esok 26 Januari 2009 kita berpeluang sembahyang Sunat Gerhana
Solat gerhana matahari dan bulan termasuk solat sunat yang jarang dikerjakan orang zaman sekarang ini. Gerhana matahari terjadi disebabkan bulan berada dtengah-tengah matahari dan bumi. Aisyah r.a berkata: Tatkala terjadi gerhana matahari, Rasulullah saw mengerjakan solat kemudian baginda berkata maksudnya: " Sesesungguhnya gerhana matahari dan bulan bukanlah terjadi disebabkan hidup atau matinya seseorang tetapi gerhana itu merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah yang diperlihatkannya kepada hambaNya. Oleh itu jika kamu melihat terjadinya gerhana matahari dan bulan mka kerjakanlah solat. (H.R Imam yang tujuh kecuali Tarmizi)
Solat gerhana dikerjakan dua rakaat tanpa azan dan iqomat. Seandainya matahari belum juga timbul setelah selesai mengerjakan solat sunat gerhana, disuruh berdoa sampai matahari timbul. Ini sesuai dengan dengan keterangan Abi Bakrah ra :Telah terjadinya gerhana matahari pada zaman Rasulullah, lantas beliau segera memakai pakaiannya dan pergi masjid. Melihat demikian ramai pula orang yang datang kemasjid. Setelah selesai mengerjakan solat dua rakaat beliau menghadap kepada kami dan berkata: " Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan tanda-tanda kebesaran Allah. Dan gerhana terjadi bukanlah disebabkan hidup atau matinya seseorang. Apabila kamu melihat kejadian gerahana maka solatlah dan berdoalah sehingga terbukalah dengannya permasaalahan yang ada pada kami.
Sebagai ganti daripada azan dan iqomat disuruh dengan memanggil orang dengan cara seperti yang terjadi pada zaman Rasulullah saw maka jemaah diseru dengan ucapan assolatu jami'ah
Bacaan solat gerhana matahari
Disuruhkan memanjangkan solat dan bacaan solat gerahan matahari dan dibaca secara tidak kuat. Ibnu Abbas ra berkata: Telah terjadi gerhana mataharim maka Rasulullah saw mengerjakan solat bersama orang ramai. Lama betul baginda berdiri, lebih kurang sekadar membaca surah Al-Baqarah Kemudiam beliau rukuk dengan rukuk yang lama.
Cara-cara mengerjakan solat gerhana
Terdapat dua cara untuk mengerjakan solat sunat gerhana ini:
1. Sembahyang sunat dua rakaat seperti biasa
2. Sembahyang yang kebih sempurna ialah tiap-tiap dua rakaat ialah dua kali rukuk dan dua kali qiam (berdiri)
Sembahyang dua rakaat seperti biasa
1. Lafaz dan niat adalah seperti berikut::
Gerhana Matahari
Ushalli sunnata khusuu fisy syamsi rak'ataini lillahi ta'laa
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah taala
Gerhana Bulan
Ushalli sunnata khusuufill qamari rak'ataini lillahi taa'la
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah taa'la
2. Apa jua surah boleh dibaca selepas Fatihah. Ada riwayat yang mengatakan bahawa kedua-dua bacaan ini hendaklah dinyaringkan
Sembahyang dua rakaat dengan dua rukuk dan Qiam
1. Lafaz dan niat sama seperti diatas
2. Selepas membaca Al-Fatihah dan surah, rukuk dan baca tasbih rukuk. selepas itu iktidal.
3. Selepas iktidal pertama ini letakkan semula tangan diatas perut lantas membaca Fatihah dan surah untuk kali kedua.
4. Selepas membaca Fatihah dan surah untuk kali yang kedua, lakukan rukuk dengan membaca tasbihnya, kemudian iktidal dan terus sujud sepertimana biasa.Setelah itu berdiri semula untuk melakukan rakaat ynag kedua.
5. Pada rakaat kedua, lakukan perkara sama, iaitu selepas membaca Fatihah dan surah buat kali pertama, kemudian rukuk dan iktidal, dan baca lagi Fatihah dansurah buat kali kedua. Kemudian bara sujud, duduk diantara dua sujud dan sujud kedua, seterusnya baca tahiyat dan beri salam.
Khutbah solat gerhana matahari
Setelah mengerjakan solat sunat gerhana, hendaklah imam membacakan khutbah yang isinya mengajak kaum Muslimin untuk taat kepada Allah swt, memperbanyakkan bersedekah dan menjauhi larangan Allah swt.
Asma binti Abu Bakar ra berkata : " Terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah saw lalu saya masuk ke rumah Aisyah ra saya bertanya; Mengapa mereka mengerjakan solat?. Aisyah ra mengisyaratkan kepalanya kearah lain saya tanya lagi; Terjadi satu tanda? Beliau menjawab: Ya. didalam solat itu lama betul rasulullah saw berdiri sehingga saya hampir pengsan. saya ambil tempat air yang ada disebelahku dan saya tuangkan kekepalaku. Tatkala Rasulullah saw selesai mengerjakan solat, matahari pun sudah timbul. Beliau berkhutbah dan memuji Allah swt antara kandungan khutbah yang beliau sampaikan ialah : (Maksudnya); Tidak ada sesuatu yang tidak dapat aku lihat, , melainkan aku lihat dari tempatku berdiri ini termasuk syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan bahawa kamu akan diuji sebaik saja dimasukkan kubur atau seperti fitnah dajal. Didatangkan malaikat kepada kamu, lalu kamu ditanya: bagaiman pengetahuanmu tentang lelaki ini Muhammad ?. Oramg beriman dan orang yang yakin; dia adalah Muhammad Rasulullah. Dia telah datang kepada kami membawa petunjuk dan bukti-bukti, lalu kami pun mengikutnya tiga kali. Malaikat itu bertanya kepadanya; kami memang sudah tahu bahawa engkau orang beriman tidurlah sedangkan orang Munafiq dan orang yang ragu-ragu akan menjawab saya tidak tahu; saya dengar orang kata begini lalu saya mengikutnya.
- Lokasi Kuala Lumpur Permulaan Gerhana 16:31:32 Pertengahan Gerhana 17:50:42 Penghujung Gerhana 18:58:55 Liputan (%) 64.1
-Lokasi Shah Alam Permulaan Gerhana 16:31:30 Pertengahan Gerhana 17:50:42 Penghujung Gerhana 18:58:56 Liputan (%) 63.6
-Lokasi Ipoh Permulaan Gerhana 16:34:11 Pertengahan Gerhana 17:52:12 Penghujung Gerhana 18:59:35 Liputan (%) 58.6
-Lokasi Georgetown Permulaan Gerhana 16:35:38 Pertengahan Gerhana 17:52:57 Penghujung Gerhana 18:59:49 Liputan (%) 55.3
-Lokasi Alor Setar Permulaan Gerhana 16:36:51 Pertengahan Gerhana 17:53:32 Penghujung Gerhana 18:59:57 Liputan (%) 53.4
-Lokasi Kota Bahru Permulaan Gerhana 16:37:52 Pertengahan Gerhana 17:54:03 Penghujung Gerhana 19:00:09 Liputan (%) 56.3
Pencerapan gerhana paling rendah
-Lokasi Kuah, Langkawi Permulaan Gerhana 16:36:59 Pertengahan Gerhana 17:53:35 Penghujung Gerhana 18:59:55 Liputan (%) 52.0
Pencerapan gerhana paling tinggi
- Lokasi Bandar Sri Aman,Sarawak Permulaan Gerhana 16:35:25 Pertengahan Gerhana 17:50:39 Penghujung Gerhana 18:56:14 Liputan (%) 82.6
No comments:
Post a Comment