Sahabat Intim Blog Ini
Thursday, April 25, 2013
TANGAN YANG MEMANGKAH AKAN JADI SAKSI DI DEPAN ALLAH ! JAGALAH MARUAH
Manusia boleh tipu makhluk tetapi makhluk tidak dapat tipu Allah. Semua dalam pengetahuan Allah belaka. Daripada seluruh manusia yang Allah ciptakan hanya manusia yang Allah bagi Islam. Itulah hebatnya manusia. Dan manusia yang bernilai di sisi Allah ialah manusia yang bertakwa iaitu yang patuh pada perintah Allah.
Hidayah Allah bukan semua dapat, maka beruntunglah orang yang mendapat hidayah Allah. Orang yang tidak mendapat hidayah Allah, pabila di ajak ke jalan Allah dan Rasul maka di alih hati mereka ke jalan yang lain. Mereka ini masih tidak nampak kezaliman? Mereka yang patuh dan sokong kezaliman adalah tergolong dalam kelompok orang yang kufur. Orang yang bantu kezaliman, Nabi tidak mengaku umat. Cenderung kepada kezaliman pun tak boleh.
Menyokong orang yang menyokong kezaliman ialah orang yang zalim. Maka menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memilih pemimpin yang boleh bantu tegakkan Islam bukan memilih pemimpin yang membawa jauh daripada Islam. Tangan yang pangkah menjadi saksi di hadapan Allah nanti.
Manusia diminta untuk saling ingat mengingati dengan kebenaran dan kesabaran. Saling ingat bahawa di hadapan ada kecelakaan dan azab menunggu. Saling ingat bahawa di belakang ada pengajaran dan iktibar yang perlu diambil. Setiap perlakuan manusia di muka bumi akan di hitung dan dikira, tidak ada satu yang terlepas hatta walaupun sebesar zarah. Semuanya dilabelkan samada kategori dosa atau pahala. Orang sering berlaku zalim ialah orang yang tidak ambil peduli soal dosa pahala. Hidup persis haiwan yang tiada pedoman. Kalah dengan nafsu dan pujuk rayu syaitan.
Islam itu membawa rahmat. Justru Islam memerlukan kekuasaan untuk memerintah bukan diperintah. Islam ibarat batu yang jatuh ke dalam air membentuk gelombang iaitu rahmat. Lagi besar saiz batu itu maka lagi besarlah impak gelombang itu yang bila sampai ke pantai akan membersihkan pantai daripada segala kekotoran, sampah sarap dan najis, hingga pantai menjadi puteh bersih. Islam yang kecil akan membawa impak yang kecil namun Islam yang besar akan membawa rahmat yang cukup besar ke serata alam.
Demokrasi ini adalah satu alat atau cara untuk mendapat kekuasaan memerintah. Gunanya ialah untuk membawa manusia dekat kepada Allah. Jika dipimpin oleh kelompok yang zalim maka dia akan mengheret manusia jauh daripada taat kepada Allah dan mendekatkan kepada kezaliman dan kehancuran. Agama itu asas dan kekuasaan memerintah itu ialah pengawasnya. Sesuatu tanpa asas akan hancur.
Pemerintah, rumahtangga, perniagaan, perpadauan atau apa saja yang tidak berasas kepada Islam akan terumbang-ambing dan musnah. Kerana tiada pengawas yang mencegah yang haram. Syariat Islam berada di satu lembah sedangkan undang2 yang diguna pakai nun berada jauh di satu lembah yang lain. Kita kena bangkit untuk meruntuhkan pemimpin yang tidak mendaulatkan hukum Allah malah secara terangan menolaknya dengan pelbagai alasan.
Gendang perang sudah dipalu. Hari penamaan calon sudah berlalu. Medan jihad sudah di depan mata. Sesiapa yang berjuang untuk menegakkan Agama Allah maka ianya ialah jihad fisabilillah. Orang beriman tidak melarikan diri dari pergi berperang. Pilihlah pemimpin yang baik agar kebaikan itu dapat dinikmati oleh rakyat sekelian.
Pemimpin ibarat drebar. Drebar pulas stereng ke kiri penumpang mengereng ke kanan. Drebar pulas ke kiri penumpang mengereng ke kanan. Drebar tekan emergency break penumpang tersungkur ke depan. Kalau drebar bas mabuk maka para penumpang sebaik mana pun akhlak mereka mungkin tak dapat sampai ke destinansi yang di tuju kerana mungkin akan terhumban ke dalam gaung bersama drebar yang mabuk todi tadi. Begitulah ibaratnya jika mendapat pemandu yang baik walaupun penumpangnya lara belaka tapi insyaAllah akan selamat sampai ke destinasi yang di tuju.
Dalam usul feqah menjelaskan bahawa bila ada pekebun anggur jual buah anggurnya kepada towkey buat arak yang akan menggunakan buah anggur yang di beli borong itu untuk buat arak maka pekebun tadi mendapat dosa sebagaimana pembuat arak itu juga. Seorang tuan tanah yang memajak tanahnya kepada seorang pembuat todi yang menggunakan tanah yang dipajak itu untuk membuat todi maka tuan tanah tadi juga berdosa sama.
Begitulah juga bagi seorang pengundi yang memilih seorang perompak yang merompak kekayaan negara untuk diri dan kroninya maka dia akan turut sama berdosa dan akan mendapat azab Allah di akhirat nanti. Perompak yang merompak minyak di Kelantan dengan menidakkan royalti kepada rakyat Kelantan selama lebih 10 tahun selayaknya dihumban keluar dari tampuk pemerintahan negara. Usah lagi bersekongkol dengan perompak kerana nanti terpalit dosa sama.
Seorang tok imam balik dari masjid melihat seoarang ahli khariah terlompat-lompat nak jolok buah mangga kat pokok tepi jalan. Maka tok imam pun bantu dengan membongkok supaya mamat tadi dapat pijak bahu dia dan dapatkan buah mangga curi tu. Maka dengan besekongkol dalam kerja maksiat itu walaupun niat tok iman nak menolong maka tetap berdosa, bahkan tok iman dapat dosa kering dan mamat tadi dapat dosa basah sebab dia dapat buah mangga.
Jutru itu perkemaskan diri untuk berjuang dan berjihad di medan juang PRU13. Akan banyak cabaran dan ujian akan ditempuhi tapi ingatlah 20 orang pemuda beriman yang sabar bisa menewaskan 200 orang musuh. Begitu juga 100 orang pejuang yang beriman dan sabar akan dapat mengalahkan 1000 orang musuh, insyaAllah.
Pesan para ulama yang pertama ikhlaskan niat nawaitu kerana Allah dalam perjuangan ini. Penyokong mesti wala' (patuh) kepada pilihan pemimpin dengan menyokong calon2 yang telah ditentukan dalam PRU13 ini. Bila dah istihar dalam penamaan calon tempoh hari maka kena patuh dan memberi sepenuh sokongan. Jangan letak unsur2 keduniaan dalam hati. Jangan lupa Allah.
Pesanan yang kedua untuk para petugas dan pejuang sekelian ialah jaga solat berjemaah. Jangan abaikan solat dalam sibuk gantung bendera atau poster dan berkempen. Lagi kuat kerja maka lagi kuat solat. Tak solat maka tak berjaya. Seruan azan saban waktu mengingatkan kita akan janji Allah, "Marilah dirikan solat, Marilah menuju kejayaan." Jangan lupa dirikan solat sunat dhuha dan tahajjud walaupun sekadar dua rakaat. Begitu juga teruskan amalan baca al-Qur'an walupun sekadar dua mukasurat setiap hari.
Asah senjata dengan banyakkan doa kerana doa adalah senjata umat Islam. Bukan sekadar banyakkan bendera dan poster tapi yang lebih utama banyakkan berdoa untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan Allah yang Maha Berkuasa. Ini Kalilah InsyaAllah untuk UBAH kepada kebaikan dan nyahkan kebatilan dan kezaliman. Tangan yang pangkah jadi saksi.
Sunday, April 21, 2013
BERPULUH BUAT DS NAJIB BERPELUH !
anas!! 22 Orang Pemimpin UMNO Isytihar Keluar Parti, Tanding Tiket Bebas!!!
menjelangnya pilihanraya umum ke 13 pada 5 may ini, begitu ramainya pemimpin Barisan Nasional BERPALING TADAH dan berlawan sesama sendiri, ini menunjukkan bahawa kepimpinan Najib Razak sangat lemah dan ramai yang bertindak keluar parti sebelum di pecat, seterusnya menjadi calon BEBAS.
bagi Pakatan Rakyat pula, hanya 6 kerusi saja menjadi rebutan bagi parti pembangkang itu sesama sendiri, tetapi tidak bertindak keluar dari Pakatan.
berbanding Barisan Nasional iaitu 22 ahli UMNO, 2 dari GERAKAN dan 1 dari MCA, yang mana jumlah keseluruhannya adalah 25 orang calon bebas keluar Barisan Nasional.
6 orang - Pakatan Rakyat.
25 orang - Barisan Nasional.
berikut senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.
1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar
2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor,
3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang
4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang
5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak
6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak
7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai
8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara
9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali
10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu
11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau
12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning
13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen Pengerang
14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir
15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir
16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri
17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek
18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil
19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat
20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti
21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu
22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai Sibugah
23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah
24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu
25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala Kubu Bharu
Thursday, April 18, 2013
SOK SEK BN DAH SE SAK !
Seorang kawan menalipon saya- dia kata Dato Najib pening kepala. Mustahil saya jawab. Ini PM terbaik sejak Adam hisSalam. Dia bentangkan bajet terbaik sejak Adam AS. Dia beri BR1M itu dan ini- produk 1 Malaysia ada pelbagai. Mana boleh pening kepala?
Semalam kita dengar kempen Dato Najib. Ada BN ada Putrajaya. Ada KLIA. Ada itu dan ini. Jadi? Kerajaan- tugas nya memanglah membangunkan negara. Negara komunis pun ada pembangunan. Rusia ada St Petersburg Square. Kerajaan Italy ada St Peter’s Square. Jepun ada Kansai airport. Hong Kong ada Kaitak. Bangkok ada Suvarnabhumi Airport. Singapore- tak perlu cakap lagi lah.
Ertinya- bukan UMNO sahaja yang boleh membangunkan negara.
KLIA dibina berapa komsiyen yang puak UMNO dapat? Menara kembar dibina, berapa wang Petronas dibalun? Berapa wang Petronas dibalun untuk selamatkan bisnes Mirzan anak Mahathir? RM2 billion. Kenapa dia dapat keistimewaan menggunakan duit Petronas? Sekarang dia muncul dengan Petron. Yang memisahkan Petronas dengan Petron ialah huruf a dan s sahaja.
Tak lama lagi semua hasil penjanaan kekayaan dibalun oleh puak UMNO. Slogan UMNO- Balun, balun tetap Balun!
UMNO ada- kita ada komsiyen kapal selam 500 juta. UMNO ada, berbilion hilang dengan pembelian kapal terbang yang tersadai di padang pasir di Amerika. UMNO ada, kita balun 7 hinga 15 billion dari projek MRT. saya sudah nyatakan banyak kali, kalau Najib boleh jadi PM, orang lain pun boleh.
Kelantan tidak ada UMNO, tetap membangun. Lapuran Auidt Negara 2011 menunjukkan Kelantan mengurus dengan tata urus yang baik. Negeri Pulau Pinang mencatat hasil pendapatan negeri yang kian meningkat. Pembangunan disana tetap rancak. Di kedah walaupun belanja operasi meningkat, ia berlaku dengan hasil pendapatan yang meningkat. Selangor tetap menarik minat pelabur.Reseb tunai dari RM400 juta jadi RM2500 juta. kenapa? sebab kerajaan yang lebih baik dan lebih jujur dan tidak rasuah.
Kemajuan dan pembangunan berlaku selagi ada kerajaan. Bukan hanya kalau UMNO dan BN memerintah. Kemajuan dan pembangunan yang lebih baik, bergantung kepada ujudnya kerajaan yang lebih baik. Ini dia yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat- kerajaan yang lebih baik. Bayangkan pencapaian PR dicapai dalam masa yang singkat- 5 tahun.
Dan apa yang UMNO capai selama 55 tahun mereka memerintah. BR1M-1 di beri kepada 4 juta orang. BR1M-2 di beri kepada 7 juta orang. Ertinya dari BR1M-1 ke BR1M -2, golongan miskin bertambah? 11 juta orang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM3000?
Kenapa ini terjadi ketika UMNO tidak pernah sunyi memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air? Bangsa Melayu golongan teresar yang tercicir. 8.7 juta umat Melayu Malaysia mempunyai pendapatan bulanan RM1500 sebulan dan 7.2 juta pendapatan bulanan RM1200 sebulan. Pendapatan ini jauh dari pendapatan kelayakan RM3000 untuk BR1M.
Oh..UMNO menawarkan rasa selamat dan tenteram kepada orang Melayu. UMNO penyelamat bangsa Melayu? Kenapa 11 juta kena di BR1M kan? Keselamatan dan tenteram dberi oleh kerajaan yang mendaulatkan perintah ikut undang atau rule of law. Sebab itu gesaan dalam kitab suci Al Quran kita, ialah menubuhkan kerajaan yang melaksanakan penghukuman keatas sesama manusia mengikut the rule of law. Tapi untuk melaksanakan penghukuman mengikut pemerintahan ikut undang2 yang hak, memerlukan syarat terdahulu, yakni sebuah kerajaan yang rela diadili mengikut system pemeritahan ikut undang2.
Undang2 yang kerajaan Najib amalkan ialah system perundangan yang memihak kepada kepentingan kumpulan yang terpilih yang kaya dan berkuasa. Itu sebab nya, setiap kali Najib mengeluarkan kenyataan, ia nya omongan kosong yang (1) menakutkan orang Melayu (2) membodohkan orang Melayu.
Kita tidak ada halangan jika melayu UMNO mahu kekal dalam kehidupan acuan UMNO. Lantak mereka. Saya sudah nyatakan, UMNO bukan lagi jurubicara kaum Melayu. Calun UMNO hanya dapat 2 juta undi orang Melayu dalam tahun 2008 ketika jumlah pengundi Melayu ketika itu 5.7 juta. Buat lah kiraan sendiri- ramai Melayu sokong UMNO atau tidak sokong? Yang tak sokong UMNO- ada kita tengok mati bergelimpangan? Fakta nya, orang Melayu tidak memerlukan UMNO tapi UMNO yang memerlukan orang Melayu. Orang Melayu yang sedar tidak mahu menyokong UMNO.
Orang Melayu di kampug dan desa tidak perlu takutkan dengan pertukaran kerajaan. Yang bertukar hanya pimpinan politik yang rasuah, kotor dan pembuli rakyat. Urusan berkerajaan tetap berjalan seperti biasa. Penjawat awam tetap penjawat awam- SO, DO, pegawai di pejabat Tanah dan Daerah tetap dengan urusan mereka. Kita tetap bayar gaji dan elaun. Kita tetap memproses permohonan tanah hak milik dan tanah kependudukan sementara. Yang dah lama pegang tanah TOL dan mengusahakan nya, kita beru hak milik kekal. Kita tak rampas punca rezeki orang. Polis tetap polis, askar tetatp askar.
Yang diubah ialah kerajaan yang korap dan rasuah dan membuli rakyat. UMNO/BN kerajaan yang rasuah dan korap.
Setiap projek yang Najib istiharkan ada cerita rasuah disebaliknya. Banyak mana anak2 Mahathir dapat bisnes dengan pembinaan menara kembar PETRONAS- dari kain langsir nya sampai kepada kelengkapan pejabat dan batu marmar. Berapa banyak anak Mahathir dan kroni UMNO dapat bisness bula RM6 billion duit Petronas digunakan untuk membina Putrajaya.
Tidak payah lah Najib dan ek dengan menyenaraikan projek2 dibawah UMNO/BN. semua nya dibina dengan mengandungi rasuah dan komisyen yang besar. 15% dari 50 billion projek MRT, 7.5 bilion masuk ke poket pemimpin2 UMNO.
Semua kerajaan melakukan pembangunan. Soalnya adakah perlaksanaan tersebut dilakukan dengan jujur dan bersih. Pembinaan PLUS kos nya hanya bermula dengan RM3billion. Bila di UMNOkan kos nya, jadi RM6billion. Berapa komsyen pemimpin UMNO balun? Sudah kutip RM24 billion pun, Najib masuh mahu sambung konsesi syarikat PLUS. Kenapa? Sebab boleh share duit. RM3 billion di balun oleh matlaon UMNO ketika membina jalan raya PLUS. Dah balun nak terus membalun.
Kos penyenggelaraan boleh sahaja ditampung oleh hasil dari iklan disepanjang PLUS dan hasil sewaan kemudahan PLUS. Jadi apa perlu sambung kutipan tol?
Fakta nya, kerajaan BN gagal mengurus kewangan dan ekonomi negara dengan baik. Hutang kerajaan kepada bank2 dan peminjam dalam negeri mencecah RM504 billion. Semua rakyat Malaysia menanggung beban hutang RM17000 seorang yang akan dibayar dengan cukai yang akan dinaikkan.
Atau hutang tersebut dibayar dengan pembambitan lebih meluas oleh kerajaan dalam perniagaan, tugas dan kerja kerajaan bukan berniaga. Kerajaan melakukan kerja kerakyatan bukan kerja bukak bisnes. Jika kerajaan meluaskan empayar perniagaan maka ini petanda kerajaan tidak lagi pandai mengurus ekonomi dan kewangan negara.
Wednesday, April 17, 2013
Tuesday, April 16, 2013
BENARKAH KATAK MELOMPAT ?
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak terpilih sebagai calon BN untuk mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal bertanding sebelum ini.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka berharap Ibrahim dipilih sebagai calon BN. Beliau malah sanggup turun berkempen di Pasir Mas sekiranya langkah itu diambil.
Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin PERKASA Zulkufli Noordin dengan tidak disangka-sangka dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.
Sementara itu, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa pula di Ketereh.
Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok. ~mkini
Sunday, April 14, 2013
SORANG LAGI UMNO TIDAK MAHU MENINGGAL DUNI DALAM UMNO !
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi.
Beliau dikatakan telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Harun Din dirumah Dr Harun Din di Bangi tadi.
Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok.
Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti. Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya.
Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
Thursday, April 11, 2013
NAK BEBAS TOL ATAU TERIMA TAMBAHAN JALAN BERTOL
KUALA LUMPUR, 11 APR : PAS mendakwa Umno-BN telah memetrai beberapa perjanjian projek pembinaan lebuh raya baru yang disembunyikan bagi meredakan sentimen pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan, kerajaan Umno-BN hampir memuktamadkan dua perjanjian untuk lebuhraya bertol walaupun projek tersebut belum diumumkan.
Dua lebuhraya tersebut adalah Damansara-Shah Alam (DASH) dan Ulu Kelang Selatan. Kedua-duanya dimiliki syarikat Prolitas yang seratus peratus milikan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Antara projek lain adalah Lebuhraya Kinrara-Damansara dan pemanjangan Lebuhraya Duta-Ulu Klang.
Maklum Dr Dzulkefly lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya mengulangi pengumuman tidak menaikkan tol sehingga 2016.
Namun beliau gagal untuk menciplak tawaran Pakatan Rakyat (PR) menangani lebuhraya bertol memandangkan mereka sudah sebati dengan sistem ‘patronage’ dan ‘monopoli’ yang memperkayakan kroni berkepentingan, kata Dr Dzulkefly.
“Kenapa selepas 2016 kadar tol akan terus meningkat pada kadar lima peratus setiap tiga tahun sehingga tahun 2037? Nyata Najib tidak punya kommitmen menurunkan kos saraan hidup rakyat.
“Lebih malang lagi kerajaan Najib bercita-cita untuk meneruskan agenda penswastaan lebuhraya sebagai kaedah pembinaan lebuhraya dan merangsang sektor pembinaan,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS.
Jelasnya lagi, BN dengan bangga meletakkan Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway) dalam manifesto mereka yang akan mengenakan tol.
Walaupun faedah subsidi empat peratus telah dihapuskan setelah dilalui rundingan baru, projek ini tidak berdaya saing dan kini terpaksa diberikan suntikan RM 2.2 bilion pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus, ujar Dzulkefly lagi.
Sejajar dengan prinsip Manifesto Rakyat, Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian menghapuskan tol secara berperingkat bermula dengan lebuh raya yang sudah mendapat pulangan modal.
Tuesday, April 9, 2013
Monday, April 8, 2013
NAMPAK SANGAT SPR KAKI MENIPU !
PAS Selangor Mahu Undi Awal dikira Awal, Dedah Senarai Undi Pos
SHAH ALAM 8 APRIL : PAS Selangor membuat beberapa cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung senarai daftar undi pos dan pengiraan undi awal, dalam usaha menjamin perjalanan proses pilihanraya yang telus dan bersih.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman, berkata cadangan tersebut bagi mengelakkan sebarang kemusykilan di samping membendung sebarang ruang manipulasi di dalam undi-undi tersebut.
“Bagi undi pos, kita cadangkan agar pihak SPR dapat memberikan senarai daftar pengundi pos pada hari penamaan calon. Berapa ramai dan di kawasan DUN mana bagi membolehkan calon dan parti tahu perkara ini.
“Ini pastinya dapat mengelakkan sebarang perubahan atau keraguan berbangkit apabila keputusan kiraan undi dilakukan kelak,” jelas Rani.
Selain itu, PAS Selangor turut mencadangkan kiraan undi bagi undi awal di kalangan anggota tentera dan polis yang julung kali diperkenalkan dilakukan sebaik sahaja selesai pengundian.
Undi awal diperkenalkan hasil cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun lalu.
Menurut garis panduan sedia ada, undi tersebut perlu dilakukan dua atau tiga hari lebih awal sementara kotak undi yang digunakan untuk menyimpan undi hanya akan dibuka pada petang hari mengundi seluruh negara.
Timbalan Pesuruhajaya PAS Selangor, Khalid Samad menambah, adalah lebih baik kiraan undi dijalankan awal iaitu pada hari yang sama, bagi mengelakkan sebarang keraguan terhadap kredibiliti SPR yang semakin tercalar.
“Sehingga kini, tindak tanduk SPR menunjukkan mereka tiada kesungguhan dan tidak telus dalam proses pendaftaran dan perjalanan PRU.
“Jadi, SPR perlu jaga, jika tidak ia boleh jadi penyebab kepada kegelisahan orang ramai. Jangan sampai rakyat putus asa dengan SPR,” tegas Khalid.
Subscribe to:
Posts (Atom)