Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, November 28, 2012

TAKZIAH UM PADAH UMNO!

KUALA LUMPUR, 28 Nov —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta. “Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi,” katanya. Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. — Bernama

Sunday, November 25, 2012

LPT SATU JANJI BN TAK TEPATI !

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Soon mengumumkan di Parlimen baru-baru ini bahawa Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 yang menghubungkan Terengganu ke Kuala Lumpur hanya dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada Ogos 2014. Projek sejauh 185 kilometer yang pada asalnya menelan kos RM3.7 billion masih tidak dapat digunakan sepenuhnya setelah berlakunya kelewatan yang ketara dari tarikh jangka siap. Timbalan Menteri berkenaan juga menyatakan bahawa sebab utama berlakunya kelewatan ia disiapkan adalah kerana kegagalan kontraktor menyiapkannya mengikut tempoh yang ditetapkan kerana kesan dari kenaikan harga barangan pembuatan pada 2007-2008. Akibatnya, 10 dari pakej lebuhraya itu terpaksa ditender semula. Projek yang bermula pada awal tahun 2006 ini pada mulanya dijadualkan siap akhir 2010. Namun ia telah mengalami kelewatan yang ketara dan hanya dijangkakan akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2014. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Datuk Za’abar Mohd Adib menyatakan bahawa Kerajaan negeri mewujudkan banyak pakej untuk projek lebuhraya LPT 2 ini kerana pada asalnya ingin memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera tempatan Terengganu bagi menjalankan kerja-kerja. Malangnya rata-rata kontraktor yang dilantik mendakwa projek itu tidak dapat disiapkan kerana disebabkan beberapa faktor iaitu kemendapan tanah, kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik. Akibat dari itu kerajaan negeri terpaksa menamatkan enam tender yang telah diagihkan kepada enam syarikat. Persoalan besar yang timbul adalah kenapakah projek yang menelan belanja lebih RM 3.7 billion ini amat jauh tersasar dari tarikh jangka siap iaitu pada tahun 2010 lagi. Begitu juga dengan tanggungan kosnya kini telah melambung tinggi kepada lebih RM5 bilion akibat berlakunya kelewatan yang amat ketara. Kini timbul persoalan, pihak manakah pula yang akan menanggung semua kos tambahan akibat kelewatan yang amat ketara ini? Namun realitinya projek mega LPT 2 ini yang tertangguh lebih 3 tahun daripada jadual asal adalah akibat dari kerenah 'kontraktor kroni’ yang bermasalah. Apa yang nyata, kegagalan projek ini ada suatu pakatan kerjasama antara beberapa kalangan pimpinan Umno negeri Terengganu dan ‘kontraktor kroni’ yang mengaut habuan keuntungan yang berlipat kali ganda. Anugerah setiap pakej kontrak pula ditentukan oleh ’tangan politik’ pemimpin-pemimpin Umno/BN. Begitu juga dengan punca utama kelewatan membuat keputusan oleh pengurusan di peringkat Kerajaan Pusat terutamanya dari Jabatan Kerja Raya sendiri. Ianya bukan sekali-kali kerana kelemahan pegawai yang menjalankan tugas, tetapi kerana gangguan oleh kroni dan kuncu-kuncu politik Umno yang mempunyai hubungan dengan Menteri dan pejabat Perdana Menteri sendiri. Walaupun terdapat banyak bukti-bukti kukuh bahawa kroni Umno terlalu berpengaruh hingga usaha untuk ‘membersihkan’ projek lebuhraya ini dari sebarang unsur rasuah dan penyelewengan, namun, usaha ini menjadi sia-sia akibat tekanan politik dan ianya terus lewat dari tempuh yang ditetapkan. Sebagai contohnya, tender untuk pakej 4 dan 7 projek lebuhraya LPT 2 ini telah beberapa kali terpaksa ditangguhkan kerana adanya tangan-tangan ghaib dari kalangan pimpinan Umno Terengganu yang menggangu urusan pegawai-pegawai yang menjalankan tugas mereka. Kegagalan itu adalah disebabkan oleh yang dapat kontrakt bukan dari kalangan kontraktor, tapi pemilik lesen dari kalangan Umno yang memiliki lesen kontraktor kelas A dan dikatakan Berwibawa. Mereka-mereka ini mendapat kontrak, namun apabila mendapatnya, ia terus di jual kepada broker yang lain bagi mengaut keuntungan yang cepat. Mereka ini ibarat menyapu untung ‘Atas Angin’ dengan menjualnya kepada orang tengah. Akibatnya rakyat kini terpaksa menanggung kerugian yang berbilion ringgit. Ya, inilah realiti di negeri penyu bertelur ini. Rakyat akan terus terpaksa menanggung bebanan kemiskinan dan kesempitan hidup yang amat memeritkan. Kerajaan negeri pula terus berbelanja mewah untuk kroni dengan pelbagai projek Mega yang berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan pembaziran yang berterusan. Kontraktor kroni akan terus mengaut laba keuntungan dari titik peluh rakyat yang miskin. Malang, Oh sungguh malang nasib rakyat Ganu Kite ini. Posted & copy by Rakyat Marhaen

Thursday, November 22, 2012

PANGGILAN KEADILAN ORANG DIZALIMI SUDAH KEMBALI !

Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Seri Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan. “Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu. “Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini. Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan. “Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak. “Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya. Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah. “Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai. “Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz. Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia. Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia. Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja. Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -jalanpulang

Wednesday, November 21, 2012

ALHAMDULILLAH PERANG BERJAYA DIHENTIKAN !

Gencatan Senjata Gaza/Israel Berjaya Dicapai- Hamas Isytihar Menang Menteri Luar Mesir Mohamed Kamel Amr and Setiausaha Negara US Hilary Clinton mengisytiharkan gencatansenjata antara Hamas dan Israel. GAZA CITY - Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia). Gencatan berkuat kuasa 9 malam tadi waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia). Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu. Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel. Berikut adalah teks perjanjian gencatan senjata Israel shall stop all hostilities in the Gaza Strip land sea and air, including incursions and targeting of individuals. "All Palestinian factions shall stop all hostilities from the Gaza Strip against Israel, including rocket attacks and all attacks along the border. "Opening the crossings and facilitating the movement of people and transfer of goods and refraining from restricting residents' free movements and targeting residents in border areas. Procedures of implementation shall be dealt with after 24 hours from the start of the ceasefire. "Other matters as may be requested shall be addressed." "Implementation mechanism. "Setting up the zero hour understanding to enter into effect. "Egypt shall receive assurances from each party that the party commits to what was agreed upon. "Each party shall commit itself not to perform any acts that would breach this understanding. In case of any observations, Egypt as a sponsor of this understanding, shall be informed to follow up." Sementara Itu Pengerusi Hamas Khaled Meshaal Isytihar Kemenangan Meshaal: 'It was a despicable aggression' Hamas leader Khaled Meshaal is speaking in a news conference in Cairo. He says that Hamas has scored a victory after eight days of fighting. He calls the Israeli assault "a despicable aggression against the people in Gaza" that killed civilians and fighters. "We had to react," he says, echoing Netanyahu. "I cannot deny that [Israeli forces] have done a lot," he says. "We can't count how many buildings they have destroyed in Gaza. This is their achievement. And the missiles were falling until the last minute." "The Israeli conspiracy has failed," he says. "They wanted an election propaganda and they wanted to test Egypt," but fell short, Meshaal says. Meshaal praises Egypt's role, saying it "has dealt with the resistance quite responsibly and the way it should."--guardian.co.uk

Tuesday, November 20, 2012

KEADILAN TERHALANG DI PINTU MALAYSIA ?

Halang peguam Perancis masuk M’sia untuk lindung Najib – Cynthia Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR, 19 Nov: Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, tindakan kerajaan menghalang dua peguam Perancis masuk ke Malaysia bertujuan untuk melindungi penyelewengan Perdana Menteri dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Ia ekoran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’. Beliau juga menyerahkan kepada pihak Imigresen sama ada membenarkan atau tidak kemasukan peguam terbabit. “Sebagai menteri, Hishammuddin mengambil keputusan untuk tidak ambil tahu, ia seolah-olah disengajakan dan tujuan sebenarnya untuk menyekat rakyat Malaysia dari mengetahui fakta sebenar kes itu. “Hishammuddin sedar kenapa mereka perlu halang taklimat tersebut. Ini kerana mereka takut rahsia Datuk Seri Najib Razak akan terbongkar. “Sedangkan tidak ada sebab munasabah untuk mereka sekat penyaluran maklumat tersebut,” tegasnya ketika dihubungi. Kedua-dua peguam berkenaan dijadual memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Khamis ini. Menurut Cynthia, taklimat itu nanti akan membongkar banyak lagi pendedahan baru berhubung skandal melibatkan Malaysia-Perancis. Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November. Pada Julai tahun lalu, kerajaan bertindak menghantar pulang Bourdon ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya. Breham pula terpaksa membuat sidang media di Bangkok, selepas permohonan visa beliau ke Malaysia ditolak Mei lalu. “Jika betul mereka dihalang nanti, kita akan tetap usaha atur taklimat di tempat lain, walaupun bukan itu yang kita mahu. Justeru kita desak Hishamuddin benarkan kemasukan kedua-dua peguam itu untuk buktikan kerajaan sememangnya tidak takut,” kata Cynthia. -keadilandaily-

Sunday, November 18, 2012

HADI BERSELOROH , NAJIB BERPELUH !

Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berseloroh selepas dicadangkan oleh Dewan Ulama yang mahu beliau menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. "Syok (seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu hari ini. Abdul Hadi memberi contoh sejarah Rasulullah menjawab pertanyaan kabilah Bani Amir yang bertanya siapa yang akan menjadi ketua jika Allah menjanji kemenangan pembinaan negara Madinah. "Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin kabilah yang bersedia untuk menawar diri mereka dengan Islam, Allah menjanjikan kemenangan, (dan) satu kabilah, Bani Amir, Nabi tawar Islam, (kata) Allah janji kemenangan, tegak negara kalau berjaya. "(Wakil kabilah bertanya) Kalau menang siapa jadi raja, ketua, menteri dan pemimpin. Nabi Muhammad SAW berkata kekuasaan itu milik Allah dan Dia beri kepada siapa yang dia kehendaki. Itu jawapan Nabi. Jadi selepas ini kita ikut ajar begitulah," katanya. Kemudian Hadi berkata:" Saya tidak mahu menjadi seperti Ustaz Azizan (Abdul Razak), dia tahu saya suka memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut, sebelum pergi, dia minta anak buah dia tumbuk rempah siap-siap nak masak ikan jenahak," katanya yang iringi gelak ketawa hadirin "(Tetapi) pergi ke laut boleh (dapat) ikan belukang.... Belum apa-apa lagi dah tumbuk rempah.... Dan kita perlu mengikut apa yang diajar oleh Nabi SAW," katanya. Dalam ucapan itu, Abdul Hadi mengulangi iltizam parti itu untuk bersama-sama Pakatan Rakyat kerana ia merupakan realiti di Malaysia. Katanya, parti tidak boleh bersendirian untuk memimpin masyarakat majmuk berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan dan resolusi yang telah ditetapkan oleh gabungan itu. Menurutnya lagi, parti itu akan terus melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana mengikut peraturan hubungan antarabangsa dalam Islam "damai didahulukan". Menurutnya lagi, ulama di alam Melayu telah menyampaikan Islam dan kefahaman politik kepada pemerintah di negeri-negeri Melayu termasuk membenarkan orang Buddha menjadi rakyat bersama-sama orang Islam dalam masyarakat majmuk. Katanya, tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman sekaligus menempelak parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai "tidak relevan". "Sekejap-sekejap kemudian apikan semangat kaum masing-masing... Ia sudah tidak sesuai lagi," katanya sambil mengingatkan jentera parti supaya membuat persiapan zahir, jasmani dan segala kekuatan dengan penuh ikhlas bagi menghadapi pilihan raya umum. Berucap lanjut, Abdul Hadi juga berkata tidak timbul kumpulan ulama dan bukan ulama dalam parti itu dengan menyifatkan ia sebagai "mengarut dan jangan terikut-ikut dengan rentak lawan". "Majlis Syura tidak jumud dan terbelenggu, kerana melibatkan kalangan profesional untuk memberi penjelasan berhubung perkara duniawi "Tidak timbul kumpulan ulama, profesional, kumpulan laga ayam.... Ini mengarut dan jangan terikut-ikut dengan lawan kita," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Sunday, November 11, 2012

ANGKASA PULA NAFI !

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pada Jumaat menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari. Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini, Jumaat. Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta. Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap. Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil. "Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu. Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. "Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012"," katanya. - BERNAMA

Thursday, November 8, 2012

TAHNIAH OBAMA ! TAKZIAH NAJIB !

Ucapan tahniah Najib dan kita semua kepada Presiden Amerika kerana memenangi Pilihan Raya ke 2 beliau .Kehebatan beliau berdebat dan menjawab bahasan lawan beliau sangat jelas. Walaupun Obama tidak perlu sibuk keluar negara menyaksikan perjanjian ekonomi dan mencari rakan dagangan (macamlah Najib tiada menteri perdagang) macam PM Najib sampai nak rasmikan bank di luar negarapun beliau kena buat. Namun, sedih rakyat Malaysia kununnya tau buat kerja tapi debat dikatakan buang masa dan tak berguna walaupun di Malaysia ada diwujudkan Piala Debat Perdana Menteri.Tapi PM Najib pandang negatif berdebat seperti Presiden Obama. PM Najib takut berdebat seperti blogger UMNO/BN yang pengecut bila berhadapan dengan fakta dan manusia lawan didepan mata. Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana KUALA LUMPUR 8 November: Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu. Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat. “Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana. “Kita masih tunggu Najib terima atau tidak berdebat dengan Anwar. Itu yang rakyat tunggu-tunggu untuk jadikan negara ini melalui proses demokrasi yang sihat. “Kita tengok sahaja debat antara Obama dengan Romney. Itu yang kita juga mahukan. Ia akan beri harapan baru kepada negara,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Muhammad Nur juga menyifatkan cadangan Syed Ali Alhabshee itu untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya akan datang, tidak berasas, malah menganggap tindakan itu hanya memalukan Perdana Menteri yang gagal menyahut cabaran debat walaupun surat pelawaan beberapa kali dihantar tetapi tiada jawapan. Semalam, Syed Ali mendakwa Anwar tidak berani bertanding di Pekan sedangkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin hari, semakin bertambah hinggakan Najib Razak sehingga kini tidak berani membubar Parlimen. “Isu pokok bukan bertanding di mana-mana tapi berani ke Najib nak bertanding dengan Anwar. Kita dahulukan debat, tengok macam mana, rasanya lebih ‘afdal’ buat apa yang rakyat mahukan,” katanya. KD Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/11/debat-dulu-baru-cakap-soal-bertanding.html#ixzz2BgyEhVaK