Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, July 28, 2010

TEMAN SETUJU CADANGAN TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI, KALAU UMNO BERANI

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik.

Saifuddin berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.

Cadangannya itu berikutan pengumuman semalam bahawa guru berijazah dibenarkan berpolitik.

“Masa telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik,” katanya.

Menurut Saifuddin, Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya membenarkan pelajar terbabit dengan politik jika mereka mendapatkan kebenaran daripada naib canselor (VC).

“Jika ada klausa yang mengatakan bahawa VC boleh membenarkannya, maka adalah lebih baik membenarkannya secara keseluruhan. Tetapi jika ini menyusahkan, maka lebih baik membuat lebih banyak pindaan,” katanya.

Seringkali pelajar universiti yang didakwa terbabit dalam kempen politik menyaksikan kelab politik di universiti mereka juga digantung. Mereka juga sukar mendapatkan kebenaran daripada naib canselor untuk bergiat dalam pol

Monday, July 26, 2010

RFC KUBANG KERIAN , MARI LAYAN


Teman harap ramai usahawan atau jutawan Islam yang berani dan memberi tanggungjawab fardu kifayah dalam membuka restoran makanan segera begini yang halal dan tidak diragui lagi.



Gambar-Gambar Tok Guru Nik Aziz Semasa Majlis Perasmian Radix Fried Chicken Cawangan Kubang Kerian

Monday, July 19, 2010

BEGINIKAH UMNO PAHANG BANTU ORANG MELAYU ? PEMBAYAR SEWA MELAYU TEGAR DITENDAG KELUAR ?


Akhirnya saya tersingkir..

Politik balas dendam dan nafsu jahat para pimpinan UMNO Pahang rupanya tidak berakhir atas pentas politik. Sikap rakus dan jamban inilah yang menjadi anutan mereka terhadap musuh politik mereka tanpa menyedari bahawa politik ala zaman batu itu makin dibenci rakyat.
Sewaktu sambutan Aidilfitri tahun lepas, saya telah dimaklumkan oleh Pegawai MARA Daerah Rompin, bahawa Kerajaan Pahang minta saya keluar dari pejabat premis MARA yang saya sedang sewa sekarang.
Untuk rekod, saya telah menyewa sebuah premis MARA untuk saya mula bertapak sebagai sebuah firma guaman sekitar tahun 2007, Tetuan Mohd Fadzli & Co. Pemilihan saya sebagai penyewa juga melalui saluran yang sah iaitu secara temuduga. Tiada kabel,tiada orang dalam. Saya diterima sebagai penyewa secara merit walaupun terdapat ramai penyewa lain yang turut memohon. Sebagai seorang yang baru mula mengenal erti dunia perniagaan dan bertatih, sudah tentulah mengharap sebuah premis mampu sewa seperti MARA.
Saya menyewa tanpa sebarang masalah. Sewa sentiasa berbayar. Tiada Tunggakan. Rekodnya cemerlang. Dulunya Arked MARA sunyi dan hampir tidak dikenali kalau tiada Pejabat Pos Rompin bermukim di sini. Bukan mendabik dada, tetapi selepas pejabat peguam saya mula beroperasi yang merupakan pejabat peguam pertama di Rompin, Arked MARA meriah sekali kalau tidak hingar bingar pun sesesak pasar malam chow kit.
Kini, UMNO peralatkan MARA untuk usir saya. Semua ini kerana saya bekas calon PAS dalam dua siri pilihanraya lalu. Ditambah perit pula bila saya sering memekakkan telinga pemimpin UMNO dengan berdiri secara terbuka mengecam kezaliman dan salah laku pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di pentas-pentas Pakatan Rakyat. UMNO makin pedih bila saya mengheret perangai korup mereka ke Mahkamah. Kes Ketua Penerangan UMNO Rompin saman Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin), Saman terhadap anak syarikat Kerajaan Pahang kerana lambat serah milik (late delivery), Saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu pelatih dirogol jurulatih dan pelatih mati dalam latihan, Saman terhadap Polis kerana menghalang ceramah di Muadzam Shah bersama-sama peguam Hanipa Maidin disamping membantu syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang menang saman RM6 juta terhadap Kerajaan Pahang adalah antara rentetan perangai jahat UMNO yang didedah di Mahkamah.
Saya ingin tegaskan, bahawa tindakan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat politik kotor UMNO/Barisan Nasional. Ini adalah kerana, saya dimaklumkan Pegawai MARA Daerah dalam sambutan aidilfitri tahun lalu bahawa saya mesti mengosongkan premis sewaan saya dalam jangka masa segera. Pada hal pada ketika itu, tempoh penyewaan saya masih berbaki hampir satu tahun lagi. Saya tidak menyalahkan MARA dan kakitangannya. Tapi sifat dungu UMNO ini terserlah apabila saya dimaklumkan bahawa punca saya disingkir adalah kerana aduan pemimpin UMNO Bahagian Rompin kepada Menteri Besar. Namun setelah berkeras dan mencabar supaya MARA mengeluarkan surat penamatan pada ketika itu juga, MARA akhirnya memaklumkan saya bahawa saya boleh terus menyewa sehingga tamat perjanjian iaitu sehingga Ogos 2010. Walau apapaun jua yang dibuat, saya tetap tegaskan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat UMNO pada saya!


Inilah UMNO, sebuah parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu. Saya orang Melayu. Bumiputera. Anak jati Rompin. Warga Pahang tulen. Saya menyewa dengan sebuah agensi yang bercita-cita ingin membantu orang Melayu,Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapi apa sudah jadi. Saya bukan komunis, bukan penjenayah, tetapi dinafikan oleh bangsa sendiri.Semata-mata berlainan fahaman politik.
Sebenarnya, sikap busuk perut UMNO Pahang ini telah bermula apabila firma guaman lama saya Tetuan M.K Othman & Co yang telah berjaya menjadi peguam panel Unit Perumahan Kerajaan Pahang. Namun apabila mendapat tahu saya menjadi rakan kongsi pemilik M.K Othman & Co, Tuan Khairuddin Othman ( sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), hanya dengan satu panggilan telefon menamatkan khidmat "panelship" dengan Kerajaan Pahang. Nasib yang sama menimpa rakan guaman saya, Tuan Iqbal Hamdi (bekas YB Kuala Pahang) apabila beliau bertanding atas kerusi PAS dan menang. Habis semua "panelship" beliau ditarik akibat perangai UMNO ini.
Saya mendapat dokongan teguh rakan-rakan peguam Pahang untuk terus berjuang dan memastikan UMNO/BN akan dikuburkan dalam Pilihanraya akan datang. Politik bodoh UMNO ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat dalam konstituensi Duta Besar Malaysia Bertaraf Menteri ke Amerika Syarikat. Masyarakat di barat memandang tinggi Demokrasi yang subur di sana. Bukanlah niat saya untuk berkiblatkan mereka. Tetapi sikap professional mereka dalam melayani musuh politik boleh disanjung. Selepas musim pilihanraya, semua pihak membantu bangunkan negara, tiada istilah balas dendam. Rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya hina ini. Ambillah contoh negeri Pakatan Rakyat, carilah satu sahaja contohnya, sekiranya ada mana-mana yang tersingkir dri premis kerajaan kerana jadi calon BN...

Thursday, July 15, 2010

IBARAT MENAHAN LUKAH DI PERGENTINGAN

Potong subsidi Rakyat : K'jaan jimat RM750j tahun ini...Tapi belanja RM 4 billion untuk JPM..!!

Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenaikeputusan kabinet menaikkan harga bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.
-------------------------------------------------------------------
Sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan di bawah pimpinan saya telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, saya telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

PUDU JAIL JADI PROJEK RM5,000,000,000 ( LIMA BILION RINGGIT MALAYSIA))

UDA Holdings Bhd akan merubah wajah kawasan Penjara Pudu menjadi ikon baru Kuala Lumpur yang bakal dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre membabitkan kos RM5 bilion.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, UDA sudah menyiapkan pelan pembangunannya dan akan menyerahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh terdekat ini bagi kelulusan.

Beliau berkata, projek Bukit Bintang City Centre meliputi kawasan seluas 7.76 hektar itu akan dibangunkan dalam beberapa fasa membabitkan ruang perniagaan, menara pejabat, apartmen servis, hotel, pusat komersial dan rekreasi serta hab pengangkutan awam mini.

“Ini adalah projek pembangunan bercampur pertama yang akan dilancarkan UDA di pusat bandar Kuala Lumpur.

“Kami anggarkan nilai pembangunan kasar (GDV) projek ini kira-kira RM5 bilion dan jika mendapat kelulusan cepat daripada DBKL, lazimnya dalam tempoh tiga bulan, kami boleh membuat persiapan untuk memulakan projek,” katanya.

Berdasarkan pelan pembangunan Bukit Bintang City Centre itu, tapak Penjara Pudu yang menyimpan pelbagai kisah sejarah banduan sejak lebih 100 tahun lalu itu akan dibangunkan dengan dua menara kondominium setinggi 36 tingkat mengandungi 700 unit, podium runcit setinggi dua tingkat dengan 24 unit ruang niaga serta pusat beli belah lima tingkat.

Nur Jazlan menjelaskan, tanah Penjara Pudu itu dipindah hak milik oleh Jabatan Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada UDA pada September tahun lalu.

UDA perlu majukan secara usahasama

Katanya, sejak itu UDA telah merangka pelan pembangunan bagi tanah itu untuk dihantar kepada DBKL, yang mana projek berkenaan dijangkakan akan mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun untuk disiapkan.

Beliau menegaskan, berikutan saiz projek pembangunan Bukit Bintang City Centre itu, ia mungkin dilaksanakan secara usaha sama dengan syarikat berpotensi dengan UDA sebagai pemaju utamanya.

“Kami perlu menyiapkannya secara berperingkat, kerana ia mengambil masa agak panjang selain bergantung kepada keupayaan UDA termasuk aspek kewangan. Bagaimanapun, ia mungkin lebih cepat jika dilaksanakan secara kerjasama,”jelasnya.

Nur Jazlan turut memberi jaminan, reka bentuk dan pelan pembangunan Bukit Bintang City Centre akan terus memelihara kepentingan Bumiputera dengan memberikan keutamaan kepada penyertaan syarikat serta kontraktor kaum itu.

“UDA juga akan lebih mengutamakan jualan ruang niaga kepada Bumiputera, bagaimanapun hanya kepada mereka yang benar-benar berdaya maju serta mempunyai keupayaan kewangan yang tinggi.

“Pembangunan semula tanah Penjara Pudu ini tidak boleh disamakan dengan pembangunan lain seperti Pertama Kompleks misalnya, yang mana ruang niaganya diberikan kepada usahawan Bumiputera yang baru berniaga dan tidak mempunyai keupayaan kewangan yang tinggi,” katanya.

Beliau juga berkata, UDA yang kini di bawah Kementerian Kewangan yang diperbadankan sedang menjalani proses penyusunan semula supaya kembali fokus kepada matlamat asalnya sebagai perbadanan yang menampung kekurangan penyertaan Bumiputera di kawasan bandar terutama dalam pemilikan tanah, kediaman dan ruang perniagaan.

Tuesday, July 13, 2010

UMNO/BN BY HOOK OR BY CROOK

Persempadanan semula: Strategi Umno-BN untuk menang

Di sekitar Parlimen hari ini

FREE MALAYSIA TODAY

KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan kerajaan memasukan pengundi Barisan Nasional (BN) ke kawasan sasaran mereka melalui usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilaksanakan tidak lama lagi.

"Jumlah pengundi yang dimasukkan ke kawasan sasaran bergantung kepada sesuatu kawasan terbabit di mana BN kalah tipis sekitar seribu atau dua ribu di kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Sementara pengundi Cina yang tidak menyokong mereka akan di keluarkan dari kawasan itu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan melaksanakan projek persempadanan semula awal tahun depan. BN mensasarkan mendapat antara 160,000 hingga 500,000 orang pengundi baru untuk PRU akan datang.

"Kerajaan juga memberi taraf pemastautin tetap kepada rakyat asing supaya mengundi mereka. Sebanyak 90 peratus warga Indonesia yang bekerja dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan diberi taraf itu," terang beliau.

Beliau berkata, “pengundi baru ini akan didaftarkan di kawasan dewan undangan negeri dan parlimen yang BN kalah tipis dalam PRU lalu. PAS sedang memantau perkara ini dan kita ada cara untuk menanganinya."

Katanya, mengikut perlembagaan SPR, suruhanjaya itu boleh menjalankan kajian persempadanan semula setiap lapan tahun. SPR akan membentangkan kajian ini kepada kerajaan pada Mac tahun depan sebelum dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan.

“Saya yakin kerajaan menggunakan kajian persempadanan semula ini untuk memasukkan pengundi baru itu," ujar beliau.

Abdul Halim berkata, "BN mahu merampas kembali majoriti dua pertiga kerusi parlimen dalam PRU akan datang. PAS merasakan PRU akan diadakan hanya apabila BN rasa boleh menang dengan majoriti dua pertiga.

Wednesday, July 7, 2010

KETUA POLIS NEGARA DIDESAK LETAK JAWATAN

8 July 2010
26 Parti Politik, NGO Johor Desak Musa Letak Jawatan
Sekumpulan 26 badan termasuk parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor akan menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri di parlimen hari ini bagi mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Aman meletak jawatan kerana gagal menangani isu anggota polis yang sering melepaskan tembakan sesuka hati tanpa mengendahkan keselamatan dan nyawa rakyat negara ini serta mengambil tindakan undang- undang yang tegas ke atas anggota polis terbabit.

Dalam satu kenyataan semalam kumpulan itu berkata rakyat Malaysia berasa marah terhadap kes kematian suspek disebabkan oleh tembakan sembrono polis yang sering berlaku sejak kebelakangan ini sambil melahirkan rasa terkejut terhadap cara pihak polis menangani kes terbabit.

"Sebagai pegawai tertinggi dalam Polis DiRaja Malaysia, Ketua Polis Negara hanya menyebelahi hujah anak buahnya, bukan sahaja menolak tuntutan munasabah pihak keluarga mangsa dan masyarakat, malah mengeluarkan kenyataan yang angkuh dan sombong.

"Ini telah menjatuhkan maruah rakyat pelbagai bangsa negara kita. Beliau harus meletak jawatan dengan segera. Anggota polis yang terbabit harus dibicara dan menerima hukuman dengan adil. Pihak kerajaan pula harus menegakkan keadilan dengan membersihkan nama baik mangsa dan memberi ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa," kata kenyataan itu.

Petisyen itu juga menuntut ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat segala kes tembak mati oleh polis.

Kenyataan itu berkata Suruhanjaya DiRaja itu harus dianggotai pakar undang-undang dan perubatan. Penubuhan sebuah suruhanjaya yang menjalankan siasatan bebas dari pelbagai aspek dipercayai lebih adil dan juga kelihatan lebih berkecuali.

"Hanya Suruhanjaya DiRaja yang bebas dan berkuasa dapat mencungkil rahsia sebenar kematian mangsa kes tembak mati polis. Berbeza dengan mahkamah koroner, Suruhanjaya DiRaja mempunyai kuasa untuk memanggil saksi dalam proses penyiasatan.

"Mahkamah koroner pula hanya bergantung kepada bukti yang dikemukakan oleh pihak polis untuk menentukan punca kematian. Fungsi sebenar mahkamah koroner hanya untuk mengesahkan di segi undang-undang punca kematian yang dikemukakan oleh pihak polis," tambah kenyataan itu.

Berhubung saranan Suruhanjaya DiRaja yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin pada 2008 berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk memantau Salahguna Kuasa Polis, kenyataan itu menegaskan hanya IPCMC satu-satunya cara untuk menghentikan salahguna kuasa dan insiden tembak mati rakyat oleh pihak polis.

"Pada tahun 2005, Suruhanjaya DiRaja telah mengemukakan sebanyak 125 cadangan untuk menambahbaikkan institusi PDRM antaranya termasuk penubuhan IPCMC. Namun, cadangan tersebut tidak diambil serius oleh kerajaan.

"Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di Parlimen pada 14 Jun lalu memberitahu kerajaan telah mewartakan penubuhan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri pada 3hb September tahun lepas.

"SIAP akan menguruskan aduan terhadap 21 agensi kerajaan termasuk PDRM. Sifat keadilan, kebebasan dan keberkesanan SIAP amat diragui kerana ditempatkan di bawah naungan JPM," ujar kumpulan itu.

(Suara Keadilan)

Thursday, July 1, 2010

ULAMA TERTIPU DI BUKIT BELACAN


Bukit Belacan, Ampang - 29 Jun 2010 ; Salah seorang Ulama' Muda dari 40 orang yang tertipu menyertai UMNO memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku pada ketika itu.
Beliau bersama dengan pimpinan PAS berceramah di Dewan Orang Ramai Lembah Jaya Utara, Ampang.Penceramah utama Haji Mohd Sabu berucap menyatakan, walaupun ketika ini suasana hangat Bola Piala Dunia, namun kehadiran pada malam itu agak berkurangan di mana-mana.Orang ramai yang hadir juga terpaksa berpayung kerana hujan yang turun sepanjang malam itu tidak menghalang mereka untuk mendengar amanat penting dan isu-isu semasa dari pimpinan.YB Khasim selaku tuan rumah juga berucap memberikan penjelasan mengenai pembohongan pimpinan UMNO Lembah Jaya yang menuding jari kepada kepimpinan Pakatan Rakyat yang hanya baru 2 tahun memerintah Selangor berbanding mereka selama 50 tahun memerintah.
Baru minggu lepas, Ustaz Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 tahun, digelar salah seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno. Kini, Mohd Hosni (gambar) adalah antara penceramah yang top di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hampir setiap malam beliau mendapat undangan untuk memberikan ceramah di seluruh negara.Malam tadi beliau bersama dengan Haji Mohamad Sabu berceramah... dan malam ini beliau akan ke Klang pula. Esok dan lusa beliau akan ke Johor dan Melaka untuk memberikan ceramah.Semuanya kerana gelaran ulama muda yang diberikan oleh Umno kepada beliau dan 39 yang lain."Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku....itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya," kata Mohd Hosni ketika datang berkunjung ke pejabat Harakahdaily.Mohd Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albyt, Jordan adalah antara mereka yang bersama dalam majlis menyerahkan borang menyertai Umno oleh 40 ulama muda kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.Keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada salah seorang rakan mereka kononnya Perdana Menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan."Jadi, pada saya apa salahnya berjumpa dengan Perdana Menteri," kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Intergrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang.Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di Hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno.Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan di bawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan di bawa masuk ke dalam satu dewan.Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya berdasarkan pakaian mereka."Jadi saya senang hatilah," kata Mohd Hosni lagi. Namun tidak lama kemudian, kesemua mereka disuruh berbaris kerana PM sudah mahu sampai.Lalu mereka berbaris menyambut ketibaan PM dengan dihujani oleh lampu flash juru gambar yang memenuhi majlis itu.Selepas itu, Datuk Seri Shahidan menyerahkan satu sampul surat kepada PM dan memberitahu itu adalah borang-borang permohonan menyertai Umno dari 40 ulama muda yang ada dalam majlis itu. Najib tanpa bercakap apa-apa terus meninggalkan majlis selepas itu dan Shahidanlah yang mengendalikan sidang akhbar selepas itu.Mulai dari situ, barulah Mohd Hosni dan tiga rakannya lagi sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan terpedaya kerana bukanlah hajat mereka mahu menyertai Umno.Namun, kesan dari situ, Mohd Hosni kini menjadi buruan majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat khasnya majlis ceramah PAS.
Nama beliau dan isu ulama muda menyertai Umno menjadi pelaris kepada majlis ceramah PAS kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di majlis itu.
Bersalam dengan PM
Sementara Mohd Husni menolak beliau datang ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri.“Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa,” jelas Mohd Husni.Ini susulan respons Umno menafikan empat pelajar lulusan Jordan tidak dijemput menghadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu Jumaat lalu, sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan.Beliau juga menolak dakwaan mereka beria-ia untuk hadir ke situ untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Menurutnya, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu.“Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno.Beliau yang sebelum ini mendedahkan penipuan Umno ini di dalam majlis Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini menyatakan, mereka dijemput datang ke majlis itu kerana Perdana Menteri hendak bertemu dengan lulusan Jordan.Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang ‘ori’.Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.“Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara,” ujarnya.Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan.