Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, September 28, 2011

NAMPAK SANGAT SELAMA INI TAK BUAT KERJA

Dalam masa tak sampai 2 bulan Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) boleh kemaskini 70,361 data? Hebat ! Selama bertahun-tahun SPR asyik mengelak menjawab kenapa maklumat pengundi yang sudah meninggal masih ada dalam pengkalan data(Database). Teman risau kalau nama-nama pengundi yang berdaftar dan masih hidup dikeluatrkan sekali ...almaklumlah , alasan nanti tidak sengaja.

70,361 digugur dan 50,000 disiasat : Bukti Kejayaan Rakyat

Akhirnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengistiharkan kepada rakyat Malaysia 70,361 pemilih digugur dan 50 ribu lagi pemilih sedang di siasat. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Dato Kamaruddin Mohamed Baria Setiausaha SPR kepada Bernama pada 27hb September 2011. Daripada jumlah pemilih yang digugurkan, terdapat 69,293 adalah pemilih yang telah meninggal dunia dan baki 1,068 pemilih yang telah dilucutkan kewarganegaraannya oleh pihak JPN.

Setiausaha SPR menyatakan bahawa tindakan itu diambil bermula Julai hingga 15 hb September 2011 membabitkan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 12.3 juta orang. Proses pemutihan ini telah melibatkan semakan rekod pemilih dengan kerjasama JPN, Jabatan Arah rekod dan Pencen (JRP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pendedahan terbaharu SPR ini telah menolak penafian Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pada 19 hb Ogos 2011 yang telah menyatakan bahawa kemungkinan kesilapan dalam daftar pemilih SPR hanyalah 0.0001% sahaja. Jumlah pemilih yang digugur dan di siasat adalah 120,361 daripada 12.3 juta pemilih. Jumlah ini adalah 0.98 % bukannya 0.0001 % seperti yang didakwa oleh Pengerusi SPR. Jumlah pemutihan yang besar ini juga membuktikan dakwaan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar yang menyatakan bahawa kesilapan yang berlaku adalah kesilapan kerani SPR adalah tidak benar. Tidak mungkin kesilapan kerani SPR sehingga melibatkan ratusan ribu data SPR.

Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa pengguguran dan penyiasatan daftar pemilih SPR ini adalah kejayaan rakyat Malaysia dalam mendesak kerajaan membersihkan daftar pemilih terbabit. Desakan ini bermula daripada Himpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011 dikuti siri-siri pendedahan yang telah dibuat oleh Pemuda PAS Malaysia. Persoalannya apakah SPR akan melaksanakan pemutihan secara intensif tanpa sebarang desakkan daripada rakyat? Pemuda PAS penuh yakin bahawa pemutihan ini tidak akan berlaku tanpa tekanan yang kuat daripada rakyat. Tahniah rakyat Malaysia.

Pemuda PAS mahu terus mendesak kepada SPR agar mengemukakan hasil siasatan ke atas 50 ribu pemilih yang pernah diwartakannya. Satu jawapan yang bertanggungjawab daripada SPR perlu dikeluarkan iaitu berapa ribukah jumlah pemilih yang memiliki kad pengenalan klon/palsu. SPR tidak boleh berdalih dalam perkara ini kerana Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar sendiri telah mengakui pada 24 Julai 2011 bahawa terdapat kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih sah SPR. Soalan ini boleh dipecahkan kepada berikut :

1. Berapa banyakkah kad pengenalan lama dimiliki oleh lebih daripada satu identiti pemilih.
2. Berapa ramaikah pemilih berkembar?(Memiliki nama pemilih yang sama dan kad pengenalan yang 83% adalah sama)
3. Berapa ramaikah pemilih yang berkod negara “71” yang telah digugurkan?

Cabaran yang paling besar dihadapi oleh SPR dalam mengemukakan hasil siasatan di atas adalah halangan daripada Menteri Dalam Negeri yang menjaga Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Tidak mungkin hasil siasatan ini akan dimaklumkan secara telus kepada rakyat selagi kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional(BN). Jika rakyat mahukan maklumat sebenar berkenaan manipulasi kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih SPR maka kerajaan BN perlu ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang. Rakyat perlu digembelingkan untuk mengagalkan sebarang bentuk ruang manipulasi dalam pilihanraya akan datang.

SUHAIZAN BIN KAYAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA.
KETUA PEMUDA PAS JOHOR.

Sunday, September 25, 2011

UMNO PERAK DAH SERIK , KINI NAK PINDAH KE GERIK

Umno serik di Bukit Gantang, mahukan Gerik pula!
Nampaknya Parti Gerakan terus diperkotak-katikan oleh Umno.Di Pulau Pinang Gerakan menerima cemuhan dan hinaan sejak terlepas Pulau Pinang kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12 dahulu.

Walaupun PM Najib cuba mengangkat kredibiliti parti Gerakan dengan melantik pengerusinya, Koh Tsu Koon (KTK) yang kalah menjadi senator dan seterusnya dilantik sebagai menteri kabinet, namun kecaman dan hinaan semakin rancak bertalu-talu terpaksa diterima oleh KTK yang nampaknya semakin tidak bermaya lagi.

Kini pergolakan tersebut menular ke Perak.Gerakan diperlakukan umpama bola yang ditendang kesana kemari.Menurut laporan terkini, calon Umno mungkin akan bertanding semula di kerusi Parlimen Gerik, yang kini disandang wakil Gerakan, pada pilihan raya akan datang.

Kerusi yang ditandingi Umno itu diserahkan kepada Gerakan pada pilihan raya 2008 selepas kerusi yang ditandingi Gerakan di Parlimen Bukit Gantang diserah kembali kepada Umno. Mungkinkah kerusi Parlimen Bukit Gantang akan diserah kembali kepada Gerakan?

Persoalannya jika benar demikian apakah motif disebalik perubahan tersebut? Parlimen Bukit Gantang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat menerusi Allahyarham Haji Roslan bin Shahrom pada PRU-12 yang lalu, kemudian kini disandang oleh DS Nizar setelah melalui satu pilihanraya kecil pada 7 April 2009 dengan majoriti yang lebih besar mengalahkan Umno iaitu 2,789 undi.Sebelum itu, Allahyarham Haji Roslan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,566 undi.

Nampaknya kerusi Bukit Gantang menjadi igauan kepada Umno setelah dua kali kecundang disitu! Umno tentunya serik untuk bertanding disitu memandangkan kedudukan DS Nizar yang semakin diterima oleh rakyat dikawasan tersebut.Umno menyedarinya sebab itu Umno mesti lari dari situ dan memujuk Gerakan jadi Pak Pacak disitu dalam PRU-13 nanti.

Bijak sungguh Umno! Kerusi yang dimenangi di Parlimen Gerik diragut dari tangan Gerakan Apakah Gerakan dikira cerdik jika bersetuju ditempatkan di Parlimen Bukit Gantang sebagai ganti?Nampaknya Gerakan tidak ada pilihan melainkan akur kepada kehendak Zambry untuk jadi Pak Sanggup sahaja.

Thursday, September 22, 2011

UMNO SAMPAI NYANYUK AKAN JADI NYAMUK ! BILA SEBUT HUDUD!

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...,” kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

Wednesday, September 21, 2011

MALAYSIA MALANG DAPAT PM YANG PENGECUT DAN PENAKUT SERTA TAK BERTANGGUNGJAWAB


Najib, Rosmah mohon ketepi sepina jadi saksi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

NONEPermohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang oleh empat peguam kanan yang mewakili mereka.

Salehuddin Saidin (kiri), antara empat peguam yang bertindak bagi pihak Najib dan Rosmah mengesahkan permohonan telah difailkan tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

"Cukup setakat ini bagi dikatakan bahawa kami telah failkan permohonan untuk mengketepikan sepina bagi pihakDatuk Seri Najib dan isterinya,” katanya kepada wartawan.

Apabila diasak wartawan untuk butiran lanjut, Salehuddin berkata beliau hanya boleh mendedahkan maklumat sebaik salinan permohonan itu daripada Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada peguambela Anwar.

Salehuddin, yang merupakan bekas timbalan pendakwa raya juga memberitahu timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi telah menetapkan esok bagi semua pihak hadir di mahkamah bagi menentukan tariikh bagi mendengar permohonan itu.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dicatat oleh geroboksepatu

Wednesday, September 14, 2011

JOM SOLAT HAJAT BERAMAI BANTAH FITNAH 16 SEPTEMBER

Semua ahli PAS khususnya dan Ahli Pakatan Rakyat yang beragama Islam khasnya JOM turun ke Masjid AsSalam Jumaat 16 September ini untuk melakukan solat Jumaat dan selepas itu solat hajat memohon Allah Tolak Fitnah dan binasakan tohmahan yang tak berkesudahan
itu.
Selepas solat hajat kita turun beramai-ramai berkumpul di Balai Polis Bukit Sentosa bagi membuat laporan bagi menolak laporan fitnah UMNO minggu lepas.

Bagi ahli Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam dialu-alukan penyertaan dengan berkumpul di Balai Polis Bukit Sentosa lebihkurang antara jam 2.30 ptg hingga 3.30 ptg.

Monday, September 12, 2011

BILA DATUK ADZIB LUPA AZAB

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama, demikian menurut satu kenyataan MAIS hari ini.
Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011.

"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," katanya.
Oleh itu, MAIS mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

JAIS pada 6 September lalu dilaporkan memutuskan mendakwa Khalid kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Beliau dipanggil ke pejabat Jais pada hari itu dan dinyatakan pendakwaan. Perbicaraan ditetapkan 24 November ini di Mahkamah Syariah Klang.

Khalid kaitkan dengan BN
Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima jawapan berhubung penjelasan yang dimintanya berhubung alasan tidak diberi tauliah kerana "kerana mempunyai rekod jenayah".

"Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak ayak," katanya sambil mendakwa tindakan JAIS itu dipengaruhi sikap MAIS dan campurtangan Umno dan BN.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Khalid juga menunjukkan gambar "bukti" yang didakwa menunjukkan Mohd Adzib menyokong BN.

Antara yang didedahkan gambar Mohd Adzib bersama ahli parlimen Hulu Selangor P amalanathan dalam majlis dalam perkarangan masjid ketika pilihan raya parlimen itu.

Dalam gambar tersebut, Kamalanathan memakai baju yang mempunyai logo BN. "Saya minta dia (Mohd Adzib) jawab," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Sunday, September 4, 2011

KECOH NGERI DI RUMAH NAIB PRESIDEN UMNO, POLIS BUAT DONO ?

Panas!! Polis Tutup Kes Maut Rumah Shafie Afdal?
Posted by Addin at 9/05/2011

Mungkinkah Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khanmenutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri? Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya? Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan ‘Sedekah’.


Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan ‘Hilang’ keesokan harinya.



Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.

Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.

Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.

"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang),” teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.

Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.

Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?

Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.

Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!

Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini./sabahkini

Thursday, September 1, 2011

SEMANGAT satu KAPAL PERLU UNTUK KARPAL

Kosmen : Bukan kita nak perkecilkan Karpal Singh hanya kita berpegang kepada kuasa Allah. Kenyataan Karpal Singh tidak wajar di jawab atau disanggah dengan media atau respon blog. Kita perlu ingat pengalaman kita denga Karpal Singh sewaktu beliau belum faham untuk menerima konsep Negara Islam. Namun kesabaran dan kenyakinan kita dan u
Bukit Kepong: Karpal mahu Mat Sabu tarik balik kenyataan namun usaha berterusan dan perbincangan dengan pimpinan atasan Pakatan Rakyat , akhirnya beliau menerima dengan hati terbuka. Hormatilah peguam yang disedani dan orang yang sudah lali dengan sejarah ssudah sebati dengan diri beliau apatah lagi dalam diri kitapun dan anggap sejarah semua betul.

Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pemimpin DAP (gambar) itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

“Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal dipetik Bernama Online.