PUTRAJAYA, 6 Jan: PAS Putrajaya, telah membuat persiapan dengan menurunkan seramai mungkin petugas sepenuh masa bagi menggempur BN serta membantu kemenangan calun PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, yang akan diadakan pada 30 Januari yang akan datang.
Menurut YDP Putrajaya, Ustaz Mohamad Nazir, segala persiapan telah pun dirancang bagi menggempur BN yang pastinya tak akan tenang setenang Dun Tenang.
"Pada hari penamaan calun 22 Januari dan juga pada hari-hari sepanjang kempen hingga hari pembuangan undi pihak Pas Putrajaya telah menyediakan sebuah lori yang lengkap dengan PA sistem bagi memudahkan kita menggempur kubu yang menjadi milik Umno itu.
"kita yakin tiada yang mustahil, pilihan raya lalu PAS berjaya mengurangkan majoriti BN berbanding pilihan raya umum 2004, bahkan untuk negeri Johor Pas telah pun memecah tradisi denan memenangi 2 kerusi DUN, kali ini kita mengharapkan kerusi DUN Tenang dapat dirampas dan menjadi milik PAS," katanya.
Pelbagai isu korup, skandal, penyelewengan pimpinan BN akan dibongkar sehabis-habisnya. Kita tahu mereka begitu takut apabila maklumat sebenar pembongkaran ketidakadilan yang mereka lakukan itu sampai ke telinga rakyat terutamanya isu berkaitan dengan isu FELDA yang sekarang diterajui oleh bapa perasuah terulung mereka." tambahnya lagi.
Untuk melancarkan lagi gerakkerja tersebut PAS Putrajaya sangat mengharapkan bantuan serta sumbangan pendokong serta ahli-ahli PAS. Segala sumbanan bolehlah disalurkan melalui akaun Bank Islam Cawanan Putrajaya No. akaun 16018010007602 atas nama PAS Kawasan Putrajaya atau hubungi YDPnya Ustaz Mohamad Nazir Zakaria 017-4222989 dan Setiausahanya Sdr Roshidi Wahab 019-2495357
1 comment:
Sunday, January 9, 2011Tenang: Sudah habis manis, buang macam hampas
Itulah PAS ...
Sanip bin Ithnain ialah bekas ketua Pas Cawangan Felda Sungai Sayong. Dia adalah bekas calon Pas DUN Pasir Raja 2004.
Sejak tahun 2005, dia jatuh sakit urat saraf. Dia juga hadapi lemah sebelah kiri badan akibat angin ahmar.
Dari tahun lepas 2009, keadaannya bertambah teruk. Sudah tidak boleh bercakap tapi masih boleh mendengar sedikit-sedikit. Duduk dan bergerak pun terpaksa guna kerusi roda sahaja. Sekarang pakai pampers.
Begitu banyak pengorbanannya pada PAS, tidak dipeduli langsung. Mana dia orang2 PAS dari Johor macam Din Puduraya, Suhaizat Kayat, dan lain-lain.
Konon Mazlan Aliman berkorban untuk orang Felda. Orang PAS dalam Felda pun dia tidka boleh bela. Akhirnya jiran tetangga orang UMNO juga yang bela.
Siapa nak tolong boleh hubungi di E2, Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi. No. Telefon: 07-8977632.
Bantulah atas peri kemanusianan walaupun dia berlainan parti. Kita anggap dia orang Muslim walaupun Tok Guru dia anggap kita kafir.
Ada lebih, bantulah dia.
Walaupun masa banjir di Kedah, kerajaan negeri hanya bantu orang PAS dan tidak bantu rakyat jelata yang bukan ahli PAS. Kita bantu juga ...
Posted by The Unspinners at 8:30 PM 5 comments
Post a Comment