KOTA BHARU 18 Sept: Menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak mempercepat pembayaran balik sejumlah RM1 Bilion hasil royalti minyak milik negeri itu.
Bercakap ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu pagi ini, beliau berharap ia dapat disegerakan kerana tiada sebab untuk kerajaan memperlewat bayaran royalti memandangkan ia adalah dari dari Petronas dan bukannya dari dana kerajaan pusat.
"Saya amat berharap Najib dapat mempertimbangkannya untuk disegerakannya, peruntukkan pusat kepada kerajaan negeripun beliau dapat beri inikan pula duit secara terang-terang adalah milik Kelantan,jadi tiada sebablah beliau nak perlengahkan lagi." katanya.
Tuan Guru juga turut memanjatkan doa kepada Allah swt dan turut diaminkan lebih 5000 yang hadir di kuliah mingguan tersebut agar membuka pintu hati Perdana Menteri supaya mempercepatkan pembayaran royalti minyak milik kerajaan Kelantan tersebut.
Indonesia akan mendedahkan hasil ujian DNA bagi menghilangkan sebarang keraguan mengenai kematian pengganas paling dikehendaki, Noordin Mohammed Top.
Noordin terbunuh dalam satu serbuan polis ke atas sebuah rumah berdekatan Solo, Jawa Tengah, kelmarin.
Identiti Noordin disahkan berdasarkan rekod cap jari yang diberikan polis Malaysia.
Namun, jurucakap polis Indonesia, Encik Nanan Soekarna, berkata hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat suspek akan turut didedahkan kepada umum.
Dalam serbuan yang bermula Rabu lalu, pasukan keselamatan telah mengepung sebuah rumah selama sembilan jam sebelum menggempurnya sekitar 6 pagi kelmarin.
Terdapat laporan yang menyatakan Noordin telah memasang bahan letupan di badannya sebelum meletupkan dirinya bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.
Mayat Noordin dilaporkan hancur dan kepalanya terputus akibat letupan itu.
Tiga lagi anggota militan terbunuh dalam serbuan itu sementara tiga suspek berjaya ditahan.
Encik Soekarna berkata beliau bimbang tentang kemungkinan anggota militan lain melancarkan serangan balas sedang rakyat Indonesia bersiap sedia merayakan Hari Raya Aidilfitri esok.
'Kami perlu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,' katanya.
No comments:
Post a Comment