Sahabat Intim Blog Ini

Saturday, October 31, 2009

KERAJAAN BN DAH MELUAT DENGAN SPRM !

Dah meluatlah tu kalau dah ada SPRM Kerajaan BN nak tubuh Jawatankuasa Petugas pulak!
Tindakan Jemaah Menteri menubuhkan Jawatankuasa Petugas untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008 dibidas Ahli Parlimen Pembangkang.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata tindakan berkenaan merupakan satu lagi bentuk pembaziran yang dilakukan pemerintah.

Menurutnya, kerajaan sewajarnya menggunakan institusi-institusi sedia ada seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pendedahan berkenaan.

“Itu merupakan satu pembaziran wang dan juga tenaga manusia. Isu ini boleh disiasat SPRM tidak perlu kita mempunyai jawatankuasa khas untuk buat siasatan.

“Dalam negara ini kita ada tubuhkan badan-badan tertentu untuk menyiasat perkara-perkara seperti ini, saya tidak nampak perlunya kita tubuhkan jawatankuasa khas melainkan jawatankuasa itu mempunyai niat untuk melindungi beberapa pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor ketika mengulas mengenai keputusan Jemaah Menteri menubuhkan Jawatankuasa Petugas untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008.

Perdana Menteri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan Ketua Setiusaha Negera, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Ia akan dianggotai oleh Ketua Setiusaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Audit Negara, Peguam Negara, dan SPRM.

Sementara itu Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata pembentukan jawatankuasa berkenaan dilihat sebagai satu cara yang digunakan kerajaan untuk melengahkan siasatan penyelewengan berkenaan.

Menurutnya, penubuhan jawatankuasa petugas seolah-olah telah menjadi satu budaya di negara ini kerana tindakan kerajaan yang gemar menubuhkan jawatankuasa itu sekiranya sesuatu isu timbul.

“Lebih baik kalau kerajaan minta pejabat Peguam Negera untuk menyiasat kes ini bukannya jawatankuasa sebab sudah jelas pendedahan Ketua Audit negara bahawa ada unsur penyelewengan dan salahguna kuasa.

“Saya fikir kita jangan menjadi satu adat dalam negara bila mempunyai masalah membentuk satu jawatankuasa penyiasat dan buila timbul masalah lain, terus kita tubuh jawatankuasa lain.
Ini jelas ada penyelewengan, kita ada dua cara hantar kepada SPRM atau terus pejabat Peguam Negara,” katanya.

Menurutnya adalah lebih baik ia disiasat terus Peguam Negara memandangkan kredibiliti SPRM mula tercemar dengan isu ketidak telusan badan berkenaan.

“Tapi kita tahu sekarang SPRM tidak boleh dipercayai tidak ada sokongan dari orang ramai serta tidak telus dalam kerja mereka. Jadi rujuk hal ini kepada Peguam Negera untuk mereka menyiasat dan terus mengheret individu yang bersalah ke mahkamah,” katanya.-TVS

No comments: