Sahabat Intim Blog Ini
Monday, August 11, 2014
MUKTAMAR BERSEJARAH 2014 DI NEGERI KUAT UMNO !
Allahuakbar !
Alhamdulillah ,Buat pertama kali dalam sejarah, Johor menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan PAS kali ini di Johor Bahru. Ia akan bermula pada 16 september 2014, iaitu perasmian Muktamar Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama' yang akan selesai pada 17 september. Disusuli Muktamar penuh bermula 18 september melalui Ucapan Dasar oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.
Adalah dijangkakan lebih 5 ribu perwakilan dan pemerhati akan berkampung di sekitar Johor Bahru hingga 20 september iaitu hari terakhir muktamar. Muktamar ini dijangka mendapat liputan besar2an kerana bukan sahaja lokasinya di negeri UMNO paling kuat di Malaysia; tetapi isu masa depan Pakatan Rakyat, faktor cuti sekolah dan tarikan dari negara jiran Singapura.
Semalam, YB Dato Takiudin, Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat telah melancarkan gerakerja persiapan Muktamar disaksikan YB Hj Aminolhuda Hassan dan seluruh JK Panatia Muktamar.
Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar. Team Jabatan IT Pusat yang diketuai Suhaimi Embong, menghantar ramai wakil semalam bagi mempastikan liputannya kali ini dapat di akses ke seluruh dunia dengan lebih baik.
Sama samalah kita berdoa agar Muktamar kali ini dapat dijayakan dengan lancar dan menghasilkan impak besar kepada perjuangan PAS.
RAHMAT UNTUK SEMUA dari FB Mazlan Aliman
Subscribe to:
Posts (Atom)