Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, November 28, 2010

PENYAKIT TAK DAPAT KESAN, NYARIS PENGSAN

Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans
KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.

Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.

“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.

Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.

“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Tuesday, November 23, 2010

ADA SESIAPA BERANI BERCUTI DI 2 TEMPAT INI ?


Pepijat Serang Paris Selepas New York

Anak pepijat juga menghisap darah manusia.
Berjuta-juta penduduk New York telah sengsara akibat serangan binatang kecil, leper dan penghisap darah manusia ini.

Kini bandaraya Paris yang semenjak 3 tahun lalu bebas dari serangan pepijat mula di landa masalah yang sama seperti di new York. Jika keadaan ini berlarutan, ia bakal membunuh aktiviti pelancongan di sana.

Di negara kita juga saya ada mendapat aduan dari para pelanggan 'pest control' di hotel-hotel yang risau dengan masalah pepijat yang menyerang bilik sewaan mereka.

Kerajaan perlu melihat masalah ini dengan serius sebelum ia menjadi wabak yang tidak dapat di kawal, ia bakal membunuh industri pelancongan di negara kita jika dibiarkan berleluasa.

Baca laporan asal di sini.

Friday, November 12, 2010

ADUN BN MENGAKU !

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel. - Harakdaily

Thursday, November 11, 2010

Tiada lagi rumah ibadat berdekatan kawasan perumahan

DUN SELANGOR SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan tiada lagi pembinaan tempat atau rumah ibadat bukan Islam berdekatan kawasan-kawasan perumahan di negeri itu bagi mengelak kemungkinan berlakunya ketegangan kaum.
Keputusan ini dicapai pada ketika timbul kontroversi kuil Hindu ditempatkan semula di kawasan majoriti orang-orang Islam di Seksyen 23, Shah Alam hingga mencetuskan protes secara ofensif kepala lembu lebih setahun yang lalu.
Menurut Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim, kebanyakan pembeli rumah tidak dapat menjangka bahawa terdapat rumah ibadat bukan Islam di kawasan mereka, walaupun telah diberitahu sebaliknya dalam perjanjian dengan para pemaju.
"Kebanyakan pembeli rumah terperanjat tentang hal ini tapi mereka sedikit pun tidak tahu bahawa para pemaju tahu tentang perkara ini," kata Khalid pada sidang Dewan Undangan Negeri, sebagai menjawab soalan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) hari ini.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa pembinaan tempat-tempat ibadatbukan Islam tidak harus menjadi isu lagi, memandangkan penempatan semula kuil Sri Mahamriamman yang berusia 150 tahun berjaya dipindahkan ke Seksyen 23.
"Sebagai contoh, kami telah menempatkan semula kuil itu ke tempat yang lebih sesuai…..terdapat 20 lagi kes yang sama dalam negeri ini yang akan diselesaikan," tambah beliau.
Walaupun peringkat kemajuan pembinaan kuil tersebut tidak diketahui, bagaimanapun, adalah difahamkan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan dengan usaha penempatan semula kuil di Seksyen 23 ke tempat perindustrian yang lebih jauh dari kawasan perumahan.
Protes hangat dan kritikan
Pada September tahun lalu, keputusan kerajaan Selangor untuk memindah kuil itu menerima protes hangat dan kritikan daripada penduduk Islam dari Seksyen 23, yang mahu kuil itu dibina ditempat cadangan asal di Seksyen 22.
Ini menyebabkan menteri besar membatalkan projek itu selepas persetujuan dicapai ketika mesyuarat di dewan bandaraya, hingga mencetuskan perang mulut di antara kerajaan negeri dan para penduduk.
Namun demikian Khalid dikritik hebat oleh para pembangkang (Barisan Nasional) yang mendakwa perkara ini belum selesai lagi.
Menurut Ismail, para penduduk majoriti Muslim di Taman Lagenda Suria di Hulu Langat meluahkan rasa bimbang mengenai cadangan pembinaan kuil Hindu 20 meter dari rumah mereka.
Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional yang meluluskan tapak ini pada 2001. Kelihatan seolah-oleh keputusan yang dibuat adalah betul kerana tidak ada pembangunan atau projek perumahan di kawasan itu pada ketika itu.
"Tapi sekarang, setelah semuanya telah dibangunkan, mereka memutuskan untuk membina kuil di kawasan itu. Kenapa tidak mereka bina ketika kawasan itu masih kosong?" soalnya.
Beliau berkata terdapat bangkangan kuat daripada para penduduk, yang mendesak kerajaan negeri menangguhkan permohonan untuk memelihara keamanan dan keharmonian di kawasan itu.
"Kami harap kerajaan negeri boleh menimbang permohonan ini untuk mengelak berlaku lagi ketegangan kaum," tambahnya.

Monday, November 8, 2010

RELAKAH 300,000 ORANG RELA JADI UNDI POS?

Jangan Jadikan 300,000 RELA Undi Pos Di Selangor

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik umno Bn untuk menawan Selangor melalui tektik undi pos. Pas mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. Pas memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama Pas menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi ‘hilang layak undi awam’ yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). Pas menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.

Pas mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. Pas mengharapkan jentera Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen umno.

Wednesday, November 3, 2010

NAMPAK GAYA , GALAS PAS PUNYA !


Perarakan parti yang menang tidak dibenarkan - polis

GUA MUSANG 3 Nov. - Polis tidak membenarkan sebarang perarakan parti yang menang sama ada Barisan Nasional (BN) dan Pas selepas keputusan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada malam esok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis juga tidak membenarkan mana-mana penyokong parti membawa bendera besar dengan dilekatkan pada kenderaan kerana ia menyalahi peraturan 18 Kaedah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikenakan tindakan saman.

"Secara umumnya proses kempen pilihan raya DUN Galas berjalan secara aman, kami hanya mengeluarkan 57 permit ceramah sahaja,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama