Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, May 15, 2011

TOK IM NAK PERANG, NAK TEGUR AHLI UMNO BERAGAMA KRISTIAN DALAM UMNO SABAH/SARAWAK PUN DAH GELI !

IBRAHIM : KALAU NAK PERANG SALIB BOLEH – mkini

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya.

Wednesday, May 11, 2011

CONTOH BETUL SURAT KEPADA MENTERI DALAM NEGERI

Surat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada hari Rabu, 11hb Mei 2011:

Surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein

YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn,
Menteri Dalam Negeri,
Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

11 Mei 2011

Yang Berhormat Datuk Seri,

Tindakan Keras Ke atas Lapuran Palsu Utusan Malaysia Tentang Konspirasi Di Antara DAP Dan Paderi-paderi Kristian Di Pulau Pinang Untuk Menubuhkan Sebuah Negara Kristian Dan Melantik Perdana Menteri Beragama Kristian

Kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi ingin meminta Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan keras ke atas lapuran palsu yang dibuat oleh Utusan Malaysia pada muka depannya tanggal 7hb Mei tentang konspirasi di antara DAP dan paderi-paderi Kristian di Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian.

Ini diputuskan secara sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) yang bermesyuarat pada pagi ini berikutan pengakuan dua ADUN UMNO daripada Pulau Pinang Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) dan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 10hb Mei 2011 bahawa kedua-dua mereka tidak percaya konspirasi Kristian ini oleh Utusan Malaysia.

Memandangkan ada dua ADUN UMNO di Pulau Pinang yang kini tidak percayai laporan konspirasi Kristian oleh suratkhabar milikan UMNO, adalah jelas Utusan Malaysia telah laporkan suatu pembohongan dan fitnah yang amat bahaya sekali. Betapa bahaya pembohongan ini boleh dilihat dengan begitu banyak laporan polis yang dibuat oleh ramai pemimpin UMNO lain terhadap konspirasi Kristian ini.

Contohnya, demonstrasi yang mendapat ilham dari Pemuda UMNO Pulau Pinang pada 8hb Mei 2011 telahpun mengutuk YAB Ketua Menteri atas konspirasi Kristian dan membuka jalan alternatif percuma. Kerajaan negeri tidak ada masalah dengan demonstrasi terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang semasa upacara membuka jalan alternatif baru yang percuma di Jalan Bagan 29 - Jalan Siram pada 8hb Mei.

Pemuda UMNO Pulau Pinang boleh mengambil pendiiran mahukan jalan bertol. Memang kerajaan negeri berpendirian berbeza bahawa suatu jalan alternatif percuma mesti disediakan sebelum mengenakan tol, yang juga mesti munasabah. Ini adalah semangat demokrasi mempunyai pandangan berbeza.

Akan tetapi, adalah salah dan bahaya untuk Pemuda UMNO Pulau Pinang mengadakan demonstrasi mengutuk dengan bahasa kesat YAB Ketua Menteri terlibat dalam konspirasi Kristian ini yang merupakan fitnah. Berdemonstrasi atas satu fitnah besar ini bukanlah demokrasi tetapi satu tindakan rakus yang mudaratkan keselamatan negara.

Paderi-paderi Kristian dan Christian Federation Malaysia, yang mewakili 90% penganut Kristian di Malaysia, menafikan konspirasi Kristian ini. Utusan Malaysia tidak menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu ini, sebaliknya terus memainkan isu ini. Kini, laporan palsu ini disebarkan luas dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang mengancam keharmonian kaum dan agama.

Kerajaan negeri Pulau Pinang memang mendokong kebebasan maklumat dan kebebasan akhbar sebagai suatu hak asasi manusia dan demokrasi. Akan tetapi kebebasan ini tidak bermakna memberikan kebebasan untuk membohong dan membuat fitnah. Laporan palsu ini berniat jahat, tidak lain tidak bukan serupa bermain dengan api yang boleh membakar satu Malaysia dengan sentiman perkauman dan ekstremis berdasarkan suatu pembohongan dan fitnah.

Jika ada dua ADUN Pulau Pinang UMNO yang kini tidak percayai laporan palsu ini oleh suratkhabar milikan parti mereka, Yang Berhormat Dato Seri mesti bertindak tegas dan segera ke atas tindakan tidak bertanggungjawab Utusan Malaysia ini. Selain daripada mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu ini, tindakan tegas juga mesti diambil keatas Utusan Malaysia dan pegawainya yang terbabit.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG

Monday, May 9, 2011

UTUSAN YANG KEJI ! KDN TULI !

GEORGETOWN: Paderi Besar (biskop) Gereja Pulau Pinang, Anthony Selvanayagam berkata tiada sebarang perbincangan untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Beliau juga berkata tiada sebarang konspirasi untuk menjadikan individu yang beragama Kristian sebagai perdan menteri di negara ini.

Anthony juga berkata, sebagai antara paderi besar di negara ini, beliau langsung tidak tahu menahu tentang pertemuan yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 7 Mei lalu.

“Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebagai biskop, saya pastinya tahu. Ini laporan palsu,” kata Anthony.

Justeru, Anthony berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas akhbar milik UMNO itu.

"Saya perlu berunding dengan Gereja Katolik dan penasihat undang-undang saya,” ujar Anthony.

Anthony yang menjadi paderi besar sejak 1980 turut melahirkan kekesalannya apabila Utusan bertindak melaporkan berita seumpama itu tanpa merujuk kesahihannya terlebih dahulu.

“Setahu Gereja Katolik, kami tidak terlibat,” nafinya.

Tindakan Utusan Malaysia memaparkan artikel bertajuk “Kristian agama rasmi”, dibidas banyak pihak kerana hanya menjadikan 'entri' 2 blogger pro umno, sebagai bahan beritanya dimuka surat hadapan, tanpa sebarang siasatan terlebih dahulu.

Blog- blog itu turut menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang- undang negara untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara.

DAP petang semalam menolak laporan Utusan Malaysia itu dan menganggap laporan seumpama itu satu pembohongan yang berbahaya kepada negara.

BERITA BERKAITAN: Kristian-Islam: BN perlu pikul kesan laporan Utusan, tegas Guan Eng
Comments (0)


Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/05/gereja-pulau-pinang-dakwa-utusan.html#ixzz1LpxuVPdo

Thursday, May 5, 2011

SAHABAT SAKIT PERLUKAN DOA & SUMBANGAN

Sdr Apandi yang merupakan Ketua Cawangan PAS Kenanga yang ada bisnes jual Yong Tau Fu depan Restoren Ummi sekarang ada di Hospital Tawakal kerana sakit tulang belakang serius. Oleh kerana laam tak berniaga maka sudah tentu beliau bermasalah dan sangat-sangat memerlukan dari segi kewangan.
Harap ada di antara kita yang sudi adakan masa untuk melawat beliau dan berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakitnya. Bagi yang berkemampuan hulurkan sumbangan dan tanyalah kabar ahli keluarganya. Mohon Musllimin dan muslimat.

1. Doa
2. Sumbangan - sokongan moral
- melawat dan berdoa
- bertanya kabar beliau dan keluarga beliau
- sumbangan wang
- sumbangan keperluan keluarga

Dari sms 0192799147

Wednesday, May 4, 2011

MINYAK NAIK LAGI, NAJIB BERSEMANGAT SUSUN STRATEGI !

Punca Lonjakkan Harga Minyak RON97 !

Perlu diingat bahawa Harga RON97 adalah RM1.80 seliter ketika mula-mula RON95 diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Waktu itu Kerajaan BN iri-hati dan dengki bila rakyat memperolehi harga minyak yang RON97 yang sangat murah berbanding negara jiran.

Rakyat Malaysia yang sebelum itu berdepan kenaikkan 78sen sekaligus oleh kerajaan BN pimpinan Paklah yang mudah mengalah , telah berasa lega kerana penurunan semula harga minyak hingga ke lantai harga lantai RON97 sekitar RM1.80 per liter. Penurunan harga minyak adalah berkadar terus dengan harga minyak dunia yang turun merundum setelah mencecah kemuncaknya pada Ogos 2008 (seperti jangkaan Anwar Ibrahim dalam debat bersama Shabery Cheek). Maka rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RON97 yang cukup melegakan.

Di atas kelegaan rakyat, kerajaan pimpinan Najib pula yang tidak berasa senang. Bagi mereka, rakyat tidak boleh begitu bersenang lenang untuk ke mana sahaja yang mereka suka. Harga minyak yang murah akan menyebabkan rakyat tidak berjimat, selalu balik kampung dan akan kerap bercuti. Ini satu pembaziran pada pandangan pihak kerajaan pemerintah.

Tindakan menaikkan semua RON97 secara mendadak hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat. Maka hadirlah idea memperkenalkan minyak komersial RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai minyak premium negara.

RON95 adalah minyak komersial untuk negara-negara yang tidak mempunyai pengeluaran minyak. Minyak RON97 adalah terlalu bermutu untuk digunakan oleh rakyat kelas ketiga seperti rakyat kebanyakkan di Malaysia. RON97 hanya untuk golongan berada manakala RON95 pula untuk golongan biasa, Malaysia juga punya kasta dalam penentuan harga minyak dalam negara.

Kerajaan dengan sengaja meletakkan penetapan harga RON95 pada suatu harga mampu, supaya rakyat boleh berdiam diri apabila harga petrol RON97 naik sedikit demi sedikit. Sedar atau tidak sedar harga RON97 sekarang adalah RM2.90 seliter, menokok RM1.20 seliter daripada harga sebelum rakyat diperkenal petrol komersial RON95. Dengan idea RON95, kerajaan berjaya mengelak sebarang kebangkitan rakyat bagi memprotes kenaikkan harga minyak. Bijak bukan? Tidak sia-sia kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO.

Hari ini kerajaan telah berjaya menjadikan harga minyak RON97 setinggi RM2.90 seliter. Teringat suatu ketika dulu kita sering mendengar harga minyak dalam negara akan menokok sehingga RM3.60 seliter, dalam keadaan tiada lagi subsidi untuk RON97. Sekarang, ianya bakal menjadi kenyataan di mana minyak yang biasa kita gunakan sejak tahun 90an hingga tahun 2009, akan diharamkan untuk tangki enjin kita apabila ia akhirnya mempunyai perbezaan harga yang ketara dengan RON95. Petrol RON97 tidak lagi menjadi minyak rakyat negara Malaysia sedangkan bumi bertuah Malaysia ini sebenarnya mempunyai simpanan minyak yang paling berkualiti dalam dunia.

Inilah yang kerajaan mahukan, rakyat berhempas pulas untuk mendapatkan minyak yang berkualiti walaupun sebenarnya apa yang dihempas pulas oleh rakyat itu adalah hak milik sendiri. Tidakkah diri ini rasa dihina? Tidakkah rakyat kebanyakkan berasa dihina apabila membayangkan, kita semua tidak layak memiliki minyak yang lebih berkualiti? Bukan kita mahukan ia secara percuma, tetapi dengan harga yang berpatutan termasuklah dengan subsidi yang sebenarnya milik abadi rakyat Malaysia selagi minyak masih ada.

Beringatlah wahai rakyat Malaysia, hari ini kamu diperlekeh, hari ini kamu dihina, setiap kali harga minyak RON97 naik, setiap kali itulah kita dihina oleh kerajaan pemerintah.

Sudahlah sebelum ini kita dapat mengetahui Proton Waja dan Perodua Myvi keluaran Malaysia adalah jauh lebih murah apabila dijual di pasaran negara arab, Britain dan Australia. Kini kita mengetahui minyak keluaran Malaysia dijual di luar negara dan minyak arab yang kurang kualiti itu dijual pula dalam negara dengan harga yang cukup mahal.

Tidakkah anda rasa rakyat Malaysia umpama merempat di negara sendiri? Tidakkah anda rasa seperti dibangsatkan oleh kerajaan Malaysia?


EDYES @ edyesd

Tuesday, May 3, 2011

3rd Party : MENTERI TAK RASA KESUSAHAN RAKYAT !

Third party: Menteri tidak rasai kesusahan rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berhubung tindakan kerajaan terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan ‘third party’ kepada kenderaan bermotor berusia sepuluh ke atas sebagai indah khabar dari rupa.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, timbalan menteri tidak merasai sendiri kesusahan rakyat bawahan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan pihak ketiga kerana kenderaan yang dimiliki didakwa tidak selamat.

“Jawapan timbalan menteri tadi indah khabar dari rupa. Saya tak tahulah sama ada Yang Berhormat seringkali turun padang dan berada di pejabat pengangkutan jalan untuk merasai keperitan rakyat untuk mendapatkan insurans daripada kelas ini.

“Berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada saya, sehingga Ogos 2010, jumlah kenderaan di Malaysia berjumlah lebih 19,820,442 buah dan yang berusia lebih sepuluh tahun adalah 5,110,326 buah yang menyumbang kepada 25.78 peratus,” kata beliau.

Salahuddin juga berkata, alasan pihak insurans yang mendakwa kenderaan sepuluh tahun ke atas tidak selamat untuk berada di jalan raya adalah tidak munasabah kerana kenderaan-kenderaan ini diselia Puspakom terlebih dahulu.

“Tadi Yang Berhormat menyatakan syarikat ini agak keberatan untuk memberikan perlindungan kerana isu keselamatan kenderaan ini. Saya tidak yakin dengan jawapan tersebut kerana kita ada Puspakom. Setiap kenderaan ini dibawa ke Puspakom kemudian bila ada kelulusan dari puspakom mereka layak untuk mendapatkan perlindungan insurans dan cukai jalan.

“Jadi apa alasanya syarikat insuarans ini yang begitu keberatan dan menyusahkan rakyat,” katanya yang juga Pengerusi Gerakan Bela Rakyat (Bela) di bawah PAS untuk membantu pemilik kenderaan ini.

Beliau juga berharap kerajaan menyediakan satu mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

“5 juta jumlah kenderaan ini yang menangung risiko ini jadi saya mengharapkan ada satu mekanisme terbaik untuk kerajaan menyelesaikan isu ini yang mana rakyat di kampung khususnya di luar bandar amat sukar mendapatkan insurans pihak ketiga disebabkan oleh syariakt insurans takut rugi,” katanya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan “third party” kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas.

Beliau juga mahu kementerian menyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Donald dalam jawapannya memberitahu selaras dengan rangka kerja modal berasaskan risiko tgahap penganggungan risiko oleh penanggung insurans berganung kepada modal serta kapasiti kewangan masing-masing.

“Oleh kerana pengalaman tuntutan perlindungan Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga yang senakin meruncing serta kemampuan kewangan yang terhad, penanggung insuransdan pengendali takaful semakin berhati-hati menawarkan mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada harga yang berpatutan,” katanya. -HD 29/09/2010

SAC 1 PENGHASUT ?, ASTAGFIRULLAH !

(SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan ?
Video Seks : PKR Dedah Bukti PDRM Terlibat-Ditulis oleh Zeana Aima

PETALING JAYA 3 MEI: Tuduhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) dibuktikan apabila PKR hari ini mendedahkan gambar Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan.

Dalam program 'Seminar Isu- isu Keselamatan Negara Masa Kini' pada 19 Februari lalu, Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukti Aman itu mengesahkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam kes video seks dan fitnah liwat 2.

Selain itu Abdul Rahman turut mengatakan Anwar sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Perkara sama didedahkan minggu lalu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar.