Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, December 28, 2011

WAHAI JAMIL KHIR , INGAT KATA BEKAS MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PETALING JAYA: PKR hari ini mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom sendiri tampil memberi penjelasan berhubung isu penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 bagi membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jamil Khir sendiri mesti tampil memberi penjelasan dan bukan menyorok (bersembunyi) di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini,” kata Pengarah Komunikasi parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi memberitahu bahawa beliau menerima jawapan berhubung isu ini daripada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Muhamad Yamin Ismail semalam yang menjelaskan bahawa kos guaman itu diambil dari geran kerajaan.

Beliau (Yamin) juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang ‘menyalahgunakan’ proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah.

Menurut Nik Nazmi, pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman ini.

Kata beliau, malangnya Yamin tidak menyebut tentang ‘pendahuluan’ RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011.

“Yamin juga harus sedar bahawa apabila seseorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan dirinya,” jelas beliau.

Dosa besar

Pada Jun lalu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar.

Semalam FMT melaporkan isu penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 oleh MAIWP untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar.

Laporan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Jamil Khir; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk

Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar.

Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur pula dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara semalam mempertikai kenapa wujud kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat.

Beliau merujuk kepada kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya.

Tuesday, December 27, 2011

CONTOH BUROK MENTERI AGAMA UMNO WAJAR TINDAKAN UNDANG-UNDANG KATA BEKAS POLIS

Jamil Khir melakukan kesalahan dibawah Seksyen 403 - Mat Zain

Dalam satu e-mail yang dikirimkan kepada Ketua Polis Negara, bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim menegaskan “Pembayaran semula setiap sen wang zakat yang telah disalahguna tidak boleh dijadikan alasan untuk membersihkan sesiapapun dari rekod salahlaku atau mengecualikan seseorang dari tindakan ungang-undang.

Oleh itu beliau menggesa supaya Jamil Khir dan dua lagi kawan-kawannya dikenakan tindakan undang-undang kerana telah menyalahgunakan wang zakat untuk membayar yuran guaman mereka.

Menurut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang berkaitan menyalahgunakan harta dengan curang, memperuntukkan bahawa 'Barangsiapa dengan curangnya menyalahgunakan atau menjadikan bagi kegunaannya sendiri atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan apa-apa harta hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda. Kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang tidak perlu diambil dari pemilikan mangsa, cukup sekadar harta itu telah disalahgunakan dengan curang oleh penjenayah.

Oleh itu, perbuatan menyalahgunakan harta dengan curang merujuk kepada perlakuan menggunakan harta yang bukan harta kepunyaan sendiri malah harta orang lain untuk faedah dan kegunaan sendiri.

Perkataan 'harta' di sini menurut Akta Intrepetasi mencakupi harta alih dan juga harta tidak alih.

Sunday, December 25, 2011

TIDAK YAKIN PENTADBIRAN BN 2012 !


SHAH ALAM, 23 DISEMBER : Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) tidak yakin tahun 2012 membawa perubahan besar kepada pengguna.

Bendahari Agungnya, Yusuf Abd Rahman berpendapat tren kenaikan harga barangan akan berlarutan antara lain ekoran proses rasionalisasi subsidi yang dijalankan pemerintah.

“kalau berdasarkan kepada laporan Bank Negara, pertumbuhan KDNK adalah pada paras 5 peratus. Indeks Harga Pengguna setakat Oktober naik 3.2 peratus. Pada pandangan FOMCA, pada tahun 2012 kita mungkin akan menghadapi keadaan yang sama seperti tahun 2011, dan apatah lagi kerajaan masih lagi dalam proses rasionalisasi subsidi. Maksudnya ada harga barang-barang tertentu akan disemak semula umpamanya minyak, gula dan sebagainya. Ini akan menyebabkan peningkatan harga barang-barang tersebut,”katanya.

Indeks harga pengguna atau IHP merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memberi amaran seramai 8.3 juta rakyat Malaysia akan jatuh ke paras miskin bandar dengan pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan menjelang 2020.

Kenaikan gaji di Malaysia sekadar mencatatkan peningkatan purata 2.6 peratus setiap tahun sepanjang 10 tahun lalu, sementara kos kehidupan pula telah mengatasi kadar kenaikan tersebut. Anwar berkata demikian berdasarkan kepada data kerajaan Malaysia.

Bagi melindungi penggguna, Fomca berkata kerajaan perlu mengemukakan dasar holistik yang dapat memberikan lebih banyak insentif kepada rakyat kebanyakan terutama di sektor-sektor penting seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam.

“Bagi pihak FOMCA kerajaan perlu menyediakan peruntukan yang lebih besar kepada sektor-sektor tertentu umpamanya pengangkutan awam, pendidikan dan kesihatan kerana itu ditanggung oleh kerajaan sebahagian besarnya manakala kos-kos lain adalah ditampung oleh rakyat berdasarkan pendapatan mereka.”kata Yusuf.

Sempena pilihanraya akan datang, Yusuf berpendapat pengundi perlu menuntut tiga perkara dari semua calon dan parti yang bertanding.

“Walau siapa juga yang memerintah ia tidak banyak memberi kesan kepada kehidupan rakyat, tetapi yang berubah adalah dasar seperti percukaian contohnya.

Tiga perkara yang kita hendak lihat adalah pertama siapa dapat memberikan kemudahan yang lebih baik, seperti sistem pendidikan dan kesihatan yang lebih baik. Yang kedua adakah kerajaan dapat mewujudkan dasar yang telus, dan ketiga mewujudkan keadaan hisbah (check-and-balance),”katanya.

Thursday, December 22, 2011

BEKAS KETUA PERHUBUNGAN UMNO DIPENJARA 12 BULAN SERTA HARTA DIRAMPAS !

23 Disember 2011
TERKINI BEKAS MB SELANGOR , MERANGKAP BEKAS KETUA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR SERTA MERANGKAP BEKAS KETUA PEMBANGKANG DR KHIR TOYO DIHUKUM PENJARA SEBULAN DAN HARTA DIRAMPAS AKIBAT RASUAH.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.


Malaysiakini

Wednesday, December 21, 2011

AKHIRNYA PENAFIAN TUN MELANTUN !

Pinjaman Bank Dunia; Mahathir mengaku tapi berbohong

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya “rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia” dengan niat menyabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama-klik) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

“In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project”

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama-kilk) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:
a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Tuesday, December 20, 2011

MANTAPKAN UKHWAH DI KALANGAN AHLI PAS

Mantapkan Ukhwah Di Kalangan Ahli Pas
Idris Ahmad
8/12/11
Perkara kedua yang dilakukan oleh nabi Muhammad SAW ketika sampai di Madinah ialah mempersaudarakan antara orang Muhajirin dan Ansar. Mereka disatukan di atas dasar akidah, bukan atas bangsa. Rasulullah SAW menitik beratkan soal ukhwah supaya budaya asabiah di kalangan masyarakat Arab jahiliah yang telah menjadi darah daging dapat dimusnahkan. Bukan senang untuk memecah tradisi masyarakat Arab yang tebal dengan fahaman asabiah dan bangga dengan keturunan . Baginda memberi tarbiah kepada kita bahawa semangat ukhwah kena dimantapkan, lebih lebih lagi ketika negara Madinah baru dibentuk pada ketika itu. Inilah asas yang paling awal perlu dilakukan jika kita mahu membentuk masyarakat yang mantap untuk menghadapi cabaran semasa.
Sehingga persahabatan mereka yang kita tidak akan bertemu dalam sejarah sepanjang zaman. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sohehnya
“Setelah mereka tiba di Madinah Rasulullah SAW telah mempersaudarakan di antara Abdul Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi’. Saad telah berkata kepada Abdul Rahman, “Saya adalah orang yang paling kaya di kalangan Ansar, marilah kita bahagi dua harta itu, saya mempunyai dua isteri , pilih yang mana satu awak suka supaya saya ceraikan dia, apabila selesai ‘iddahnya, berkahwinlah dengan dia”. Abdul Rahman bin ‘Auf menjawab, mudah-mudahan Allah memberkati keluarga dan hartamu, tunjukkanlah saya di mana pasar kamu”

Ahli Pas perlu membentuk ikatan ukhwah yang mantap di kalangan ahli dengan ahli, pimpinan dengan ahli. Ikatan ini dibentuk tanpa ada pilih kasih di kalangan anggota parti. Ia dibina di atas dasar Islam bukan atas dasar duniawi, bukan dibina di atas dasar benda atau pangkat.
Apabila ada ikatan kasih sayang barulah semangat untuk berkorban akan dijelmakan. Kita perlu bina ikatan ini seperti bangunan yang tersusun kukuh. Jamaah hanya kuat apabila wujudnya pertautan hati di kalangan anggota parti. Ia bukan dibina di atas dasar pura-pura atau atas dasar dunia dan kebendaan.
Perkara-perkara yang membawa kepada pertautan hati ialah sifat kasih sayang yang suci, sifat timbang rasa, sifat baik sangka dan semangat ingin berkorban sesame anggota.Hati yang dipenuhi dengan kebencian tidak akan bersatu. Perpaduan yang dibina di atas dasar pura-pura tidak mampu menghasilkan perpaduan yang sebenar.
Persahabatan yang berasakan kepada sifat tamak akan melahirkan pertelingkahan. Suatu persahabatan yang hanya mementingkan perniagaan tidak akan melahirkan sifat timbangrasa dan kasih sayang. Keperluan duniawi mungkin dapat mempersatukan segala ciri-ciri yang belainan ini , tetapi ciri-ciri ini mudah sangat untuk berpecah belah.
Sebuah jamaah yang kuat apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mencintai matlamat yang dituju.
Jamaah yang kukuh ukhwah seumpama acuan keluli di mana syaitan tidak dapat untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan.

Ketika sambutan masyarakat terhadap Pas begitu memberangsangkan maka soal ukhwah adalah suatua perkara yang amat perlu dititik beratkan. Sekiranya ukhwah longgar maka perjalanan jamaah juga akan tempang. Mutu kerja dan semangat di kalangan anggota akan hilang.
Ahli-ahli Pas perlu menunjukkan ukhwah yang teguh walaupun bilangan ahlinya sedikit di suatu tempat, terutamanya bagi ahli Pas yang berada di luar bandar. Banyak di kalangan orang Melayu yang tinggal di pendalaman bukan mereka tidak sudi untuk menyertai Pas, tetapi mereka bimbang akan dipulau oleh ahli Umno sewaktu kenduri dan mati. Sebab itu kita boleh lihat perkara ini yang diterjemahkan di dalam peti undi setiap kali pilihanraya. Jika dicula, tidak ramai yang menjadi ahli Pas, tetapi apabila peti undi dibuka, Pas mendapat sokongan berganda.
Oleh itu cawangan Pas di seluruh negara perlu memperhebatkan program yang boleh mengikat dan memberi motivasi keberanian untuk orang bersama dengan Pas. Masyarakat luar Bandar mereka tidak termakan sangat dengan isu yang berlaku di dalam negara. Yang menjadi perhitungan mereka ialah “politik bermasyarakat”. Pada mereka apa erti mereka sensitif dengan isu penyelewingan yang dilakukan oleh pemimpin Umno, jika mereka dipulau oleh ahli Umno.
Oleh itu program usrah, kemasyarakatan dan kebajikan adalah pengikat kepada ahli Pas untuk berani berjuang bersama dengan Pas. Biar mereka ada keberanian kerana kebajikan mereka dipedulikan oleh jamaah.
Sepanjang pengalaman saya melihat cawangan yang kuat dengan ikatan ukhwah dan kemasyarakatan di situ ahlinya mempunyai motivasi yang tinggi untuk melawan Umno. Sebab itu program kebajikan perlu diaktifkan dalam apa keadaan sekali pun jika kita mahu mendapat sokongan ahli terutama di kawasan pendalaman.
Walaupun nampak remeh sahaja isu ini tetapi isu inilah yang menyebabkan ahli Umno bimbang untuk menyeberang menyertai Pas takut dipulau apabila mereka berbuat demikian.

Monday, December 19, 2011

CUEPACS MOHON KERAJAAN TANGGUH LAKSANA SBPA!

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

“Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik.

“Kenaikan gaji 1 Januari boleh dianjakkan satu dua bulan lagi, katakan Mac, kita bayar tunggakan gaji, tiada masalah,” kata Omar pada sidang media sempena perhimpunan bantahan dan taklimat SBPA di Pusat Konvensyen CIDB di sini petang ini.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan pada Khamis ini.

“Soal penangguhan itu bagi kami, itu perkara kedua dan ketiga, tetapi kami mahukan hak perundingan, mahu hak perundingan dikembalikan, sistem gaji ini dikaji semula, berunding dengan kami,” kata beliau sambil menegaskan urusan opsyen SBPA perlu ditangguhkan.

“Kami meminta ahli-ahli kami tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai,” kata beliau sambil menambah sekitar 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam mendapat perlindungan menerusi perjuangan Cuepacs.

Bagaimanapun Cuepacs tiada maklumat berapa ramai yang sudah menandatangani opsyen SBPA setakat ini.

“Kami tiada statistik buat masa sekarang,” kata beliau yang turut menambah, pihaknya belum memaklumkan pendirian penangguhan pelaksanaan urusan opsyen kepada JPA lagi. Cuepacs membuat pendirian itu pada mesyuarat majlis kongres di Perlis Khamis lalu. JPA membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia akan ditutup pada 30 Disember.

“Tempoh 15 hari tidak cukup, kami mahu ia dilanjutkan,” kata Omar sambil menambah, pemimpin-pemimpin Cuepacs sendiri tidak jelas tentang kandungan SBPA.

“Kalau kami sendiri tidak jelas, bagaimana hendak dijelaskan kepada ahli-ahli kami.

“Kalau kami diberikan maklumat, kami sendiri boleh lakukan jelajah taklimat tanpa JPA, kami boleh buat, kami boleh tolong. Tetapi ini tidak berlaku, tetapi kami tidak dibawa bersama dalam taklimat mereka,” katanya lagi.

Sekitar 2,000 ahli jawatankuasa kesatuan gabungan Cuepacs menghadiri perhimpunan hari ini. Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji. Beliau mengakui ada kakitangan awam diugut supaya menerima SBPA dan dikatakan tidak boleh masuk pejabat jika enggan menerima SBPA.

Apabila diberitahu bahawa ada kakitangan yang sudah dimaklumkan mengenai tangga gaji, Omar berkata:

“Kami tidak diberikan buku sifir gaji sepenuhnya. Masa kami tanya pada taklimat JPA (bulan lalu) dikatakan rahsia, tetapi sekarang tidak dikeluarkan.

“Memang ada kakitangan diberitahu, tetapi kebanyakan tidak tahu. Ada juga agensi yang tidak ada kesatuan.” Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.

SBPA akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia. Pekeliling rasmi mengenainya dikeluarkan pada 7 Disember lalu.

“Ini kali pertama dalam sejarah, saya sudah berkhidmata selama... ini kali pertama dilaksanakan tanpa hak perundingan, tiada maklumat terperinci,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pendirian kekesalan mereka, Omar berkata, pihaknya hairan kerana kerajaan mengetepikan peranan Cuepacs dan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kami amat kesal mengapa ia berlaku sekarang, apabila hendak melaksanakan SBPA. Dulu ketika hendak melaksanakan opsyen berkaitan berpindah dari skim KWSP kepada skim pencen, Cuepacs diajak berunding.

“Begitu juga ketika memansuhkan sistem penilaian PTK dan digantikan dengan Prospek, kami diajak berbincang tetapi sekarang tidak, maklumat disembunyikan, tidak diajak berbincang dan dikatakan sulit. Kami amat kesal,” katanya lagi.

Kata Omar lagi, Cuepacs merasakan tidak wujud ketelusan dalam pelaksanaan SBPA. Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya. Ada yang mendakwa menerima perubahan gaji bawah peratusan itu.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” katanya.

Sunday, December 18, 2011

TAK SANGKA PM KITA DEGIL ('BABEY') WALAU DISURUH PINDAH !

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan Parlimennya serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan.

Perdana Menteri berkata, beliau akan terus berbakti kepada penduduk Pekan dalam apa jua keadaan, "senang dan susah, pahit dan getir serta 'goge' (kecoh) atau 'libang libu', tapi saya beriltizam, hidup mati saya di Pekan dan bukan di tempat lain.
"Justeru itu saya bersikap 'babey' (degil) bila berdepan dengan suasana sedemikian. Biarpun orang suruh saya pindah, saya bersikap 'babey' kerana saya nak buktikan bahawa orang Pekan tetap menyokong saya dan Alhamdulillah kita telah buktikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri yang dihadiri hampir 6,000 warga Pekan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Majlis itu dianjurkan Kelab Anak Wawasan Pekan (KAWAN) sempena ulang tahun ke-10 penubuhan kelab itu.

Najib berkata, walaupun beliau tidak dapat melayan setiap kehendak peribadi penduduk Pekan, namun beliau tetap akan mengabdikan diri untuk terus membina masyarakat Pekan.

Beliau berkata, segala kemajuan yang dikecapi Pekan pada masa ini tidak mungkin menjadi realiti sekiranya beliau tidak mendapat sokongan yang padu daripada masyarakat Pekan.
Perdana Menteri juga berharap warga Pekan akan terus membantu beliau sebagai anggota Parlimen dan ketua kerajaan untuk melakukan perubahan besar kepada daerah yang mereka cintai itu.

"Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah.

"Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekanlah dapat rahmat dan manfaat daripada kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang.

"Sama ada sebagai timbalan menteri dulu, lepas itu jadi menteri besar, menteri dan kini sebagai ketua kerajaan. Saya berasa amat bersyukur, bukti sokongan ini dalam pilihan raya yang lalu berkat sokongan tuan-tuan, saya mendapat undi majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional yang tertinggi iaitu 26,464 undi," katanya.

Najib berkata, banyak perubahan sedang giat dijalankan di daerah itu, termasuk pembinaan Lebuhraya Pekan-Kuantan dan penaiktarafan Pekan Waterfront serta Muzium Pekan.

"Pekan sebagai salah satu hab pendidikan di mana daripada taraf sebuah universiti sampailah ke sebarang bentuk institusi pendidikan dapat kita wujudkan di sini.

"Ini tidak termasuk projek yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti projek agropolitan umpamanya yang sudahpun siap dan ada yang saya akan lancar yakni di Pulau Serai bulan ini," katanya. - BERNAMA

Wednesday, December 7, 2011

KHAS SELANGOR, UMUM RAKYAT MALAYSIA !


Wahai rakyat Selangor!!! bangkit, bangun, sedarlah kita adalah rakyat yang bijak dan cerdik, mari beramai-ramai sisihkan manusia UMNO/BN dari bumi Malaysia dalam PRU 13 nanti.

Wahai rakyat Malaysia amnya bila mengundi dalam PRU 13 nanti, jangan langsung memangkah dacing berwarna biru dan putih, simbol kedurjanaa
Sejak kebelakangan ini saya merasakan UMNO seolah2 menjadi seperti agama baru anutan orang2 Melayu diakhir zaman.

Apa jua perbuatan salah laku yang dibuat oleh orang2 UMNO semuanya jatuh halal belaka. Contoh terbaru adalah kes lembu Sharizat.

Masih ingat kah kita kes lembu Menteri Besar Selangor Dato Khalid Ibrahim tidak lama dulu..? Beliau telah disiasat secara habis2an oleh SPRM didalam tuduhan menggunakan duit kerajaan negeri bagi membiayai 10 ekor lembu korban untuk diagih2kn kepada para pegundi2 beliau di Bandar Tun Razak Cheras.

Masih ingatkah kita dimana SPRM menyiasat Tok Guru Nik Aziz yang dikatakn dibiayai oleh pihak ketiga semasa beliau mengerjakan ibadah haji 2 tahun yg lepas..??

Teo dikatakan membunuh diri dipejabat SPRM berhubung dengan kes songlap duit peruntukan RM2,000dari kerajaan negeri..??

Apa yg orang lain buat jatuh haram semua... UMNO semua halal.
Kebanyakan rakyat Malaysia sudah tahu dan dengar betapa koruptsinya kepimpinan UMNO.

Negeri Selangor yang termaju/kaya dalam Malaysia, sudah cukup mampu untuk memberi kesejahteraan dan kehidupan yang selesa untuk rakyatnya,tetapi bila UMNO/BN memerintah habis kekayaan itu dirompak oleh mereka dan suku-sakat mereka.

Tuesday, December 6, 2011

BAGUSNYA AKHBAR DENGAN AKHBAR LAWAN FAKTA AGAR BLOGGER TIDAK MENGKHINZIR BUTA !

Blogger-blogger United Malays No Otak pula menuduh kononnya abang MB Selangor menganiaya penduduk Kajang kerana melakukan aktiviti korek pasir.

Salah seorang blogger yang dimaksudkan, tidak lain tidak bukan ialah blogger "ikon lucah" United Malays No Otak, Papa Gomo.

Bagaimanapun konspirasi mereka untuk mempolitikkan bencana alam ini terbongkar apabila Sinar Harian mendedahkan punca sebenar berlakunya banjir.

Sinar Harian melaporkan secara terperinci punca serta alasan bagaimana banjir kilat di Kajang boleh berlaku.

Rupa-rupanya kemungkinan berlakunya banjir ini sudah dapat diramalkan lebih awal oleh pihak berkuasa tempatan dan projek untuk menghalang banjir juga sudah dilakukan.

Namun kerana "perjanjian" yang melibatkan 21 peniaga tempatan menyebabkan projek penebatan banjir terbantut. Maka jelas sekali bukan "korek pasir" penyebabnya [Sinar].

Maka pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri haruslah bijak untuk berbincang dengan para peniaga yang terlibat.

Kalau dirobohkan gerai mereka, comfirm media-media United Malays No Otak akan mainkan isu kononnya Kerajaan Selangor robohkan gerai Melayu. Kalau tak robohkan banjir pulak.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/bongkar-konspirasi-kosmo-politikkan.html#ixzz1foDGtUme

Monday, December 5, 2011

DULU KUBU SEKARANG KUBUR !

Mari kita lihat sekali imbas kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka Felda dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda:

1. Muntut permohonan maaf daripada Pengerusi Felda, Isa Samad di atas penghinaan beliau terhadap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda, En. Shamsuddin semasa program sesi penerangan di Melang Inn, Kuala Pilah. Permohonan maaf beliau dituntut dalam tempoh 14 hari di 5 buah akhbar utama dan secara terbuka di mana-mana majlis melibatkan peneroka atau jika enggan, Isa Samad akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. (Sehingga kini, tidak kurang 22,000 rakyat Malaysia menyaksikan kebiadapan Isa Samad melalui video di Youtube ini http://youtu.be/pMenvftq6Ys )
2. Mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda, JKKP dan GPW menolak perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) melalui kuasa Menteri Koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi pilihan perwakilan KPF dan undang-undang Koperasi Permodalan Felda.
3. Menuntut Kerajaan Malaysia atau Felda Global Ventures supaya menghentikan tindakan memajakkan tanah-tanah Felda diuruskan Felda Plantation yang didapati merugikan masa hadapan peneroka dan anak-anak. JKPP dan GPW menuntut supaya Surat Pajakan Tanah di antara Felda dan Felda Global Ventures diberikan dahulu kepada peguam mereka untuk diteliti atau Felda Global Ventures bakal menghadapi tindakan injuksi mahkamah
4. Mengutuk tindakan Seranta Felda mengganggu peneroka untuk mendapatkan maklumat-maklumat tepat mengenai isu semasa Felda, penyelewengan Pengarah Seranta Felda dan menuntut Unit Seranta Felda dibubarkan. Manakala pegawai-pegawai Seranta Felda yang berkebolehan diserapkan secara tetap ke dalam Felda, bukan berstatus kontrak dulu, kini dan selamanya
5. Menuntut perletakan jawatan (ayat asal mengundurkan diri) Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, menuntut perletakan jawatan Dato Sabri Ahmad sebagai Ketua Eksekutif Felda Global Venture dan menuntut perletakan jawatan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid sebagai Pengarah Seranta Felda.

Sekarang ni jangan harap la orang felda da mula buka mata, selama ni kena tipu, kalau tak masakan kat pahang dah ujud kes peneroka saman felda. alamat umno bakal bekubur di felda amat cerah, yang terbaru pulak kes nak swastakan felda. mengamok sakan orang felda.

Sejak perasuah jadi pengerusi felda, orang da mula meluat, dan orang ramai pun da mula faham permainan umno, kenapa kutu yang memang kantoi rasuah oleh umno sendiri ni tiba2 boleh jadi bos besar felda, apa da mabuk ke umno ni.

Posted by Johor Born

IBARAT KERETA TANPA BREK

UMNO IBARAT ' KERETA TAK ADA BREK' - MURSYIDUL AM PAS
>> 05 Disember 2011



SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.

Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.

"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.

"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.

"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir.

Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu.

Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok.(harakahdaily)

Thursday, December 1, 2011

DISEMBER 3 KLCC JOM TURUN



PAK SAMAD KETUAI PROTES AKTA PERHIMPUAN

Sasterawan Negara, A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok, bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan.

Kebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.

"Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi.

“Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.

Monday, November 28, 2011

TAHNIAH TUANPUNYA RESTORAN DI BUKIT BERUNTUNG DAPAT ANUGERAH !


Anugerah Tokoh Saudara Kita pula disandang pemilik restoran makanan Cina Muslim Muhammad Chan Abdullah, 58 yang punyai Restoran pertamanya di Bukit Beruntung.

In the year of 2007, the founder of Mohammad Chan Restaurant, En Mohammad Chan Abdullah, a truly Chinese Muslim who are serving Chinese-Muslim Food for all the Malaysian. He was inspired by the Malaysian ethnic that the delicious Chinese foods should be generously shared with all the Malaysians from different background. With that, En Mohammad Chan took the courage to establish the first branch in Bukit Beruntung in the year of 2007 to cater all the Muslim and non-Muslim.

SHAH ALAM - Penceramah dan pendakwah agama bebas Datuk Ismail Kamus dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, demikan dilaporkan BERNAMA.

Beliau menerima wang tunai RM20,000 daripada kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Sulaiman Shah, wakil kekandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata beliau bersyukur dan gembira kerana sumbangannya dalam menegakkan syiar Islam dihargai kerajaan negeri.

Tokoh Saudara Kita pula disandang pemilik restoran makanan Cina Muslim Muhammad Chan Abdullah, 58, manakala pesara guru agama Said Husin, 80 yang mempunyai 19 anak, dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Jamaludin Elias, 48, menerima anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri dan LZS, sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah.

Tuesday, November 22, 2011

KES PTPTN DAH MELAMPAU ATAU LAPAU(LAPAR SANGAT)

Adakah ini merupakan kes terpencil atau ada lagi kes lain yang seumpama ini atau hampir serupa?

Jurutera terkejut diminta bayar hutang PTPTN

GEORGE TOWN 22 Nov. 2011 - Seorang jurutera elektrik terkejut apabila dituntut supaya melunaskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM4,320 walaupun beliau tidak pernah membuat pinjaman dari tabung pendidikan itu.

Loo Guay Hong, 33, berkata, beliau tidak pernah meminjam dengan tabung itu kerana mendapat tajaan biasiswa Tun Tan Cheng Lock sepanjang tiga tahun pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) hampir 10 tahun lepas.

"Saya memang pernah membuat permohonan untuk pinjaman PTPTN tetapi membatalkannya setelah mendapat tajaan biasiswa,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan di Pejabat MCA di sini hari ini.

Katanya, beliau telah menghantar surat pembatalan pinjaman PTPTN melalui pengurusan universiti kerana enggan berhutang dengan tabung itu dari semester pertama lagi.

Beliau bagaimanapun hanya menyedari kononnya masih berhutang dengan PTPTN apabila dihalang oleh Jabatan Imigresen ketika ingin berlepas ke New Zealand pada 23 Oktober lepas atas alasan mempunyai rekod senarai hitam kerana berhutang dengan kerajaan.

Guay Hong berkata, apa yang menghairankannya ialah sejak menamatkan pengajian pada tahun 2002, beliau tidak pernah menerima sebarang surat mengenai tunggakan hutang daripada PTPTN yang dihantar ke alamat kolej pengajiannya.

"Sebelum ini, saya sering ke luar negara atas urusan kerja dan tidak pernah mempunyai sebarang masalah,” katanya.

Beliau kemudian menghubungi PTPTN dan terkejut apabila diminta membayar hutang dengan pendahuluan sebanyak RM1,000 untuk membersihkan namanya daripada disenaraihitam oleh kerajaan.

"Saya juga diminta membayar RM100 setiap bulan sehingga jumlah penuh pinjaman diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, Lim Thoon Deong berkata, pihaknya telah meminta maklum balas dari pihak PTPTN dan UPM berhubung perkara ini.

"Berdasarkan rekod bahagian akaun di unit bendahari UPM, semua yuran pengajian yang dijelaskan oleh Guay Hong tidak pernah dibiayai oleh PTPTN,” katanya. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

Thursday, November 17, 2011

SUSU BN KANTOI, SOS ? (Save Our Safe)

Bos Mydin kemuka cabaran minum susu 1M'sia
9:56AM Nov 18, 2011
Perang mulut kontroversi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didakwa menjual produk pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula lebih rendah kini berpindah ke alam siber.

Isu itu dipanjangkan sejak Isnin lalu, apabila setiausaha publisiti DAP Tony Pua berbalas tulisan di twitter dengan ketua pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengenai kualiti dan keselamatan produk KR1M.

NONEIa kemudiannya disusuli dengan cabaran meminum susu coklat 1Malaysia itu bagi membuktikan bahawa ia adalah selamat.

Malam tadi, Tan bersetuju untuk minum secawan susu coklat itu syarat Pua berikrar menyumbang RM1,000 kepada badan amal pilihannya.

Persetujuan Pua menyambut cabaran itu, mendorong pengarah urusan, Mydin Mohamed Holding Bhd Datuk Ameer Ali Mydin pula untuk menyertai cabaran itu. Malah, beliau meningkatkan lagi ganjaran yang dipertaruhkan.

Ameer berkata beliau juga sanggup minum secawan susu 1Malaysia itu di hadapan Pua, jika kedua-dua mereka bersetuju menderma RM10,000 kepada badan amal pilihan masing-masing.

"Saya akan minum secawan susu coklat 1M'sia di hadapan YB, kita dua-dua akan sumbang RM10k kepada badan amal pilihan kita - boleh ke YB Tony Pua," tulis Ameer.

Awal minggu ini, Pua pada sidang medianya di lobi parlimen berkata susu formula bayi yang dijual di kedai rakyat itu telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dakwanya, ‘susu membesar’ 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

“Kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 IU (unit antarabangsa) bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan," dakwanya, dengan mendasarkan perbandingan itu dengan had yang ditetapkan oleh Akta Peraturan Makanan.

Pua berkata pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan di ‘Hypervitaminosis A’, yang antara lain, boleh menyumbang kepada masalah hati, mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan warna kulit.

Monday, November 7, 2011

DOA ELAK MUSIBAH !

Wahai orang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)

Doa Elak Musibah
Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi saw. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi mau pun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (HR Ahmad no 497)

Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah mendadak, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut.

Tuesday, November 1, 2011

AYUH 3 NOV TURUN BANTAH PINDAAN AKTA KERJA 1955!

Ayuh Bersama MTUC Berpiket Tentang Pindaan Akta Kerja 1955
Posted on November 1, 2011 by Shamsul Iskandar

Kenyataan Media

30 Oktober 2011

Piket Kebangsaan Bantahan Pindaan Akta Kerja 1955

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Merujuk kepada perkara diatas, pihak MTUC akan mengadakan piket kebangsaan berkaitan bantahan pindaan akta kerja 1955 yang telah diluluskan oleh sidang Parlimen yang telah diadakan pada 6 Oktober 2011.Pindaan akta kerja yang telah diluluskan ini akan membawa impak yang buruk kepada kaum pekerja dan Kesatuan Sekerja.Sebilangan MP Pakatan Rakyat telah membahas untuk tidak bersetuju pindaan akta Kerja 1955 ini diluluskan, namun begitu keputusan majoriti MP BN telah meluluskan akta tersebut.

Sehubungan dengan ini Biro Pekerja Muda AMK akan turut serta dalam menjayakan piket tersebut dan meminta agar makluman disampaikan kepada semua peringkat MP AMK dan AMK Negeri bagi turut serta menjayakan piket yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 November 2011
Masa : 5.00 petang ~ 6.30 petang.
Lokasi : Seluruh Malaysia mengikut Negeri seperti lampiran.

Segala kerjasama pihak Tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Mohd Faisal bin Abu Bakar
Pengarah Biro Pekerja Muda AMK

Berikut adalah lokasi piket mengikut negeri dan daerah bersama pagawai-pegawai MTUC yang berada di lokasi tersebut:

Selangor:
Shah Alam (Seksyen 1) – Sdr Awang Ibrahim
Teluk Panglima Garang – Sdr A.Balasubramaniam
Lebuhraya Persekutuan
PJ, Jalan Barat – Sdr Abdul Halim Mansor, Sdr Samuel Devadasan, Sdri Siti Mahfudz
Rawang – Sdr Mohd Faisal

Pulau Pinang:
Depan Pearl View Hotel, Prai – Pegawai-Pegawai Bahagian

Melaka:
Air Terjun, Air Keroh, Jalan Bukit Beruang (Dekat Majlis Perbandaraan Melaka & Jusco) Sdr Jimmy Tong

Negeri Sembilan:
Padang Majlis Perbandaraan Seremban – Pegawai-Pegawai Bahagian

Perak:
Depan Bangunan MTUC Negeri Perak – Sdr Zainal Ismail

Pahang:
Padang Masjid Negeri Kuantan – Sdr Mohd Khir Mansor

Kelantan:
Depan Kota Bharu Trade Center (KTC) – Sdr W.M Naim

Johor:
Batu 5, Jalan Skudai Depan Masjid Jamek Kg. Pasir – Pegawai-Pegawai Bahagian

WP Kuala Lumpur:
Jalan Raja Laut (Berdekatan Bangunan KWSP) – Sdr Mohd Khalid Atan, Sdr Robert, Sdr Subramaniam, Sdr Abdul Razak, Sdr Sivananthan

Sabah:
Di tepi jalan diantara lampu traffic depan Hotel Tang Dynasty dan lampu traffic Centre Point (Jalan menuju ke Wisma Merdeka) – Pegawai-Pegawai Bahagian

Kedah:
Depan Sime Tyres International, Mergong, Kedah – Pegawai-Pegawai Bahagian

Sunday, October 30, 2011

MAHASISWA, MEDIA DAN BAHANA !

Kebaikan dan Keburukan kebebasan Media di Malaysia
salam..
saya kongsikan artikel sy utk tugasan forum subject Communication and Society.

Kini,kafe siber berada di mana-mana tempat.Kebanyakan kedai makan mempunyai rangkaian jalur lebar nya sendiri.Tempias globalisasi ataupun dunia tanpa sempadan betul-betul dirasai oleh rakyat Malaysia.Munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel,telefon internet,chit chat,blog dan facebook. Hal ini disokong pula dengan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx,broadband,WiFi dan lain-lain. Para mahasiswa pula makin peka dengan perkembangan isu semasa,dasar-dasar kerajaan dan penyelewengan yang berlaku.Mahasiswa yang tersekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU)dan pindaan 2009 telah menggunakan blog bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Akta yang mengawal kebebasan Media di Malaysia

1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
2) Akta Rahsia Rasmi (OSA)
3) Akta Hasutan (SA)
4) Akta Percetakan dan Penerbitan (PPPA)
5) Akta Penyiaran
6) Akta Penerbitan bahan Import
7) Akta BERNAMA
8) Perlembagaan Persekutuan

Keburukan Sekatan Kebebasan Media di Malaysia

Sebagai mahasiswa,kita patut mengetahui bahawa kuasa media telah mencetuskan revolusi yang sangat besar dengan berubahnya landskap politik tanah air setelah PRU 12 tahun 2008.Hal ini berlaku kerana rakyat Malaysia sudah muak dan jijik melihat media arus perdana yang selalu memuji kerajaan dan hanya memberi ruang kepada sebelah pihak untuk bercakap tanpa sebelah pihak lagi langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.Hal ini terbukiti apabila kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya media elektronik seperti televisyen untuk berkempen pada pilihanraya yang ke-12 tahun 2008.Laungan kebebasan bersuara setiap rakyat seperti yang termaktub dalam perlembagaan hanya dilihat sebagai retorik politik.Sebenarnya,kita sebagai mahasiswa perlu melihat perkara ini lebih terperinci.Contohnya,apabila berita perdana seperti Buletin Utama menyiarkan keburukan pembangkang,rakaman ucapan pemimpin pembangkang kebiasaanya tidak lama disiarkan,ataupun rakaman tersebut di ‘mute’ kan berbanding dengan ucapan pemimpin kerajaan yang disiarkan hampir satu minit dan diulang-ulang.Apabila berlaku hal seperti ini,kita tidak boleh menjustifikasi sesuatu perkara tersebut tanpa mendengar penjelasan daripada pihak yang tertuduh terlebih dahulu.

Rentetan daripada peristiwa ini,rakyat Malaysia yang terpelajar melihat ada sesuatu yang tidak kena dan mereka beralih kepada medium media yang lain untuk mencari ‘kebenaran’ ataupun penjelasan yang lebih terperinci mengenai sesuatu isu.Oleh hal yang demikian,medium media seperti internet dan blog telah memainkan peranan yang penting.Manifesto-manifesto pihak pembangkang yang tidak dapat disiarkan di media arus perdana disiarkan di blog-blog pemimpin pembangkang dan rakyat yang mencintai keadilan.Isu-isu rasuah,penyelewengan kuasa,jenayah,penindasan kaum india dan proses penegakan Negara Islam dikupas secara terperinci di blog-blog ini dan hasilnya,landskap politik negara berubah dengan kemenangan 5 buah negeri dan memusnahkan kuasa 2/3 monopoli kerajaan dalam parlimen.

Kerajaan sepatutnya belajar dengan perkara ini demi perpaduan di Malaysia.Media di Malaysia sepatutnya di ‘upgrade’ kan supaya suara setiap rakyat didengari,tidak kira pro kerajaan ataupun pro pembangkang.Kita juga dapat melihat kepincangan yang berlaku atas nama ‘menjaga keharmonian kaum’ dan ‘menjaga keselamatan’ dalam negara.Contohnya penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang berkuasa menangkap sesiapa sahaja yang difikirkan oleh kerajaan sebagai berbahaya dan dapat menggugat keharmonian kaum tanpa pesalah tersebut dibicarakan terlebih dahulu.Perkara ini sangat menyalahi hak asasi manusia memandangkan perlembagaan negara menyebut secara jelas bahawa setiap rakyat yang ditangkap perlu ditunjukkan surat sebab kesalahannya terlebih dahulu dan pesalah tersebut mesti dibicarakan.Apakah kerajaan tidak berfikir momentum daripada tindakan kejam ini sebenarnya lebih membangkitkan kemarahan rakyat yang ingin mengetahui mengapa mereka ditahan di bawah ISA dan sebenarnya perkara ini lebih cenderung untuk mencetuskan ‘peperangan’ dalam negara.?Contohnya pada bulan Ogos 2009,puluhan ribu rakyat telah berkumpul di Kuala Lumpur bagi menggesa kerajaan menghapuskan akta ISA ini.Jika suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya yang sudah mempunyai beratus bukti bahawa Datuk bergelar peguam itu memang bersalah,tetapi tetap diberi peluang untuk dibicarakan,bagaimana pula dengan tahanan ISA yang sudah lebih 10 tahun berada di penjara tetapi langsung tidak dibicarakan.

Sebenarnya,kerajaan harus melihat rakyat ini sebagai rakyat yang cerdik,mempunyai pelbagai idea dan sentiasa dahagakan kebenaran.Jika kerajaan sentiasa mengamalkan jalan pintas dengan menyekat suara rakyat yang dilontarkan melalui media melalui pelbagai akta ini,kerajaan tidak akan mempunyai rakyat yang berani,berfikiran jauh dan proaktif.Kerana rakyat sentiasa terbelenggu dan rasa takut dengan ugutan-ugutan yang diberikan.



Kebaikan Sekatan Kebebasan Media di Malaysia

Kebebasan tidak akan bermakna jika kebebasan mengundang kehancuran.Maka,media kita perlu memainkan peranan untuk mewujudkan integrasi nasional antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung, membentuk masyarakat bersatu padu dan meruntuhkan segala prasangka dan bias agama, budaya dan etnik. Keharmonian dan kestabilan lebih utama daripada kebebasan. Kebebasan mempunyai beban tanggungjawab yang perlu dipikul dengan menghormati sensitiviti dan kemuliaan agama, sejarah, dan budaya masyarakat.

Media dapat bertindak sebagai alat mempengaruhi pemikiran rakyat kerana media mempunyai kuasa yang amat kuat sebagai wahana maklumat utama. Media berpotensi menghapuskan atau membetulkan pandangan salah dan stereotaip atau mewujudkan ketegangan, malah membangkitkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan rakyat.

Media juga berupaya menyentap rakyat daripada kelekaan jika digunakan dengan betul. Ia dapat menjadi mata dan telinga yang peka, selain sebagai ejen reformasi dan transformasi berguna kepada bangsa dan negara. Pihak media perlu membuat laporan mengenai kerajaan seperti kerajaan memerlukan media untuk menyampaikan mesej mereka secara berkesan kepada rakyat. Media di Malaysia sewajarnya bergerak di atas dasar, nilai falsafah yang sesuai dengan sejarah, budaya dan sosiopolitik negara ini.

Kerajaan dan media adalah isi dengan kuku.Hubungan yang akrab adalah demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Tetapi ini bukan bermakna media perlu bersekongkol dengan kerajaan dalam hal yang bercanggah dengan kepentingan awam. Media perlu dipersepsi sebagai orang tengah antara kerajaan dengan rakyat supaya sentiasa dapat memainkan peranan dengan objektif, berkesan dan membina.

Tugas penting orang media adalah menganjakkan minda rakyat dengan berusaha keras melalui wacana bijaksana dengan membawa reformasi mental dan intelektual. Media mampu menjadi pendidik dan pembimbing rakyat. Justeru, pengamal media perlu menggunakan kemahiran dan wadah mereka untuk membangunkan sebuah negara yang makmur, moden, progresif dan bersatu padu. Demokrasi tidak harus digadaikan atas nama kebebasan media yang tidak bertanggungjawab. Media adalah ejen perpaduan penting dan dapat menghapuskan konflik yang bertentangan dengan nilai dan sikap di kalangan masyarakat pelbagai kaum, selain membentuk satu persekitaran yang dapat membangunkan negara.

Darjah kebebasan perlu disesuaikan dengan tahap kemajuan dan kematangan masyarakat dan negara.Yang miskin, tiada pekerjaan, yang kurang berpendidikan atau etnik minoriti yang terpinggir di pedalaman Sabah dan Sarawak menuntut perhatian media. Hanya media bertanggungjawab, peka dan prihatin mampu berbuat demikian.

Media tidak boleh terlalu mengambil kesempatan daripada isu-isu panas politik.Peranan media sebagai alat intepretasi sosial dan cermin yang memantulkan masalah, kehendak dan aspirasi rakyat hendaklah diutamakan. Tanpa maklum balas yang jujur tentu sukar bagi kerajaan mencerminkan dirinya.

Tetapi media yang terlalu cenderung mengkritik kerajaan akan juga hilang kredibilitinya, sama seperti akhbar yang terlalu memuji kerajaan. Media yang kemaruk dan mabuk dalam mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kelemahan kerajaan, juga akan diragui kejujuran, objektiviti dan muslihatnya. Hanya kerana mempunyai hak untuk mengkritik, akhbar tidak harus mengkritik semata-mata untuk mengkritik yang akhirnya membawa kesan buruk kepada masyarakat dan negara.
Posted by muspalestina at 9:32 PM 7 com

Friday, October 28, 2011

APA DAH JADI SPRM? DULU PUNYA JANJI BELUM TEPATI

Kenyataan SPRM untuk siasat kes salahlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara ialah retorik semata-mata.

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka akan membuka fail bagi menyiasat 36 kes salahlaku yang melibatkan perolehan dibuat oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan merupakan retorik yang tidak bermakna.

Ini adalah kerana SPRM sehingga sekarang masih belum menyelesaikan kes-kes salahlaku yang berpunca daripada perolehan jabatan-jabatan kerajaan dengan harga yang jauh lebih tinggi (inflated price) pada tahun 2006.

Antara kepincangan yang dilaporkan pada masa itu termasuk pembelian satu set pen yang berharga RM160 dengan harga RM1146, iaitu RM986 lebih mahal daripada harga pasaran. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan dikatakan bersalahlaku apabila kemnterian berkenaan membeli sebuah jek kereta yang berharga RM50 dengan harga yang melampung tinggi, iaitu RM1664.

Fenomena-fenomena ini seolah-olah berulang setiap tahun walaupun Jabatan Audit Negara bertahun-tahun memberi teguran. Malangnya, setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan oleh kerajaan, kami melihat hampir tiada tindakan susulan daripada SPRM untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Justeru itu, kenyataan SPRM baru-baru ini bahawa mereka akan menjalankan siasatan seolah-olah satu kenyataan retorik yang langsung tidak bermakna. Bagaimana rakyat Malaysia boleh mengharapkan SPRM untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah apabila kes-kes yang telah dilaporkan sejak lima tahun yang lalu pun belum lagi diambil tindakan oleh SPRM?

Oleh itu, apabila penjawat-penjawat awam melihat kelalaian dan kegagalan SPRM dalam mengambil tindakan cepat dan tegas berhubungan dengan isu ini, mereka akan memandang remeh terhadap undang-undang yang sedia ada dan meneruskan sikap boros dan tidak berjimat cermat. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin-pemimpin kerajaan pusat pun boros dalam perbelanjaan, apakah kita boleh mengharap kakitangan-kakitangan awam yang bertugas di bawah akan berjimat-cermat dalam pentadbiran kerajaan?

Banyak kes salah laku telah dilaporkan terhadap SPRM, termasuk kes-kes yang melibatkan "ikan-ikan besar", tetapi adakah SPRM dapat memberi laporan kepada rakyat Malaysia apa yang mereka telah lakukan terhadap "ikan-ikan besar" ini? Bagaimana dengan kes salah laku dan rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Mohd Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Menteri Besar Perak, Zambri Kadir? Semua daripada mereka dituduh terlibat dalam banyak kes salah laku yang melibatkan pemberian tanah dan lesen balak secara berleluasa kepada syarikat-syarikat kroni, apakah tindakan SPRM terhadap mereka dan apakah sebab mengapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka?

Kegagalan SPRM ini telah membukti dakwaan bahawa kerajaan tiada komitmen politik untuk melakukan perubahan dan reformasi dalam pentadbiran awam. SPRM perlu tegas dan perlu dilihat tegas dalam menjalankan tugasnya. Jika tidak, penjawat-penjawat awam hanya akan bersambil lewa sahaja setiap kali Ketua Audit Negara memberi teguran.

* Lau Weng San, Setiausaha Organisasi DAP Negeri Selangor & ADUN Kampung Tunku

Tuesday, October 18, 2011

TINDAKAN UMNO YANG MEMALUKAN MALAYSIA DI MATA DUNIA !

Orang Yang Baik selalu Dianiayai Lihatlah Ini

Selepas disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Isnin lalu, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini disiasat pula pihak polis berikutan reaksinya terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Katanya, beliau disiasat di bawah akta hasutan oleh dua pegawai berpangkat ASP di ibu pejabat polis daerah Shah Alam ekoran laporan Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

"Saya sebagai suspek. (Ia) berikutan laporan Ezam minggu lalu," katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas perjalanan sesi itu, Aziz menyifatkan kedua-dua polis yang merakamkan kenyataannya itu bertindak secara "profesional dan mesra".

Tambahnya, mereka juga mematuhi undang-undang sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Acara Jenayah.

SKMM semalam menyiasat Aziz dan wartawan Malaysiakini Jimadie Shah Othman berhubung perkara yang sama di pejabat mereka secara berasingan di Gombak dan Kuala Lumpur.

Ia ekoran pandangannya yang dilaporkan Malaysiakini bahawa tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk itu tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz sehari menjelaskan bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan empat aktivis NGO tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi Raja Melayu.

Sultan sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undan

Friday, October 14, 2011

PEMUDA PAS BANTAH AKTA BARU

Walaupun melalui Akta ini, status tanah di Kg. Baru bertukar dari Tanah Pertanian kepada tanah Pusat Bandaraya Komersial (CCC), namun penduduk terikat kepada kuasa pentadbiran pihak Perbadanan dan situasinya nanti pasti sama seperti di Putrajaya dimana pemilik tanah tidak boleh melakukan pembangunan sesuka hati. Malah melalui Akta ini pihak Perbadanan mempunyai kuasa merampas mana-mana tanah dengan membayar gantirugi yang nilainya ditentukan oleh oleh pihak Lembaga yang dilantik oleh Menteri.

Menteri secara keseluruhan mempunyai pengaruh dan Kuasa yang besar terhadap Perbadanan yang bakal ditubuhkan. Beliaulah yang akan memilih dan melantik ahli-ahli Lembaga dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi sebarang keputusan Lembaga termasuk dalam pemilihan syarikat kontraktor yang akan melakukan pembangunan di Kg. Baru.

Apa yang paling dirisaukan oleh penduduk adalah bentuk pembangunan yang ingin dijalankan oleh pihak Perbadanan kerana sehingga ke hari ini pihak Menteri masih gagal memberikan reka bentuk pelan pembangunan sebenar. Bila ditanya wartawan baru-baru ini beliau hanya menyatakan pembangunan Kg. Baru akan mengekalkan ciri-ciri ke-Melayuan dan ke-Islaman. Tidak mustahil yang kekal nanti hanyalah beberapa rumah-rumah asal penduduk yang dijadikan tempat pelancongan dan Masjid Kg. Baru sahaja, sedangkan rumah-rumah lain dan premis perniagaan akan diroboh dan digantikan dengan kondominum mewah serta lot-lot perniagaan bernilai tinggi untuk dijual kepada pelabur asing dari luar negara.

Lihat sahaja kawasan disekeliling KLCC yang telah dibangunkan dengan unit-unit kondominium mewah yang majoritinya dimiliki dan dihuni oleh bukan warganegara. Warga tempatan khususnya orang-orang Melayu di pindahkan ke kawasan pinggiran Pusat Bandar.

DPPM juga melihat pindaan kecil terhadap senarai Ahli Lembaga Perbadanan dengan melantik seorang wakil penduduk Kg. baru sebagai Timbalan
Pengerusi sebagai gimik politik kerana yang bakal dilantik nanti sudah pastilah kalangan orang-orang Umno yang menjadi barua kepada Menteri yang berkuasa. Kalau pun penduduk diberikan hak memilih wakil mereka untuk duduk dikerusi ini, tetapi kuasa dan suara hanya terhad sedangkan majoriti korum Lembaga adalah orang-orang yang dikuasai dan dilantik oleh Menteri.

Oleh itu DPPM akan terus bersama penduduk menolak Akta baru ini dan dari semasa ke semasa akan bersama penduduk mempertahankan hak mereka.

Monday, October 10, 2011

ULASAN BALASAN PAKATAN RAKYAT

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

MUKADIMAH

Tan Sri Yang Di Pertua

* Izinkan saya merujuk kepada pembentangan ”Bajet 2012” oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu.

* Lazimnya Belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesateraan rakyat.

* Namun setelah meneliti cadangan cadangan yang dibentangkan terdapat kekurangan pertimbangan dasar dan program khusus.

* Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi.

* Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice ada menyebut , “Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice.” (Sebarang teori perihal Keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yang dipilih itu menjadi teras kepada maksud Keadilan tersebut. m/s 82)

* Makanya saya berhasrat untuk mengulangi dalam Dewan Yang Mulia ini, usaha-usaha Reformasi Politik dan Institusi yang digarap Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Antaranya adalah:

* Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;

* Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;

* Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0;

* Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan berkaitan tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen;

* Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan

* Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

* Suka saya mengingatkan Dewan bahawa sebarang usaha membaiki kedudukan ekonomi negara tidak akan berhasil jika tidak disertai oleh reformasi politik yang menyeluruh.

* Sementara kedudukan ekonomi negara yang semakin goyah – bergelumang dengan masalah defisit yang kian meruncing, kelembapan ekonomi dizahirkan dalam bentuk kenaikan harga barang dan gaji rendah yang menekan rakyat. Kita tetap dijangkiti dengan keborosan, rasuah dan ketirisan.

* Kita tidak mahu belanjawan yang baru dibentangkan minggu lepas, pada hari Jumaat 7hb Oktober lalu seumpama yang dikritik al Quran, ayat 7, Surah al Ma’un:

[Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan(kepada orang yang berhak mendapatnya)]

Tan Sri Yang Di Pertua

* Pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang berlangsung pada 4hb Oktober 2011, 4 hari sebelum pembentangan belanjawan kerajaan memberi kesempatan kepada rakyat untuk menilai.

* Mustahak untuk saya tegaskan, Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 pastinya mengambil pendekatan reformasi dasar untuk mengubah struktur ekonomi dan membaiki kepincangan sistem manakala belanjawan Barisan Nasional ternyata mengekalkan beberapa program baru yang dikitar semula tanpa kesediaan merombak struktur usang.

BAB 1: BELANJAWAN YANG TIADA WIBAWA

* Perdana Menteri senang sekali memilih jalan yang paling beliau mahir dan gemari iaitu sekadar usaha penjenamaan semula dan kitar semula. YAB Perdana Menteri kitar semula pelbagai program yang telah gagal, janji yang tidak terlaksana tetapi diberi nama baru dengan pelbagai program penjenamaan semula itu melibatkan perbelanjaan yang besar.

* Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan adalah berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.

* Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012.

* Unjuran pertumbuhan pada 5% – 6% bagi tahun 2012 perlu dibidas keras kerana ianya ternyata terlalu tinggi sedangkan analisa dari sumber-sumber lain menunjukkan pertumbuhan yang lebih rendah.

* Berikut adalah unjuran pertumbuhan terpilih yang dibuat bagi tahun 2011 dan 2012:

* Bank Dunia – 4.8% bagi tahun 2011 dan 5.7% bagi tahun 2012;
* MIER – 5.2% bagi tahun 2011 dan 5.5% bagi tahun 2012;
* RHB – 4.3% bagi tahun 2011 dan 4.5% bagi tahun 2012

* Kesemua unjuran ini dibuat sebelum IMF memotong unjuran pertumbuhan dunia kepada 4% pada pertengahan September baru-baru ini; yang bermakna angka-angka terkini sudah tentu lebih rendah dari paras 5% bagi tahun 2011 dan 2012.

* Unjuran yang lebih mutakhir dibuat oleh Bank Pembangunan Asia di dalam “Asian Development Outlook 2011” yang diterbitkan pada pertengahan September, mengambil kira risiko ketidaktentuan ekonomi global akibat krisis hutang yang dialami Amerika Syarikat dan Eropah serta kesan lanjutan dari peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun.

* Bank Pembangunan Asia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2011 sekadar 4.8% dan hanya menokok kepada 5.1% dalam tahun 2012; jauh berbeza dari angka yang terlalu optimistik yang digunakan Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2012 iaitu pertumbuhan di antara 5% hingga 5.5% bagi tahun 2011 dan kekal pada 5% hingga 6% bagi tahun 2012.

* Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi dari PETRONAS.

* Kadar pertumbuhan purata kutipan cukai langsung (tidak termasuk cukai petroluem) oleh kerajaan adalah 9.6% di antara tahun 2008 hingga 2011. Kadar pertumbuhan purata kutipan cukai tidak langsung bagi tempoh yang sama adalah lebih rendah, hanyalah sekitar 5.6%[1].

* Pada kadar pertumbuhan sebegini, anggaran kami menunjukkan jumlah pendapatan RM186.9 bilion hanya boleh dicapai sekiranya kerajaan meneruskan amalan mengenakan dividen tinggi sekitar RM30 bilion setiap tahun dari PETRONAS, sedangkan amalan tidak bertanggungjawab ini akan melemahkan keupayaan PETRONAS melabur semula keuntungannya untuk mencari rizab baru minyak dan gas di seluruh dunia.

* Sebab itu, Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya kerajaan mengurangkan lagi jumlah dividen yang dibayar oleh PETRONAS bagi tahun 2012 kepada RM26 bilion sahaja, seperti yang termaktub di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Jumlah yang lebih kecil ini akan mengajar kerajaan berjimat cermat dan mengamalkan disiplin fiskal untuk mengekang hutang negara.

* Apa kesannya apabila kerajaan menggunakan unjuran-unjuran pertumbuhan ekonomi dan jumlah pendapatan yang terlalu optimistik dan tidak realistik?

* Pertamanya, ia akan memburukkan lagi keadaan defisit negara kerana dakwaan Perdana Menteri bahawa belanjawan 2012 akan membawa defisit ke paras 4.7% dari KDNK adalah tidak benar, selain tidak mengambil kira kecenderongan Barisan Nasional berbelanja lebih dan menyeludup peruntukan baru melalui belanjawan tambahan di pertengahan tahun.

* Keduanya, ia mengenepikan keperluan mendesak untuk mengamalkan disiplin fiskal dan pendekatan berbelanja wang rakyat dengan berhemah, pada kala ia sangat penting demi menjamin kelangsungan kewangan dan pertumbuhan sihat ekonomi negara.

* Namun, kerajaan Umno-Barisan Nasional jangan sangka rakyat mudah tertipu dengan hamburan data-data yang digunakan. Angka yang dipersembahkan kononnya untuk memberi gambaran bahawa keadaan defisit dan hutang dalam keadaan terkawal, sedangkan kita sedia maklum tabiat Barisan Nasional membentangkan belanjawan tambahan pada pertengahan tahun.

* Tabiat seperti itu menzahirkan niat sebenar pentadbiran ini untuk membelanjakan dana awam sewenang-wenangnya, seperti yang berlaku pada tahun 2010 dan 2011.

* Saya ingin mengambil masa yang pendek untuk memperincikan analisa peruntukan yang dibuat Perdana Menteri bagi belanjawan 2012. Di bawah Barisan Nasional, 78% dari keseluruhan peruntukan belanjawan 2012 digunakan bagi tujuan menguruskan perjalanan kerajaan; suatu jumlah yang sangat tinggi dan mengalihkan sumber kewangan negara dari bidang-bidang ekonomi yang mempunyai kesan gandaan. Jumlah ini juga terus meningkat saban tahun dan jika tidak dibendung, peruntukan belanjawan bagi tujuan pembangunan dan pelaburan dalam bidang ekonomi dan sosial akan semakin mengecil di masa –masa akan datang.

* 11 kementerian-kementerian utama diperuntukkan wang yang lebih tinggi bagi perbelanjaan mengurus bagi tahun 2012 sedangkan jumlah bagi tujuan pembangunan adalah lebih kecil. Saya ingin mempersoalkan apakah tiada langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengekang perbelanjaan operasi kementerian-kementerian yang semakin tidak terkawal ini?

* Contoh-contoh terpilih yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

* Walaupun Perdana Menteri mengurangkan peruntukan dari Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM2.98 bilion, jumlah ini nampaknya diagihkan pula kepada beliau sendiri melalui Kementerian Kewangan yang peruntukan pembangunannya melonjak 208%.

* Malah, perbelanjaan operasi di kedua-dua kementerian yang dipimpin Perdana Menteri akan melonjak sebanyak 12% di Jabatan Perdana Menteri dan 15% di Kementerian Kewangan; bertentangan dengan desakan rakyat agar Perdana Menteri mengurangkan pergantungan beliau kepada juru runding luar negara dan pakar media yang mahal dan mengenepikan pendapat pimpinan penjawat awam.

* Perbelanjaan operasi di Kementerian Kerja Raya akan melonjak sebanyak 29%, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak 61% dan Kementerian Dalam Negeri sebanyak 25%. Peningkatan kos ini adalah sangat besar dan menimbulkan tanda tanya apakah ini peruntukan projek-projek kecil dan segera bagi menenangkan tuntutan kontraktor-kontraktor yang rapat dengan kerajaan di akar umbi?

* Dewan juga perlu memberi perhatian kepada potongan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran. Perbelanjaan operasi akan dipotong 3% sementara perbelanjaan pembangunan dipotong sebanyak 28%.

* Sebab itu, rakyat tidak teruja dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa yuran sekolah rendah dan menengah akan dihapuskan kerana jelas penghapusan ini akan dibiayai pula melalui potongan peruntukan yang lain. Keadaan ini tidak ubah seperti Belanjawan 2011 bila mana Perdana Menteri secara senyap-senyap memotong peruntukan operasi pendidikan sehingga bilangan hari di asrama dan peruntukan-peruntukan lain dikurangkan. Makanya, rakyat akan tetap menanggung kos pendidikan yang dibayar kepada pihak sekolah, sama ada melalui sumbangan PIBG atau pelbagai bayaran lain yang terpaksa dikenakan oleh pihak sekolah bagi menampung kos operasi.

Tan Sri Yang diPertua,

* Di sebaliknya Pakatan Rakyat mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 4% hingga 4.5% bagi tahun 2011 dan 2012. Jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 diunjurkan mencecah RM181.3 bilion. Berdasarkan angka-angka ini, sasaran defisit 4.4% bagi tahun 2012 adalah realistik dan mempunyai kesan besar kepada usaha negara mengekang hutang.

* Justeru saya mencadangkan pada hari ini supaya Dewan meletakkan syarat sekiranya pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kurang dari 5.5% dan suku pertama 2012 kurang dari 6%, maka Dewan akan bersidang semula untuk memotong belanjawan RM232.8 bilion yang dibentangkan pada 7 Oktober dan diunjurkan ke angka RM220 bilion seperti yang dibentangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

BAB 2: ASAS EKONOMI YANG MASIH RAPUH DALAM SUASANA EKONOMI GLOBAL TIDAK MENENTU

* Perdana Menteri juga mewar-warkan seolah-olah ekonomi Malaysia sudah rancak semula dengan menyebut kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) dalam tahun 2010 dan separuh tahun pertama 2011. Malangnya, beliau hanya menyebut prestasi Malaysia semata-mata tanpa perbandingan dengan aliran pelaburan sejagat atau prestasi-prestasi negara-negara pesaing di rantau ini.

* Hakikatnya, prestasi pelaburan asing yang masuk ke Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik. Peningkatan 6 kali ganda yang disebut oleh Perdana Menteri bagi tahun 2010 adalah kerana nilai pelaburan yang sangat rendah dalam tahun 2009, maka angkanya nampak lebih gah bila dibandingkan dengan asas yang sebegitu rendah.

* Saya merujuk perhatian dewan kepada laporan “FDI Global Outlook Report” yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011 sebagai rujukan yang lebih menyeluruh untuk menggambarkan prestasi pelaburan asing Malaysia.

* Rujuk mukasurat 14 yang menyenaraikan perbandingan destinasi pelaburan terbaik di rantau Asia Pasifik bagi tahun 2010:

* Senarai 5 negara teratas berdasarkan jumlah projek pelaburan adalah Cina, India, Singapura, Australia dan Thailand. Malaysia tidak termasuk di dalam senarai.

* Senarai 5 negara teratas mendapat pelaburan berdasarkan jumlah pelaburan diketuai oleh China, India, Australia, Vietnam dan Singapura. Malaysia juga tidak termasuk di dalam senarai. Malah, jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam dalam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion, berbanding jumlah RM29 bilion yang diperolehi negara dalam tahun 2010.

* Jika Malaysia mensasarkan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi, kita semestinya ketinggalan jauh berbanding Singapura dan Australia.

* Jika Malaysia ingin bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dalam bidang pembuatan dan perkilangan, kita ditewaskan pula oleh Vietnam dan Bangladesh.

* Oleh itu, dewan perlu lebih berhati-hati dengan data-data yang dipersembahkan Perdana Menteri kerana ia mengenepikan gambaran keseluruhan kedudukan ekonomi negara.

* Sebab itu juga agaknya, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai keadaan hutang negara yang semakin meruncing.

* Jumlah hutang negara yang telah mencecah RM437 bilion pada akhir Jun 2011 seperti angka rasmi Bank Negara Malaysia adalah paras tertinggi hutang negara dalam sejarah Malaysia.

* Laporan Majlis Kewangan Negara 2010 mukasurat 120 mencatatkan pola keberhutangan awam negara di antara tahun 1970 hingga 2009. Perenggan dua merujuk kepada usaha berterusan untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dalam tahun 90an hingga mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 31.9% pada tahun 1997.

* Menurut laporan itu lagi, saya petik: “.. paras terendah 31.9% pada tahun 1997 didorong oleh pemulihan ekonomi negara yang pantas, pelaksanaan dasar fiskal berhemat serta pengurusan hutang yang berkesan. Ini telah membolehkan Malaysia mencatat lebihan fiskal di antara tahun 1993 dan 1997..”

* Laporan ini dikeluarkan oleh kementerian yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, oleh itu wajarlah Perdana Menteri mengambil iktibar tentang peri pentingnya kaedah pengurusan hutang yang berkesan dalam menjamin kelangsungan kewangan negara.

* Belanjawan 2012 malangnya dijangka akan mengabaikan beberapa garis panduan jumlah hutang yang digunapakai oleh negara selama ini.

* Pertamanya, jumlah hutang negara akan terus meningkat. Jumlah terbitan hutang dalam tahun 2010 adalah RM64.7 bilion sementara jumlah hutang yang akan matang dalam tahun 2011 telah mencecah RM44.5 bilion, berbanding RM23.4 bilion tahun sebelumnya.

* Kedua, pertambahan hutang negara yang mendadak ini bermakna jumlah peruntukan belanjawan setiap tahun yang digunakan untuk membayar faedah dan perkhidmatan hutang akan semakin menghampiri had panduan nisbah bayaran khidmat hutang kepada KDNK pada kadar purata 3.5% yang digunapakai selama ini.

* Bagi tahun 2012, peruntukan bayaran khidmat hutang telah melonjak kepada RM20.5 bilion berbanding hanya RM12.8 bilion dalam tahun 2008. Kos hutang ini akan bernisbah sebanyak 2.3% berbanding KDNK dan pada kadar pertambahan hutang sebegini rupa, garis had nisbah 3.5% dari KDNK ini bakal dilepasi dalam tempoh masa 5 tahun akan datang.

Tan Sri Yang diPertua,

* Perdana Menteri juga menyandarkan angka pertumbuhan 5% – 6% bagi tahun 2012 kepada perbelanjaan rakyat yang kononnya akan merancakkan penggunaan domestik (domestic consumption).

* Walaupun perbelanjaan domestik adalah penting untuk menampung pertumbuhan ekonomi negara dalam suasana global yang tidak menentu, sandaran kepada perbelanjaan rakyat untuk meransang pertumbuhan ekonomi perlu lebih realistik mengambil kira faktor harga barang meningkat dan gaji rakyat yang tersekat di takuk lama.

* Sebab itu Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 mengambil keputusan memperkenalkan kembali cukai dan eksais ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, alat kosmetik, celana dalam dan lain-lain kerana ia tidak memberi manfaat kepada rakyat terbanyak sedangkan kos pelepasan cukainya ditanggung oleh kerajaan.

* Makanya, kita wajar perihatin dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang terbeban dengan jumlah hutang yang membimbangkan. Pada akhir tahun 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK negara. Nisbah jumlah hutang isi rumah kepada KDNK ini telah meningkat dua kali ganda semasa saya menjawat Menteri Kewangan iaitu 33% dalam tahun 1997, kepada 77% apabila Perdana Menteri mengemudi Kementerian Kewangan di akhir tahun 2010.

* Pendapatan rakyat setiap bulan sebahagian besarnya dihabiskan untuk membayar hutang rumah kereta dan rumah.

* Lantaran itu, rata-rata rakyat Malaysia masih berada dalam keadaan yang daif. Masih ada golongan pekerja yang diperlakukan seperti khadam dan dibayar gaji di bawah paras kemiskinan. 40% dari rakyat Malaysia tinggal di dalam isi rumah yang pendapatan bulanannya kurang dari RM1,500. Tiga perempat dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh Umno-Barisan Nasional.

* Kekayaan negara pula dipusatkan kepada segolongan kecil golongan kaya dan mahakaya. 50% kekayaan dan pendapatan yang dijana oleh ekonomi negara dibolot oleh golongan 20% terkaya, sedangkan golongan 40% terbawah tadi yang rata-ratanya Melayu/Bumiputra tidak ubah seperti melukut di tepi gantang yang hanya mendapat 15% dari kekayaan dan pendapatan yang dijana.

* Manakala itu masih wujud fenomena ketidakseimbangan di antara keperluan tenaga mahir dan tuntutan industri, serta pergantungan kepada pekerja asing yang memberi kesan yang bukan sedikit kepada pasaran kerja. Ini menyebabkan aliran wang tunai keluar negara sebanyak RM22 bilion setahun sekaligus masih menjadi persoalan ekonomi mendesak yang perlukan penyelesaian segera.

* Sebaliknya, Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri mengelak sepenuhnya dari menjawab persoalan kerangka asas ekonomi seperti yang saya perincikan tadi.

* Ada perbezaan yang besar di antara perubahan dasar yang membawa impak ekonomi yang berkekalan dengan membaiki kerangka dan sistem ekonomi, berbanding dengan pengumuman-pengumuman pemberian peruntukan dan hadiah wang tunai bagi satu tahun sahaja seperti yang dibuat Perdana Menteri.

* Oleh sebab itulah, Pakatan Rakyat mengambil pendekatan dasar untuk membaiki kerangka ekonomi negara.

* Di antara tawaran Pakatan Rakyat yang sangat penting untuk membaiki struktur ekonomi negara adalah untuk memastikan dasar gaji minima terlaksana. Apa yang sangat ditakutkan kepada dasar gaji minima, sedangkan kajian Bank Dunia menunjukkan kadar RM1,100 seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat mampu ditanggung oleh majikan dan ekonomi. Perdana Menteri seolah-olah lebih mengutamakan lobi taukeh-taukeh besar dan kroni mahakaya daripada keperluan jutaan rakyat yang sangat mengharapkan satu anjakan gaji yang menyeluruh meliputi semua 12 juta tenaga kerja di negara ini, bukannya gula-gula yang hanya memikat pekerja sektor awam tetapi mengenepikan kebajika 90% tenaga kerja yang lain.

* Oleh kerana pendekatan Belanjawan 2012 kerajaan Umno-Barisan Nasional adalah penjenamaan semula yang pastinya akan melibatkan banyak peruntukan pengiklanan dan perunding, Dewan berhak tahu secara teperinci berapa yang telah diperuntukkan kepada firma-firma asing dan tempatan bagi tujuan pengiklanan dan putar belit (spin). Berapa juga jumlah kontrak bagi tujuan ini yang telah ditandatangani?

BAB 3: PENJENAMAAN SEMULA PROJEK DAN DASAR GAGAL

* Telah pun saya tegaskan program-program yang diumumkan oleh Perdana Menteri merupakan ulangan program-program yang telah dibentangkan dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, akan tetapi tidak berjaya membawa sebarang hasil ataupun gagal dilaksanakan.

* Sedangkan wang rakyat berbilion-bilion ringgit dibelanjakan untuk membiayai program-program yang gagal mencapai matlamat itu. Kini, sekali lagi rakyat berdepan dengan beban kewangan untuk melaksanakan program-program yang gagal ini.

* Tiga contoh terbaik yang boleh saya huraikan, pertamanya, pengumuman-pengumuman yang melibatkan usaha menjamin kelangsungan bekalan makanan dengan memajukan sektor pertanian. Kedua, naiktaraf infrastruktur dan jaringan bekalan air dan elektrik luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak dan ketiga, pengumuman yang menyentuh usaha mewujudkan rumah mampu milik kepada rakyat.

* Kerajaan Barisan Nasional telah berjanji untuk mengekang impot makanan dan menjamin food sovereignty (kedaulatan negara melalui bekalan makanan yang terjamin) sejak 10 tahun yang lepas. Selain menjadi teras utama RMK8, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM11.4 bilion sepanjang RMK9 untuk mencapai hasrat ini selain dari meletakkan pengurangan sasaran impot makanan kepada RM14.3 bilion sahaja menjelang akhir 2010.

* Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet Perdana Menteri. Soalan ini yang saya bangkitkan sejak tahun lepas tidak pernah dijawab oleh Perdana Menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab. Peruntukan sedemikian rupa jumlahnya sama dengan potongan subsidi gula yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

* Selain itu apakah nasib Terminal Agrobisnes Nasional yang tidak digunapakai dan kini menjadi projek gajah putih? Puluhan jutaan ringgit dibelanjakan tetapi objektif penggunaannya tidak pernah tercapai, kini dijenamakan kembali oleh Perdana Menteri di dalam belanjawan terkini beliau.

* Manakala kegagalan tersebut belumpun dijawab, tiba-tiba kerajaan berhasrat melancarkan satu lagi dasar iaitu Dasar Agro Makanan Kebangsaan, kononnya untuk merangka hala tuju industri makanan dan menjamin bekalan makanan. Bukankah semuanya sudah pun diputuskan dalam RMK8 hingga RMK10 dan dasar-dasar yang lain. Saya harus mengingatkan dewan bahawa yang tergelincir bukannya dasar tetapi matlamat akibat penyelewengan, rasuah dan tiadanya tata kelola yang baik.

* Belanjawan 2012 mengulangi kembali janji-janji dalam belanjawan yang lepas, RMK8 hinggalah RMK9; cuma kini dijenamakan semula. Kalau dulu dipanggil TEMAN (Terminal Agrobisnes Nasional), kini mahu dijenamakan pula sebagai Pusat Transformasi Desa. Kalau dulu tabungnya dipanggil Tabung Jaminan Makanan, kini tabung kononnya turut melibatkan Dana Pengkomersilan Pertanian.

* Walaupun berpuluh bilion telah dibelanjakan sejak tahun 2000 untuk mengurangkan import makanan, ia terus melonjak akibat kegagalan dasar dan projek yang lebih bermotifkan penyelewengan wang rakyat, bukannya demi kepentingan negara.

* Bank Negara Malaysia di dalam perangkaan perdagangan luar negeri Disember 2010 menyatakan bahawa import makanan telah mencecah RM30 bilion.

* Statistik ini turut disokong oleh jawapan kepada pertanyaan di dalam dewan, bahawa import makanan telah meningkat dari RM17.7 bilion dalam tahun 2005 kepada RM26.7 bilion dalam tahun 2009 pada kadar pertumbuhan 10.2% setiap tahun, membuktikan kegagalan 10 tahun berturut-turut dasar dan pelaksanaan program di bawah Umno-Barisan Nasional yang kini dijelmakan kembali oleh Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2012.

Tan Sri Yang diPertua,

* Kita sudah bertukar 3 Perdana Menteri tetapi kita masih bercakap perkara yang sama. Kemahiran yang mereka ada hanyalah menjelmakan dan menjenama semula dasar lama yang gagal. Barangkali ini semua merupakan nasihat perunding asing yang mahal-mahal belaka.

* Begitu juga dengan soal membangunkan prasarana desa dan di Sabah serta Sarawak.

* Misalnya baru-baru ini Perdana Menteri mengakui bahawa prasarana perbekalan air di kawasan-kawasan FELDA sudah berusia 50 tahun dan sangat daif. Maknanya selepas beratus-ratus dasar digarap, pelbagai janji ditaburkan kepada warga FELDA, hakikatnya masyarakat FELDA belum mempunyai system perbekalan air yang sempurna. Masalah ini turut berlaku di Sabah dan Sarawak.

* Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri mengumumkan seolah-olah perkara-perkara ini adalah keprihatinan baru demi membantu rakyat, sedangkan sewajarnya adalah untuk memohon ampun dan maaf kepada rakyat kerana terlewat 50 tahun menjaga keperluan asas mereka.

* Nasib yang sama juga menimpa projek menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Barisan Nasional gagal menyediakan perumahan mampu milik sedangkan pelbagai agensi telah dipertanggungjawabkan selama ini. Berbilion ringgit wang rakyat telah diperuntukkan saban tahun dan disalurkan kepada kontraktor dan syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional, tetapi memiliki rumah mampu milik seolah-olah mimpi ngeri buat rakyat Malaysia.

* Syarikat Perumahan Negara Berhad ditubuhkan sebagai agensi kerajaan membantu menyediakan perumahan rakyat. Kini, Perdana Menteri menubuhkan pula agensi baru yang dikenal sebagai PR1MA kononnya sebagai agensi tunggal untuk membangunkan rumah-rumah mampu milik di tanah-tanah nilai perdana kerajaan seperti Sungai Buloh, Sungai Besi dan kawasan-kawasan sekitar MRT/LRT.

* Pengumuman ini memunculkan dua keraguan. Pertama, bukankah fungsi itu bertindih dan serupa dengan SPNB? Kenapa perlu ditubuhkan agensi baru yang akan menelan belanja pentadbiran yang baru untuk menjalankan tugas yang sama?
* Kedua, kenapa PR1MA diberikan tugasan lumayan membangunkan rumah mampu milik di tanah milik kerajaan yang paling bernilai? Apakah PR1MA juga akan menjadi pemaju tidak ubah seperti SPNB, seterusnya melibatkan peruntukan ratusan juta dari wang rakyat dan kerjasama swasta?

* Oleh itu, Dewan wajar menegur Perdana Menteri dan seluruh kabinetnya yang giat menubuhkan unit-unit baru dan pelbagai inisiatif pengiklanan baru seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2012, kerana ini membebankan rakyat.

* Izinkan saya menarik perhatian Dewan yang Mulia ini kepada pengumuman menubuhkan Yayasan Inovasi Malaysia. Yayasan tersebut diwujudkan dan dibarisi oleh golongan mahakaya seperti Tan Sri Lim Khok Thay, individu yang dekat dengan Perdana Menteri seperti Rohana Tan Sri Mahmood dan ahli-ahli politik Barisan Nasional untuk mengendalikan program-program invoasi kelolaan Kementerian Sains Teknologi.

* Kita tertanya-tanya berapakah kos pentadbiran yayasan-yayasan seperti YIM ini? Daripada peruntukan ratusan juta untuk program-program promosi ini, berapa yang diberikan kepada YIM untuk menganjurkan beberapa seminar antarabangsa?
* Projek sebeginilah yang merugikan rakyat dan menelan belanja yang besar tanpa manfaat kepada rakyat.

* Apa yang merisaukan beberapa pendekatan Perdana Menteri telah terbukti gagal manakala inisiatif tersebut terkait dengan kepentingan awam. Beliau mengumumkan pelbagai insentif cukai yang lumayan kepada golongan niagawan terutamanya bagi projek-projek kesayangan dan berkepentingan kepada beliau seperti Kuala Lumpur International Financial District (Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur)

* Belanjawan 2012 menjanjikan pelepasan cukai kepada pemaju hartanah di KLIFD sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun. Kita boleh mencongak berapa jumlah cukai yang akan dilepaskan begitu sahaja kepada kroni-kroni yang mengusahakan projek mewah ini.

* Pengumuman awal menyebut keseluruhan projek hartanah itu bakal menelan belanja RM26 bilion. Kalau kadar keuntungan kasarnya adalah sekitar 20% iaitu kadar biasa projek-projek hartanah mewah, maka keuntungan kasar yang sepatutnya dikenakan cukai adalah RM5.2 bilion. Pada kadar cukai korporat 25%, ini bermakna sebanyak RM1.3 bilion wang rakyat akan bolos ke tangan kroni.

* Tidak cukupkan tanah Sungai Besi yang paling berharga milik rakyat itu diserahkan kepada 1MDB yang dikawal oleh individu yang rapat dengan Perdana Menteri? Siapa yang sering dikaitkan dengan pembangunan KLIFD ini kalau bukan Jo Thaek Low. Kalau dikaji projek mega KLIFD ini, ternyata ia tidak memanfaatkan rakyat terbanyak dan memberi keuntungan yang lebih kepada:

* Perunding – luar negara atau yang dekat dengan pemerintah, termasuklah CIMB yang selalu terbabit di dalam urusan-urusan besar kewangan negara
* Pembinaan – pastinya dianugerahkan kepada mereka yang dekat dengan pemerintah.
* Bekalan – sebahagian besar peralatan dan bahan akan diimport dari luar negara seperti kebiasaan pembinaan mercu tanda megah di bawah Umno-Barisan Nasional atau dianugerahkan kepada syarikat kroni
* Tenaga pembinaan – rata-ratanya akan menggunapakai buruh asing
* Tenaga kerja di KLIFD kelak – sebahagian besar terdiri dari juru analisa kewangan antarabangsa dan hanya sedikit rakyat Malaysia yang berpeluang bekerja di situ

* Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat mengesyorkan kepada Dewan supaya Perdana Menteri memberi jaminan-jaminan berikut:

* Hentikan insentif berlebihan yang menyebabkan kutipan cukai berkurangan termasuk insentif kepada KLIFD, sebelum kerajaan berniat melaksanakan GST;

* Perdana Menteri perlu umumkan kepada rakyat dan dewan bila GST akan dilaksanakan supaya rakyat dapat mengundi berdasarkan rancangan pelaksanaan GST pada PRU13;

Dan

* Dewan perlu menghentikan sikap jelik yang menghina rakyat; menyalahkan bayaran subsidi semata-mata, sedangkan insentif-insentif yang melampau turut melibatkan banyak ketirisan kepada wang negara dan pendapatan yang berkurangan

* Sekiranya diberi peluang untuk mentadbir negara, Pakatan Rakyat beriltizam memastikan mana-mana perjanjian atau insentif yang tidak telus dan membelakangkan kepentingan rakyat akan dirujuk kepada Suruhanjaya Perjanjian Awam, yang akan ditubuhkan demi untuk menilai semula segala perjanjian ini.

BAB 4: KRONI DIDAHULUKAN, PROJEK DIUTAMAKAN

Tan Sri Yang diPertua

* Belanjawan 2012 menzahirkan ketagihan BN kepada rasuah dan penyelewengan. Tidak ada tanda-tanda ketagihan ini akan reda, kerana pelbagai pengumuman yang dibuat jelas akan menguntungkan pihak-pihak berkepentingan semata-mata.

* Saya ingin merakamkan kekesalan kepada dewan kerana cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding yang merupakan mercu tanda dan harta rakyat yang sensitif langsung tidak dibahaskan terlebih dahulu di dewan ini, sebelum dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke dalam belanjawan.

* Saya bukanlah menentang sebarang usaha untuk mengembangkan saiz pasaran saham dan menarik pelabur asing ke Bursa Malaysia, tetapi persoalan yang membabitkan institusi Melayu/Bumiputra dan harta rakyat yang dibina oleh 3 generasi rakyat Malaysia ini perlukan perdebatan ikhlas dan ilmiah di dewan ini terlebih dahulu.

* Perdana Menteri seharusnya mengambil kira risiko kewangan dan pasaran yang akan mendedahkan Felda kepada susut nilai pasaran mirip kepada nasib yang sedang menimpa MAS, sekiranya penyenaraian ini tidak disertakan dengan tata kelola yang baik, pengurusan yang telus dan bebas dari campur tangan politik dan diperkuatkan dengan segala langkah mengelakkan manipulasi pasaran dan spekulasi.

* Harga pasaran saham MAS telah susut sehinggakan harga semasanya hanyalah sekitar 37% berbanding harganya sekitar tahun 1993 hingga 1995. Walaupun asetnya besar dan saiz operasinya berlipat kali ganda berbanding AirAsia, harga sahamnya turun naik dan sekarang ini hanyalah 50% dari harga saham AirAsia.

* Kita perlu berwaspada supaya nasib yang sama tidak menimpa Felda, maka keputusan sebesar itu sewajarnya dibahaskan di dewan ini agar prasyarat berhubung kemantapan pengurusan, amalan tata kelola baik yang ketat dan nilai tambah dapat diambil kira.

* Janganlah kerajaan mengulangi kesilapan dalam penggabungan tiga gergasi perladangan iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope yang disandarkan semata-mata kepada yuran rundingan dan laba yang bakal diperolehi oleh para perantara (broker) dan penasihat termasuklah CIMB yang rapat dengan Perdana Menteri.

* Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan projek-projek melalui kaedah perkongsian awam dan swasta (PPP) termasuklah pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak melibatkan perbelanjaan RM700 juta.

* Saya memberi ingatan supaya projek ini dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan bertata kelola termasuklah dengan memastikan ia menggunakan bidaan terbuka, supaya harganya berpatutan kerana kita faham bila sahaja dipanggil perkongsian awam dan swasta, maknanya perkongsiannya begini: untung dikaut oleh swasta, kerugian dan kos ditanggung oleh awam dan rakyat.

* Saya juga kesal dengan cara Perdana Menter yang tidak segan silu mengumumkan projek-projek yang bermasalah kerana diberikan kepada krono seolah-olah ia projek baru demi kesejahteraan rakyat. Peruntukan projek pembangunan dibawah RMK10 bagi tahun 2012 berjumlah RM49.2 bilion contohnya melibatkan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu yang tidak siap-siap dan telah pun menelan belanja yang tinggi, akibat pembabitan pihak-pihak yang berkepentingan sedangkan fasa yang dibina oleh MTD di antara Sungai Besi ke Ajil telah pun dibuka.

* Akhir sekali, saya wajar menyentuh mengenai peruntukan RM40 juta untuk membina lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia.

* Saya tidak begitu mempersoalkan tindakan kerajaan mahu memberi bantuan melalui subsidi barangan secara terus di kedai-kedai runcit. Saya juga tidak mahu mempersoalkan cara Perdana Menteri menggunakan wang rakyat untuk terus mempromosikan jenama 1Malaysia beliau, asalkan rakyat mendapat manfaat.

* Namun, kenapa hanya satu pihak dan pengusaha iaitu Mydin yang dipilih untuk mendapat bantuan subsidi terus ini, sedangkan pembinaan lebih banyak kedai sebegini akan mematikan kedai-kedai runcit rakyat terbanyak di seluruh Malaysia?

* Apakah kerajaan tidak boleh mencari sebuah kedai runcit yang maju dan berdaya saing di setiap daerah yang ingin dibantu, agar bantuan tersebut akan memberi lebih manfaat kepada lebih ramai pengusaha kedai runcit, bukannya membantu melebarkan sayap pengusaha sebuah pasaraya besar yang akan mematikan pengusaha kecil di kampung-kampung? Sudahlah selama ini mereka terpaksa bersaing dengan pasaraya besar, kini kedai runcit pun mahu dibolot dan diberi bantuan terus oleh kerajaan.

* Sebab itu saya memohon dewan menerima hakikat bahawa belanjawan 2012 ini tidak lebih dari senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan. Ratusan billion akan dibelanjakan semata-mata kerana kroni akan diterus didahulukan, projek-projek diberi keutamaan, kemudian sisa bakinya barulah diagihkan kepada rakyat.

BAB 5: ANJAKAN STRUKTUR EKONOMI

Tan Sri Yang diPertua

* Dewan yang mulia seharusnya sedar pengumuman-pengumuman yang terkandung dalam Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri adalah gula-gula yang membebankan rakyat tetapi tidak menghasilkan sebarang anjakan perubahan kepada struktur ekonomi negara.

* Pengumuman kenaikan gaji dan bonus kepada kakitangan awam adalah tidak berasaskan kepada sebarang pendekatan ekonomi, berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat melalui pengenalan gaji minima yang akan memanfaatkan kesemua tenaga kerja di negara ini.

* Sebab itu kerajaan tidak boleh memandang remeh kemarahan pekerja sektor swasta yang merasakan mereka diketepikan semata-mata kerana kerajaan ingin memikat undi dari penjawat awam.

* Begitu juga dengan pelepasan cukai berkaitan teksi yang membabitkan jumlah maksima bantuan sebanyak RM7,560 setahun. Perdana Menteri boleh berpura-pura berbangga dengan bantuan itu, tetapi jangan lupa rintihan sebenar pemandu teksi dibebankan sejumlah RM21,000 setahun kerana bayaran kepada pemegang konsesi. Bantuan RM7,560 setahun itu pun hanyalah kepada mereka yang memilih untuk menukar kenderaan teksi, tetapi bagi sebahagian besar pemandu teksi mereka masih perlu membayar yuran yang mencekik darah kepada pemegang konsesi lesen teksi, sebahagiannya terdiri dari Yang Berhormat di dalam dewan ini.

* Perdana Menteri menyenaraikan beberapa subsidi makanan yang diberikan kepada rakyat seolah-olah ia diberikan ehsan kerajaan. Janganlah kita lupa bahawa amanah mentadbir wang rakyat itu datangnya dari rakyat dan ia boleh ditarik balik bila-bila masa, seperti kerajaan sewenang-wenangnya menarik subsidi sehingga menaikkan harga barangan.

* Kerajaan berbangga dengan subsidi gula 20 sen setiap kilogram yang diberikan kepada rakyat, tetapi buat-buat lupa bahawa kerajaan jugalah yang menaikkan harga gula sehinga ia 60% lebih mahal sekarang berbanding sebelum Perdana Menteri mengambil alih kuasa.

* Perdana Menteri nampaknya cukup berbangga dengan bayaran-bayaran yang diumumkan seperti bantuan persekolahan, bonus kepada bekas perajurit dan lain-lain. Saya nasihatkan supaya Perdana Menteri jangan senyum terlalu lama kerana rakyat tahu bahawa bayaran itu hanyalah bayaran sekali sahaja dalam tahun 2012 yang tidak berkekalan dan berbentuk gula-gula. Jika mereka termakan gula-gula tersebut, selepas pilihanraya kelak rakyat terpaksa memulangkan kembali bayaran-bayaran tersebut melalui cukai barangan dan perkhidmatan yang akan diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

* Namun saya yakin rakyat boleh menilai perkara-perkara ini, kerana mereka juga sedar bahawa bayaran yang besar diberikan kepada golongan yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional termasuk bayaran sejumlah RM3,000 kepada bekas petugas KEMAS dan JASA yang lebih tinggi daripada bentuk-bentuk bantuan lain.

Tan Sri Yang diPertua,

* Belanjawan yang bertanggungjawab mesti menetapkan dasar-dasar yang akan mengubah struktur ekonomi dan membolehkan anjakan, bukannya pengumuman pemberian hadiah satu tahun sahaja.

* Perbandingan dengan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 akan menunjukkan bagaimana belanjawan kami menumpukan usaha kembali kepada kerangka dasar serta berusaha menyelesaikan masalah asas:

* Pengenalan gaji minima untuk melonjakkan paras gaji pekerja seterusnya membantu rakyat berhadapan dengan tekanan kos sara hidup
* Menghapuskan monopoli dan merombak struktur harga barang-barang komoditi dan kepenggunaan (termasuklah monopoli BERNAS, AP dan lain-lain) untuk menghapuskan herotan harga dan menurunkan harga secara drastik
* Memperuntukkan subsidi secara berpatutan kepada rakyat dengan mengalihkan peruntukan yang digunapakai oleh sektor korporat dan monopoli sebelum ini
* Memberi penekanan kepada latihan teknikal dan vokasional termasuk melalui universiti teknikal untuk menyediakan graduan dan tenaga kerja yang berpadanan dengan kehendak industri
* Peruntukan RM6.9 bilion sebagai pakej bantuan terus (direct assistance package) untuk golongan sasaran
* Agihan sumber antara pusat dan negeri yang lebih adil mengikut pindaan capitation grant

BAB 7: PENUTUP

* Rakyat akan menilai janji-janji yang terkandung di dalam Belanjawan 2012 dan Perdana Menteri mempunyai masa yang suntuk sebelum keadaan ekonomi global makin tidak menentu.

* Sewajarnya Perdana Menteri menunaikan janji-janji terdahulu sebelum cuba menambah janji-janji baru ini, bermula dengan janji reformasi pilihanraya dan pemansuhan ISA yang perlu disegerakan.

* Saya juga mengingatkan dewan supaya kita insaf bahawa reformasi ekonomi yang berkekalan adalah mustahil tanpa iltizam untuk merubah pendekatan politik dan pentadbiran yang diamalkan pemerintah sekarang. Tidak ada reformasi ekonomi tanpa reformasi politik yang menyeluruh.

* Jika Perdana Menteri gagal melaksanakan harapan dan tuntutan-tuntutan rakyat ini, nescaya segala usaha menjelmakan dan menjenamakan semula dasar dan program-program yang gagal tidak akan berjaya meredakan hasrat rakyat yang mahukan perubahan.

* Dengan ingatan itu kepada diri saya dan seluruh dewan, saya sudahi dengan wassalam.

[1] Analisis pertumbuhan kutipan cukai oleh Kerajaan Malaysia – Belanjawan Pakatan Rakyat 2012