Sahabat Intim Blog Ini
Thursday, September 27, 2012
MAHKAMAH KAFIR BELA MARUAH RASULULLAH ! SUBHANALLAH
Sao Paulo - Sebuah mahkamah Brazil pada Selasa (25/9/2012) melarang sebuah filem anti-Islam yang menelurkan protes keras di seluruh dunia Muslim dan memberi YouTube masa 10 hari untuk menarik trailer filem tersebut dari laman webnya, lansir Al Arabiya.
Keputusan oleh mahkamah negeri di Sao Paulo, rumah bagi pendatang masyarakat Timur Tengah, berlaku beberapa jam selepas Presiden Brazil, Dilma Rousseff mengecam "Islamophobia" di negara-negara Barat dalam pidato di PBB.
Tuntutan terhadap filem kontroversi tersebut dibawa oleh sebuah kumpulan Muslim Brazil, Kesatuan Kebangsaan Islam, terhadap pemilik Youtube, Google Inc untuk menerbitkan di internet sebuah video yang telah menyerang Islam.
Dalam keputusannya, Hakim Gilson Delgado Miranda mengatakan kes ini menyandingkan "kebebasan bersuara" dan keperluan untuk melindungi individu atau kelompok masyarakat dari tindakan yang mungkin menghasut diskriminasi agama.
Ini bukan kali pertama mahkamah Brazil melawan Google. Sebelumnya mahkamah pilihan raya memerintahkan penangkapan eksekutif Google yang paling senior di Brazil selepas syarikat gagal untuk menghapuskan video di YouTube yang menyerang calon walikota tempatan.
Cabaran undang-undang menggariskan soalan yang lebih luas mengenai tanggung jawab Google untuk kandungan yang dimuat naik pihak ketiga ke laman webnya, seperti video anti-Islam yang mengejek Nabi Muhammad salallahu alaihi wa sallam dan mencetuskan gelombang protes di dunia Muslim.
Lima belas orang terbunuh di Pakistan selama demonstrasi atas video tersebut pada minggu lalu.
Orang-orang yang terlibat dalam filem amatur yang telah diposting di YouTube, mengatakan bahawa itu dibuat oleh seorang lelaki California berusia 55 tahun, Nakoula Basseley Nakoula.
Friday, September 21, 2012
INI BUKAN ORANG KAMPONG TAPI YAHYA LAMPONG !
Ibrahim Menudin, Yahya Lampong keluar Umno
KOTA KINABALU: Umno dan Barisan Nasional Sabah menerima tamparan hebat apabila dua orang kuatnya menyertai Parti KeADILan Rakyat menjelang sambutan Hari Malaysia dekat sini.
Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam KeADILan, Naib Presiden Perkasa, Dato' Yahya Lampong pula melakukan tindakan sama.
Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KeADILan dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan rejim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah.
Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.
Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Dipertua Perkasa Sabah yang pertama.
Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.
Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah.
Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu.
Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko Dato' Seri Wilfred Bumburing.
Sebelum itu, Anwar mengumumkan penyertaan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim ke dalam KeADILan di Labuan.
Ibrahim yang juga tokoh korporat Umno Sabah mengumumkan peletakan jawatannya daripada Umno, sekali gus menyatakan sokongannyaterhadap Pakatan Rakyat Ibrahim bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad - pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai bendahari Umno Sabah.
Wednesday, September 19, 2012
PENANGAN TOK GURU SEBESAR GUNUNG UHUD!
Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno.
"Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO!
"Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu.
TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini.
Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan.
Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud.
Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud.
Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud.
Thursday, September 13, 2012
ASTAGFIRULLAH ! ADA POLIS LEBIH SUDU DARI KUAH?
KUALA LUMPUR 13 September - Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf atas dan beralasan bahawa polis adalah manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.
“Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya.
“Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis.
“Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku.
“Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu juga manusia biasa,” katanya di hadapan panel Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Polis perlu hormati kebebasan media
Khairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka.
“Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan. Kita tidak perlu takut dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan media,” tegasnya.
Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Negara.
Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
“Kita tak perlu sekat hak yang dijamin dalam perlembagaan. Jelas Artikel 10 (dalam perlembagaan) menyebut hak untuk berpersatuan dan berhimpun. Apa yang penting kita kawal keadaan,” katanya.
Cederakan petugas media, orang awam tindakan hina
Khairi yang sudah berkhidmat 38 tahun dalam pasukan polis turut mengecam tindakan segelintir anggota pasukan itu yang bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan walaupun di luar kawasan larangan yang diwartakan mahkamah.
Berikut adalah soal-balas daripada panel Suhakam:
Panel : Beberapa saksi menyatakan mereka ditangkap dan dipukul dalam hotel. Adakah ia ada kaitan dengan tindakan polis?
Khairi : Saya tidak mendapat laporan adanya tangkapan dalam hotel. Laporan mengenai kereta polis yang pecah di hotel kami ada terima laporan.
Panel : Tapi orang yang ditangkap itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), kalau di Pulapol mesti ada laporan yang dibuat.
Khairi : Saya setuju, tapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak. Boleh jadi ia hanya dakwaan semata-mata.
Panel : Bukankah kalau mereka sudah bersurai dan masuk ke dalam hotel tidak perlu ada tangkapan?
Khairi : Saya setuju 100 peratus. Sepatutnya tidak berlaku apa-apa tangkapan. Saya akan semak balik sama ada benar atau tidak.
Panel : Pihak kami terima aduan adanya kekasaran dan kecederaan ke atas orang awam ketika tangkapan dibuat. Boleh anda beritahu mengapa kecederaan boleh berlaku?
Khairi : Ketika memberi taklimat saya telah memberitahu, jangan ada apa-apa kecederaan kepada orang yang ditangkap. Kita mesti akur dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah. Melainkan ada berlaku pergerakan jenayah, kita hanya menangkapnya setakat mana yang kita mampu. Apabila berlaku kecederaan kepada orang yang kena tangkap, perkara ini hendaklah dilaporkan sebab-sebabnya supaya anggota yang terlibat dapat bertanggungjawab.
Panel : Tapi mengapa orang yang ditangkap cedera ketika dalam tahanan?
Khairi : Itu adalah perbuatan yang paling hina dan langsung tidak boleh diterima!
Keadilandaily
Wednesday, September 12, 2012
ANAK BUKIT BERUNTUNG RUGI DEK MENTERI TAK BERPELAJARAN?
R
awang - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.
Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.
Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.
Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.
"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.
"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.
Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.
Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.
Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut. -kosmo
Monday, September 10, 2012
500,000 ORANG BANGLA UNTUK MALAYSIA?
1/2 JUTA LAGI BANGLA BAKAL KE MALAYSIA- UNTUK APA?
KUALA LUMPUR, 10 Sept — Satu delegasi Malaysia akan melawat Dhaka esok untuk membincangkan membawa kembali rakyat Bangladesh untuk bekerja di pelbagai industri, terutamanya sektor perladangan kelapa sawit yang menghadapi kekurangan pekerja dengan cabaran persaingan dari Indonesia yang boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara, kata pegawai-pegawai.
Putrajaya menghentikan kemasukan tenaga kerja Bangladesh hampir lima tahun lalu, akan tetapi, sekarang terdesak memerlukan pekerja asing, termasuk 40,000 hanya untuk sektor perladangan kelapa sawit untuk menuai tandan buah sawit dalam usaha untuk mencapai sasaran pengeluaran 19.3 juta tan minyak tahun ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S. Subramaniam akan mengetuai delegasi Malaysia untuk mengadakan perbincangan esok di Dhaka dengan membawa bersama majikan dan pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri bagi membincangkan pembukaan semula pasaran buruh kepada pekerja Bangladesh.
Ketua Pengarah Biro Pekerjaan,Tenaga Manusia dan Latihan Bangladesh Shamsun Nahar memberitahu bdnews24.com minggu lalu bahawa delegasi Malaysia mahu melihat prosedur pengambilan sebelum membuat keputusan muktamad dan menandatangani satu perjanjian untuk pekerja. Malaysia kini merekrut tenaga kerja dari 13 buah negara.
Pegawai Bangladesh berharap untuk menghantar 500,000 pekerja ke Malaysia selepas perjanjian itu ditandatangani.
Oleh Jahabar Sadiq
Editor
Friday, September 7, 2012
PERCAYAKAH BN TAKUT DENGAN KARTUN & TULISAN SASTERA MELAYU
Sebelum ini hasil seni Zunar yang berbentuk kartun politik pernah dirampas oleh pihak berkuasa, apabila mereka menggeledah masuk ke pejabatnya dan cuba mengambil sebanyak mungkin hasil seni pelukis kartun itu.
Semuanya gara-gara terlalu takutnya pemimpin Umno kepada Zunar yang mana mesej kartunnya sangat dekat dihati rakyat terutama penyokong pembangkang..
Dan berita terbaru,,, Awas kepada semua penulis, bahkan kepada semua pelajar dan siswa-siswi. Anda tidak lagi bebas menghasilkan karya seni khasnya puisi. Kalau Dato’ A.Samad Said Saterawan Negara boleh dikenakan soal siasat oleh polis semata-mata kerana mendeklamasikan sajaknya di perhimpunan Janji Demokrasi semasa sambuatan merdeka tempoh hari, maka kepada penulis-penulis lain apalah sangat ! bersedialah!!
Kerajaan UmnoBn benar-benar sudah di serang sindrom takut sekarang ini. Apa yang mereka lihat semuanya bertukar menjadi wajah hantu, termasuk wajah Pak Samad barangkali! Nampaknya mulai September 2012 ini rakyat Malaysia tidak lagi bebas berkarya,, melainkan dengan satu cara !! Tumbangkan regim UmnoBn !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)