Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, October 30, 2012

KETUA PEMUDA UMNO AKHIRNYA BERSAMA PAKATAN DESAK KERAJAAN BN

Shah Alam – Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu. “Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini. Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini. "Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami dapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaan AES yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal bagi sesebuah kawasan,” katanya. Khairy berkata kerajaan juga perlu mengadakan publisiti dan pendidikan umum bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada rakyat. "Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda. Semalam, empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan. "Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu. AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut. Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Dalam pada itu, laporan Bernama berasingan menyebut Kementerian Pengangkutan akan menghantar pasukan teknikal untuk memberi penerangan mengenai AES kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor seperti dipohon. Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, setakat ini hanya kerajaan negeri berkenaan meminta penjelasan berkaitan pelaksanaan AES itu. -

Wednesday, October 24, 2012

REKOD BURUK BN 15 TAHUN BERTURUT

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia telah mengalami defisit selama 15 tahun berturut-turut semenjak tahun1998, hinggalah ke Bajet 2013 yang sedang dibahaskan sekarang. Menurut Anwar tahap difisit melampau ini sangat membimbangkan, kerana tidak mustahil ia boleh berlanjutan hingga ketahun-tahun berikutnya. Kini semuanya sudah berlaku dan sedang berlaku,,,berpunca dari ketidakcekapan dan salah urus tadbir kerajaan BN pimpinan Najib. Tabiat boros, menyeleweng dan dan rasuah dikalangan mereka bagaikan sudah meresap dalam jiwa. Mengimbau kembali ketika DS Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1997,, belanjawan negara sentiasa seimbang atau lebihan manakala ekonomi pula mencatat pertumbuhan purata 8.7 peratus. berbanding era Menteri Kewangan sekarang (Najib 2009- 2011) yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK secara purata pada kadar 3.2 peratus sahaja. Suara-suara pemimpin UmnoBn yang mendakwa kononnya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan ekonomi sedangkan negara di ambang muflis angkara kepincangan pengurusan ekonomi yang mereka lakukan ternyata omong-omong kosong! Sebaliknya rekod sebenar telah membuktikan kerberkesanan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir negeri jauh lebih baik daripada BN. Maka untuk mengelak Negara ini dari terus dilanda musibah, rakyat harus bertindak bijak. Mereka wajar bersedia untuk menukar kerajaan sebelum negara dilanda krisis ekonomi dan peningkatan hutang kerajaan yang menggerunkan selama di bawah kerajaan UmnoBn.

Thursday, October 18, 2012

SEKOLAH AGAMA DI JOHOR PUN JAIJ MAIN KOTOR ?

Kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama diseluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai. Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah. "Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi. NONE"Bagaimanapun di SA (sekolah agama) Kota Masai, suasana pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik. Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan. Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama. Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan. Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta. "Semenjak tahun 2009 hingga kini, tiada program baik pulih dilaksanakan walaupun terdapat permohonan pada tahun 2010 dan 2011 oleh SA Kampung Pasir Putih dan SA Pekan Nanas. "Keadaan ini telah menyebabkan suasana tidak selesa dan selamat kepada murid, guru dan harta benda sekolah selain mengaibkan imej SA berbanding sekolah kebangsaan," kata laporan itu. Antara masalah lain yang dihadapi oleh sekolah agama di Johor ialah kekurangan kemudahan infrastruktur asas, perabot sekolah yang rosak dan uzur, kekurangan guru dan kakitangan sokongan serta pengurusan aset dan inventori yang perlu dibaiki. Menurut maklum balas Jabatan Agama Johor dalam laporan itu menyebut, kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah agama disebabkan kekangan kewangan sehingga pihak mereka perlu peruntukan daripada Majlis Agama Islam Johor bagi memenuhi keperluan tersebut. Maklum balas itu menyebut lagi, pada tahun 2011, tiada peruntukan untuk pembelian perabot diterima daripada kerajaan negeri. http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/10/audit-24-sekolah-agama-di-johor-di.html#more

Tuesday, October 16, 2012

Perasuah Dalam Kes Scorpene adlah Pengkhianat Negara sebenar

Khalid Samad: Perasuah Dalam Kes Scorpene Pengkhianat Negara: Oleh Mohd Martin Kahar ( Keadilandaily ) KUALA LUMPUR 16 Oktober: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menempelak tanggapan bahawa pihak ...

Monday, October 15, 2012

SUBHANALLAH ! NEGERI KELANTAN ATASI NEGARA !

KDNK Kelantan 2012 atasi peringkat negara KOTA BHARU: Biar pun ada pihak mendakwa Kelantan tidak membangun, namun laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan mengatasi peringkat negara. KDNK Kelantan 2012 dijangka meningkat kepada RM11,144 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus, sedangkan pertumbuhan Malaysia pada tahun sama pada kadar 4 hingga 5 peratus. Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada KDNK Kelantan pada 2010 iaitu sebanyak 73.8 peratus, sektor pertanian (19.4 peratus) dan pembuatan (4.7 peratus). Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, KDNK Kelantan pada 2012 bagi sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 80.4 peratus. “Kerajaan berbelanja secara bijaksana, berhemah dan adil serta mengutamakan kebajikan kepada rakyat berdasar keapda sumber sebenar,” katanya pada ucapan Belanjawan Kelantan 2013 pada persidangan Dun hari ini. Teks belanjawan tersebut dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa. Teras Belanjawan Kelantan 2013 yang bertema Bajet Negeri Berkebajikan menumpu kepada merancakkan pembangunan ekonomi untuk semua rakyat, memperkasa pembangunan insan berteraskan Islam. Selain itu pembelaan golongan daif, miskin, kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas serta memperkukuhkan keupayaan institusi dan badan pelaksana. Menteri Besar berkata, selaras komitmen kerajaan menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, program sosioekonomi akan dimantapkan. Kemudahan infrastruktur Katanya, sejumlah RM153.37 juta diperuntukan di bawah program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat termasuk pembinaan jalan dan jambatan baru di samping memperluaskan sistem rangkaian jalan. Sebanyak RM20 juta disediakan kepada JKR dan RM7 juta di bawah Pejabat Pembangunan Negeri untuk melaksanakan projek di bawah program kesejahteraan rakyat. Antaranya pembinaan lorong memotong jalan Kota Bharu-Kuala Krai sebanyak RM2 juta, pembinaan jambatan Sungai Manal, Tanah Merah (RM2.2 juta), pembinaan jambatan Sungai Kerak, Machang (RM2.1 juta). Pembinaan jambatan Kampung Kuau (RM2.5 juta), pembinaan jambatan konkrit di Sungai Sat dan jalan Kampung Kelaweh ke Maka, Machang (RM6.01 juta), jambatan Sungai Kemasin di Pengkalan China, Bachok (RM2.6 juta). Jambatan Pulau Kundor, Kota Bharu (RM2.1 juta) dan jambatan merentasi landasan keretapi di Bandar Pasir Mas (Fasa II) - RM4.82 juta. Bagi pembangunan rohani dan sahsiah kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi mengadakan kursus, bengkel latihan dan ceramah bagi meningkatkan kualiti modal insan rakyat khususnya golongan muda. Pembinaan masjid Sebanyak RM3 juta disediakan bagi projek pembinaan dan pembaikian masjid-masjid di seluruh negeri. Antara masjid yang siap dibina pada 2012 iaitu Masjid Keputeraan Paloh 2, Gua Musang dengan kos sebanyak RM3 juta dan Masjid Keputeraan Lojing (RM3.89 juta). Manakala Masjid Chenulang, Kuala Krai (RM500,000) dijangka siap tahun depan. Peruntukan sebanyak RM3 juta bagi program-program pembinaan insan bagi pembangunan modal insan generasi muda. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat peruntukan paling banyak iaitu RM72 juta. Yik mengurus 91 sekolah agama termasuk dua Maahad Tahfiz Quran dan empat Maahad Tahfiz Sains. Bajet 2013 juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf sekolah berkenaan. “Yik merancang membina Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) di Pengkalan Chepa dianggar melibatkan kos sebanyak RM12 juta. Pejabat Yik juga akan dibina di Tunjung dengan kos sebanyak RM8 juta,” ujarnya. template joomla

Thursday, October 11, 2012

AKHBAR PEROSAK PEMIKIRAN RAKYAT,WAJAR DIHENTI

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang Assalamualaikum wrt wbth Yang Berbahagia, Saudara Ketua Pengarang, Utusan Malaysia. SOROS, SAMAN MALU DAN SALAM TAKZIAH Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang. Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman. Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal – tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan. Malang, bagi sebuah institusi media yang disegani, dibina oleh pelopor dan pejuang awal, akhirnya tertiarap di kamar Mahkamah atas satu isu demi satu isu yang lain. Hampir saban minggu Utusan didakwa atas pelbagai saman malu, fitnah dan berita bohong. Terakhir, pengakuan Sdr Chamil Wariya, Utusan telah mengubah cerpen gubahan Chamil. Serendah itu, Utusan menjatuhkan dirinya…? Penjuelasan beberapa paderi atas laporan Utusan yang membarakan api permusuhan agama, menjadikan Utusan kelihatan sebuah mesin propaganda murahan yang rendah mutu dan kehilangan kompas akhlak. Saya tidak fakir itu baik untuk negara dan khususnya ummat Melayu. Pendedahan kian tersebar bahawa PM Datuk Seri Najib menemui Soros secara diam-diam di US sewaktu Utusan menghayun serangan bertubi-tubi terhadap pelbagai pihak sebagai agen Soros untuk tujuan buruk, menemplak Utusan dengan cara yang amat menghiris maruah dan integriti. Belum lama laporan muka depan Utusan ‘Lagi Kaitan Soros’. Kenapa Utusan tidak sanggup memuka depankan laporan pertemuan itu? Najisnya Soros pada mata Utusan seharusnya tidak membedakan sesiapa. Bertemu, bersua muka dan ‘secara sulit beragenda’ dengan Soros, tanpa dimaklumkan kepada rakyat jelata, mejadi sebesar-besar tanda tanya: ‘dalam poket Soros kah pemimpin kita? Apakah yang dibincangkan? Apa pentingnya PM yang baru memegang jawatan menemui ‘Penyangak Yahudi’ (Seperti logic di ketengahkan Utusan) seperti Soros? Tidak dapat tidak kita memerlukan pendekatan rasional dan manipulasi keterlaluan akhirnya hanya menjerat leher pemasang jerat itu sendiri. Lebih menghibakan, sekali sekala terkilas laporan muka depan Utusan berunsur seks (yang dipolitikkan) yang sangat keterlaluan. Sampai kesannya kepada generasi muda dan anak-anak kecil parahnya tidak dapat lagi dijangkau. Sedang, pembaca jelik itu termasuk anak cucu Sdra Ketua Pengarang sendiri, anak cucu Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan, mungkin terbentuk dengan bentukan liar sepanjang hayat mereka. Tidakkah terbetik di hari sdra-sdra kecemburuan terhadap runtuhnya nanti akhlak generasi yang masih putih bersih itu lantaran kegelojohan membinasakan ‘lawan’ dengan laporan-laporan resam Melayu pun menolak, apa lagi nas Tuhan. Masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Laporan berprestasi, profesional dan ethical. Di dunia mendapat sanjungan, di sisi Tuhan nanti tidak terlaknat. Islam selamanya meletakkan kebenaran, kejujuran, menolak aib, permusuhan dan keterlaluan dan itu kekal sebagai jalan selamat, bermaruah dan terhormat. Maafkan saya, Husam Musa Kota Bharu, Kelantan 25 Zulkaedah 1433 / 11 Oktober 2012

Thursday, October 4, 2012

TIGA NOVEMBER ! WAHAI ANAK MUDA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, anak muda di seluruh negara perlu menyeetai himpunan Pakatan Rakyat pada 3 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Beliau yang ditemui Harakahdaily juga turut meminta Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) atau "R" juga turut hadir memberi sokongan. "Gabungan R bukan sahaja dari Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak juga boleh melibatkan diri pada perhimpunan tersebut tanda sokongan kita untuk suatu perubahan besar negara ini. "Inilah satu himpunan untuk kita menunjukkan sokongan padu kita kepada Pakatan Rakyat yang mana satu perubahan demi kebaikan golongan anak muda akan terlaksana apabila kemenangan milik kita pada pilihanraya umum nanti," jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia. Beliau yang mengulas Bajet 2013 pada kali ini sudah menghala kepada golongan anak muda adalah satu belanjawan yang bersifat sementara. "Belanjawan kali ini lebih fokus kepada golongan anak muda dan ia hanyalah bersifat nikmat sementara bukannya berterusan. "Bantahan terhadap belanjawan bersifat sementara itu harus kita terjemaahkan pada perhimpunan tersebut, kita tidak mahu anak muda dilayan untuk nikmat sementara tetapi apa yang kita mahukan adalah sebuah kerajaan yang menitik berat masa depan anak muda untuk selamanya," sambung beliau lagi. Dalam pada itu, Mohd Firdaus turut menegaskan agar anak muda ataupun sesiapa sahaja yang ingin turut serta pada perhimpunan tersebut tidak takut dengan tohmahan mahupun ugutan yang dilakukan melalui media arus perdana milik Umno Barisan Nasional. "Ini merupakan perhimpunan terbesar yang terakhir sebelum pilihanraya umum dan harapan saya agar semua anak muda dari PAS, DAP serta PKR di seluruh negara melapangkan diri untuk hadir. "Kita dengar amanat yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat terutama isu belanjawam 2013 serta persiapan kita bagi menghadapi pilihanraya," tambah beliau lagi. Beliau juga turut menjangkakan satu program berkaitan dengan anak muda akan diadakan sebelum berlangsungnya program utama pimpinan Pakatan Rakyat.