Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, March 30, 2011

JOM RAKYAT NEGERI 9 ...DOKEK JO !


JOM SANTAI DAN RAMAH MESRA
Bersama Bob Lokman dan Radzi Melissa
Tarikh : 5 April 2011 (SELASA)
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan
Turut serta YB Taufek dan Khairil Anuar Wafa

Semua Dijemput Hadir

Anjuran Pejabat ADUN Paroi

Wednesday, March 23, 2011

FAKTA LIWAT DUA



Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11

1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".

"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"

"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa
bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:

1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"

2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun
sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok,
dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut
boroi itu bukan perut Anwar"

3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, March 22, 2011

PAKSA SERAH DNA SATU PENCABULAN DALAM UNDANG-UNDANG

Paksaan Untuk Menyerahkan DNA, pencabulan terhadap prinsip utama Undang-Undang
Kenyataan Media Ketua AMK
16 Mac 2011
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang yang bermotifkan politik jahat dan khianat.
Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa ‘seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’. Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti ! Dalam kes DSAI, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam dakwaan penuduh.
Apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas DSAI ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara. DSAI dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa.
Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas DSAI. Percanggahan fakta sedari awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes ini langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, di tambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam.
Tindakan pihak pendakwaan ini sekaligus bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) 1948:
“Everyone is entitled in full equality to a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal, in the determination of his rights and obligations and of any criminal charge against him.”
Pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan di dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa DSAI menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN.
AMK dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk DSAI tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak. Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah.
AMK yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit di dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula tahun 1998.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK)

Thursday, March 17, 2011

KECOH BLOG UMNO BILA SIHITAM MANIS & KEKASIH GELAP



Pengirim email ini juga mencabar Megat Zulkarnain Dato' Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaporkan hal ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beberapa keping lagi gambar pemimpin-pemimpin UMNO "curi makan" akan didedahkan semoga pengikut-pengikut mereka sedar dari lena.

ReJaM© "Belum sempat tawan Selangor, diri sendiri sudah ditawan kah kah kah...."

Update: Gambar ini telah dianalisis terbukti bukan gambar palsu kerana hanya bahagian watermark (hosted@milosuam.blogspot.com) yang dilihat pincang dan menunjukkan warna yang berlainan sila rujuk sini [Image Analysis]
ihsan by PASPB

PARLIMEN GAWAT BILA BN TERKULAT MAKNA DNA

Tindakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membangkitkan isu pertuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mencetuskan kemarahan anggota parlimen kerajaan.

Perdebatan tercetus selepas Hatta dalam perbahasan Titah Diraja, menyentuh kempen yang akan dibuat PKR sebagai respons kepada isu liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang bertemakan DNA-Datuk Najib Altantuya.

“Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke camner.

“Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak ada la sampai ke situ.

“Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut,” katanya.

Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) kemudiannya bangun mencelah dan bertanya, “Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu la DNA yang disebut ni, DNA yang baru ni makna apa?”

Lalu dijawab Hatta, “Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata ‘Datuk Najib Altantuya’, saya pun tak tahu,”.

Jawapan itu kemudiannya mengundang bantahan ahli parlimen BN termasuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Tajuddin Abd Rahman (BN-Pasir Salak) yang mahu Hatta menarik balik kenyataan mengaitkan nama perdana menteri itu.

Perbalahan mulut yang turut disertai beberapa yang lain itu kemudiannya mengundang amaran Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandi yang turut ditujukan kepada Hatta.

“Tak boleh buat sindiran macam itu Yang Berhormat, hentikannya,” katanya.
Hatta sebelum itu membawa kisah Nabi Allah, Yusuf a.s. yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf terkoyak.

Kisah itu cuba dianalogikan untuk menjelaskan persamaan dalam tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

“Kalau isunya main belakang, kenapa belah depan ada air mani, itu yang pelik,” katanya.

Menurutnya, sesuatu bukti yang dibawa harus diteliti agar tidak tersalah membuat keputusan kepada tertuduh.

Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.

“Riuh satu negara demonstrasi sana-sini… Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.

“Sekarang siapa beruk dan monyet ni…oh DNA, DNA,” katanya.

Thursday, March 10, 2011

ASTAGFIRULLAH ! ANTARA KESAN PEMERINTAHAN BN DI SABAH

Lina yang sanggup menjual tubuh sejak berusia 15 tahun, semasa diwawancara.

KOTA KINABALU 2011: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.

Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.

“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.

“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

Tuesday, March 1, 2011

PERMOHONAN MUKIM LIPAT KAJANG KENA TERAJANG ?

TEMERLOH - Penduduk di beberapa kampung tradisi disini melahirkan tidak puas hati atas sikap kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Pahang yang sambil lewa terhadap keperluan mereka untuk memiliki sebagai tempat tinggal terutamanya bagi generasi kedua.

Mereka juga merasa kecewa kerana pemimpin Umno-BN sering berjanji akan memberikan tanah tersebut pada setiap kali pilihanraya, namun sebaliknya mungkir janji apabila pilihanraya selesai

Seorang penduduk dari Kampung Desa Baru Purun yang mahu dikenali sebagai Husin berkata kerajaan sepatutnya mengagihkan hak milik tanah yang terletak di pinggir kampung tersebut.

Menurutnya seramai 160 orang telah ditemuduga kini menanti umpama 'buah yang tak gugur' keputusan dari pihak pejabat tanah.

"Kerajaan janji akan mengagih-agihkan tanah seluas 45 ekar dikampung ini untuk tapak rumah, seorang dapat satu lot dari seluas satu ekar yang dibahagikan enam, sampai sekarang belum ada jawapan,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata apabila diajukan pertanyaan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK) mereka menjawab ianya dalam proses.

Sementara itu, perkara yang sama turut dialami penduduk dari Kampung Krai.

Seorang penduduk dari kampung tersebut yang ditemui berkata, beliau telah dipanggil untuk temuduga sebagai peserta Rancangan Tanah kelompok pada tahun 2006.

Namun, menurutnya, sehingga kini, sudah 5 tahun berlalu, pejabat tanah masih sunyi sepi tanpa berita.

"Saya mendapat surat temuduga ini yang dipanggil sebagai peserta, temuduga untuk rancangan tanah kleompok kampung Paya Perak,Mukim Lipat Kajang, Temerloh

"saya pergi temuduga pada 27 Mac tahun 2006, tapi sampai sekarang belum ada jawapab,"jelasnya sambil menunjukkan salinan surat temuduga tersebut.

Menurutnya, tanah seluas 60 ekar itu akan diberikan kepada anak-anak kampung berhampiran seluas 4 ekar setiap orang.

Selain itu terdapat rungutan dari beberapa penduduk yang merasa kesal kerana rancangan tanah Felcra di kawasan berhampiran tidak diagihkan seluruhnya kepada penduduk tempatan.

Mereka mendakwa beberapa orang dari luar kawasan malah dari luar negeri Pahang telah diberikan tanah seluas empat ekar kerana mereka mempunyai hubungan dengan Pengerusi JKKK