Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, March 1, 2011

PERMOHONAN MUKIM LIPAT KAJANG KENA TERAJANG ?

TEMERLOH - Penduduk di beberapa kampung tradisi disini melahirkan tidak puas hati atas sikap kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Pahang yang sambil lewa terhadap keperluan mereka untuk memiliki sebagai tempat tinggal terutamanya bagi generasi kedua.

Mereka juga merasa kecewa kerana pemimpin Umno-BN sering berjanji akan memberikan tanah tersebut pada setiap kali pilihanraya, namun sebaliknya mungkir janji apabila pilihanraya selesai

Seorang penduduk dari Kampung Desa Baru Purun yang mahu dikenali sebagai Husin berkata kerajaan sepatutnya mengagihkan hak milik tanah yang terletak di pinggir kampung tersebut.

Menurutnya seramai 160 orang telah ditemuduga kini menanti umpama 'buah yang tak gugur' keputusan dari pihak pejabat tanah.

"Kerajaan janji akan mengagih-agihkan tanah seluas 45 ekar dikampung ini untuk tapak rumah, seorang dapat satu lot dari seluas satu ekar yang dibahagikan enam, sampai sekarang belum ada jawapan,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata apabila diajukan pertanyaan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK) mereka menjawab ianya dalam proses.

Sementara itu, perkara yang sama turut dialami penduduk dari Kampung Krai.

Seorang penduduk dari kampung tersebut yang ditemui berkata, beliau telah dipanggil untuk temuduga sebagai peserta Rancangan Tanah kelompok pada tahun 2006.

Namun, menurutnya, sehingga kini, sudah 5 tahun berlalu, pejabat tanah masih sunyi sepi tanpa berita.

"Saya mendapat surat temuduga ini yang dipanggil sebagai peserta, temuduga untuk rancangan tanah kleompok kampung Paya Perak,Mukim Lipat Kajang, Temerloh

"saya pergi temuduga pada 27 Mac tahun 2006, tapi sampai sekarang belum ada jawapab,"jelasnya sambil menunjukkan salinan surat temuduga tersebut.

Menurutnya, tanah seluas 60 ekar itu akan diberikan kepada anak-anak kampung berhampiran seluas 4 ekar setiap orang.

Selain itu terdapat rungutan dari beberapa penduduk yang merasa kesal kerana rancangan tanah Felcra di kawasan berhampiran tidak diagihkan seluruhnya kepada penduduk tempatan.

Mereka mendakwa beberapa orang dari luar kawasan malah dari luar negeri Pahang telah diberikan tanah seluas empat ekar kerana mereka mempunyai hubungan dengan Pengerusi JKKK

No comments: