Sahabat Intim Blog Ini

Monday, April 30, 2012

NAJIB BERBISIK MINTA MAAF PADA WARTAWAN !

Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut. Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini. Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam. Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. -mk http://greenboc.blogspot.com/2012/04/najib-minta-maaf-kepada-wartawan-bukti.html

Wednesday, April 25, 2012

BERSIH 3.0 diUTAMAKAN , RAKYAT MARHEIN DISELAMATKAN !

‎28 April "DUDUK & BANTAH" - Yang mampu wajib turun... yang kurang mampu wajib cakap dan tulis... yang tidak mampu berdoalah... Namun kemunkaran dan kebatilan wajib d perangi! Penipuan dlm pilihanraya dalah kemunkaran terbesar kerana ia melibatkan soal memilih pemimpin. Jika tersalah pilih maka kita akan binasa.. "Apabila satu2 urusan diberi kepada org yang tidak amanah, maka tunggulah saat kehancuran..." (mafhum hadis Nabi). Ayoh bangkit!

Tuesday, April 24, 2012

TURUN PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 ADALAH WAJIB !

KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib. Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah). Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam. “Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini. Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam. “Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya. “Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi. Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan. Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain. Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam. “Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam. “Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya. Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram. “Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi.

Monday, April 23, 2012

BILA DIPERIKSA SEMULA , DATA SENANG PULA DIBUANG OLEH SPR?



Yang pastinya manusia tertua di dunia dari Malaysia itu ialah M Mahli B Sulong, lahir pada 31 Dec 1880 kini menetap di Kampung Bahru, Ilir Nangka, Sibu, Sarawak. Tahniah kepada Malaysia sepatutnya kehadairan M Mahli ini harus dibanggakan dan ada pihak tertentu sepatutnya mencatatkan rekod usia M Mahali yang mengatasi pemegang rekod manusia tertua didunia yang baru berusia 114 tahun, sedangkan M Mahli lelaki tertua berusia 131 tahun!!

Adakah pemilik nama seperti yang terpapar dalam halaman semakan daftar pemilih SPR tidak mempunyai surat beranak? Ataupun kalau iyapun, iya pun 131 tahun umur dia. Katakan terlewat buat surat beranak maklumlah orang dulu-dulu kan…tapi sekurang-kurangnya kesilapan tu munkin dalam tempoh 10 tahun la katakan…tolak 10 tahun masih lagi umur dia 121 tahun kan?
P/S : Jadi masih boleh dianggap manusia tertua di dunia…tiada usaha ke nak bagi dia masuk Guinness? Ehem……

Sunday, April 22, 2012

TIBAI SEBENARNYA HAMPAS UMNO (UMNO YANG KATA)

Saya juga diundang menghadiri majlis pelancaran rasmi TIBAI iaitu singkatan kepada perkataan 'TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM' yang akan dirasmikan oleh pembodek terbesar negara Datuk Paduka Haji Ibrahim Ali, Presiden PERKASA pada 22 April 2012, bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Maaf kepada Majlis Syura TIBAI, saya tidak dapat memenuhi undangan itu kerana saya tidak berkenan dan tidak mahu menambahkan lagi dosa saya kepada Allah, kerana di dalam majlis TIBAI ini nanti tentunya akan dinodai oleh mereka-mereka yang tidak takut berdosa kepada Tuhan akibat keghairan meluap-luap mereka untuk menyerang dan mengaibkan air muka orang lain.

Di dalam agama yang tidak dianuti oleh Senator Nallakarupan, Islam melarang keras tanpa ada kompromi sekiranya kita berkelakuan lebih buruk mencaci, menghina dan mengaibkan orang yang dianggap buruk oleh kita. Banyak potongan ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang diImani oleh Zahid Md Arip, Ezam Mohd. Nor, Zaharin Hashim, Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali termasuk serikandi idola mereka Umi Hafilda yang melarang umat Islam supaya menjauhi daripada perebuatan keji dengan menghina dan mengaibkan peribadi orang lain.

Lagi banyak kutukan dewata kita terhadap individu Islam yang dihina itu, maka bertambahlah pahala yang dperolehi oleh orang yang diaibkan itu. Pahala yang ada pada kita akan berpindah kepada orang yang kita aibkan itu! Takkan Zul Nordin dah kabur mata dengan hukum feqah ini?

Apakah Mursyidul Am Majlis Syura TIBAI, Saudara Zahid Md Arip iaitu cucu kepada Tun Ghafar Baba tidak terasa berdosa untuk mensyubhatkan diri ke lembah dosa yang amat keras balasannya di akhirat kelak? Apakah anggota Majlis Syura TIBAI ini ada kekebalan di sisi Allah untuk terus membiadapkan diri mereka sehingga terlupa bahawa diri masing-masing juga memiliki sifat-sifat mazmumah, malah mungkin lebih tinggi darjat dosanya dengan insan yang ditibai itu?


Kepada mereka, secara tulus saya ingatkan supaya diri kita jangan jadi 'hampas' semata-mata tingginya keinginan untuk menjadi pembodek yang hina dina. Jika kita membariskan kesalahan orang lain dan mendedahkannya kepada umum, apakah kita tuli bahawa di dalam rumah kita juga tidak kurang, malah lebih berganda perbuatan-perbuatan munkar dan kekejian yang wajib dibanteras?

Jika di dalam UMNO disaratkan dengan insan-insan yang oportunis seperti ini termasuk kaki ampu dan kaki kipas serta yang tidak takut kepada dosa, maka dibimbangi semakin hampirlah kita di perkuburan untuk ditalkinkan.

Saya berpendapat di dalam sepak terajang berpolitik janganlah kita ghairah sangat untuk mencari-cara keaiban peribadi orang lain. Permainan politik sedemikian menjadikan diri kita lebih hina, kerana tak pasal-pasal orang lain akan menilai akhlak dan akal budi kita, saling tak tumpah persis pecacai UMNO yang hina dina. Apabila kita gemar menjadi pecacai menghina orang lain, tentu ramai yang akan berkata bahawa yang menghina itu lebih hina dari orang yang dihinanya. Sebagai orang UMNO, saya berhak untuk menyatakan rasa malu sekiranya UMNO menghalalkan perbuatan keji yang berdosa ini.

Bukankah banyak kebijakan lain yang boleh kita lakukan untuk menghambat hati rakyat supaya selesa dengan UMNO? Bukankah di dalam UMNO ramai juga yang berjiwa Islam, tetapi apakah kita hanya berbangga dengan ilmu Islam yang dimiliki sedangkan kemunkaran berlambak di depan mata tidak dipedulikan.

Ulamak-ulamak yang berada di dalam UMNO hendaklah benar-benar ikhlas dan tuntas untuk melihat kebejatan yang menjadi virus dan racun kepada parti yang menjadi teras kepada pemerintahan negara ini agar tidak dipendekkan jangka hayatnya. Melontarkan banyak keaiban Anwar janganlah sampai mengundang keaiban pemimpin kita turut terlondeh. Jika kita marah kerana aib pemimpin kita dilondehkan, eloklah kita segera muhasabah diri dan perbetulkan alignment sendiri yang kelihatan rosak.

TIBAI yang dilancarkan nanti lebih merupakan 'HIMPUNAN AIBKAN MANUSIA PECACAI AMPU SEMALAYSIA' atau singkatannya HAMPAS. Wallahu'alam!




Posted by Abdul Rahman Hashim

PENGUNJUNG DAH CAPAI 10,000 !

BEGINILAH CARA MENGUNDI YANG BETUL

Tuesday, April 17, 2012

KENA SIASAT & TERLIBAT?

Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen Pokok Sena YB Haji Mahfuz Omar mengenai task force yang diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak dalam misi mereka memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Disini aku senaraikan nama-nama wanted yang turut sama dalam GERAKAN KHAS untuk menjahanamkan negara ni :

1. DATUK OSMAN RAZAK -Ketua, Penasihat Khas Perdana Menteri(Gambar dalam proses)
2. DATUK MOHAMED THAJUDEEN ABD WAHAB - Setiausaha MKN (gambar bawah)
3. DATUK WAN AHMAD WAN OMAR - Timbalan Pengerusi SPR (gambar bawah)
4. DATUK JARIAH - Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (gambar bawah)
5. NIK NORASHIKIN NIK MANSUR - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
6. RASHID BASIRON - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
7. SHAHRUL ANWAR AHMAD ZAHIDI - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara


Sebenarnya mereka ini lah pengkhianat negara, agama dan bangsa. Sebagai salah seorang penduduk negara bertuah ini rasa terhina dan tercabar menyelebungi jiwa dengan perbuatan dan tindak tanduk yang telah dilakukan oleh mereka-mereka ini. Sekiranya pendedahan YB Pokok Sena ini salah, mereka ini patut tampil ke hadapan bagi menafikan pendedahan tersebut dan tindakan sewajarnya patut di ambil bagi membersih nama yang tercalar, tetapi sekiranya tiada sebarang penafian dan tindakan dibuat, seruan dan cadangan agar mereka-mereka ini diajar dengan secukupnya.

Mereka-mereka inilah kakitangan kerajaan yang tidak amanah dan tidak bermaruah, menjual dan menggadai maruah hanya dengan sedikit habuan dunia.

PASTIKAN PAKATAN RAKYAT DAPAT BERKUASA SELEPAS PRU13 NI NANTI.

Monday, April 16, 2012

TEMBELANG BN SABAH DAH BASAH

Penyata Akaun Bank Menunjukkan Anak-Anak Musa Aman Ada Akses Pada Wang Haram
Artikel Oleh Sarawak Report

[musa aman3] Dokumen-dokumen yang terbocor dari siasatan SPRM telah menunjukkan bukti untuk mensabitkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, dalam skandal rasuah pembalakan, yang mana ianya dikatakan sebagai penyembunyian politik berprofil tinggi.

Musa Aman sentiasa menafikan tuduhan yang dia dikaitkan dengan skandal pembalakan Sabah bersama Michael Chia, yang telah ditangkap di Hong Kong dan dituduh dalam kesalahan penyelewengan wang, ketika dia cuba menyeludupkan wang tunai bernilai SG$16 juta ke Malaysia dalam tahun 2008

Namun, Sarawak Report kini telah mendapat akses kepada dokumen-dokumen berahsia dari hasil siasatan pihak ICAC Hong Kong dan juga SPRM Malaysia, yang jelas membuktikan bahawa Ketua Menteri Sabah itu terbabit secara langsung.

Dokumen-dokumen itu termasuklah salinan-salinan penyata bank, yang merekodkan bayaran kepada anak-anak Musa Aman, dibayar keluar dari akaun yang disuspek dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti perniagaan Michael Chia.

Chia adalah ‘anak-angkat’ Musa Aman

Michael Chia, yang sentiasa menganggap dirinya sebagai ‘anak-angkat’ kepada Musa Aman, memainkan peranannya selaku seorang fasilitator untuk mendapatkan sogokan bagi pihak Ketua Menteri itu, sebuah sumber dalaman turut memberitahu.

Menurut mereka sebaik sahaja Musa Aman dilantik menjadi Ketua Menteri, Michael Chia terus menemui para usahawan pembalakan dengan mengatakan bahawa konsesi-konsesi pembalakan tetap akan dikeluarkan – tetapi dengan syarat sogokan harus dibayar terlebih dahulu, melaluinya yang bertindak sebagai pengantara kepada Musa Aman.
“Tampokong telah diarahkan untuk menuruti arahan Chia”, kata sebuah sumber dalaman. Ini bermakna Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong telah diarahkan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Musa Aman, untuk membida bagi pihak Chia semasa meluluskan lesen-lesen pembalakan.

Yayasan Sabah mengawalselia sekitar satu juta hektar baki tanah hutan, yang ia sepatutnya jaga dan uruskan bagi pihak negeri dan rakyatnya. Namun, secara kurang beramanah, salah seorang dari ahli politik terkemuka tanah air yang juga ketua kepada Lembaga Amanah, telah memberi peluang kepada Ketua Menteri suatu kawalan secara peribadi tanpa had untuk mentadbir sumber asli utama negara.

Kelemahan dalam pentadbiran yang berkualiti telah menjadi resipi rasuah dan bukti-bukti kami menunjukkan bahawa Musa Aman telah menggunakan segala peluang yang ada.

Bukti pada akaun-akaun bank

Ketika ditahan di Hong Kong, sambil memeluk berkas-berkas wang kertas bernilai SG$10,000 setiap satunya, Chia telah disuspek menyeludup wang haram, dengan tujuan membawanya balik ke Sabah untuk membiayai kegiatan rasuah pilihanraya BN.

Wang berkenaan dan akaun-akaun bank yang berkaitan telah dibekukan di Hong Kong atas arahan pihak ICAC bagi tempoh masa maksimum 3 tahun, ketika para penyiasat mereka cuba mendapatkan kerjasama penting daripada Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail, untuk membolehkan mereka mendapatkan lebih banyak bukti yang mereka perlukan dari pihak-pihak berwibawa di Malaysia.

Dalam pada itu pihak SPRM telah memulakan siasatan mereka, merampas 9 lori yang sarat dengan bahan dan dokumen dari premis-premis Michael Chia dan juga milik rakan usahawan pembalakannya, termasuk Andrew Lim dan Admond Looh.

Para penyiasat telah mendapati bahawa Chia telah membuka beberapa akaun bank berkaitan di HSBC, Singapura dan Bank Swiss UBS, yang berpangkalan di Hong Kong. Kami juga mempunyai salinan-salinan penyata dari bank-bank berkenaan yang menunjukkan bahawa anak-anak Musa Aman mengeluarkan wang dari salah satu akaun-akaun itu pada kadar yang tetap, berdasarkan arahan tetap.

Akaun ini dibuka dalam Dollar Australia di Singapura, kerana pada ketika itu budak-budak itu sedang menuntut di Perth, Australia. Terdapat juga keadaan di mana wang pernah dikeluarkan oleh Imbarine Bujang, seorang yang diarahkan oleh Musa Aman untuk mengawas keperluan dan kebajikan kedua-dua anaknya semasa mereka menuntut di Australia.

Mohammed Hayssam Musa dan Hazem Mubarak Musa adalah anak-anak Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Sarawak Report kini mendapat salinan-salinan penyata dari bank berkenaan, yang menunjukkan perbelanjaan mereka dibayar secara berkala di sekitar tahun 2006 dan 2007.

Suatu pembayaran juga turut dibuat kepada sebuah syarikat hartanah Australia, iaitu Riverstar Investment Pty Ltd, untuk menguruskan sewaan apartmen kegunaan kedua-dua anak Musa di Perth itu.

Penyata-penyata yang ada pada kami yang berkaitan dengan akaun-akaun USD$ dengan bank UBS Hong Kong yang sama (yang diuruskan oleh cawangan mereka di Singapura) menunjukkan bagaimana wang itu dipindahkan untuk menguruskan pembayaran. Bukti-bukti kami menunjukkan bahawa wang yang mengalir masuk ke dalam akaun-akaun itu dikaitkan secara langsung dengan penganugerahan lesen-lesen pembalakan dari Yayasan Sabah.

Chia sendiri yang membuat pembayaran terus kepada anak-anak Musa Aman
Sebarang usaha oleh Ketua Menteri itu untuk menjauhkan dirinya dan juga keluarganya dari bahan bukti bahawa dia pernah menerima sogokan menerusi Michael Chia pastinya kurang meyakinkan dengan hakikatnya bahawa penyata-penyata bank lain, yang ditemui oleh pihak SPRM, menunjukkan bahawa Chia sendiri telah melakukan pembayaran kepada anak-anak Musa Aman dalam suatu tempoh sebelum membuka akaun dalam UBS pada tahun 2006.

Semua pembayaran ini telah dibuat menerusi akaun HSBC peribadinya!

Bayaran berjumlah SG85,000 kepada Mohammed Tampokong!

Dokumen-dokumen berbukti juga menunjukkan bahawa Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong (yang diarahkan untuk bekerjasama dengan Chia) juga menerima sejumlah wang yang banyak menerusi sebuah lagi akaun bank yang dikendalikan oleh Chia dan rakan-rakannya, pada kali ini ianya dibuat dari sebuah syarikat yang berpangkalan di kepulauan British Virgin, Zenique Investment Ltd.

Maka dengan ini kami ingin mempersoalkan, apakah yang membolehkan seseorang penjawat awam yang bergaji tetap yang menguruskan lesen-lesen pembalakan di Sabah telah secara sahnya menerima bayaran berjumlah SG$85,000 dari akaun luar negara?

Bahan bukti ini telah menguatkan lagi tuduhan bahawa Chia telah menerima sogokan dari syarikat-syarikat pembalakan yang mendapat lesen-lesen membalak dari Yayasan Sabah, yang telah diuruskan oleh Mohd Daud Tampokong, dan seterusnya Chia menyalurkan wang dari jaringan akaun-akaun banknya kepada Musa Aman dan juga Pengurus Hutan.

Kini Musa Aman sedang menjauhkan dirinya dari siasatan ke atas skandal sogokan tersebut, di mana dia harus memberikan penjelasan yang meyakinkan mengenai bayaran-bayaran yang ditemui itu.
Penyembunyian

Setakat ini, Ketua Menteri itu sedang dilindungi dari didakwa, menurut sumber dalaman kami, oleh seorang yang amat berpengaruh dalam perundangan Malaysia, iaitu Peguam Negara.

Abdul Gani Patail adalah penduduk Sabah dan merupakan mempunyai tali persaudaraan yang rapat dengan Musa Aman dan kini sedang berusaha menghalang tekanan dari tuduhan-tuduhan itu. Kami juga mendapati bahawa pihak Suruhanjaya Anti-Rasuah Hong Kong pernah mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkuasa di Malaysia dalam tahun 2008 untuk mendapatkan bantuan setelah Michael Chia ditahan.

Namun, Peguam Negara telah enggan menandatangani segala bantuan perundangan bagi membolehkan siasatan ke atas kes itu secara dwi-negara dijalankan. Kami difahamkan bahawa Peguam Negara, Abdul Gani Patail sendiri telah ke Hong Kong untuk mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa di Hong Kong untuk menutup kes berkenaan.
Setelah 3 tahun, pihak-pihak berkuasa di Hong Kong telah terpaksa menyahbekukan akaun-akaun Chia dan menangguhkan siasatan kerana pihak-pihak berkuasa di Malaysia enggan memberikan kerjasama. Berjuta-juta ringgit dari akaun-akaun ini telah dikeluarkan menjelang akhir tahun lalu dan dipercayai akan disalurkan ke Sabah, bagi tujuan membeli undi untuk UMNO/BN pada pilihanraya nanti.

Siasatan SPRM juga dihalang oleh Gani

Siasatan SPRM yang serupa juga, yang telah menemui banyak bukti mengenai sogokan dari kegiatan pembalakan Sabah, telah dihalang.

Para penyiasat dari Malaysia, yang terkenal sebagai penyiasat yang terperinci, telah memperoleh bukti-bukti dari pelbagai rakan kongsi Chia, yang mengakui telah menjelaskan wang sogokan. Pihak SPRM menyatakan bahawa tidak kurang dari 40 pertuduhan boleh dikenakan ke atas Ketua Menteri Sabah itu, tetapi Peguam Negara tetap enggan menjalankan perbicaraan ke atas kes itu.

“Laporan yang berserta bukti itu masih berada di atas mejanya”, kata salah sebuah sumber kepada kami.
Keadaan ini menunjukkan kehampaan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdullah, yang mengakui bahawa Peguam Negara telah enggan membicarakan “kes-kes yang sahih”, dengan mengatakan bahawa kes-kes itu kekurangan bukti yang kukuh.

Sarawak Report kini sedang menerima banyak bahan bukti dan dalam waktu terdekat ini kami akan berkongsi dengan orang awam dan mempelawa mereka membuat pertimbangan ke atas kes ini, yang mana Peguam Negara telah enggan membawanya ke mahkamah.
Bahan Bukti Dari Sabah! Penyata-Penyata Akaun Bank Menunjukkan Anak-Anak Musa Aman Ada Akses Pada Wang Haram – Pendedahan Kebangsaan!
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13663

Thursday, April 12, 2012

BN MEMANG TAK MAMPU BERI PENDIDIKAN PERCUMA !

Kekayaan negara mampu tanggung kos pengajian
UALA LUMPUR, 12 April: Dengan limpahan kekayaan negara Malaysia, sebuah kerajaan yang beramanah, adil lagi telus pasti mampu menjana pendapatan yang baik yang memungkinkan kos yuran pengajian ditanggung oleh perbelanjaan rasmi kerajaan.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, ini kerana Malaysia merupakan negara yang dianugerahkan oleh Allah sumber kekayaan yang sangat banyak bermula dengan minyak sebagai antara sumber pendapatan terbesar dan hasil mahsul yang lain.

“Namun, rakyat gagal menikmati sepenuhnya kekayaan tersebut termasuklah untuk menikmati pendidikan tinggi secara percuma disebabkan salah urus kewangan yang berlaku di pihak pemerintah Barisan Nasional,” katannya dipetik daripada web malaysiatransform.com.

Katanya, kegagalan kerajaan BN menanggung sepenuhnya kos pendidikan di peringkat tinggi berpunca sekurang-kurangnya daripada tiga sebab.

Pertamanya, kata beliau kegagalan menjana pendapatan sebenar negara kerana rasuah dalam pentadbiran negara.

Keduanya, ujarnya ketirisan yang sangat banyak dalam pengurusan perbelanjaan harta negara.

“Ketiganya, pemborosan perbelanjaan dalam perkara yang tidak utama dan penting,” katanya lagi.

Oleh itu, ujarnya sebuah kerajaan yang bersifat amanah, adil, telus lagi bersederhana dan tidak boros amat diperlukan oleh rakyat Malaysia selepas PRU13 nanti.

“Kos pendidikan melibatkan sekurang-kurangnya dua perkara. Pertamanya kos yuran pengajian. Keduanya kos sara hidup pelajar sepanjang pengajian,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau menambah kos sara hidup pelajar boleh disediakan atas nama pembiayaan bukannya pinjaman dengan peruntukan rasmi kerajaan pusat menerusi penubuhan Tabung Amanah Pendidikan Tinggi dengan bersumberkan tiga perkara.

“Pertamanya, dana kerajaan pusat. Keduanya, sumbangan tunai badan-badan korporat yang sangat banyak di Malaysia atas nama tanggungjawab sosial korporat yang diberikan pelepasan cukai,” ujarnya.

Ketiga, tambah beliau sumbangan harta kekal yang boleh dikembangkan hasilnya seumpama system wakaf dalam Islam.

Sementara itu, kata Khairuddin sebagai tambahan, kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dengan mekanisama tertentu yang boleh difikirkan boleh bekerjasama mengukuhkan dana Tabung Amanah tersebut dengan memanfaatkan yayasan-yayasan pendidikan negeri sedia ada.

Monday, April 9, 2012

Friday, April 6, 2012

BN TERDESAK DI SELANGOR

PAS Selangor akan mendedahkan satu lagi cubaan jahat Umno-BN dalam memanipulasi daftar pemilih dalam kempen mereka untuk menawan kembali Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang.

Taktik terbaru adalah mendaftarkan isteri tentera sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata ia dilakukan dengan meniru tanda tangan isteri-isteri tentera di dalam borang-borang khusus bagi mendaftar mereka sebagai pengundi pos.

“Ini berlaku di dalam kem, secara khusus yang dapat saya dedahkan sedikit hari ini ialah kem di Paya Jaras.

“Usaha ini melibatkan pegawai tentera. Bila kita panggil saksi dalam pendengaran perbicaraan rang daftar pemilih, saksi itu mengakui bahawa pemohon tidak pernah menandatangani borang permohonan.

“Tetapi nama mereka tersenarai dalam rang daftar pemilih”, jelasnya di dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Khairuddin menambah, usaha tersebut bergiat aktif di dalam kem tentera dan bertujuan meninggkatkan jumlah pengundi pos di Selangor.

Khairuddin berkata bukti terperinci tentang usaha itu akan didedahkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, PAS Selangor telah mempersoalkan pertambahan mendadak pengundi yang bertukar alamat mengundi mereka daripada tempat lain ke Parlimen dan Dun di Selangor.

Antara kes yang dikenalpasti adalah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan ’12′. Kebanyakan mereka ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS pada 2008.

Selain itu, PAS Selangor turut membantah tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang melanggar peraturan dengan mendaftarkan seramai 303 anggota pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pengundi pos. -selangorku

Tuesday, April 3, 2012

RAKYAT BOLEH HILANG SABAR BILA PANEL KHAS PUN ARAH SPR BERSIHKAN DAFTAR

KUALA LUMPUR— Panel khas Parlimen menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan keutamaan bagi membersihkan daftar pemilih daripada sebarang kegiatan manipulasi.

Panel berkenaan dalam laporan akhir mereka yang dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini turut mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) diteruskan bagi memantau dan memastikan daftar pemilih terus bersih dan bebas.

Cadangan tersebut dikemukakan selepas dakwaan berterusan pemimpin pembangkang dan kumpulan pemerhati seperti Bersih 2.0 terhadap kegiatan manipulasi dalam daftar pemilih, termasuk kewujudan pengundi bertindih dan peningkatan mencurigakan di sesetengah kawasan pengundian.

“Jawatankuasa mencadangkan agar SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan kerjasama berterusan untuk membersihkan daftar pengundi bagi memastikan daftar pengundi yang digunakan di dalam pilihan raya adalah sah,” kata panel dalam laporan tersebut.

Panel berkenaan turutt mendedahkan sehingga 20 Mac ini, sejumlah 483 anggota polis telah memohon untuk kad MyKad atau MyTentera.

“Jawatankuasa mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil tindakan sewajarnya dalam tempoh 60 hari selepas laporan lengkap ini dibentangkan di Parlimen,” kata panel.

Turut dicadangkan agensi yang bebas seperti Mimos Berhad ditugaskan untuk bekerjasama dengan SPR untuk mengemaskini daftar pengundi berkenaan.

Panel berkenaan turut mendedahkanpengesahan daripada Mimos menunjukkan sejumlah 324 alamat dengan lebih 100 individu didaftarkan sebagai pengundi dan 938 alamat antara 51 dan 100 pengundi berdaftar.

Menurut panel, punca kepada masalah tersebut adalah alamat yang tidak lengkap, seperti alamat yang menggunakan perkataan “kampung”, “rumah pangsa”, “rumah panjang”, dan “jalan” tanpa nombor rumah, alamat bersama, dan alamat pengundi “peminjam”, yang mana alamat digunakan oleh individu lain yang membolehkan mereka berdaftar di kawasan spesific.

Sehubungan itu, panel berkenaan mengarahkan SPR untuk menggunakan tempoh 45 hari untuk menunjukkan senarai pengundi di mana lebih 50 didaftarkan di bawah satu alamat.

“Ini bagi membolehkan mereka (pengundi) tampil dan membolehkan SPR membersihkan senarai daftar pengundi. Hasilnya kemudian harus di laporkan kepada jawatankuasa khas Parlimen yang dilantik,” kata panel.

Antara cadangan lain, panel turut menuntut pemindaan peruntukan undang-undang yang membolehkan SPR memadamkan nama daripada senarai daftar pengundi, apabila menerima bukti individu berkenaan bukan pengundi sah.

Laporan PSC itu sedang dibahaskan di Parlimen.

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas 13 mesyuarat, enam pendengaran awam, dan lawatan ke beberapa negara luar, panel berkenaan mengemukakan 22 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam. Daripada kesemua hasil laporan tersebut, terdapat empat perkara yang tidak dipersetujui panel.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Sunday, April 1, 2012

MENAKJUBKAN ! PERODUA KANCIL JADI PERODUA ITIK ?

Dulu Terowong SMART siap masuk discovery channel ! Rakyat Mesia memulo dulu bangga gak. Lepastu rakyat Mesia terutama penyokong BN punya seronok projek gah itu akan menghapuskan kejadian banjir yang sentiasa berlaku setiap tahun .... rupa-rupanya banjir jugak.Ramai terperanjat bila melihat Perodua Kancil berenang-renang di atas aiar di atas jalanraya di Wilayah Persekutuan .

Kuala Lumpur - Beberapa laluan utama menuju ke ibu negara mengalami kesesakan teruk pagi ini akibat banjir kilat dan kemalangan kecil berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.

Antara kawasan yang mengalami kesesakan ialah Lebuhraya Persekutuan, Jalan Lingkaran Tengah 2, Lebuhraya Sungai Besi dan Duta-Ulu Kelang Expressway.

Kesesakan itu juga berpunca daripada penutupan Terowong Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) bermula pukul 7 pagi tadi.

Menurut jurucakap SMART penutupan itu bagi membolehkan air banjir disalurkan ke terowong tersebut untuk mengatasi banjir kilat di beberapa laluan termasuk di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan Jalan Jelatek di Keramat.

Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur pula berkata kesesakan lalu lintas berlaku di hampir semua laluan menuju ke ibu kota namun keadaan adalah terkawal.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan ribut petir dan hujan lebat di beberapa tempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor termasuk di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat akan berterusan sehingga tengah hari ini.

Turut mengalami keadaan sama ialah Ledang, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulaijaya, Johor Baharu dan Kota Tinggi di Johor serta Jasin di Melaka.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Segamat, Johor serta Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka, yang mungkin menyebabkan angin kencang serta banjir kilat. - Bernama