Sahabat Intim Blog Ini

Monday, January 21, 2013

BILA BAWANI BERSEMUKA TOK GURU

YAB. Tuan Guru membuka tasfir dan terjemahan Al-Quran dalam versi English,Surah Al-Baqarah ayat 251 untuk di tunjukkan kepada saudari Bawani. Photo - Zam Zamani Mohd Zain

Wednesday, January 16, 2013

HANCUR BN DEK BEKAS JPN!

Bekas Timbalan JPN Sabah bongkar kerja jahat SPR jadi barua UMNO https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPOIcs3dRmHiZFKWszuW4fjT4Qaag_V7ulZRWzlVDmCPU7wNBFUANvHhNDAhYqMTLXAJ0MxddseO4ilBbAUzIpqc-LAT1cWsBfSp31WOP3351EpjKwu49xs4swrNEuYgugnAYASnBVfgYQ/s640/BABI+BABI+BABI+NEGARA+BARISAN+NASIONAL.pngKOTA KINABALU, 16 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Surhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini. Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini. Nama penuh Wan Ahmad tidak diberikan. “Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR,” kata Nasir. “Maksudnya nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar.. . Dan gambar,” tambahnya. Nasir mengatakan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1998 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak.Pen Buruk Online

Monday, January 14, 2013

Thursday, January 10, 2013

TAHNIAH USTAZ ! FAUZI SAH PEMFITNAH

IPOH: Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini mengarahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Norazli Musa. Hakim, Roslan Abu Bakar memutuskan, Fauzi bersalah dalam kenyataannya yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 yang menuduh Norazli menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Perak selama 11 bulan dulu. Dalam kenyataan itu, beliau juga mendakwa Norazli membina rumah banglo besar bernilai RM500,000 semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat sebelum dirampas oleh BN. Hakim turut memerintahkan bekas ketua penerangan PKR Perak itu itu memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000. Norazli yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Taliban' diwakili peguam PAS Perak, Aminuddin Zulkaple. Norazli ketika ditemui selepas keputusan tersebut berkata, beliau sangat bersyukur dengan kemenangannya itu dan menyifatkan ia adalah kemenangan Pakatan Rakyat. “Saya bersyukur kepada Allah atas keputusan tersebut dan ini adalah tanda-tanda kemenangan Pakatan Rakyat khususnya di Perak,” katanya yang ternyata gembira dengan keputusan tersebut. Pada 11 Disember 2011, Norazli Musa,45 atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ustaz Taliban' femfaikan saman terhadap Fauzi dan Utusan Malaysia berikutan fitnah tersebut. Bagaimanapun akhbar Umno tersebut membuat keputusan menyelesaikan di luar mahkamah dan telah memberikan ganti rugi kepada Norazli. Kata beliau, wang ganti rugi tersebut akan menjadi dana Pakatan Rakyat khususnya PAS dalam menghadapi PRU13 yang akan menjelma tidak lama lagi. Hadir sama ialah AJK PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam dan pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat untuk memerikan sokongan. Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/01/ustaz-taliban-menang-saman-rm100000.html#ixzz2HcvWw1ZO

Wednesday, January 9, 2013

PENGAKUAN NAJIB LEMAH !

Tun Mahathir Mengaku Najib Lemah Tun Dr Mahathir Muhamad mengaku Umno lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan. Beliau berkata selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana. Beliau mengharapkan semua semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga. Apabila BN menang dan bentuk kerajaan maka bolehlah tegur dan menggodam. Semua maklum, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan pilihanraya. Tun memberi ingatan kepada generasi muda supaya kenang jasa Umno kepada negara. Beliau masih menggunakan tektik lama jika kerajaan bertukar negara akan menghadapi bahaya. Nampaknya Tun masih belum sedar bahawa beliau bercakap dengan anak muda yang mempunyai kesedaran maklumat yang tinggi. Mungkin dia membayangkan beliau berucap di hadapan pemuda tahun 80 an. Tun terpaksa mempertahankan Najib kerana demi masa depan anak-anaknya dan kroni. Beliau sedar jika kerajaan bertukar pemimpin Umno dan kroni beliau akan kebuluran dan kehausan. Selepas PRU 12, rakyat di empat negeri telah membuat percubaan. Sekarang giliran rakyat seluruh negeri akan mengembelingkan tenaga untuk menukar kerajaan di peringkat pusat. InsyaAllah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka Atas asas apa Tun bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan? Mungkin beliau tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang. Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik. Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53 bilion. Ustaz Idris Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat