Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, June 10, 2009

PROJEK T.I.P.U DAHULUKAN RAKYAT DI JOHOR


SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT-suaramDua minggu selepas MB Johor Datuk Abdul Ghani melancarkan penanaman anak pokok bakau di Penjana kuasa Tanjung Bin, penebangan seluas 913 hektar untuk memberi laluan kepada pembangunan industri petrokimia telah bermula sepertimana yang telah dirancangkan. Tindakan pihak berkuasa yang tidak pedulikan suara penduduk sekitar mukim serkat sebelum ini jelas apabila mereka mula menebang pokok bakau secara senyap-senyap. Ini juga jelas bahawa pelancaran penanaman anak pokok bakau hanya satu provokasi pihak berkuasa untuk menipu rakyat bahawa kononnya kerajaan negeri Johor mencintai dan memelihara alam sekitar. Pada 8 Jun 2009, jam lebih kurang 5:30pm, kira-kira seramai 50 orang penduduk kampong telah turun dan menjalankan perarakkan sepanjang 500 meter ke tempat penebangan pokok bakau untuk membuat pembantahan. Mereka yang sertai himpunan aman bukan sahaja orang dewasa, namun anak-anak sekolah turut sertai. Muka mereka dilukis dengan pelbagai spesis hasil lautan seperti ikan, kuda laut, turtle dan sebagainya. Ada juga yang memakai kad-kad dengan gambar dugong, sea-grass dan juga ada kad yang member messega supaya jangan tebang pokok bakau. Banner dengan perkataan “Kami sokong tanam Pokok Bakau, Kami BANTAH tebang pokok bakau” sekali lagi dirambai-rambai oleh penduduk kampong. Tujuan supaya suara mereka dapat didengar oleh pihak berkuasa.

No comments: