Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, September 12, 2013

IMPOT GURU LUAR, 42,000 GURU TERBIAR

PAS hari ini mempersoalkan sama ada benar atau tidak Putrajaya mengambil guru Bahasa Inggeris dari India, berikutan dakwaan 70 peratus guru bahasa Inggeris di negara ini tidak layak mengajar. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata dengan melaksanakan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus menjelang 2016, Kementerian Pendidikan seharusnya bersedia merealisasikan perkara itu. "Apakah kerajaan sudah ada penyelesaian kepada masalah ini, tetapi masih dirahsiakan kerana pemilihan Umno yang semakin dekat," katanya. Beliau berkata, semasa lawatan ke India, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau “bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh” untuk Malaysia menerima sejumlah guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar Malaysia. "Dengan keyakinan kerajaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib, PAS ingin bertanya apakah langkah mengambil guru India ini solusi yang dirahsiakan? "Apakah langkah membuat Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru India ini," katanya. Beliau turut mempersoalkan bilangan guru dari India yang akan di bawa masuk Putrajaya sekiranya perjanjian itu dipersetujui. "Bagaimana skim gaji mereka, berapa lama kontrak mereka, apakah mereka akan diberi kerakyatan selepas tempoh tertentu dan appakah kemasukan mereka akan menindas guru yang ada. "Bagaimana pula dengan nasib 42,000 guru Bahasa Inggeris yang lemah kini," katanya. Tuan Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya melabur untuk meningkatkan kualiti guru Inggeris tempatan dan bukannya melabur pada negara India dan memberikan pekerjaan pada warga asing tatkala rakyat disuruh berjimat dengan pengurangan subsidi. Katanya, jika tidak benar guru India akan diimport masuk, kementerian harus mengemukakan satu pelan untuk mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris berkualiti yang dihadapi kini. - 13 September, 2013.

Thursday, September 5, 2013

KIAMAT UMNO !

KIAMAT UMNO UMNO Cawangan-cawangan hampir sepenuhnya sudah melaksanakan tanggungjawabnya mengadakan Persidangan UMNO Cawangan. Kini UMNO Bahagian-bahagian pula akan berhadapan dengan Mesyuarat UMNO Bahagian.Banyak yang berlaku sekeliling kita dalam melaksanakan proses yang dinamakan demokrasi ini. Semuanya secara tidak langsung memperlihatkan wajah sebenar ahli-ahli UMNO. Laman media sosial sekarang sudah semakin sesak dan sibuk dengan ahli-ahli UMNO. Mereka yang selama ini menganggap media sosial tidak memberi impak juga sudah menjadi hamba media sosial dengan meng-update status mereka hampir setiap jam. Mereka yang sebelum ini hanya berdiam diri dalam menangkis serangan lawan dalam PRU lalu kini sudah mula menunjukkan belang dalam berperang dan memfitnah serta memburuk-burukkan lawannya didalam UMNO. Apakah orang UMNO hanya kuat bila berperang sesama sendiri, namun jadi pengecut bila berhadapan dengan lawan sebenar? Di cawangan-cawangan masih kedengaran kisah cantas-mencantas dan tikam-menikam. Namun itulah hakikatnya, apabila kita menang maka kita menganggapnya wajar tetapi apabila kita kalah maka kita menganggapnya tidak demokratik dan sebagainya. Apakah makna demokrasi hanya apabila kita menang? ....atau kita juga sama sebagaimana Anu arr dan pembangkang yang menganggap PRU13 tidak bersih ditempat dimana mereka kalah? Ahli Parlimen yang baru telah tewas dalam Persidangan Agung Cawangannya namun dalam masa sama berhajat bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian. Ahli Parlimen tidak semestinya Ketua UMNO Bahagian, namun Ketua Bahagian semestinyalah ahli UMNO yang kuat dan disokong di cawangannya sendiri. Hanya ahli-ahli di cawangan berkenaanlah yang lebih mengetahui kebenarannya. Apakah selama ini seseorang itu benar-benar komited kepada perjuangan UMNO dan cawangannya atau hanya baru-baru ini menyedari bahawa sudah banyak yang UMNO bantu beliau. Jika ahli UMNO Jerantut benar-benar sayangkan UMNO sepatutnya semua kerusi-kerusi tidak dipertandingkan kecuali yang dikosongkan. Kenapa Ketua Bahagian mesti ditentang? Kenapa Ketua Wanita mesti dilawan? Yang dikosongkan dan perlukan pengganti adalah Kerusi Ketua Pemuda dan Puteri. Jadi siapa sebenarnya yang gilakan kuasa? Kita tanya diri sendiri dan tanya pencacai dikiri kanan kita juga. Jika di PRU12 BN Pahang hilang 4 kerusi, manakala di PRU13 BN Pahang hilang 12 kerusi, tidak mustahil PRU14 nanti UMNO dan BN akan lenyap jadi kisah dongeng dan sejarah saja jikalau beginilah sikap ahli-ahli UMNOQ (diulangi UMNOQ). Mungkinkah PAU kali ini adalah kiamat bagi UMNO? ~ ManG

Monday, September 2, 2013

DASYATNYA PEMBOHONGAN NAJIB !

Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini. Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. "Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib. Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter. -TMI ULASAN GB Rakyat tidak serik-serik ditipu oleh Najib dan kerajaan UMNO BN. Selepas mendapat kemenangan di dalam pilihanraya yang lepas, hari ini Najib mengumumkan kenaikan harga minyak petrol yang sepastinya akan mencerut leher rakyat. Lingkaran ganas juga akan berlaku dimana kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan lain kerana kenaikan harga minyak petrol akan meningkatkan kos pengangkutan barang-barang-barang keperluan yang lain.