Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, September 30, 2009

PUNCAK NIAGA DIPUNCAK BERLAGAK !

PNSB Perlu Berbincang Terlebih Dahulu Dengan Kerajaan Negeri Selangor Berhubung Isu Empangan Baharu Ampang
SHAH ALAM, 30 Sept - Kerajaan Negeri meminta Puncak Niaga Holding Berhad agar berbincang terlebih dahulu dengan pihak kerajaan negeri berhubung isu permohonan pembinaan empangan baru di Ampang.
Ia berikutan tindakan Syabas menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung langkah bagi mengatasi masalah berkenaan.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata ini berikutan operasi Loji Rawatan Air Salak Tinggi terpaksa dihentikan sejak Ahad lalu, selepas Syabas mengesan kandungan amonia yang tinggi dan air mentah yang berbuih serta berbau kuat dalam sumber air mentah dari Sungai Labu ketika membuat pemeriksaan harian.
“Pertamanya pihak syabas tidak pernah membangkitkan isu ini tentang pembinaan satu empangan air yang baharu di Ampang.Jadi kita pihak kerajaan negeri rasa kalau ada apa-apa permohonan yang berlaku di negeri Selangor sepatutnya kalau kita guna jalan yang betul untuk membuat permohonan akan dibincangkan antara pihak Syabas dengan kerajaan negeri Selangor sebelum dihantar terus kepada Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,”jelasnya.
Elizabeth berkata ini adalah muslihat PNSB semata-mata dan seharusnya PNSB menambahbaikan sistem rawatan mereka selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
“Isu ini telah dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu kerana loji rawatan ini telah ditutup beberapa kali pihak Puncak Niaga yang mengendalikan loji itu mesti mempertingkatkan keupayaan loji tersebut supaya dapat mencapai matlamat dalam memproses air mentah ini selaras perkembangan teknologi semasa,”katanya.

Tuesday, September 29, 2009

PEGAWAI DARI TERENGGANU ZALIMI PELAJAR DI MESIR

Perjalanan ke kompleks
Sememangnya perjalanan mereka adalah ke kompleks pelajar di Haiyyu Asyir, itulah maklumat yang kami terima dari senior akhowat yang mendengar ucapan dari pihak yayasan ketika berada di dalam bas. Pada masa itu, kami juga dalam perjalanan pulang, meskipun pulang tanpa adik2 namun pulang bersama hati adik2, lalu kami memaklumkan kepada sahabat2 yang ada di kompleks agar bersiap sedia untuk menyambut adik2 baru yang akan tiba tidak lama lagi, sediakan air dan sambut adik2 dengan baik, kerah semua pelajar2 lama turun, jangan biar orang2 ISMA dan UMNO mendahului kita untuk sambut adik2 baru, itulah arahan yang ana dengar.

Sesampainya mereka di kompleks, sahabat2 yang sudah berada di sana menyambut mereka dengan baik dan mesra sambil membahagikan sedikit kuih sebagai alas perut sambil menyediakan air sejuk untuk menghilangkan dahaga adik2 yang kehausan, kami yang pada ketika itu juga baru tiba dan sempat memeluk mereka semua, terzahir keletihan di wajah mereka sambil tersenyum melihat layanan dan celotehan dari sahabat2 KPT. Kuih yang dibahagikan itu adalah untuk AJK pelaksana program Unit Sambutan Mahasiswa Baru, namun melihat keadaan mereka yang lapar dan dahaga, maka dibahagikan semua itu kepada mereka, kami tidak kisah, bahkan kami rasa sangat berbesar hati kerana dapat berbakti dan membantu adik2 meskipun dihalang oleh pegawai Terengganu.

Seterusnya apa pula yang berlaku sahabat2 sekalian, adik2 dihalang untuk mengerjakan sembahyang maghrib oleh pembantu En. Kamal, padahal 30 minit lagi nak masuk waktu isya’, namun En. Farid mengatakan bahawa pergi ke galeri terlebih dahulu sebab En. Kamal nak bercakap sedikit, namun YDP Terengganu telah menyuruh adik2 naik ke surau dulu untuk sembahyang, tapi En. Farid membuat sekatan di tangga seolah-olah menghalang adik2 daripada naik ke atas, katanya lagi, En. Kamal nak ambil masa sekejap sahaja, lalu YDP mengalah lalu menyuruh adik2 ke galeri terlebih dahulu kerana En. Farid kata sekejap sahaja.

Tahu tak apa yang berlaku sebelum tu sahabat2 sekalian, salah seorang bekas Imam Besar Masjid Negeri Terengganu boleh mengeluarkan kenyataan yang pelik, tak layak langsung dipanggil Imam, apa yang dia kata, dia suruh adik2 bari jama’ takhir maghrib dengan isya’, mazhab mana yang ajar ni, kan dah sampai, lagipun datang sini(Mesir) nak menetap bukan melancong 2 atau 3 hari, jadi mana boleh jama’ lagi, ana yang kebetulan ada di situ pun cuba bersuara, mana boleh ustaz, kan dah sampai, mana boleh jama’ lagi, setahu ana mazhab syiah jer yang boleh jama’ bila2 masa jer, tak terkata Bekas Imam Besar tu, En. Fadzli namanya. Inilah yang dipanggil keluar fatwa tanpa ilmu.

Semua adik2 ikhwah masuk ke dalam galeri, termasuklah ISMA dan UMNO, namun pihak kita tetap masuk meskipun tidak dijemput untuk memastikan perancangan mereka, antara yang masuk ialah YDP dan beberapa orang Exco, apa yang berlaku, En. Kamal membahagikan adik2 ikhwah yang seramai 23 orang kepada 3 kumpulan, kumpulan satu, kumpulan 2, kumpulan 3. kemudian mereka dibawa ke rumah pegawai, villa dan pejabat pegawai untuk solat maghrib yang hampir luput. Mereka tidak dibenarkan untuk solat di surau yang luas lagi selesa di atas tapi dibawa ke bilik yang sempit.

Perbuatan tersebut menjelaskan lagi kepada kami, bahawa mereka memang benar-benar ingin menjauhkan adik2 daripada pelajar2 lama, apa lagi agaknya perancangan mereka, ana kata dalam hati, tunggu dan lihat sahajalah. Memang benar, apa yang berlaku, ternyata sekitar jam 11 malam lebih, sekumpulan adik2 dibawa turun dalam keadaan keletihan, dan dikalangan mereka yang kelihatan baru sahaja bangun daripada tidur, disuruh tunggu di bawah, rupan2nya mereka akan dibawa lari ke suatu tempat yang kami tidak tahu, apatah lagi adik2 baru.

Tidak berapa lama kemudian datang kereta hitam yang dibawa oleh warga ISMA, bukan ISMA apa, ISMA lah, ingat orang tak kenal, orang yang bawa kereta tu orang ISMA lah, tak payah nak berdalih, tidak dinafikan dalam ISMA ada orang yang baik, tapi itulah yang berlaku, bila ditanya tak tahu, sikit2 En. Kamal, skit2 En. Kamal, padahal dia yang memandu, ternyata 2 kali dia orang angkut adik2 baru ni ke suatu tempat, dalam pemikiran ana pada masa tu, mungkin ke Bawabah(nama kawasan) kot, lagipun kami langsung tak dapat nak hubungi mereka sebab adik2 tak ada nombor Mesir lagi, jadi susahlah kami nak berhubung dengan mereka, sampai bila2 pun kami takkan dapat tahu keadaan mereka, makan minum mereka, dikawal seperti banduan sahaja.

Hari kedua di Mesir-Khamis
Ternyata adik2 mengadu lapar dan dahaga, maklumlah sepanjang lewat malam yang berlalu, mereka ketiadaan makanan sehingga pagi, namun ana yang kebetulan memasak untuk ahli bilik terpaksa mengorbankan makanan tersebut kepada adik2, dalam lingkungan lapan orang yang dapat ana bawa ke rumah untuk menikmati hidangan yang ala kadar untuk mengisi perut adik2 yang baru datang, nasi goreng dengan keropok dan air tea O & tea susu, itu sahajalah yang mampu ana sediakan, meskipun sedikit sahaja, tergambar kegembiraan di wajah adik2 yang baru ni.

Dalam hati ana, tergamak betul pegawai buat macam ni dekat adik2, langsung tidak menjaga kebajikan pelajar2 baru. Namun sahabat2 sekalian, ada lagi perkara yang lebih menyayat hati, kumpulan pertama dikurung di dalam Villa tanpa ada makanan dan minuman, sehinggakan kami tidak sedar bahawa masih ada pelajar yang disembunyikan, kunci mereka pegang, kami bukan tak nak beri adik2 makan, tapi macam mana kami nak beri makan kalau kunci, bayangkan, bila jam pukul 7 lebih baru kunci dibuka, seolah-olah adik2 yang baru ni macam ayam yang dikurung dalam reban.

Setahu ana, ayam yang dikurung pun masih ada makanan, ni langsung tak ada makanan, adik2 mengeluh kelaparan, sehinggakan ada seorang adik tu mengadu dekat ana, “abang! sampai bila keadaan macam ni?” Ana beritahu kat dia orang sabarlah, nak buat macam mana, antum pilih yayasan(jalan macam ni), terpaksalah ikut arahan dia sekarang, sabarlah dalam seminggu lagi, lepas tu group anta akan kembali semula kepada Keluarga Penuntut2 Terengganu. Tak sabar rasanya…

Agaknya pegawai dan konco2nya sedang lena di alam mimpi, itu yang ana bayangkan dalam hati, sehinggakan ana memberanikan diri untuk mendekati adik2 yang sehingga jam 7.30 pagi, maklumlah perjalanan mereka hari ini akan bertolak sekitar jam 8.00 pagi, itulah perancangan yang ditetapkan oleh pegawai dan tentera bersekutu.

Seorang pelajar baru melaporkan perjalanan mereka hari ini, pertamanya mereka ke Masjid Hassan, kemudian ke Masjid ‘Arafah, setelah itu ke Masjid Ibnu Tulub, solat jumaat di Masjid Amru ibnu Al-‘As, setelah solat mereka ke Malaysia Hall atau dikenali sebagai Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah(ARMA), di situ mereka makan dan berehat-rehat seketika, selepas itu mereka berjalan-jalan ke Bandar Kaherah, mengenali universiti, selepas asar akan menaiki bot di Perlembahan Sungai Nil. Katanya tak tahu bila balik ke Kompleks tapi mereka mengadu bahawa mereka keletihan dan kepenatan, terasa mengantuk sangat. Tapi nak buat macam mana, pegawai bukan faham pun, jadi adik2 terpaksa ikut.

Pada malam hari pula, adik2 melaporkan bahawa mereka sekarang makan malam di salah sebuah restoran di tengah Bandar Kaherah, mungkin dalam pukul 10 malam baru pulang. Bukan apa sahabat2 sekalian, segala perjalanan mereka dirahsiakan kerana pegawai tidak mahu kami tahu, tetapi adik2 yang lebih percaya kepada kami daripada pegawai telah memudahkan urusan kami untuk mendapatkan maklumat perjalanan mereka. Sekitar jam 10 malam lebih kami menunggu adik2 dari atas, ada juga yang tunggu di bawah dan sebagainya. Tunggu punya tunggu, tak sampai2 lagi, ana pun ke Restoran untuk isi perut yang sedikit kekosongan kerana tidak makan seharian, setelah makan….

Ana sedikit terkejutlah apabila ramai sahabat2 yang melaporkan kepada ana bahawa adik2 telah pulang tapi keadaan mereka sangat berbeza, berbeza macam mana tu? Mereka langsung tidak senyum, seolah-olah lari atau mengelak daripada kita, kata salah seorang sahabat2 ana, begitu juga laporan yang ana terima ketika tiba di kompleks, ditambah lagi dengan adik2 baru yang tidak membalas mesej dan panggilan ana, namun ana tetap bersangka baik meskipun ada dikalangan sahabat2 ana yang bersangka bahawa mungkin pegawai telah memberi amaran kepada adik2 baru agar tidak mempedulikan abang2 lama, boleh jadi adik2 kepenatan kerana seharian berjalan-jalan sekitar Bandar Kaherah padahal rehat tidak cukup dan stamina pula lemah.

Ternyata apa yang berlaku mala mini, berita yang sangat menyayukan lagi menambahkan benci, apabila ada seorang sahabat ana yang menceritakan peristiwa yang berlaku sekitar jam 1 pagi. Peristiwa ini berlaku bilamana adik2 pulang ke rumah yang ana kata di Bawabah sebelum ni, rupa2nya Walidain. Lagi jauh…Adik2 dibawa lari ke Walidain? Terkejut ana dan sahabat. Sahabat ana itu ikut jalan bersama adik2 baru sampai ke rumah, namun apa yang berlaku, datang sekumpulan arab minta duit sewa rumah yang dihuni adik2 baru, katanya rumah yang adik2 baru huni sudah tidak dibayar sejak tahun lepas, adik2 tak faham apa yang arab perkatakan, namun nasib baik sahabat ana yang bertaraf abang tu kebetulan berada di situ, akhirnya dapat diselesaikan. Bagi ana, ini dah dikira menindas adik2 baru seolah-olah mangsa kurungan yang tidak bersalah. Semuanya angkara pegawai.

Atas kebijaksanaan senior ana, akhirnya kami dapat mengambil nombor pelajar tersebu untuk memudahkan urusan kami menghubunginya bagi malam berikutnya, dan juga untuk mendapatkan maklumat, maklumlah mereka terlalu jauh daripada kami berbanding 2 kumpulan lagi dari lelaki, perempuan semuanya ditempatkan di Rumah Pahang bersama kawalan akhowat ISMA Pahang, ana tak kata semua ISMA jahat, yang terlibat dalam isu ini sahaja...
Ana juga tidak redha kepada mereka yang terlibat sahaja, yang tak terlibat kenapa nak berasa pula, ke ini semua atas arahan pimpinan ataupun kalian semua ada pakatan, kalau betul kalian jahatlah, kalau tidak tidaklah, Tuhan pun dah kata orang yang baik maka dia baik, kalau dia jahat maka dia jahat, kenapa pula ana nak kata yang baik itu jahat atau sebaliknya, persatuan tidak ada yang jahat atau baik, tapi yang di dalam tu(orang2) sahaja. Harap sahabat2 blog tidak salah faham.
Posted by Ubaidillah Al-Mishri at 03:40 0 commen
SUMBER http://syeikhubaidillah.blogspot.com/

Monday, September 21, 2009

HARAPAN SAMY VELLU PADA BODEKAN TERAKHIR

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mahu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam pemilihan calon BN untuk pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang.
Beliau berkata Dr Mahathir boleh menjejaskan jentera pilihanraya BN melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya, sepertimana yang telah berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil lepas.
"MIC akan akur dengan siapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri, yang juga pengerusi BN. Dr Mahathir tidak sepatutnya campur tangan dalam terlalu banyak perkara yang mungkin meletakkan BN dalam keadaan sukar," katanya.
Mantan perdana menteri itu dilaporkan berkata Tan Sri Mohd Isa Samad tidak patut diletakkan sebagai calon kerana beliau pernah digantung daripada Umno selama tiga tahun dari Jun 2005 atas dakwaan politik wang.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa cawangan Umno dan Umno Bahagian Teluk Kemang dikatakan telah mencadangkan Isa kepada pucuk pimpinan BN untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Dr Mahathir berkata imej Umno akan terjejas sekiranya masih meletakkan perasuah mewakili dalam pilihanraya. Beliau menambah Umno juga akan dilihat tidak serius memerangi politik wang.
"MIC yakin dengan kebijaksanaan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pengarah pilihan raya BN) dalam memilih calon yang betul untuk kerusi itu," kata Samyvellu.
"Perdana menteri mempunyai kewibawaan untuk memilih seseorang yang mampu membawa kemenangan kepada BN. Hanya Perdana Menteri mempunyai kata putus mengenai siapa yang patut jadi calon," tambah beliau.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober dan pengundian pada 11 Oktober. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept.

Sunday, September 20, 2009

RAYA-RAYA JUGAK, WANG RAKYAT KELANTAN NAJIB PATUT SEGERA LUNASKAN

KOTA BHARU 18 Sept: Menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak mempercepat pembayaran balik sejumlah RM1 Bilion hasil royalti minyak milik negeri itu.
Bercakap ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu pagi ini, beliau berharap ia dapat disegerakan kerana tiada sebab untuk kerajaan memperlewat bayaran royalti memandangkan ia adalah dari dari Petronas dan bukannya dari dana kerajaan pusat.
"Saya amat berharap Najib dapat mempertimbangkannya untuk disegerakannya, peruntukkan pusat kepada kerajaan negeripun beliau dapat beri inikan pula duit secara terang-terang adalah milik Kelantan,jadi tiada sebablah beliau nak perlengahkan lagi." katanya.
Tuan Guru juga turut memanjatkan doa kepada Allah swt dan turut diaminkan lebih 5000 yang hadir di kuliah mingguan tersebut agar membuka pintu hati Perdana Menteri supaya mempercepatkan pembayaran royalti minyak milik kerajaan Kelantan tersebut.
Indonesia akan mendedahkan hasil ujian DNA bagi menghilangkan sebarang keraguan mengenai kematian pengganas paling dikehendaki, Noordin Mohammed Top.
Noordin terbunuh dalam satu serbuan polis ke atas sebuah rumah berdekatan Solo, Jawa Tengah, kelmarin.
Identiti Noordin disahkan berdasarkan rekod cap jari yang diberikan polis Malaysia.
Namun, jurucakap polis Indonesia, Encik Nanan Soekarna, berkata hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat suspek akan turut didedahkan kepada umum.
Dalam serbuan yang bermula Rabu lalu, pasukan keselamatan telah mengepung sebuah rumah selama sembilan jam sebelum menggempurnya sekitar 6 pagi kelmarin.
Terdapat laporan yang menyatakan Noordin telah memasang bahan letupan di badannya sebelum meletupkan dirinya bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.
Mayat Noordin dilaporkan hancur dan kepalanya terputus akibat letupan itu.
Tiga lagi anggota militan terbunuh dalam serbuan itu sementara tiga suspek berjaya ditahan.
Encik Soekarna berkata beliau bimbang tentang kemungkinan anggota militan lain melancarkan serangan balas sedang rakyat Indonesia bersiap sedia merayakan Hari Raya Aidilfitri esok.
'Kami perlu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,' katanya.

Wednesday, September 16, 2009

AKHIRNYA KAHAR 'RASUL' MELAYU DIBERKAS

‘Rasul Melayu’ ditangkap

Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya ‘Rasul Melayu’, Kahar Yahaya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Kajang, pukul 8 pagi ini.

Suspek kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan akan dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini hari ini juga.

Sebelum ini, Ketua kumpulan ajaran sesat Haji Kahar Ahmad, Abdul Kahar Ahmad Jalal, 55, pernah berkata bukan saja mendakwa dilantik Tuhan sebagai rasul khusus untuk orang Melayu, malah memberi jaminan pengikutnya pasti masuk syurga berkat daripada syafaatnya.

Malah, dia tidak gentar menghantar surat kepada ahli politik, pembesar negeri dan menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri, untuk mengaku dirinya sebagai rasul. Abdul Kahar juga mengeluarkan pelbagai dakyah yang boleh menjejaskan akidah seperti solat lima waktu tidak wajib, al-Quran sekadar catatan, hadis hanya rekaan manusia malah mendakwa dia mempunyai mukjizat sama seperti nabi dan rasul lain.

Beberapa perkara lain yang jelas bertentangan dengan akidah juga dinyatakan Abdul Kahar ketika dia disoal kira-kira 30 minit oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selain wartawan selepas ditahan di kediamannya di Kampung Kemensah, Hulu Klang, satu ketika dulu.

Soalan (S) : Macam mana haji dilantik (sebagai rasul)?
Jawapan (J): Itu urusan Tuhan. Tuhan tidak bagi tahu kepada manusia biasa, bagaimana ditiupkan roh itu kepada Adam (Nabi Adam as). Kalau roh Tuhan itu tidak ditiup kepada seorang rasul dia tidak layak digelar rasul tetapi pendusta.
Saolan : Umat Islam diwajibkan menunaikan sembahyang lima waktu tetapi haji (Kahar) mengatakan sembahyang lima waktu itu tidak perlu?
J : Awak tunjukkan ayat mana, surah mana yang mengatakan Tuhan suruh sembahyang lima waktu.
S: Kalau macam itu, haji tunjukkan surah mana dan ayat mana yang menunjukkan haji dilantik sebagai rasul?
J : Surah Yasin dan Surah Ibrahim, ayat empat. (Abdul Kahar bagaimanapun tidak menghuraikan makna ayat berkenaan)
S: Adakah haji dilantik (sebagai rasul) untuk mewakili Malaysia?
J: Bagi kaum Melayu saja. Untuk yang faham bahasa saya.
S: Adakah haji boleh memberi syafaat sama seperti Nabi Muhammad saw?
J: Ya. Sebab saya boleh mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan.
S: Jadi adakah pengikut haji dijamin masuk syurga?
J: Pasti. Tuhan yang menjanjikan. Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, pasti Tuhan akan memasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar. (Sambil merujuk surah An-Nisa’)
S: Apa perbezaan antara ajaran haji dengan Islam sekarang?
J: Sekarang orang Islam di negara ini membuat dusta dengan Tuhan. (Abdul Kahar diminta memberi contoh) Ayat yang diucapkan ketika sembahyang lima waktu tidak sama dengan apa yang dibuat untuk Tuhan.(Ketika itu Abdul Kahar diminta memberi contoh sekali lagi) Masa tuan-tuan sembahyang itu berkata dengan Tuhan. Tetapi apabila kata ‘Ya aiyuhal kafirun’ (Abdul Kahar merujuk kepada ayat pertama surah Al-Kafirun tetapi tidak lengkap) tuan-tuan mengkafirkan Allah kerana maknanya ‘hai orang kafir’, kamu berkata kepada Allah. Tuhan yang memberi petunjuk, kamu boleh kafirkan Dia. Ayat itu kita sepatutnya berkata kepada orang kafir, tetapi ia mesti dikatakan oleh rasul dan orang yang beriman kepada rasul.
S: Haji pernah buat sembahyang lima waktu?
J: Dulu saya buat, tetapi selepas Tuhan katakan itu tidak betul saya tidak buat lagi… saya buat ikut sunnah dan al-Quran.
S: Macam mana haji sembahyang?
J: Saya buat macam mana Nabi Ibrahim sembahyang iaitu mencegah benda keji mungkar. Macam mana ibu bapanya yang menyembah berhala dan dia cegah.
S: Rasulullah saw sendiri solat lima waktu, bagaimana haji boleh katakan ia tidak wajib?
J: Can you prove to me (Boleh awak buktikan pada saya) awak pernah jumpa dia (Nabi Muhammad), tengok sendiri dia sembahyang? Jika hanya secara lisan, itu tidak boleh.
S: Dalam hadis perkara itu disebut. (Pegawai Jais kemudian membaca hadis dalam bahasa Arab tetapi, Abdul Kahar meminta dijelaskan dalam bahasa Melayu). Maksudnya, sembahyang kamu sebagaimana kamu melihat aku (Rasulullah saw) sembahyang.
J: Hadis itu siapa yang buat? Siapa yang mengarangnya, siapa perawinya? (Pegawai Jais menjawab hadis itu diriwayatkan al-Bukhari.) Adakah awak kenal dia. Awak tahu biodata dia. Awak pernah lihat dia. Adakah awak dengar sendiri dia cerita dengan awak. Jika tidak, benda itu tidak benar. Itu bukan daripada Tuhan.

Tuesday, September 1, 2009

KHUTBAH RASULULLAH HARI TERAKHIR SYAABAN

DARIPADA Salman al-Farisi katanya bahawa Rasulullah saw berkhutbah pada hari terakhir Syaaban sempena ketibaan Ramadan yang bermaksud: “Wahai manusia! Sudah datang kepada kalian bulan agung, bulan penuh berkat, bulan dalamnya ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan. “Allah mewajibkan kepada kamu ibadat puasa dan menghidupkan malam harinya sebagai amalan tambahan (sunat). Sesiapa yang pada Ramadan mendekatkan diri dengan amalan sunat, maka ganjarannya seperti orang melakukan amalan wajib pada bulan lain. “Dan sesiapa yang melakukan satu amalan wajib pada bulan ini, maka balasannya seperti orang yang melakukan 70 amalan wajib pada bulan lain. Bulan Ramadan adalah bulan sabar dan pahala kesabarannya adalah syurga. “Bulan di mana wujudnya semangat tolong menolong dan bulan bertambahnya rezeki orang yang beriman. Sesiapa yang memberi makan berbuka puasa, maka diampuni dosanya, dibebaskan daripada api neraka dan mendapat pahala seperti pahala orang berpuasa tanpa dikurangkan sedikit pun.” Sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang yang berpuasa.”Sabda Baginda: “Allah akan memberikan pahala itu kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji kurma atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. “Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus daripada api neraka. “Sesiapa yang meringankan beban kerja orang gajinya dalam Ramadan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan daripada neraka.“Hendaklah kamu memperbanyakkan mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat perlukan. “Dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu itu ialah pertama, mengucapkan Lailahillallah (tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah) dan kedua, mengucapkan istighfar (memohon ampun) kepada Allah. “Dua perkara lagi yang sangat kamu perlukan itu ialah pertama, perbanyakkan memohon kepada Allah supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga dan kedua, kamu berlindung daripada-Nya azab api neraka. “Selain itu, sesiapa yang memberi minum seseorang yang berpuasa (ketika berbuka puasa), Allah akan memberi minum kepadanya dari kolam aku (Kolam al-Kauthar) dengan sekali minum saja yang menjadikan dia tidak akan berasa dahaga selama-lamanya hingga dia masuk ke dalam syurga.” – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah)