Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, July 31, 2012

TAN SRI APONG SAWIT , KINI ADA TANRI NAK APONG GETAH!

Tan Sri Rahim Tamby Chik ALOR GAJAH - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhasrat mengikut jejak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata pihaknya sedang melakukan kajian berhubung kaedah terbaik bagi tujuan itu. "Risda berbeza dengan Felda kerana tanah ladang dimiliki pekebun sendiri, dan perancangan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dividen peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) negeri Melaka di Masjid Tanah di sini. Seramai 2,113 peserta di seluruh negeri itu menerima dividen keseluruhan berjumlah RM26.98 juta. Rahim berkata bagi tempoh terdekat, Risda bercadang mewujudkan unit amanah melalui Risda Holdings bagi menjaga kepentingan dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kakitangan Risda. Sementara itu, menurutnya, Risda menjangkakan pengagihan dividen kepada peserta RTBB dan TSK di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Aidilfitri. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta RTBB dan TSK bagi tahun 2011. - Bernama

Tuesday, July 24, 2012

SEMOGA ADA RAHMAT ALLAH PADA USTAZ ABU BAKAR !

PULAU PINANG: Tiga 'pelakun' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf. Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakun utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun (gambar) akhirnya tampil memohon maaf. Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit. Akibat fitnah 'pelakun' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesyen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor. Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini. "Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN). "Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan jahat berkenaan, " tambahnya. Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji. Menurut Ustaz Bakar (gambar) lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti. Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan. Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim. Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut. Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas. Beliau selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan penerangan. Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara semenanjung. Sementara itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu. Nukilan Oleh Juragan

Monday, July 23, 2012

SYAHDUNYA BILA PEMIMPIN BN JUMPA TGNA

Tuesday, July 24, 2012 Pak Menteri Panglima Lajim bertemu TG Nik Aziz Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini. Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Pertemuan di Kota Bharu itu menarik perhatian memandangkan Lajim telah meletak jawatan sebagai ketua cawangan Umno. Lajim pada Jun lalu meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort. Lidah parti PAS itu melaporkan Lajim bersama 25 orang lagi anggota rombongannya meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk bertemu Nik Abdul Aziz. Lajim dalam pertemuan itu dilaporkan telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal. Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata, cadangan bagi kerjasama itu akan dibincangkan di peringkat kerajaan. "Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Sunday, July 22, 2012

CALON PAKATAN RAKYAT DI SABAH & SERAWAK PERLU HATI-HATI!

Mendiang Peter Ato Mayau bersama DS Anwar Ibrahim dalam kenangan. Mendiang terbunuh selepas terlibat dalam nahas helikopter milik Sebiro Holdings di Sungai Triso, Sri Aman, 20 Julai lalu.

Tuesday, July 17, 2012

WIRA AIR !

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua telah berjaya mengumpulkan RM150,000 dari orang ramai melalui kempen internet di Facebook dan Twitter bertajuk 'RM1 untuk hak air' dalam masa seminggu untuk membantunya membayar saman malu yang dikemukakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam saman fitnah syarikat tersebut kepada setiausaha publisiti DAP itu kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dalam sebuah akhbar berbahasa Cina. Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, Tony Pua bersalah dan perlu membayar saman sebanyak RM200,000 kepada Syabas oleh disebabkan oleh artikel yang disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada 16 November 2010 yang bertajuk "Tony Pua: Kerajaan Negeri Perlu Kawal Hak Pengurusan Air Bagi Memastikan Tarif Air Tidak Mengalami Kenaikan." Diantara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang turut hadir bagi menyokong majlis makan malam "Solidariti dan Sokongan Tony Pua lwn Syabas" adalah menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Charles Santiago, Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Gobind Singh. Dalam ucapan Charles Santiago, beliau mengatakan air tidak seharusnya diswastakan kerana ia merupakan keperluan asas. "Kita harus menghantar isyarat kepada Najib Razak (Datuk Seri) agar memulangkan pengurusan air Selangor kepada kerajaan PR," kata Charles disambut dengan sorakan hadirin. Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menggelar Tony Pua sebagai wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor. "Tony Pua bukan sahaja wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor, tetapi untuk seluruh Malaysia," kata ahli politik veteran itu lagi. Gobind Singh mengatakan, selepas empat tahun, negeri-negeri PR membuktikan bahawa pentadbiran mereka bersih dari rasuah. "Transparency International (TI) mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri yang paling diuruskan dengan baik dan bebas rasuah," kata ahli parlimen Puchong. Anak kepada pengerusi DAP, Karpal Singh itu juga mendakwa, PR sudah bersedia untuk mengambil alih Malaysia. "Selepas empat tahun, dalam PR kita sudah mempunyai ramai pemimpin yang baik dan telah bersedia untuk memerintah Malaysia," kata Gobind lagi. Jumlah kutipan yang telah berjaya dikumpulkan selepas majlis makan malam adalah sebanyak RM310,000. RM200,000 akan digunakan untuk membayar Syabas manakala baki sebanyak RM110,000 akan digunakan dalam dana PRU 13 bagi DAP.

Monday, July 9, 2012

BN AKAN MUSNAH DEK FITNAH

DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu akan bertanding di 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sekaligus membolehkannya untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. "Karut, karut, karut!" Itulah reaksi Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan. "(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakutkan orang Melayu. Akhbar milik Umno ini menyiarkan laporan muka depan berdasar kepada tulisan di blog yang dikatakan 'pro-pembangkang' -suarapakatanrakyat.com. Ia mendakwa mendedahkan hasil mesyuarat agihan kerusi antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu. Memetik blog tersebut, Utusan berkata PAS akan hanya bertanding di 66 kerusi walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu 80 kerusi, manakala PKR akan mengurangkan kerusinya kepada 66 berbanding 97 dalam pilihan raya umum 2008. Ini akan membolehkan DAP mendapatkan 43 kerusi tambahan dan meletakkannya parti dalam kedudukan yang terbaik untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri, jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, kata laporan tersebut. - Malaysiakini