Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, January 18, 2012

PENGARAH AGAMA ISLAM WILAYAH MENGELABAH !

PAS mencabar Senator Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam

Wilayah Persekutuan (Jawi), Dato' Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa

Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mengambil tindakan mahkamah

terhadap Jabatan Audit Negara jika apa yang dilaporkan sebagai fitnah dan

pembohongan terhadap mereka dalam isu penggunaan wang zakat.

"Persoalannya sekarang siapa yang yang menipu? Jamil Khir atau Ketua

Audit Negara?" soal AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Tegasnya, jika

laporan Ketua Audit Negara yang betul maka amat malanglah negara yang

mempunyai menteri yang berlatar belakang agama sebagai seorang pembohong.

"Tidak mungkin Laporan Audit silap, tidak betul atau menipu. Jika

sekalipun, audit salah, oleh kerana ia memberi kesan buruk kepada imej

Jamil Khir sebagai seorang agamawan, maka beliau berhak menyaman Tan Sri

Amrin dan Jabatan Audit Negara bagi membuktikan beliau di pihak yang

benar," tegasnya kepada Harakah.

Polimik penggunaan wang zakat masih tidak selesai, berikutan penafian

Senator Dato' Seri Jamil Khir yang bertegas mengatakan beliau tidak

menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman.

Menurut Ustaz Idris, Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini

mendakwa, bahawa Jamil Khir; Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain telah

menggunakan wang zakat tersebut sebanyak RM63,650 bagi membiayai kos

guaman dalam kes saman qazaf Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bagimana pun, kata beliau, akhirnya duit zakat yang telah digunakan itu

telah diganti pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran kerajaan

sebanyak RM700,000 pada 22 Jun tahun itu, yang hanya dibuat pada Disember

2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

Beliau merujuk kenyataan untuk membuktikan wang zakat digunakan

berdasarkan maklumat berikut:

(1) Pada 21 Jun 2011 Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman

dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.

(2) Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang

mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada

Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun

2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22

Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember

2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

(3) Surat Dato' Azmi Khalid selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira kira Negara

(PAC) yang melampirkan Laporan Audit Negara yang bertarikh 14 Disember

2011 kepada Dato' Saifuddin Nasution Ismail (Machang); Dato' Kamaruddin

Jaafar (Tumpat); dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) satu lagi bukti

wang zakat telah digunakan.

Merujuk kepada laporan Ketua Audit itu juga, pada 11 Januari 2010 MAIWP

menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha

dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan

qazaf Anwar.

Ustaz Idris turut menyentuh tentang pelantikan peguam yang mewakili

ketiga-tiga individu Dato' Zainul Rijal Abu Bakar menjadi Ahli Majlis

MAIWP pada 25 Julai 2011. Che Mat selaku Setiausaha Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada

peruntukan Am pada 28 Januari 2010.

Geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan

peruntukan zakat pada 9 Februari 2010. MAIWP membuat pembayaran baki kos

guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.

"Berlaku penyalahgunaan kuasa apabila yang meluluskan sejumlah wang zakat

tersebut atas nama Setiausaha MAIWP kepada Pengarah Jawi untuk pembiayaan

kos guamannya, sedang pemegang kedua-dua jawatan itu adalah orang yang

sama iaitu Dato' Che Mat Che Ali," katanya.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam

Sunday, January 8, 2012

MAHKAMAH SAHKAN ANWAR TIDAK BERSALAH !

Syukur Alhamdulillah kerana mahkamah telah mendapati Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah d atas tuduhan meliwat Saiful Azlan Bukhari.

Bagi Tulang Besi, sekarang ini masanya Anwar mengheret Saiful dan Dato K ke Mahkamah Syariah pula atas tuduhan Qazaf.

Penting bagi Anwar melakukan perkara ini kerana jutaan umat Islam di negara ini telah terjerumus dalam satu dosa besar yang dipanggil “qazaf”.
“Qazaf” ini bermaksud menuduh seseorang tanpa 4 orang saksi. Dosa Qazaf ini tergolong dalam salah satu dosa besar. Dan di dalam hukum hudud, wajib dikenakan 80 kali sebatan.

Adalah lebih baik seseorang Islam itu memakan seekor babi dari melakukan dosa Qazaf ini.

Wajarlah Anwar Ibrahim mengheret Saiful Bukhari, Dato’ Eskay dan Dato’ T itu ke mahkamah syariah sebagai pengajaran kepada seluruh umat Islam bahawa dosa Qazaf itu dibenci Allah SWT.