Sahabat Intim Blog Ini

Saturday, October 31, 2009

KERAJAAN BN DAH MELUAT DENGAN SPRM !

Dah meluatlah tu kalau dah ada SPRM Kerajaan BN nak tubuh Jawatankuasa Petugas pulak!
Tindakan Jemaah Menteri menubuhkan Jawatankuasa Petugas untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008 dibidas Ahli Parlimen Pembangkang.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata tindakan berkenaan merupakan satu lagi bentuk pembaziran yang dilakukan pemerintah.

Menurutnya, kerajaan sewajarnya menggunakan institusi-institusi sedia ada seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pendedahan berkenaan.

“Itu merupakan satu pembaziran wang dan juga tenaga manusia. Isu ini boleh disiasat SPRM tidak perlu kita mempunyai jawatankuasa khas untuk buat siasatan.

“Dalam negara ini kita ada tubuhkan badan-badan tertentu untuk menyiasat perkara-perkara seperti ini, saya tidak nampak perlunya kita tubuhkan jawatankuasa khas melainkan jawatankuasa itu mempunyai niat untuk melindungi beberapa pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor ketika mengulas mengenai keputusan Jemaah Menteri menubuhkan Jawatankuasa Petugas untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008.

Perdana Menteri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan Ketua Setiusaha Negera, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Ia akan dianggotai oleh Ketua Setiusaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Audit Negara, Peguam Negara, dan SPRM.

Sementara itu Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata pembentukan jawatankuasa berkenaan dilihat sebagai satu cara yang digunakan kerajaan untuk melengahkan siasatan penyelewengan berkenaan.

Menurutnya, penubuhan jawatankuasa petugas seolah-olah telah menjadi satu budaya di negara ini kerana tindakan kerajaan yang gemar menubuhkan jawatankuasa itu sekiranya sesuatu isu timbul.

“Lebih baik kalau kerajaan minta pejabat Peguam Negera untuk menyiasat kes ini bukannya jawatankuasa sebab sudah jelas pendedahan Ketua Audit negara bahawa ada unsur penyelewengan dan salahguna kuasa.

“Saya fikir kita jangan menjadi satu adat dalam negara bila mempunyai masalah membentuk satu jawatankuasa penyiasat dan buila timbul masalah lain, terus kita tubuh jawatankuasa lain.
Ini jelas ada penyelewengan, kita ada dua cara hantar kepada SPRM atau terus pejabat Peguam Negara,” katanya.

Menurutnya adalah lebih baik ia disiasat terus Peguam Negara memandangkan kredibiliti SPRM mula tercemar dengan isu ketidak telusan badan berkenaan.

“Tapi kita tahu sekarang SPRM tidak boleh dipercayai tidak ada sokongan dari orang ramai serta tidak telus dalam kerja mereka. Jadi rujuk hal ini kepada Peguam Negera untuk mereka menyiasat dan terus mengheret individu yang bersalah ke mahkamah,” katanya.-TVS

Friday, October 23, 2009

SAKSI YANG MUDAH BASI DAN DIKASI

Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Sunday, October 18, 2009

Jamuan Hari Raya Surau Al Falah



Hadirin yang hadir sedang mendengar ucapan dari pengerusi majlis



Pengerusi surau Al Falah sedang menggunting rambut bayi kepada seorang penduduk Apt Anggerik.



Acara makan pun bermula...



Saudara Hisham sedang melayan tetamu... layan baik-baik yop..!



Ahli qariah sedang melayan ustaz Ferduan iaitu salah seorang ustaz yang mengajar di surau ini.



hansomnyee..yang kat tengah, kanan dan kiri tu..he..he..



Ape hal tu yop...!! sakit perut ke...gatal perut tu.. menggaru-garu nampak..!



Orang-orang kuat surau AlFalah.



Sedang melayan ustaz Osman juga tenaga pengajar di surau ini.



Bakal- bakal yang akan menerajui surau selepas ketiadaan kami..




Ustaz Wan Shamsuddin mengetuai acara membaca tahlil.



Pengerusi surau sedang memberikan ucapan.


Pagi tadi berlangsung jamuan hari raya yang di anjurkan oleh surau Al Falah di Apt Anggerik bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengahari. Majlis tersebut telah dimulakan dengan acara bacaan AlQuran dan diikuti oleh bacaan tahlil dan seterusnya acara cukur rambut bayi salah seorang penduduk di sini iaitu En. Jas Saripudeen yang merupakan pengerusi persatuan penduduk apartmen ini. Acara ini telah disempurnakan oleh ustaz Wan Shamsuddin Bin Wan Lokman yang merupakan ketua Pas zon Bkt Beruntung/Sentosa.

Wednesday, October 14, 2009

RUMAH TERBUKA PAS HULU SELANGOR

SEMUA RAKYAT HULU SELANGOR DIJEMPUT HADIR
MENIKMATI JUADAH YG ADA
DAN MERAPATKAN SILATURAHIM
TEMPAT : DI DEWAN SG. SELISIK
TARIKH : 17 OKTOBER 2009
MASA : 3 PETANG - 6 PETANG

RUMAH TERBUKA EIDULFITRI & SAMBUTAN DEEPAVALI DUN BATANGKALI

RUMAH TERBUKA SEMPENA AIDILFITRI & DEEPAVALI PERINGKAT DUN BATANGKALI (N07)
Tarikh : 17 OKTOBER 2009 (SABTU)
Masa : 3ptg - 6 ptg
-PADANG PERUMAHAN MAWAR, BKT BERUNTONG
(LEPAS TOL BKT BERUNTONG KEKIRI )

SUMBANGAN FASA 2 SMUE/FAKIR MISKIN
TURUT DIUNDANG - ISTERI MB (DATIN SRI SALBIAH)

SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Monday, October 12, 2009

PR BAGAI BILIS DI BAGAN PINANG, TAPI BAGAI NAGA YANG MENAKUTKAN BN DI PERAK

Bagan Pinang sebenarnya tidak menunjukkan apa-apa selain UBN mempertahankan kerusi mereka. Majoriti lebih dari yang dijangka kerana batang tubuh Isa Samad yang menjadi calon..kenapa demikian? Pertama : Bantuan undi pos memang tidak dapat dinafikan [ cara halal atau haram tidak ingin saya sentuh ] Keduanya : Sokongan rakyat setempat kepada TSIS bertambah sebab dia asal dari kampung tersebut, memimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang, sokongan JKuasa Bahagian begitu mantap, undi protes untuk MB N9 [ mereka benci kepada Mat Hassan maka undi diberi kepada TSIS untuk menyampaikan mesej ], Ketiga : Jasa-jasanya kepada rakyat Bagan Pinang [ mungkin tidak menyeluruh ] sewaktu menjadi MB N9 dahulu telah menyuntik semangat rakyat Bagan Pinang untuk berkempen bagi pihak TSIS. Keempat : Janji pembangunan untuk Bagan Pinang [ kalau mereka memberi undi yang besar kepada PAS, pasti banyak projek digantung tidak bertali ] dan jika janji-janji itu tidak dilaksanakan sebelum PRU13 maka UBN dan TSIS akan menerima bahana [ itu pun jika TSIS bertanding di Bagan Pinang ]. Rakyat Bagan Pinang sedang memasang perangkap untuk UBN dan TSIS, jika janji tidak ditunaikan, maka tunggulah PRU13. Sebab keempat di atas adalah adalah motif utama TSIS mendapat undi yang cukup tinggi dari pengundi Bagan Pinang. Sedari awal PAS tidak bergerak sepenuhnya untuk berkempen, gerak gempur mereka pun sekadar untuk menampakkan mereka bertanding sahaja ini kerana sejak Parlimen Teluk Kemang dikuasai PKR banyak projek pembangunan cth jalan-jalan dan sebagainya dibekukan oleh UBN negeri dan Pusat. Ugutan untuk rakyat di estet, polis dan tentera memang tidak dapat dinafikan...itu tak pe lah.Pihak PAKATAN RAKYAT memahami tekanan yang dihadapi mereka...hari ini dan sejak selesai PRU12 dahulu lagi, rakyat terbanyak sedang menunggu-nunggu PRU13 sebenanrnya..rakyat lebih cerdik daripada pemimpin UBN sebenarnya.Orang Cina dan India juga memang bijak berpolitik...ada masa mereka menyokong UBN tetapi jiwa dan minda mereka masih mengharapkan PAKATAN RAKYAT memimpin negara pada masa akan datang..
Jika UMNO masih leka dengan kuasa dan kemenangan 'palsu' ini maka mereka akan menerima nahas jika terus hanyut dan tidak mempedulikan rakyat. Kalau mereka terus bersandiwara dengan pelbagai slogan mereka akan hancur dalam masa terdekat ini.
Bagaiman jika DUN Perak dibubarkan? Masihkah Hisahamudin Menteri Dalam Negeri boleh tersenyum sampai ke telinga.

Tuesday, October 6, 2009

INGATLAH WAHAI TENTERA,ASKAR,PERAJURIT.PERWIRA ,POLIS DAN SOLDADUKU

Lihatlah wahai anggota Tentera dan anggota Polis, pastikan tahap kesedaran rasuah politik wang adalah rasuah harus bersama diri anda-anda semua.Mahukan tahap kesedaran anda lebih rendah dari tentera Thailand?
Oleh itu teruskan mengundi siapa yang kita dah kaji yang terbaik,belum terlibat rasuah berbanding yang dah buat rasuah.
KUALA LUMPUR - Tindakan tentera Thailand dibawah pimpinan Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mengulingkan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada tahun 2006 wajar diambil Iktibar oleh anggota tentera Malaysia

Ketua Penerangan PAS, Ustaz zIdris Ahmad berkata PAS tidak menyeru anggota tentera merampas kuasa, tetapi tentera Malaysia wajar mempelajari insiden itu dengan sebaiknya di mana tentera disana telah menolak pemimpin rasuah.

Katanya, dalam pilihanraya Bagan Pinang, calon BN Tan Sri Isa Samad mempunyai rekod rasuah dan telah digantung keahlian selama 3 tahun oleh Umno setelah didapati merasuah perwakilan bagi merebut jawatan Naib Presiden pada 2004.

Sunday, October 4, 2009

MASJID UMUR 1 TAHUN RUNTUH DI KAWASAN MB TERENGGANU


Tetapi lain pula yang berlaku di Terangganu, gempa bumi tidak, taufan tidak dan ribut pun tidak tetapi sering sahaja berlaku bangunan runtuh. Kalau sebelum ini bumbung sekolah dan stadium yang runtuh kali ini bumbung masjid pula yang runtuh.

Kejadian terbaru berlaku di Masjid Kampung Batu Putih tiba-tiba runtuh dan menimpa tiga buruh warga Indonesia yang datang untuk membaiki binaan itu di Kemaman, semalam. Kebetulan kejadian ini berlaku dalam parlimen Kemaman yang Menteri Besarnya berasal dari sana.

Pakar kaji bumi pastinya pening kepala dengan 'misteri' dan ' peristiwa pelik' yang berlaku di Terengganu. Selalu benar bangunan runtuh di Terangganu. Tak pasti le pulak sama ada masjid ini dibina era Datuk Idris Jusoh atau Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Jika begini keadaannya tidak mustahil senario politik di Terangganu di dalam Umno bergegar dengan 'gempanya' tidak pernah berhenti menggoyangkan kepimpinan Ahmad Said sekarang.

Thursday, October 1, 2009

BILA JANGKA HAYAT KERAJAAN BN HAMPIIR HABIS, SEMUA KEPUTUSAN HANCUS

Kerajaan Tolak Kereta Buatan Tempatan

Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang lama, dengan kereta mewah yang diimport. Keputusan ini dibuat memandangkan pengeluaran model Perdana V6 bakal dihentikan pada tahun depan. Sebagaimana yang diketahui, kereta import mewah tersebut termasuklah Mercedes Benz S class, BMW 5 series, Toyota Camry dan sebagainya. Kerajaan akan memajakkan kereta ini dari syarikat swasta, Spanco Sdn Bhd untuk tempoh empat tahun. Spanco Sdn Bhd adalah salah satu "produk" projek penswastaan, menawarkan perkhidmatan pajakan dan pembaikan kereta untuk kerajaan. Perjanjian konsesi untuk tempoh 25 tahun ini (sehingga tahun 2018) bernilai RM80 juta setahun.

Komen : Daulu lagi Pemimpin dan Juak-juak umno/bn pernah menyelar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dan Perak kerana "tidak patriotik", ekoran daripada keputusan untuk menukarkan kereta nasional dengan Toyota Camry sebagai kereta rasmi kerajaan. Malah, setelah rampasan kuasa, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir melelongkan segera Toyota Camry yang belum genap tiga bulan digunakan kerajaan PR. Keputusan menggunakan kereta import mewah sebagai kereta rasmi kerajaan seumpama meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Tertanya juga di mana perginya "The Flying Singh" yang menggunakan body kereta proton dan berenjinkan Mitsubishi evo dalam Rally Dunia suatu ketika dahulu.