wakil rakyatnya digesa agar bertanggung jawab terhadap pelbagai janji pembangunan yang pernah mereka janjikan kepada rakyat di sesuatu kawasan ketika mereka berkempen dalam pilihanraya umum kali ke-12 lalu seterusnya mengambil langkah langkah serius untuk menunaikan janji mereka itu sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar untuk PRU13 sepertimana yang diwar-warkan ketika ini.

Gesaan tersebut dinyatakan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah ketika memberitahu Sabahkini.net sempena majlis rumah terbuka Krismas di kediamannya di Taman Tensan, Tenom, baru-baru ini.

“Kita juga gembira apabila jambatan Binaie sedang dalam pembinaan ketika ini walaupun kita hampir kecewa kerana janji pembinaan sudah tersasar lebih tiga tahun. Bagaimana pun kita berharap agar janji pembinaan pekan kecil Melalap dapat direalisasikan dalam tahun 2011 ini juga,” kata Jimmy.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa janji-janji pembangunan pesat Koridor Pembangunan Sabah (SDC) khususnya di wilayah tengah yang menfokuskan kawasan pedalaman meskipun perancangan dalam kertas SDC memang baik malah ia dilihat sebagai satu anjakan ekonomi kawasan pedalaman namun persoalannya bilakah ia mula dilaksanakan.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC Tenom turut menegaskan bahawa selain mereka (BN) pernah menjanjikan pembangunan bersaiz besar akan dilaksanakan namun pembangunan kecil-kecilan terutama sekali pembangunan infrastruktur yang dimusnahkan oleh bencana alam sekitar 2008, 2009 dan awal 2010 masih belum dibaiki lagi.

“Kita bersimpati bila rakyat meluahkan perasaan mereka kerana seolah-olah mereka dianaktirikan dari segi pembangunan. Sebagai contohnya, rumah kebudayaan yang ada di antaranya, atap bumbung diterbangkan oleh angin kencang dan tidak kurang juga ada yang hampir roboh tetapi terus terbiar walaupun JKKK di situ berulangkali meminta peruntukkan pembaikan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Jimmy menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk memperkecil- kecilkan kewibawaan kerajaan BN dalam mentadbir negeri ini dan seterusnya kebertanggungjawaban pembangunan di seluruh kawasan, tetapi janji mereka mendahulukan rakyat sudah tidak bermakna lagi jika rakyat terus dikebelakangkan dalam serba-serbinya.

“Saya berani berkata semua itu kerana rakyat sering mengadu kepada saya sama ada secara lisan atau ‘SMS’ berhubung perkara perkara kepalsuan janji mereka sedangkan mereka adalah kerajaan yang bertanggung jawab soal pembangunan,” tambahnya lagi. -sabahkini.net

Ulasan GB

Setelah 53 tahun negara kita merdeka, semalam diberitakan ada murid-murid sekolah di Kampung Bongkud, Menggatal, Kota Kinabalu Sabah yang terpaksa berjalan sejauh lapan kilometer menempuh hutan belantara, jalan berlumpur dan melalui tiga batang sungai selama 2 jam untuk sampai ke sekolahnya, SK Tombongon.

Bagaimana situasi agaknya bila hari hujan? Tentulah lebih dasyat keadaan anak-anak ini. Tak sama dengan anak-anak di Semenanjung yang pergi balik ramai diantaranya di hantar kereta, malah ada yang siap dengan drivernya. Alangkah kasihannya kita lihat anak-anak kecil ini..